Kenapa bila usia kita dah mula
menganjak masuk era umur 23-an ni kita akan dijangka untuk memenuhi beberapa
expectation yang orang awam sudah jangkakan dari kita. Lagi-lagi bila yang dah masuk era umur 25 - 26
tahun ke atas kan?!. Expectation ni akan makin mencanak naik dari orang
sekililing yang terdekat dengan kita.
*kerea
idaman kalbu, takpe kayuh pelan-pelan insyallah pasti menjadi milikku
jua..cewahhh :p*
Ah sudahh....bila era-era umur
cenggini memang selalu sangat ditembak dengan soalan berbaur begini.. ‘kau, bila
nak ada kereta?, takkan nak naik lrt lagi menyusahkan mak bapak kau?’ . Perghh
ayat...menusuk terus ke jantung ni tau :( . Nak je kita cakap cenggini ‘ apa kau ingat aku
suka jalan kaki jauh-jauh panas terik naik kenderaan awam?, ingat kita suke ke
minta tolong ibu bapa kita tolong hantarkan kita pergi mana-mana? alahh ada
kereta pun selalu je kena stuck dengan jammed what??!”
*so kalau takde kereta pun xpe kot?
*ceh ni namanya ayat dalam hati nak menyedapkan perasaan sendiri sebenarnya
yang tak berkereta lagi..huhuhu :p
Pernah
tak korang rasa feel cenggini? Tipu kalau korang rasa tak pernah!. Kalau nak dikutkan dengan pendapatan belia
masa kini kan, yang rata-ratanya dalam 1.5k-2.5k kalau nak beli kereta setakat
MYVI tu ok kot..tapi bila difikir dan ditimbang tara kan...rasa macam terbeban
gak la kalau beli kereta sekarang. Tahu sebab apa? Sebab kereta myvi monthly
RM600 paling murah..dapatlah yg murah sikit kalau siapa yg pandai survey.
Tapiiii dengan kos sara hidup yang makin tinggi
ni....huuuu kne fikir berjuta kali sebelum beli kereta kot :p minyak kereta lagi..mahai
wooo..
Biarlah rakyat marhaen macam
kita-kita ni hidup secara bersederhana a.k.a ikut kemampuan. Bak kata page
Fareeda ‘ bergaya ikut kemampuanlah’ khannnnnn?? . Sebenarnya Ida bukanlah nak
sangat cakap tentang pasal berkemampuan ke
atau tidak untuk membeli seketul kereta ke...Cuma yang menjadi masalah rakyat
golongan belia macam kita ni...banyakkk bendalah yang golongan macam kita-kita
ni kurang berkemampuan lagi nak beli. Kalau nak diikutkan, berapa keratlah
sangat rakyat belia macam kita ni yang dah mampu beli rumah?. Harga rumah pun
dah mahal kan sekarang?. Beras pun naik juga sekarang tau *sambil
cekak pinggang* , siapa kata orang bujang tak merasa kenaikan harga?. Bujang
lagi terasaaaa ooooo....sebab takde encik husband yang nak tolong support dari
segi financially..kekekeke :p
So siapa disini yang berada dalam
situasi yang sama macam rakyat marhaen macam kita-kita ni?, angkat tangan cepat!
Kita geng *sambil menepuk bahu korang, tanda memahami*
Yang penting JANGAN GIVE UP!, kalau
give tak dapat apalah..dapat angin je..hehe :p tapi dalam terselit usaha kita
untuk menggapai impian, mesti ade juga terselit waktu yang kita termenung memikirkan
usaha yang kadangkala tak berhasil kan?. Kalau ikut Ida, bila Ida rasa nak give
up, ida akan whatsapp INA :) yes ida
akan whatsapp INA everytime ida rasa ‘down tau’...bila
kita bercakap dan meluahkan perasaan dengan seseorang kita akan rasa lebih
TENANG. Yes tenang!, lepas kita tenang kita akan peroleh kembali tenaga untuk
kita usaha lagi and lagi!. Tips ni selalu menjadi tau :), kalau korang yang dah kahwin tu
pula...urm korang bolehlah buat pillow talk dengan suami...atupun duduk berdua
dengan boipren sambil makan ice cream meluahkan apa yg terbuku di hati kee.....
Lagi-lagi kalau dapat boipren yang pandai mendengar, memanglah buat korang lagi
bersemangat kan,kan,kan?
Kalau nak
hilangkan stress, boleh juga suapkan ice cream dekat si tersayang.
Untung-untung die boleh tersenyum dengan layanan kita..hehe pastu bolehlah ajak
die belanja tgk movie, tanda upah kita dah menjadi pendengar setia..kehkehkeh
:p
Kalau nak tips selain dari tu untuk
hilangkan stress, korang boleh try cuba satu tips ni. Peluk IBU BAPA
korang...insyallah korang akan rasa tenang dan bersemangat lagi untuk USAHA!.
