Showing posts with label Twin Life. Show all posts
Showing posts with label Twin Life. Show all posts

Tuesday, April 5, 2016

Twins at Rayalution Zalora Fashion Show 2016

Siapa tak kenal Zalora? sana sini ada Zalora kot..sama ada kat Facebook Ad ataupun kat iklan TV. Iklan dorang yang paling berkesan yang Ida sangat ialah iklan perempuan menjerit bila dapat parcel from Zalora tu..haha sampai sekarang Ida ingat kot iklan tu :)

So bila dapat invitation from Rayalutuion Zalora for 2016 ni punya, Ida & Ina pun decide nak pergilah..alang2 tu boleh tengok koleksi raya nanti. Hehe mana tahu ada yang berkenan kot la untuk pakai raya nanti :p



Ni masa F.show first belum mula, hehe sempatlah bergambar kejap.


Hiasan wall fesyen show Zalora,...cantikkan?

sebenarnya untuk Rayalution Zalora 2016 kali ni ada 3 waktu fesyen show nya..Ida pergi ketiga-tiga pnya tapi yang ketiga tu disebabkan ramaiiiii sangat orang Ida & Iena decide nak baliklah takut tak dapat seat memandangkan tetamu banyakkkkk gila untuk fesyen show ketiga tu. Alaa lagipun kitaorang dah penat kaki time tu..so balikjela :) 

ni antara gambar-gambar masa kat fesyen show zalora tu... nah scroll cepat kalau nak tengok..hehe

Twin with lovely Piqa yang selalu macam chipsmore kat event ni..hahah susah nak cari die untuk bergambar maklumlah dia ada personal photo kita bawa handphone jek..keke :p 


Ida with famous Malaysia Designer Rizman Ruzaini! serious die memanglahhh baik! senyum je..tak tolak sapa-sapa nak bergambar dengan dia. Dahlah berbakat humble baik pula tu! untunglah kalau sapa kahwin ngan dia..kihkih boleh pakai baju lelawa selalu..hiks... 

p/s : ni tak rapat sebenarnya tau..angle je ni >.<'


Twin with sosial media influencer Elcah..serious lawa flawless giler dia ni. Taktaulah makan apa jadi cantik cemni..suka tengok dia :)


Ida with Titi Athirah make up artist famous kat Instagram, oramg kata muka dia sama mcam CTDK..amacam sama tak? 

Ha ni twin with Blogger Friends sekali dengan Yuna y'olls! ehek jangan jeles!. Yuna baikkk okay even die busy nak cepat naik dia layannn gak kitaorang yang ngada-ngada nak amik gambar, No wonder die sukses sampai ke Hollywood sebab die tak penat layan karenah peminat dia :)



Twin with What So Sizzle about Sizzling Suzai Blogger..heks cool sangat tajuk blog si Suzai ni padanlah dengan dia yang jenis cool boleh layan sesapa pun :p


Selain nak tunjuk gambar masa kat Fashion Show Zalora ni Ida nak juga mention gak la yang Lubna punya koleksi raya kat Zalora ni memang lawaaaaaaaaaaa gila!. Kalau tengok real life lagi lawa dari gambar, second jenama Sawda by Mizz Nina lawa unik! 

Kalau korang nak tengok koleksi-koleksi dorang boleh tengok kat :

Lubna :  SINI and SINI okay :)

Sawda : SINI and SINI okay ;)

atau kalau nak tengok gambar real life model ni pakai masa kat show boleh tengok page Pamper.My link dorang kat SINI


Oh ya sebelum nak tutup post ni nak tanya, korang suka Ida post kat blog tentang apa ya? Fashion Show? Beauty Tips? Make Up? pleaseee please let me know in the comments box ya..so Ida boleh tahu and ada idea sikit nak post tentang apa untuk korang baca nanti :) 

Oklah jumpa di next entry lagi, seperti biasa terima kasih sudi baca ! :) 

XOXO 

Ida Mansor 




Thursday, June 25, 2015

Tips Nak bangun Sahur


Salam Ramadhan Kareem buat pembaca blog kita, hopefully tak terlambat lagi nak wish Ramadhan kan?. So far Ramadhan korang cemana? okay tak?. Alhamdullilah so far bulan puasa kat sini ok sangat dari negara-negara lain yang dengar cita sampai 23 jam puasa!. Mak cik kita kat Norway puasa 20-21 jam kot. Memang tough la puasa lama macam tu. Kalau kita yang berapa jam je puasa cemni tak boleh bangun sahur gak..huhu tak taula cemana. 

Tapi sebenarnya nak bangun sahur memang tak senang bagi orang yang tak biasa bangun awal pagi kan,kan,kan?. Tapi rasanya ramai je yang kat sini biasa bangun pagi kot. So sempena ramadhan ni Ida nak kongsikan tips cemana nak senang bangun sahur supaya tak skip sahur kita tu. Tapiiiii ni tips ikut style Ida la..haha jangan kondem pula ek :p

1) SLEEP EARLY

Yes ni memang tips paling penting yang selalu orang bagi. Nak buat cemana dah kita ni manusia perlukan rehat, logiklah kalau badan tak nak bangun sahur kalau kt berjaga malam macam burung hantu tu..badan pun tau penat tau. So nak elakkan dari tak nak bangun sahur tu please tidur awal ok?. 

Tapi if korang tak boleh tidor awal juga, try set kan alarm sahur just untuk minum air kosong and kurma je. Letak sesiap dua benda ni tepi katil, lepas tu nak tidor tunggu subuh tidor la (walaupun tak digalakkan). Why still kena bangun juga?. Sebab sahur tu sunat and banyakkkkkk kebaikan dia. RUGI banyak kalau tak sahur tau :p

2) LAGU ALARM YANG KUAT

Haha ni rasanya semua orang buat cemni kot, pasang lagu alarm yang kuat gila so kalau terdengar tu terus terjaga takde mamai mamai terus. Tapi untuk orang yang susah bangun teknik cemni tak berkesan sangat.

