Tuesday, April 30, 2013

Jakarta Twins Datang Part 2


Jakarta kami datang!



Entry untuk Jakarta kali ni twins nak ceritakan tentang tempat-tempat menarik yang kembar pergi sepanjang kat sana. Twins bercuti kat Indonesia dalam 5 hari macam tu. 4 hari kat Jakarta and sehari kat Bandung. Memang best sangat bila ingat balik kenangan bercuti kat sana tau, rasa-rasanya inilah kot kenangan paling indah twins sepanjang 24 tahun hidup ni J



Twins pergi kat sana under tajaan Ministry of Tourism and Creative Economy  serta The Department of Tourism and Culture Jakarta CapitalCity Government tau. Sebab tu sepanjang twins kat sana, dah ada siap-siap dah tourist guide yang akan jaga kitaorng sepanjang 5 hari kat sana, Mbak Mia, Mbak Elnie, Mbak Suci and Pak Doli. Dorang semua baik sangat tau, especially Suci dah banyak kali dah tolong Ida kat sana! Mbak Mia pun terima kasih banyak tau!. Nak mintak tolong apa-apa ke dorang akan tolong kitaorng, siap top up kan internet line lagi untuk kitaorng ber – instagram , ber – twitter bagai semua kat sana tau. Hehe sebab tulah kitaorng semua boleh update gambar kitaorng sepanjang ada kat Indonesia hari tu. Siapa tak follow kita punya instagram lagi silalah follow kita ya. Cuba cari nama Iedamansor insyallah korang jumpa instagram kita nanti. Ish sempatlah pulak promoted instagram sendiri, tak malu betul -_-‘

Oklah kalau nak tahu pengalaman kitaorang kat sana, jom baca entry kitaorng kali ni selama 5 hari di Indonesia. Jom kita mulakan dengan bismillahirrohmannirrohim J


First Day Dapur Babah



Persinggahan pertama twins bermula di Dapur Babah, dimana restoran Dapur Babah ini memaparkan serba sedikit sisi kehidupan rakyat Jakarta sewaktu lama dahulu. Papan tanda Dapur Babah ni pun dah kelihatan antic, sesuai sekali dengan konsep serta tema Dapur Babah ni tau.


Pertama kali melangkah ke Dapur Babah, twins dah dapat bau haruman lilin dan disambut pulak  oleh perkerja Dapur Babah yang berpakaian ala jawa, pehh..memang bez. Ditambah lagi dengan iringan lagu melodi yang mendayu – dayu masa tengah makan ni..herm..memang membuatkan suasana kat Dapur Babah ni  kelihatan tenang, selesa dan paling penting eklusif tu..hehe sekali sekale kan merasa suasana eklusif macam ni. Herm..memang bezlah suasana kat Dapur Babah ni. Twins suka!
Rekaan dan rekaletak kat Dapur Babah ni pula, memang mampu menampilkan suasana di zaman lampau Jakartalah!. Sebab hampir kesemua perabot yang dorang gunakan sebagai rekaletak kat Dapur Babah ni kelihatan antic kot. Dari pasu, lukisan hinggalah ke meja makan!. Tak percaya? Korang boleh tengok sendiri gambar-gambar restoran Dapur Babah ni.



*Hidangan Utama - Nasi Tjampoer Babah

Bukan sekadar omongan kosong, memang di Dapur Babah rekaaan dan rekaletaknya begitu menakjubkan twins tau. Hinggakan twins sendiri dapat rasakan suasana rakyat cina Jakarta, Jawa Jakarta serta makanan tradisonalnya memang membuatkan twins betul-betul mengalami satu malam yang menakjubkan di Dapur Babah!.  Kesimpulannya memang bezlah!

Ni pula gambar potret wanita salah seorang isteri yang dorang kata isteri yang paling cantiklah antara semua. Macamana cantik tak? hihi. Lepas je kitaorang habis makan kat Dapur Babah ni, twins terus pergi Milennium Hotel untuk berehat pula. Phew..memang sangat penat dah waktu ni. Sebab dah pukul 1 lebih pagi macam tu.

Milennium Hotel


Sampai-sampai kat Milennium Hotel ni kan… twins dah excited dah tau!. Sebab hotel die sangat cantik! Lagi-lagi bila dapat tahu ada kemudahan wi-fi, gym, kolam renang (wajib ada kan) dan ada taman kat tepi kolam renang. Hehe bolehlah twins ambil gambar kat taman nanti :p. Yosh memang beshlah hotel ni!

*Suasana di bilik hotel twins, bantal die sangat best! Hehe J



ada gym lagi!, tapi kembar tak pergi pun..hehe malas :p



Kolam renang…cantik kn?