Yang ada anak, boleh peluk dan cium anak-anak korang. Sure korang akan rasa
berbaloi-baloi lalui pancaroba kehidupan ni demi insan-insan
tersayang..cewahhh..ayat nak macam novel sangat kan :p
The best
medicine of all.... *pelukan dari seorang ibu :’) Ida jarang peluk ibu Ida, segan sebenanrnya...tapi
Ida suka sebenarnya bila dipeluk cenggini oleh mak Ida. Idk why...tetiber rasa
macam safe and calm gituu bila dipeluk cenggini. Siapa rasa ceggini?*
Try peluk
ayah korang pula, lelaki nampak je tegas
di luar....tapi selalunya dengan kata-kata yang tegas dan cuma renungan dari
seorang ayah. Dah mampu dah untuk buat korang memahami sedikit sebanyak dalam
mengharungi kehidupan seharian korang . One day u gonna be a father to kan? :’)
*pelukan
dari anak-anak. Orang kata pelukan ni sumber kekuatan ibu-ibu dan bapak-bapak
di luar sana. Dorang nampak je marah anak
dorang bagaikan raksasa...tapiiii sebenarnya dalam hati...kalau nyamuk nak
gigit anak dorang pun, dorang tak sanggup tau!”
Setakat ni, tu jelah tips yang kita
rasa berguna kot untuk kongsi. And mungkin dah ada some of you yang praktikkan,
cuma yang Ida nak beritahu. Korang tak sendirian dalam harungi masalah ekonomi
masa kini. Banyakkkkk lagi orang yang kurang dari kita pun ada tau
sayang-sayangku...and most important is...please please jangan sesekali rasa
rendah diri dengan siapa kita yang sekarang. Kita takkan tahu siapa kita akan
jadi di masa depan kan?. Jika kita rasa kita tak punyai apa-apa, ketahuilah
korang mungkin dah menjadi hero pada sesetengah orang. Korang mungkin rasa
korang bukan siapa-siapa, tapi mungkin di rumah ada yang merasakan korang
adalah ‘hero’ dalam hidup seseorang. Salah satu contohnya ialah, Ida selalu
anggap my dad is my hero...and my mom is my saviour. Kalau tak kerana dorang,
Ida takkan belajar menjadi Ida yang sekarang. Parents kita dah melalui
macam-macam untuk membesarkan kita, terasa begitu besarrrr jasa mereka dekat
kita kan? . Terasa begitu bersyukur ada ibu yang besarkan Ida dengan penuh
tegas....kalau tak kerana tegas itu mungkin Ida pun tergelincir dengan nafsu
dunia..nauzibillah...*minta dijauhkan!!*
Apa-apa pun kita bersyukurlah
dengan siapa kita sekarang, sekurangnya kita masih lagi cukup makan dan minum.
Masih lagi punyai ibu bapa untuk berbicara..dan punya kesempatan lagi untuk
menabur bakti pada orang tersayang. Ayuh kita kayuh pelan-pelan untuk mencapai
impian kita. Semoga kita sama-sama dapat menggapai impian dan membalas jasa
pada insan tersayang. Allahuakbar! Ayuh kita berusaha!
Written by : Idaman
Terima Kasih sudi baca :’)
6 comments:
Samalah, kita rakyat marhaen. Angkat 2 tangan, pinjam 2 lagi dari adik. YAng mana boleh jimat , kita jimat, kadang bawa bila ada kereta , komitmen tinggi, sebab kereta bukan bayar monthly saja, servis, minyak, tol, rosak sana, rosak sini... bukan kita minta tapi sifat benda pasti akan rosak... Jadi tak perlu fikir sangat apa yang orang fikirkan, sebab nanti kita tak ada masa untuk fikirkan apa yang patut kita fikirkan...
sama la liz nk beli kreta pun rs sesak nafas gaji mcm tu mg blm tentu lagi
Radin Fadli - yup2..betul..xperlah buat dan usaha setakat yang termampu sudah :)
Liyliz - kan2..tahu xper..realitinya mmg mcm tuh byk yg alami ni skrg :(
satu entri yang begitu dewasa isi kandungannya. tahniah.
sesungguhnya target memang perlu dirancang dan dilaksanakan. Paling penting adalah pandai merebut peluang yang baik di samping mendapat restu daripada ibubapa.
sebagai seorang rakyat, kita tidaklah sekaya pemimpin negara. Namun kita boleh mengambil peluang yang Kerajaan sediakan untuk meningkatkan ekonomi keluarga.
jangan lupa bersedekah dan berzakat. Jangan lupa minta restu ibu bapa kerana sesungguhnya keberkatan hidup kita ada di dalam doa ibu bapa.
yutaka - yup betul.. terima kasih atas pandangan anda :)
Post a Comment