3) SEDIAKAN LAUK KEGEMARAN
(letak pic pizza sebab ni makanan fav Ida hehe )

Nak senang siapkan awal-awal lauk fav korang tu pada malam hari before bersahur.. So bila bangun tu tinggal panaskan jela, nasi pun siap-siap masak juga malam tu. Bila bangun je dah senang dah semua tersedia da :).. Tu untuk orang yang rajin sikitlah, kalau mcm bujang yang duk sendiri, apa susah bli sesiap stok lauk untuk sahur. Bli la yang korang suka, so adalah rasa lagi nak bangun sahur tu bila ingat lauk fav korang tu tinggal panaskan jeeeee...takyah masak dah. Tipulah kalau time pepagi buta tu perot korang tak kruk kruk lapar minta isi kan? :p

4) NIAT
Ni pun penting, niat kat dalam hati yang korang nak bangun sahur. Nampak remeh, tapi sebenarnya dalam minta luar sedar kita hantar kat minda kita yaang kita nak bangun pagi sahur. So badan kita dah sesiap prepare nak bangun pagi. But paling works kalau kita sertakan niat dengan buat camni.. tepuk bantal kita tido 3 kali sambil selawat, lepas tu niat nak bangun pukul berapa. Insyallah menjadi and terbangunlah!, Ida selalu juga buat camtu :)

ni jela kot tips yang Ida tahu..if ada lagi tips berguna kongsikan di ruangan comments Ida ok? . Oh ya selain tips nak bangun sahur Ida nak kongsikan maklumat tentang Projek Iqra untuk korang kumpul saham pahala di bulan Ramadhan ni.



Kempen ni untuk menaja barangan persiapan Aidilfitri untuk orang fakir miskin, anak-anak yatim dan golongan asnaf di rumah kebajikan. Untuk lebih lanjut boleh layari facebook mereka DISINI atau WEBSITE dorang ye :)

Semoga bulan Ramadhan kali ni membawa lebih keberkatan buat kita semua, amin3. Terima Kasih sudi baca.

Wednesday, May 6, 2015

Pengalaman Twin ke Salun Muslimah

Hi semua,

Iena teringat lagi dulu, waktu iena cerita pasal mask rambut dan serum rambut ramai yang nak beli..sampaikan ada yang sanggup whassap iena tanya itu ini..

kebanyakan ramai tanya Iena tahu tak tempat salun yang murah dan harga reasonable dengan servis diberikan sekaligus tempat sangat tertutup dan selamat untuk menjaga aurat rambut?

oh ya kali ni iena nak suggestkan korang satu salun muslimah yang patut korang cuba try tau!!

orangnya pun sangat baik dan friendly, paling best dorang juga ada beri khidmat make up pengantin hinggaplah ke servis photography.

mesti korang tertanya-tanya kan kat mana tempat tu? tempat tu dekat shah alam, je, atas kedai bunga ok :)

ni tempat ruangan menunggu dekat ruang tamu, ruang tamu dia besar lagi sebernya..

ni pula ruangan untuk salun rambut :)

ni tempat menunggu, boleh korang beborak dengan kawan-kawan sementara menunggu giloran nak salun kan :)

me with founder salun emy milia, gambar me dgn partner salun dia takde pula since kat 
pic kat dalam phone ida hilang semua T,T'

Ida with Emy Milia

twin with Emy Milia and her partner Alfaeiyla

twin with Emy Milia

twin

Iena teringin nak share gambar before after treatment, tapi tak boleh sebab aurat kan..hehe tapi korang
ragu-ragu nak try pergi salun dia..serious tau harga dia sangat reasonable okeh :D

oklah bagi yang sape nak tahu dimana alamat kedainya, di bawah ni kita sertakan detail dia semua
termaksuk website dorang sekali tau :)

Milya Beauty Concept
Phone: +60 17 326 5778
            +60 17 346 7449
Email: emilia2602@gmail.com
           alfaeiyla@gmail.com


Hours of Operation
Mon-Fri: 9-5pm
Sat: 10-4pm
Sun: Closed


Address
17-4-2, Jalan Setia Prima D,
U13/D Setia Alam,
Seksyen U13,
40170 Shah Alam, Selangor.

website : http://milyabeautyconcept.webs.com/
Instgram : milyabeautyconcept dan  alfaeiyla_mbc
( korang juga boleh tengok hasil photo dan servis makeup dorang di dalam insgram dorang tau ^^,)

btw ni gambar kita main gitar kat salun dorang, sempat lagi dok senyum try main gitar dorang..:)

ni pula pic after treatmeant..memang puas hati sangat dengan treatment dorang okeh :)

k lah sampai sini je lah kita bebel, next entry kita bebel lagi..

tata
xoxo
Iena Mansor




Wednesday, March 4, 2015

10 PERKARA YANG TAK BERUBAH?

Pernah tak korang terfikir apa yang dah banyak berubah dalam hidup korang dan apa yang masih sama dengan dalam kehidupan korang?


Bila negara makin membangun mesti banyak perkara dah berubah kan? Paling ketara makin banyak bangunan pencakar langit tersergam indah dibina merata-rata tempat...


Well bagi iena, walaupun Negara makin membangun ada juga perkara yang sesetangah masih tak berubah…apa dia tu?

