Saturday, October 26, 2013

Perlu Ke Melepaskan?


Dalam Hidup kita selalu berdepan dengan keadaan yang memerlukan kita untuk melepaskan sesuatu kan?. Tak kiralah dalam life seorang student, makwe, pakwe, tunang, pak cik, mak cik, ibu-ibu ataupun yang masih single meng yingle ni..hurm memang kita takkan pernah terlepas dari keadaan macam ni kan?

nah..habis tu macamana? perlu kita menangis hentak kaki macam budak-budak yang kehilangan gula-gulanya? 

tak nak? 

malu?

geram?

atau pasrah?

ah bila kita berbicara tentang melepaskan 'sesuatu' perkara, mesti masa macam ni otak kita akan tetiber memproses kembali kenangan-kenangan yang kita 'tak suke' ataupun yang kita rasakan macam menyakitkan kan?

dah tu..nak buat macamana? dah dalam kehidupan, kita memang tak boleh lari dari perkara-perkara macam ni kan? betul tak? 

tapi kadang-kadang kita perlu terima dan faham bahawa..


dan penyelesaian yang terbaik ialah kita perlu REDHA!

yes..that's the only solution that i found it really works :)

REDHA!

Kenapa Ida cakap macam ni? ceh..mesti masa ni ade orang yang ingat "eh Ida ni putus cinta ke?' dok tulis entry karangan bagai cenggini...aiyoyoyo...mesti korang cakap cenggitu dalam hati kan,kan,kan?

tapi sebenarnya TAK!

entahlah..tetiber bila Ida tengok facebook, tengok kawan-kawan modelling Ida..teringat pula zaman photoshoot Ida dekat Karangkraft, Fashion Runaway bagai...tapi bila dah kerja ni..urm Ida tak boleh dah amik job cenggitu. Sebab job2 cenggitu memerlukan masa weekdays untuk buat! 

waktu awal-awal rasa macam sukar sikit nak adapt dengan life baru, ceh pendek kata masa tu kita TAK RETI BERSYUKURlah katakan!. Orang lain susah nak dapat kerja, kita pula boleh dok fikir macamana nak stugle nak adapt kan diri dengan life kerja =.='

padahal bila Ida dah start terima perasaan REDHA,TAWAKAL and PASRAH. Baru Ida nampak besar-besar gedabak bahawa banyakkkkkkkkkkkkkkkkk hikmah sebenarnya bila Ida dah kerja ni. Uh well walaupun ada sesetengah perkara yang Ida kena korbankan..tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii....

Bila kerja ni, Ida belajar banyakkkkkkkkkkkkkkkkk benda baru. Dapat kawan-kawan kerja yang sporting giler, dok nyanyi-nyanyi sambil geleng-geleng kepala macam cte hindustan..haha.bila dorang buat cenggitukan memang buat suasana kerja jadi fun gilelah kan!. 

dan yang PALING UTAMA bagi Ida sejak dah kerja ni kan, Ida dapat beri something kat parents :') that's the most important part, why i love my job now :) Salah satu impian Ida, adalah membahagian my parents. Cewahhh! i wanna make them proud to have a daughter like me!.

Coz deep down i know, im not good like my eldest sister yang selalu gila score straigh A's. Selalu dapat nombor 1. Belajar tinggi-tinggi. Pandai bercakap omputih sampai orang selalu impress dengan dia..yeah i knw im not like that. So i have to struggle and work harder, to make my parents proud having a daughter like me yang tah hape-hape neh :p

*kyaa...gambar takde motip..tapi nak letak juga boleh? kuikui :p *

and bila Ida dah start boleh memberi, buat Ida lagi bersemangat nak naikkan taraf hidup Ida!. Hehe sebab tu sekarang Ida dah start belajar memandu dah. Dok berangan nak bawa family keluar makan-makan sambil kita yang drive kete. Cehh...tapi parents kita cakap cenggini pulak ...

 'boleh ke Ida bawa kereta?, jalan pun tak tau!. Eh mak tak confident la Ida boleh bawa kereta!'

seee my mom boleh pulak cakap cenggitu =.=' tapi tu yang buat kita lagi bersemangatttttttttttttttttt nak belajar kereta!. Nak buktikan dekat mak kita yang kita pun boleh buat!. Tak sabar nak cakap macam ni :

