Wednesday, January 6, 2016

Trip Ke Langkawi

hI, Korang lama pula Iena tak buat update post kan? setelah sekian lama biar terperap gambar ke trip langkawi baru sekarang hajat nak post.

tripnya tahun 2015, publish ke tahun 2016..naseb tak jauh beza kan sebab trip iena akhir dec 2015 je pun. Ingat nak update lagi awal, tapi since demam+batuk+selesema lamaaaa sangat nak baik, so baru sekarang hajat nak update pasal trip ke langkawi ni termakbul.

sebernanya trip ni bermula dari plan ayah kitaorang, dia kata ada reunion sekolah kat kedah, so mak kita tahu terus suggest ajak ramai-ramai satu family pergi bercuti ke langkawi, tapi yang sadisnya bila dah plan awal-awal, last adik lelaki tak dapat join awal sebab clash dengan masa class dan ada kuiz dia kena jawab kat utp,

so nak tak nak iena&ida dan kakak kitaorang je pergi dulu, sebab dah booked ticket flight awal-awal. korang kalau nak murah ticket flight mesti kena survey awal2 dan tengok mana ada promosi dan tarikh yang sesuai, kalau beli last minute memang tak dapatlah harga murah kan? dah nama pun last minit. biasa harga ticket memang berubah kekadang sebab dia ada buat harga promosi macam air asia.


Rate bintang utk hotel ni 2 je kot, sebab dah lama sebenanya hotel ni..gambar bilik nampak macam baru tapi dah agak lama juga hotel tu.

first day kitaorang stau duduk dekat hotel langkasuka stay pun satu malam je, sebab kitaorang sampai je dekat airport langkawi terus naik cab pergi hotel ni, sampai sana je memang dah malam lah pukul 12.00 camtu..perut pun lapar terus cari makanan, so kitaorang bertiga hajat makan gerai depan hotel tu, sebab tu je kedai buka lagi..tapi makanan kureng lah tak bape sedap, korang kalau nak sedap, better makan dalam mall tu yang sebelah hotel langkasuka, ada kedai ayam penyet, ayam penyet dia lain sikit yang dekat kl punya, langkawi ayam penyet kat dalam mall tu, sambal dia lagi best! pedas dan sedap, makan pun puas hati harga pun ok.

esoknya lepas tu kitaorang pergi pula tidur hotel lain, tapi hotel ni memang recomend sangat dekat korang, sebab cantik dan selesa, harga pun boleh tahanlah, bilik pun besar, lagi best hotel helang ni sebelah airport je, tak sampai 5 minit sampailah.


dekat langkawi ni kalau naseb tak ok, dapat lah kedai makan yang makanan dia kureng tapi mahal...tak banyak sangat kedai makan sedap, dan harga a bit pricey juga mahal makananya, terasa makan seafood kat kl lagi murah.

kitaorang ada makan kat satu gerai mahalnya 80.00 lebih..tapi makanan sangat tak sedap..kitaorang makan tiga orang je, seketul ikan bakar+sotong tepung+sayur dan nasi satu, kat kl pernah order makan macam ni harga tak semahal ni, ikan pun kecik bukan ikan besar T,T', akak kitaorang tak makan nasi sebab diet katanya! tapi bab coklat melantak banyak boleh pula makan, diet ke cengitu?

tapi dalam perjalanan balik lepas makan gerai nasi campur dekat langkawi, kitaorang jumpa bedang cantik, terus stop kan kereta amik gambar. memang puas hatilah benti sebab amik gambar nampak view cantik kan..oh ya kalau korang pergi langkawi korang wajib pergi makan kedai nasi campur..harga dia memang murah! tapi sedapppp. harga x sampai rm30 tau makan tiga orang. apa yang kitaorang order? kitaorang oder ikan bakar+tauhu+sayur+ulam+nasi tiga orang. makan puas ikan besar harga murah.



gambar nii tak edit, pakai  phone lain. ida punya gambar pakai oppo tu nampak lain colornya.

ida dengan pose nya. :)

balik tu kitaorang jalan-jalan kat pantai chenang, hari khamis tak ramai orang pun, cuaca panas gila, kakak kitaorang pakai selipar bila tanggal selipar nampak sunburn kulit dia, nasib kitaorang tak sunburn langsung..dia pula pelik asal kitaorang tak kena macam dia.


second last day sekali baru kitaorang pergi beli coklat dan amik parents kitaorang dr airport. tapi parents&adik lelali kitaorang stay satu hari je langkawi, ingat nak bawa parents naik cable car tapi disebabkan ramai sangat orang , maka kitaorang batal ke hajat tu, dan naik bot jalan siar-siar tengok laut.



we always bickering, but we always love and care each other.

ni mak ayah kitaorang, everytime tengok dorang buat sweet gini rasa comel je tengok :)

ni pula adik laki kita, kesian dia..dapat beructi satu hari je kat langkawi, dia sempat join main snorkeling je, ada rezeki lagi dapat lah dia bercuti lagi ke langkawi lama sikit in sha allah :)

esoknya kitaorang pergi snorkeling, amik masa dari pagi sampi petanglah aktivitinya, lepas tu rushing balik kl, tapi di nasihat untuk korang, sebelum snorkeling wajib makan, kalau tak perit korang sure masuk angin nanti..sebab bila snorkelling air mesti ada masuk hidung&mulut korang punya..dah nama pun aktiviti snokeling kan wajiblah kalau hidung termasuk air semua, ida pula lepas balik sampai kl terus sakit sebab aktiviti snokeling sebab badan dia tak tahan tekanan main snorkeling, dah lah tak makan main snokelling lagi sakit, dia sakit dada susah nafas dan otot-otot badan jadi sakit, maybe sebab dia tak pernah exercise pun. korang kalau ejnis badan tak fit sangat sesiap makan gaviscon dan makan apa-apa sebelum pergi snorkeling, dan jangan main lama-lama nanti korang sakit-sakit badan amik masa seminggu juga otot badan korang tak sakit lepas tu.


ida pas balik kl sebernya dok bebel-bebel katanya taubat nak main snorkeling lagi sebab sakit-sakit badan, tapi bila temgok gambar ni tersengih-sengih pula, katanya suka gambar cantik, bila tanya nak lagi tak snorkelling, dia diam je tapi still tersengih-sengih!



time ni perjalanan nak balik pergi airport sempat juga snap gambar.

oklah sampai sini je kita celoteh, maaf banyak pula kita bebel, takut korang bosan je baca berjela-jela, oklah next time ada idea kita update lagi entry okeh, sayang korang semua sebab sudi baca :D.


Ditulis Oleh : Iena Mansor