 1. Dari dulu iena dengan ida tetap masih suka berkongsi..tak kiralah harga makanan tu mahal atau murah, kita orang memang jenis suka berkongsi makanan..sebab apa? Ntah kenapa..sebab makanan terasa sedap bila berkongsi ^^,

       2. Dari dulu kita orang before tidur memang suka buat pillow talk tentang apa yang berlaku setiap hari walaupun each day kitaoraang kongsi hari yang sama..hehehe pelik kan?

3    3. Paling favourite dari dulu makanan kesukaan family is ketam sambal dan nasi ayam buatan mak kitaorang..jangan tak percaya twin boleh tambah 2 pinggan bila makan makanan favourite tu..dalam family dua lauk tu memang kesukaan dari dulu lagi..memang tak berubah langsung kan?

      4.Twin sejak kecil memang suka share baju, sebab apa?size kami sama je..so apa je dia pakai, iena juga akan pakai, apa yang iena beli dia juga akan pakai..so takdelah istilah ‘ni aku punya kau jangan pakai..haha’

      5. Sejak dulu twin suka date with my mum tengok movie..ya yang ini paling aktiviti favourite yang twin  suka buat..sebab mak kitaorang sporting, boleh tengok layan je apa movie..biasanya selera kami sama cerita yang nak di tengok dekat wayang only Hindustan je my mum tak suka…haha

      6. Dari dulu family kitaorang memang suka kucing, sejak kecil memang family dah biasakan diri dengan kucing..sejak twin kecil kagi memang dah bela kucing, so tabiat suka kucing ni dah kira sebati dengan jiwa family kita orang ^^,

1    7. Sejak dulu iena memang suka main alat solek mak kita, so dari sekarang still juga suka   main alat solek sejak kecil sampailah dah besar panjang.

      8. Sejak dulu wajib first puasa semua makan ramai-ramai berkumpul bersama. Yang itu memang best..time tu lah riuh suara dengan macam-macam, sebab semua tak sabar-sabar nak makan.

      9. Kalau dulu kitaorang kalau ada birthday dalam family, family  suka sambut dengan makan pizza sekali dengan cake birthday..ya yang itu masih kekal sampai sekarang, selalu juga makan pizza if ada birthday dalam family untuk disambut, kadang nak best sikit hari biasa pun makan pizza ^.^

      10. Dapat berita yang harga pizza Domino still sama atau cheaper, rasa masih sedap sejak dulu, dan paling best servis still bagus kan sejak dulu..so apa yang berubah? Ada GST pun harga domino still sama. Best kan?
Lepas ni jom makan domino nak? Hehehe


so korang apa yang yang aktivi sejak dulu yang masih tak berubah sampai sekarang? :)

Ok, lah sampai sini jer entry kali, ni next time in sha allah twin akan rajin lagu update ya.
Xoxo
Iena Mansor









Sunday, March 1, 2015

Boleh ke Twins berpisah?

Dalam banyak-banyak perkara yang twins paling risau ialah kalau-kalau one day nanti kitaorang kena berpisah. Yelah selalu sangat orang cakap camni 'korang ni melekat je ke mana-mana, kalau kahwin nanti cemana?'.

Adoii... tak suka sebenarnya bila orang cakap camtu, tapi yelah kita sedar manusia ni takkan kekal. Berubah-rubah pula tu,sayang pun boleh berubah-rubah pula kan. Ada pula yang jenis suka berbahagi kasih sayang. Eh lari topik pula.. :p 

Tapi kan manusia ni kalau reti menghargai kasih sayang, insyallah jauh mana pun dia pergi. Dengan siapa pun dia bersama. Dia akan tetap ingat kita dalam doa dia, hati dia dan fikiran dia kan?. :)


Like me and twins, insyallah dengan siapa pun dia kahwin nanti, kasih sayang Ida untuk Iena tak pernah berkurang untuk dia tau. Cewahhh...tapi janganlah dia {iena} lupa kita kalau andainya dia kawen nanti. Aku merajok karang kalau dah tak balas whatsapp aku sebab sibok bercinta dengan somi kau tau. Ye ar siapa yang selama 25 tahun ni susah senang dengan kau, dengar luahan hati kau tetiap hari.Dah tu kalau ko nak kemana-mana aku pasrah je teman. {Walaupun selalunya Idalah yang suka paksa die teman..ekekekeke :p}

Tapi kan...seriously kita tak boleh imagined kalau andainya dia kawen nanti, hesh dengan sape pulak kita nak gado tiap-tiap hari berebut baju?. Sape plak nak teman pillow talk sesama malam hari?. Dahtu paling sendu kalau kena makan sengsorang..weyyy sedey wey. Tak boleh, tak boleh, tak boleh!. Meroyan nanti kalau kena sengsorang!.

So dengan tu, Ida dah sesiap bagi werning dekat dia. 'Kau kalau lupa aku lepas kahwin siap!, kau tengoklah langit tinggi rendah aku merajok cemana' {INI KES BUKAN MAIN-MAIN, AMARAN KERAS TAHU}. 

Sebab kita bagi warning cenggini, sebab kita takut gila kalau hilang orang yang kita sayang selama ni macam diri sendiri hilang tuppp camtu je dari hidup kita. Kalau hilang terus, merana jiwa. Kalau berubah pulak terusik jiwa..arghh sudah macam orang bercinta pula lagaknya!. Tapi bukan wey, ini bukan cinta macam kekasih bercengkerama tu. Ini cinta kasih sayang sesama kembar okeyh! .

hihi tengok bergambar pun nak berkepit je..ceh tipu je..saje posing cenggini sebenarnya :P (gambar dari photo Nabil Nadir}

Kalau korang tak faham feeling kita yg mana rasa 'takut kehilangan' tu..korang cuba imagined kalau-kalau one day anak korang kawen nanti. Orang yang korang sayang gila-gila lepas tu dah sayang orang lain. Duduk jejauh pula tu...semua attention bukan kat kita dah. Dah berbahagi faham?. Mesti time tu korang sedeh gila!. Now baru faham perasana mak-mak yang sedih dan susah nak lepaskan anak-anak bujang or anak-anak pompuan dorang. 