 "see mom, im not a kid anymore, im not like Ida yang dulu tak reti apa-apa tau. Ida dah boleh bawa kereta tau!' *pastu nyanyi lagu Tegar...aku yang dulu bukanlah yang sekarang* kakakakaka...masa kita tengah dok menaip ni pun kan, dah boleh sibok imagined kita cakap cenggitu kat mak kita,,,ceh Ida tak habis-habis berangan lagi =.='

oklah sebenarnya motif entry kali ni nak cakap tentang 'letting go' tapi dah jadi macam sesi meluahkan perasaan pulak. Jangan boring baca sude :p 

oklah kesimpulan dari entry ni ialah, kadang-kadang kita perlu belajar melepaskan suatau perkara untuk mendapatkan suatu perkara yang lain. Kerana dah lumrah hidup, kita tak boleh dapat semua yang kita nak :) *melainkan korang super women yang rasa boleh buat semua benda, then go for it la..kejar impian masing-masing* sebab masa memang takkan menunggu kita, kita yang perlu kejar cita-cita seiring dengan masa :)

buat sesetangah korang yang tengah hadapi dilema 'letting go' ni, Ida harap korang tabah, dan try apply tips REDHA,PASRAH dan TAWAKAL ok?. Insyallah korang boleh laluinya. U can do it bebeh! *sambil buat aksi chaiyok-chaiyok macam dalam korean movie :p * 

oklah dah terbebel pulak malam-malam neh..sorry kalau rasa terboring ok?, if korang ade pengalaman nak kongsi or pendapat ke. Jangan malu-malu tinggalkan jejak komen kat ruangan komen kita ok? :) kita lagi suka korang tinggalkan jejak tau ecececey... :p

oklah sampai sini je entry kita. Jumpa kat next entry lagi ok..meh cium pipi sikit..muah kiri muah kanan *for GILRS ONLY TAU!...hehe laki tak boleh. Sorry ye :p * 

oklah bye! happy weekend u'olls ^_^





WRITTEN BY : IDA MANSOR *sambil buat peace yaw* (mata dah ngantok ni, tapi tangan degil sebenarnya still aktif lagi nak menulissebenarnya. Takpelah save it for my next entrylah hehe :) 




Friday, October 11, 2013

In love with you...

Assalamualaikum  girls and guys!

hihi today kita nak cerita tentang cintalah..boleh x? ececey....soalan pertama kita nak tanya koranglah kan... pernah tak korang jatuh cinta? ceiitt mesti pernahlan kan,kan,kan? confirm punyalah! sapa cakap tak pernah tu memang tipu! bahahahaha memang kita tak caya ah kalau korang kata x pernah. Paling cikai in love pun, mesti korang ade ter minat kat mamat-mamat zaman sekolah dulu ke, ataupun kat retis-retis yang hot-hot yang semestinya takkan pandang kita even sebelah mata je pun kan?! macam kita, memanglah selalu je ter in love dengan channing tatum ke, taylor lutner ke..edward cullen ke..ehhh...hahaha nk crush pun yang hot-hot yer dak? hikhik :p

tapi sebenarnya yang paling kita jatuh cintalah kan...dengann....jeng jeng jeng *drum roll* hehe dengan Dian Pixy Floral Mask lah! kekekeke mesti korang dah excited nak tau dengan sapa kita jatuh cinta kan? ceiit kita sekarang x mainlah cintan cintun dengan mana-mana mamat sekarang. Suka jatuh cinta dengan beauty products je sekarang!

hehe sebabnya umur dah makin meningkat, so kenalah jaga apa yang patut sekarang...keke :p

meh kita kenalkan lover kita Dian Pixy Floral Mask ni, suke mask ni sebabnya die kaler ungu. Omey sangat tau :p plus die memang best, sebab everytime ada jerawat atau blackhead memang dielah jadi teman sejati kita di malam hari...eceh :p

naahhhh bukti untuk korang, kalau incase korang tak caya kita pakai produk ni :)


masa ni jerawat tengah besar gila menternak kat pipi kite tu, tu yang apply mask ni kat bahagian jerawat je. huhuhu :)


muka kuyu, sebab terlalu suke dengan mask ni..abaikan jela eyebag gemok tu :p


colet sana, colet sini..amacam cantik x? kekekekekeke :p


haaa ni lah rupa lover kita yang kita dok pong pang kat atas tu. Nama dia Dian Pixy Floral mask..eceh..kerlas kau..Floral Mask sangat tau. Naseb kesannya die bagus, so kita bagi die double kelaslah boleh? :p 


oh by the way, buat korang yang tertanya-tanya apa fungsi menda alah ni, nah baca kat bawah ni : 

- lindungi kulit dari pencemaran
- melembutkan kulit tanpa menipiskaanya ( ni i loike!)
- saaaaaangatlah efektif untuk tanggalkan blackhead yang degil nak mampus :p
- mengawal masalah kulit berminyak
- menyaktoksik pada wajah yang jadi punca jerawat
- sangat digalakkan untuk kulit yang sensitif dan berjerawat

Bahan dalam ni apa pulak? 
ha dia ada moisture complex, vit A, B3, C dan E + Hyaluronic Asid dan semua bahan yang bagus untuk muka :)

last sekali just wanna inform u girls and guys, Fatin Liyana. Fatin Suhana pun pakai mask ni tau..x caya? g ah stalk belog dorang...huhu sebab tu agaknye kita pun dah terpengaruh nak cuba mask ni mungkin? :p

oklah for those yang nak tau, kita dapatkan benda ni kat mana. Korang bolehlah pergi kat Dian Pixy ni okey, selamat menjadi cantik semua...bye. Sayang korang! Happy Weekend peeps !



written by Ida Mansor comel :p