Takpela..kita pasrah jela untuk masa depan, yang penting kita kena redha dan yakin atas ketentuan ALLAH. Kalau DIA nak tarik orang kita sayang sebenarnya bukan dengan cara kahwin cara lain pun boleh. Sebab tu kita kena cherish the moment and orang kita sayang selama kita hidup. Dont take for granted, sebab kita tak tahu entah bila dia atau kita yang takde atau tak punya banyak waktu di dunia ni.

Sebab tu bila orang tanya kenapa kita asyik berdua ke mana je, senang je sebenarnya. Sebab twins mahu cherished this moment berdua SEBANYAK yang boleh. Nak bersama selagi sihat, nak sama-sama berkongsi rasa selagi punya kesempatan. Coz kita takkan tahu bila DIA akan ambil semula pinjaman kita :')



Terima Kasih Sudi Baca :)

Written by Ida Mansor 



Monday, May 5, 2014

Opps...target?

Kenapa bila usia kita dah mula menganjak masuk era umur 23-an ni kita akan dijangka untuk memenuhi beberapa expectation yang orang awam sudah jangkakan dari kita.  Lagi-lagi bila yang dah masuk era umur 25 - 26 tahun ke atas kan?!. Expectation ni akan makin mencanak naik dari orang sekililing yang terdekat dengan kita.


*kerea idaman kalbu, takpe kayuh pelan-pelan insyallah pasti menjadi milikku jua..cewahhh :p*

Ah sudahh....bila era-era umur cenggini memang selalu sangat ditembak dengan soalan berbaur begini.. ‘kau, bila nak ada kereta?, takkan nak naik lrt lagi menyusahkan mak bapak kau?’ . Perghh ayat...menusuk terus ke jantung ni tau :( .  Nak je kita cakap cenggini ‘ apa kau ingat aku suka jalan kaki jauh-jauh panas terik naik kenderaan awam?, ingat kita suke ke minta tolong ibu bapa kita tolong hantarkan kita pergi mana-mana? alahh ada kereta pun selalu je kena stuck dengan jammed what??!”

*so kalau takde kereta pun xpe kot? *ceh ni namanya ayat dalam hati nak menyedapkan perasaan sendiri sebenarnya yang tak berkereta lagi..huhuhu :p

Pernah tak korang rasa feel cenggini? Tipu kalau korang rasa tak pernah!.  Kalau nak dikutkan dengan pendapatan belia masa kini kan, yang rata-ratanya dalam 1.5k-2.5k kalau nak beli kereta setakat MYVI tu ok kot..tapi bila difikir dan ditimbang tara kan...rasa macam terbeban gak la kalau beli kereta sekarang. Tahu sebab apa? Sebab kereta myvi monthly RM600 paling murah..dapatlah yg murah sikit kalau siapa yg pandai survey. Tapiiii dengan kos sara hidup yang makin tinggi ni....huuuu kne fikir berjuta kali sebelum beli kereta kot :p minyak kereta lagi..mahai wooo..

Biarlah rakyat marhaen macam kita-kita ni hidup secara bersederhana a.k.a ikut kemampuan. Bak kata page Fareeda ‘ bergaya ikut kemampuanlah’ khannnnnn?? . Sebenarnya Ida bukanlah nak sangat cakap  tentang pasal berkemampuan ke atau tidak untuk membeli seketul kereta ke...Cuma yang menjadi masalah rakyat golongan belia macam kita ni...banyakkk bendalah yang golongan macam kita-kita ni kurang berkemampuan lagi nak beli. Kalau nak diikutkan, berapa keratlah sangat rakyat belia macam kita ni yang dah mampu beli rumah?. Harga rumah pun dah mahal kan sekarang?. Beras pun naik juga sekarang tau *sambil cekak pinggang* , siapa kata orang bujang tak merasa kenaikan harga?. Bujang lagi terasaaaa ooooo....sebab takde encik husband yang nak tolong support dari segi financially..kekekeke :p

So siapa disini yang berada dalam situasi yang sama macam rakyat marhaen macam kita-kita ni?, angkat tangan cepat! Kita geng *sambil menepuk bahu korang, tanda memahami* 



 Yang penting JANGAN GIVE UP!, kalau give tak dapat apalah..dapat angin je..hehe :p tapi dalam terselit usaha kita untuk menggapai impian, mesti ade juga terselit waktu yang kita termenung memikirkan usaha yang kadangkala tak berhasil kan?. Kalau ikut Ida, bila Ida rasa nak give up, ida akan whatsapp INA :) yes ida akan whatsapp INA everytime ida rasa ‘down tau’...bila kita bercakap dan meluahkan perasaan dengan seseorang kita akan rasa lebih TENANG. Yes tenang!, lepas kita tenang kita akan peroleh kembali tenaga untuk kita usaha lagi and lagi!. Tips ni selalu menjadi tau :), kalau korang yang dah kahwin tu pula...urm korang bolehlah buat pillow talk dengan suami...atupun duduk berdua dengan boipren sambil makan ice cream meluahkan apa yg terbuku di hati kee..... Lagi-lagi kalau dapat boipren yang pandai mendengar, memanglah buat korang lagi bersemangat kan,kan,kan?


Kalau nak hilangkan stress, boleh juga suapkan ice cream dekat si tersayang. Untung-untung die boleh tersenyum dengan layanan kita..hehe pastu bolehlah ajak die belanja tgk movie, tanda upah kita dah menjadi pendengar setia..kehkehkeh :p

Kalau nak tips selain dari tu untuk hilangkan stress, korang boleh try cuba satu tips ni. Peluk IBU BAPA korang...insyallah korang akan rasa tenang dan bersemangat lagi untuk USAHA!. Yang ada anak, boleh peluk dan cium anak-anak korang. Sure korang akan rasa berbaloi-baloi lalui pancaroba kehidupan ni demi insan-insan tersayang..cewahhh..ayat nak macam novel sangat kan :p 


The best medicine of all.... *pelukan dari seorang ibu :’)  Ida jarang peluk ibu Ida, segan sebenanrnya...tapi Ida suka sebenarnya bila dipeluk cenggini oleh mak Ida. Idk why...tetiber rasa macam safe and calm gituu bila dipeluk cenggini. Siapa rasa ceggini?*


Try peluk ayah korang pula, lelaki nampak  je tegas di luar....tapi selalunya dengan kata-kata yang tegas dan cuma renungan dari seorang ayah. Dah mampu dah untuk buat korang memahami sedikit sebanyak dalam mengharungi kehidupan seharian korang . One day u gonna be a father to kan? :’) 


 *pelukan dari anak-anak. Orang kata pelukan ni sumber kekuatan ibu-ibu dan bapak-bapak di luar sana. Dorang  nampak je marah anak dorang bagaikan raksasa...tapiiii sebenarnya dalam hati...kalau nyamuk nak gigit anak dorang pun, dorang tak sanggup tau!”


Setakat ni, tu jelah tips yang kita rasa berguna kot untuk kongsi. And mungkin dah ada some of you yang praktikkan, cuma yang Ida nak beritahu. Korang tak sendirian dalam harungi masalah ekonomi masa kini. Banyakkkkk lagi orang yang kurang dari kita pun ada tau sayang-sayangku...and most important is...please please jangan sesekali rasa rendah diri dengan siapa kita yang sekarang. Kita takkan tahu siapa kita akan jadi di masa depan kan?. Jika kita rasa kita tak punyai apa-apa, ketahuilah korang mungkin dah menjadi hero pada sesetengah orang. Korang mungkin rasa korang bukan siapa-siapa, tapi mungkin di rumah ada yang merasakan korang adalah ‘hero’ dalam hidup seseorang. Salah satu contohnya ialah, Ida selalu anggap my dad is my hero...and my mom is my saviour. Kalau tak kerana dorang, Ida takkan belajar menjadi Ida yang sekarang. Parents kita dah melalui macam-macam untuk membesarkan kita, terasa begitu besarrrr jasa mereka dekat kita kan? . Terasa begitu bersyukur ada ibu yang besarkan Ida dengan penuh tegas....kalau tak kerana tegas itu mungkin Ida pun tergelincir dengan nafsu dunia..nauzibillah...*minta dijauhkan!!* 


Apa-apa pun kita bersyukurlah dengan siapa kita sekarang, sekurangnya kita masih lagi cukup makan dan minum. Masih lagi punyai ibu bapa untuk berbicara..dan punya kesempatan lagi untuk menabur bakti pada orang tersayang. Ayuh kita kayuh pelan-pelan untuk mencapai impian kita. Semoga kita sama-sama dapat menggapai impian dan membalas jasa pada insan tersayang. Allahuakbar! Ayuh kita berusaha!





Written by : Idaman
Terima Kasih sudi baca :’)

Wednesday, January 15, 2014

What I miss about 2013


Tahun 2013, macam-macam perkara berlaku kat dalam hidup Ida. Ada yang pahit, ada yang manis :') tapi yang pahit buat Ida teringat sampai sekarang, dan yang manis pula buat Ida terkenang-kenang selalu. Seperti biasa, bila tahun baru menjelma mesti aja korang akan ada harapan baru kan?. Bila dah masuk 24 ni, azam baru Ida pun simple je. Dan tak banyak mana... hanya ALLAH aja yang tahu betapa keinginan untuk mencapai azam tahun ni macamana..twins harap sangat2 tercapai :') tapi yela...kejayaan takkan datang bergolek camtu dalam masa yang singkat kan? xpela..kalau bukan sekarang. Mungkin next year atau tahun-tahun yang seterusnya. Siapa tahu kan?  yang penting usaha,usaha dan usaha. Jangan give up!



Teingat pula zaman dulu-dulu waktu zaman hingusan  kita tak tahu apa-apa lagi erti tanggungjawab. Suka je berharapan dan berazam yang bukan-bukan. Masa tu budak-budak hingusan lagi, tak tahu erti tanggungjawab sangat pun. Tak tahu erti kesakitan hidup. Waktu zaman sekolah atau zaman belajar, Kita ingat masalah assingment and final paper adalah masalah paling besar dalam hidup. Tapi bila dah kerja and memahami sedikit erti kehidupan ni...hmmph dah memang sah-sahla masalah besar yang kita rasa dulu tu. Cuma macam semut je dalam hidup kita :')

How i wish i can turn back time, so that i can really apreciated all those precious time. A time we call it 'a young time' . Being 24 is not really fun, is a beginning of 'mature' life. Kalau dari perkataan mudah, Ida boleh katakan. Tahun menjadi 24 adalah tahun yang membuka pintu dan mata hati dalam mahu mengenal erti hidup. 

Tak percaya? hehe sebab tahun umur ida 24 ni la, Ida dah mula faham serba sedikit erti hidup. Ida dah faham sedikit perasaan parents Ida. Perasaan ibu-ibu dan ayah-ayah yang lain. Menjadi single tak berapa mudah, sebab kita tak punya sumber kekuatan yang luar biasa untuk kita tempuhi segala kesakitan hidup yang kita rasa. Lucky me...i still have my parents and Iena. Kalau tak kerana dorang, Ida tak rasa Ida mampu menghadapi pelbagai perkara yang berlaku sepanjang tahun 2013 :')

Kalau orang dah kahwin and dah ada anak pula, lain perasaannya. Perasaan untuk mengharungi hari seterusnya itu ada, bila kita balik dari hari yang 'teruk' then tengok muka anak kita. Terus ada kekuatan untuk lalui hari -hari esok yang seterusnya, walau dalam hati hanya ALLAH yang tahu kan?

Tak percaya? ask ur parents, ask ur friends yang dah kahwin. I bet they will surely agree about this :") baik lelaki ataupun perempuan. But lucky me, my sumber kekuatan is my PARENTS and my twins Iena! i want to give the best for em, and now..i have to be 'tabah' to tahan cabaran demi cabaran demi mencapai cita-cita kitaorng yang sama :)


Selepas convo Ida dah agak dah, Ida akan hadapi duia sebenar dekat luar. Macamana realiti hidup ni berkisarnya :) malah selepas convo inila Ida mula memahami serba sedikit caabaran hidup bagi seorang wanita, seorang anak, dan seorang twins yang punya satu impian dan macamana kitaorng kena hadapi untuk realisasikannya :')  

Ida mulai faham tentang kehidupan, masa depan dan impian :')

bila kita mula memegang duit gaji pertama. kita akan mula berangan untuk memberi sesuatu kepada orang tua kita. Bila kita mula mampu memberi sedikit dari hasil usaha kita, kita akan mula berimpian untuk memberi lebih. Bila kita pula tak mampu memberi lebih, kita akan mula berasa bersalah. Kerana betapa kita tahu, nasihat-nasihat yang mereka berikan sewaktu dulu itu adalah amat berguna. Dan sayang sekali, kerana waktu dulu kita tak pernah mengendahkannya. 

Tapi yang lepas biarlah lepas, kita cuba hadapi tahun seterusnya, cuba untuk menjadi yang lebih baik dari dulu. Jika kita tak mampu memberi seperti anganan kita, cukuplah sekadar berimpian. Kerana dengan impian kita punya harapan untuk terus berusaha :)


penguat jantung hati, dan sumber inspirasi. Sumber segala tenaga dan juga segala kebahagiaan :)

apa yang boleh ida katakan, Ida kuat sepanjang tahun 2013 ni adalah kerana dorang. Im NOTHING without them :')

Ida tak mahu cerita kejayaan dan kemanisan dari modelling untuk tahun 2013..biarlah ia menjadi kenangan manis buat twins. Yang Ida cuma mahu kongsikan dengan readers blog Ida, adalah dunia sebenar Ida, dunia di mana Ida Mansor berasa bahagia, berasa dihargai dan berasa di sayangi. Yea dunia betul without thick make up, without those flashlight camera and without those super heels yang sakit..yea is not me..

Ida tak nafikan modelling is still my passion, but is just not my priority anymore. There will be a time, when u realised there is something bigger u have to think about...and that is YOUR FUTURE :)

di titik inilah kita akan mula melukis dan mencorak canvas hidup kita, semoga kita sama-sama berusaha untuk menjadikan canvas hidup kita penuh dengan warna-warni dan penuh makna. Semoga tahun 2014 membawa pintu rezeki dan kebahagiaan buat semula. Amin ya rabbal alamin. 

Salam sayang dari Ida Mansor ...









Sunday, December 15, 2013

A letter for Pn.YUYU ZULAIKHA

Pernah dengar tak ayat ni?


Kadang-kadang menjadi kawan yang baik, kita tak perlu taburkan dengan wang ringgit ataupun berkepit 24 jam dengan dia. Cukuplah sekadar menjadi kawan yang ikhlas buat dia :)

Bila berjauh tak beerti lupa, bila dekat tak beerti tak ikhlas. Kerana tak semua kawan di dunia ni yang boleh menerima baik dan buruk kita. Kadang-kadang kawan bergelak ketawa, kawan berkongsi rezeki, kawan berkongsi popularitu itu banyakkkk aja yang akan ada di sisi kita. Tapi kawan yang betul-betul ikhlas dengan kita, kawan yang tak kisah kongsi duka kita dan pastinya takkkan melepaskan hari bahagia buat si dia :) 


Urm..tapi mungkin boleh dibuat pengecualian pada sesetengah kawan-kawan yang tak dapat hadir hari bahagia mereka..yela mungkin ada yang nak terberanak ke hari tu? demam ke? yelakan..benda2 yang takkan dijangka pun mungkin akan berlaku :)


Tapi bagi twins, siapa yang hadir hari bahagia twins nanti in the future its gonna means a lottttttt to us. Yela siapa yang sudi drive jauh2 demi kawan, sanggup luangkan masa untuk hadir. Sanggup keluarkan sedikit duit untuk tambang tol dan lain2...semua tu mungkin kecil sahaja bagi sesetengah orang. Tapi yang membuatkan besar ertinya, bila kawan kita sendiri hadir dan meluangkan masa pada hari bahagia kita. Sebab saat tula yang buat kita paling terasa, bila dia sendiri datang peluk kita dan mengucapkan tahniah :)

Tipula bagi siapa yang tak terasa bila hari bahagia camtu kawan2 yang kita sayang datang meraikan hari big day kita kan,kan,kan?

mesti korang tertanya-tanya apa perasaan twins bila hadir sendiri kat perkahwinan salah 1 bff kitaorng cik Yuyu Zulaikha yang kini dah bertukar status dah jadi Pn.Zulaikha :) barakallah dear, may ur  marriage lifw full with blessing and laughter, Dan semoga dikurniakan anak yg soleh dan solehah. Dibawah ni sedikit coretan hati dari twins buat si comel manis Pn.Zulaikha :')

Kata Iena : 
bila iena lihat yuyu dengan persalinan lengkap baju kahwin, siap dengan veil, make up yang lawa, dan senyuman paling manis yuyu iena lihat, jauh dari sudut hati, memang tersenyum senang, gembira dan hiba sedikit.

Kenapa yah? korang agak - agak sebab apa? terharu sebab tengok nikah dan kahwin? oh itu memang ya, tak dinafikan.

Tapi apa yang buat iena lagi terasa, bila tiba - tiba saat lihat yuyu, terflash back balik pada zaman firts time jumpa yuyu dekat mid valley, setahun yang lepas.

masa tuh iena lihat yuyu, comelnya detik dalam hati, tak pernah tertfikir atau ingin bertanya kenapa kenapa dengan keadaan fizikal yuyu.


Bila iena lihat yuyu, iena lihat diri iena, dari apa yang yuyu rasa kurang sesuatu tentang diri, begitu juga dari apa yang iena rasa, kitaorang saling tahu apa yang luka paling dalam yang kekurangan orang nampak, dari situ juga iena teringat perbualan iena dengan yuyu.

'yuyu nak kalo boleh nak cari lelaki yang boleh terima yuyu seadanya, bukan kerana yuyu femes atau kerana rasa yuyu comel ker apa, tapi ikhlas yang boleh terima kekurangan yuyu seadanya, yang boleh jaga yuyu'

Lebihh kurang begitu yuyu cakap, kurang ingat sebernya ayat excatly apa yuyu kata.

Iena teringat bila yuyu cerita kisah lepas, yang tak boleh terima yuyu seadanya.

bagi iena yuyu cukup sempurna lengkap sebagai wanita.

alhamduliah, betapa leganya rasanya, tuhan kurniakan lelaki yang boleh jaga yuyu, terasa doa yuyu makbulkan?

well, bukan semua orang doanya akan makbul, atau impian sebagainya tercapai? kalo boleh iena pun nak orang boleh terima diri ni seadanya, jauh dari sudut hati, iena pun tahu betapa besarnya 'kekurangan' iena yang tak semua tahu, hanya tuhan, keluarga dan teman rapat yang tahu, tak lupa juga, yuyu tahu.

last but not least.

im not gonna too expect much about our friendship, cuma apa yang iena harapkan yuyu tahu, iena tahu, kitaorang ikhlas kawan dengan yuyu, in sha allah akan sentiasa cuba berada di sisi yuyu pada saat yang perlu dan penting, harapnya yuyu juga sudi berbuat perkara yang sama.

'perkara paling bahagia, apabila kebahgian itu boleh dikongsi bersama'.
terasa sebak sedikit bila buat entry ini. harapnya yuyu faham apa yang iena cuba sampaikan.

untuk yuyu : 'you're just amazing, just the way you are....


Kata Ida :

Yuyu tahu tak, sebelum kita kawankan..Ida sebenarnya dah lama follow blog yuyu. Baca blog yuyu, tengok facebook yuyu. Tapi tak pernahlah sangka yang kita akan jadi kawan.

Dari first time jumpa yuyu di Mid Valley, ya allah..Ida tak sangka Yuyu sempoi je orangnya!!! . Kita lepak-lepak kat mid valley sampai terkeluar cerita pasal 'maggi' dan 'bubur' yang buat kita tak sangka, kita rupanya ada berkongsi sesuatu rasa yang sama. We are not born rich, we struggle to make ourself better  each day. We are normal girls just like u girls out there, yeah the one that trying to be a better daughter for our parents and seorang yang cuba sedaya upaya untuk memberi kehidupan yang lebih baik buat manusia di sekeliling kita  :')


Bila tahu Yuyu nak kahwin, Ida tumpang gembira. Yelah... sebab kita tahu, betapa sukarnya untuk kita nak dapat jodoh yang boleh menerima diri kita seadanya dan sayang kita sebaik-baiknya. Yang ikhlas bukan sekadar ingin  menjadi 'teman rapat' ataupun tempat meluah segala rindu. Tapi seseorang yang sudi menggalas tanggungjawab yang halal buat seumur hidupnya, dan yang sudi menyanyagi diri kita dari waktu kita comel sehinggalah dari waktu kita bermasam muka kan yuyu? :')

Mereka-mereka di luar sana, selalu je ingat macam ni 'alah Yuyu femes, mesti senang je nak dapat jodoh'. Tapi mereka-mereka tak tahu, betapa banyaknya  manusia bertopengkan kaca diluar sana ,dan betapa banyaknya pengalaman yang membuatkan yuyu ketawa,sedih dan gembira sepanjang  bergelar title cik kan yuyu?


Nah....lihat yuyu sekarang, Yuyu boleh tersenyum bahagia. Dengan adanya Onjet dalam hidup Yuyu sekarang. Ida terharu lihat Yuyu kahwin, bukan je sebab Yuyu kawan kita. Sebab kita tahu betapa sukarnya perjalanan hidup yuyu dalam menemui Mr.Perfect yang bergelar suami :')

Malam akad nikah Yuyu, kita sebenarnya dah nervous. Takut sebenarnya nak teman Yuyu nikah. Takut kita terharu lihat ijab kabul...lalu menangis kat situ :( tapi bila tengok yuyu dah siap berpakaian pengantin pun dah buat kita rasa nak nangis. Tengok muka yuyu, pastu pegang tangan yuyu yang sejuk. Bila peluk, rasa terharu tu memang sukar dibendung. This is the moment that u are waiting for kan yuyu?, the moment that u become someone wife. Its a new chapter of ur life, that would change the whole meaning of ur life now Pn.Yuyu. Im happy for u dear my friend :')

tapi lega masa tu kita tak nangis, kalau tak habislah. Susah nak stop =.='


tapi,tapi,tapi..walau betapa kita cuba bendung rasa 'terharu' kita tu, tak boleh tahan juga bila tengok Yuyu sanding. Time ni memang rasa betul-betul yuyu dah jadi isteri orang dah. Tengok muka yuyu senyum gembira dapat surprise tiba kat wedding naik helicopter....pastu duduk bersanding. Yeah saat tu memang dah terasa dah..'yeah ni semua memang betul-betul berlaku' tetiber pastu air mata keluar. Tak tahan dah bila Yuyu pandang dan peluk kita. Terus je laju-laju turun dari pelamin, sebab takut memangis lagi!. Pastu sorok belakang Fatin sebab xnk orang tengok kita nangis!.Arghhh Ida memang tak boleh tengok kawan sendiri sanding! sebab nanti jadi macam nilah!. Nangis sebab terharu :(

* muka pengantin bahagia :) *

*ni waktu baru tiba dengan helicopter*


Tapi walau apa-apa pun memang berbaloi perjalanan kitaorang dari KL yang bermacam-macam halangan. Dari flight tak boleh naik, ade tix salah booked pun ade. Tayar kereta pancit pun ada...pastu last-last nak balik kl pilih nak naik 1 kereta dengan Fatin pula. Sebab tak berani ambil risiko lagi, takut kitaorng tak dapat naik flight lagi untuk balik ke kl. Yeah mungkin korang rasa membazir tix flight tu..tapi takpela. Janji kitaorng dapat pergi dan balik dengan selamat :)

*muka frust tak dapat naik flight*

Dalam perjalanan balik kitaorng senyum puas hati, sebab berbaloi datang ke langkawi tengok sendiri live kawan kita kahwin!. Dulu before yuyu wedding, ingat rasanya macam tak dapat datang. Sebab maklumlah bulan december...hujung tahun. Banyak perkara yang perlu di fikirkan. Tapi fikir punya fikir...come on lah..is ur friend wedding! Takkan tak datang kot??! tak nak yuyu kecewa kalau kitaorng tak hadir. Maka yessss! twins decide datang ke langkawi only for u Pn.yuyu! :) 

*muka puas hati dalam perjalanan balik kl* 
Doa Ida buat Yuyu dan Onjet, semoga rumah tangga yang dibina berkekalan hingga syurga. Dan semoga masjid yang dibina diberkati ALLAH, dan dilimpahi rezeki dan baby yang comel-comel :) 

Buat Onjet, please jaga Yuyu baik2 tau. Kitaorang sayang Yuyu :) semoga Onjet menjadi penawar buat duka, dan pemberi kebahagiaan dalam hidup Yuyu. May ALLAH bless u both. Barakallah dear. 


By the way kat bawah ni pula, gambar-gambar kitaorang sepanjang di majlis kahwin Yuyu dan sepanjang trip kitaoarang di Langkawi. Jemput tengok heee :)



Ni feri yang nasib baik kitaorng sempat naik, sejurus kitaorng beli tix feri. Terus tulis sold out untuk waktu pukul 4 petang. Alhamdullilah nasib baik sempat naik feri ni :)

twin bersama si fatin jelita ni... tq sangat2 sebab sudi tumpangkan twins pergi trip langkawi dengan Fatin. Twins x sabar nak pergi wedding Fatin pula nanti ;)

twin bersama bunga, make up artis yuyu dan juga kawan kitaorang. Diel a yang mekapkan yuyu tau :)

twin bergambar dengan nyuu, kawan kitaorang juga. Kenal dari facebook tapi pastu boleh jadi kawan. Die pandai mekap juga! suke tengok die mekap. Lawa sangat!

twin bergamba dengan kawan kitaorang, radin fadli. Tak pernah jumpa. Ni first time jumpa.

Bergambar beramai - ramai, seronoknya jumpa korang semua.
dari kiri ieqah,adik fatin suhana, farah namanya, me, bf fatin Muiz, fatin, ida, nyuu dan akhir sekali fadhila.


tehee...ni pula twins. Nak juga merasa naik pelamin..hikhik :p

twins sempat bergambar sementara nak tunggu yuyu turun dari helicopter :)

last skali mestilah.......
tadaa...yes is choclate!!  pergi langkawi tak sah kalau x borong choc kan,kan,kan? 

oklah sampai sini je rasanya entry langkawi. Sebelum kitaorng akhirkan entry ni, kitaorng nak ucapkan TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK pada Yuyu & Onjet yang jemput kitaorang dan mak yuyu yang tolong booked kan homestay. Ieqah yang banyak tolong kitaorng booked tix semua...fadhila yang belikan kitaorng pavlova, tapi tak sempat ambik gambar pavlova dah selamat masuk dalam perut dah..hiks :p 

Dan tak lupa juga pada BEST BUDDY TRIP EVER! Fatin, Farah,Muiz! tq korang sebab sudi tumpangkan twins!! we hv such a wonderful with u guys tau! :)  tapi sorrylah tau sebab asyik tido je kat belakang huhu :p Pasni memang tak sabar pula nak pergi wedding korang. Tehee mesti korang sweet macam gula tau. Farah adik fatin, kena sediakan tisu awal-awal la..hehe nanti mesti confirm nangis punya bila Fatin kawen! Gosh can't wait lah!  

oklah sampai sini je entry ni, akhir kata..korang cepat2 lah kawen..hihi rasa macam best pula tengok orang kawen..kekekeke :p 



Written by : Twins!