Taman kat Milennium Hotel…iena Nampak happy dalam ni kan? J



Ini pula gambar ktorng masa breakfast kat Milennium Hotel


Shing memang sporting, iena pula sempoi je J



Ni pula Ida..macam biasalah kan.. suka berangan ambil gambar kan..haha sebab tulah sibok nak berangan main piano pula! Hahaha..


Second Day Pulau Onrust

Hari kedua kat Jakarta ni, kitaorng semua habiskan waktu dengan visit dari satu pulau ke satu pulau. Salah satunya pulau Onrust Island, memang cantikkkkkkk tempat dia!. Masa kat pulau ni kitaorng semua sibok dengan aktiviti bergambar je!. Hehe kat mana lagi tempat yang paling sesuai nak bergambar kalau tak kat pantai betul tak? Jom tengok gambar kitaorng masa kat Onrust Island ni. Pulau ni memang cantik! Twins suka! Like,like,like..hehe :p



Berposing atas feri tipu..hehe :p




Hello..twins di sini..hehe..


Tahdaaaa…..im hereeee at Onrust Island J




Yang ni pula namanya Pohon Jodoh, siapa nak dapat jodoh bolehlah cuba doa kat sini. Hehe mana tau doa korang termakbul ke kan?




Tu jelah kot antara gambar-gambar twins kat Onrust Island, lepas kitaorang semua dah penat pergi Onrust Island kitaorng sempat pula tengok tempat ni masa dalam perjalanan nak ke tempat makan. Kitaorng berhenti kejap kat tempat ni sebab lampu die sangat cantik tau!


Lepas je bergambar kejap kat tempat ni kitaorng terus pergi makan kat Bandar DJakarta Restaurant. Kitaorang makan SEAFOOD! Perhhh memang TERBAIKLAH! Sebab makanan die SANGAT SEDAP!. Makanan yang paling Ida suka ialah lauk Ketam die..pehh..memang TERBAIK SANGAT-SANGAT! 5 bintang kite bagi..hehe memang gembiralah perut kita malam tu, dapat makan makanan yang sedap-sedap. Bukan senang nak dapat makan seafood puas-puas kan? Lagi-lagi yang sedap. Susah nak jumpa!
Nasib kar Bandar Jakarta Restaurant ni makanan die memang super delicious. Memang TERBAIKLAH!




FAVOURITE Twins!! Kita makan banyakkkkk ketam ni..hehe :p

Ayam ni pun sedap! Rasa black pepper! Suka-suka!


Hermm…udang ni toksah citelah memang UMPH! Sebab dia rasa macam telur masin gitew... Sedap giler! Ish rindu nak makan ni lagi!. Kenapalah kat Malaysia takde? L

Memang makanan kat D’jakarta Restaurant ni memang sedap, kita sangat recommend kalau korang singgah kat Jakarta korang kena visit this restaurant. Confirm tak rugi punya, berbaloi-baloi J

Third & Fourth Day
Dian Pelangi, Alleira Batik, Mien Muslima Boutique, Thamrin City, Tanah Abang
Dan Taman Sari Royal Heritage Spa

Hari ketiga dan keempat ni kitaorng dibawa ke butik-butik designer Indonesian kat sana. Bezlah jugak. Paling twins suka masa pergi kat Tanah Abang & Taman Sari Royal Heritage Spa. Memang bez dua tempat ni!. Tempat favourite twins sepanjang kat sana!







Annas, Yuyu and Me. Saje-saje try pakai shawl Alleira Batik. Ish rindu korang tau! Annas masa kat sana selalu nyanyi lagi Shine like a Diamond. Bila terdengar je lagu tu teringat pulak kat die..hahaJ Masa kat Alleira Batik ni siap ada tutorial Shawl lagi tau. Kita punya tutorial die buat macam kat gambar bawah ni…huhu..yang kat belakang kite tu salah seorang pekerja Alleira Batik. Dielah yang buat tuto untuk semua blogger masa kat Alleira Batik ni. Die sangat kreatif ok!




Ni pula masa kat MEIN Muslima Designer, masa ni pun ada sesi tutorial Shawl semua, Ida sempat beli satu baju kat sana J



Ni pula kat Dian Pelangi butik, cantik sangat butik die! Tapi harga baju die agak mahallah sikit..





Iena dengan Shing & Yunsinn J

Lepas je visit butik-butik ni. Kitaorang semua gerak pergi Tanah Abang. Memang bezlah! Sebab its shopping time!. Barang-barang kat sana memang MURAH-MURAH tau! Ada telekung kat sana Ida blikan mak Ida RM50 ringgit je!. Murah kan,kan,kan? Dahlah siap sekali dengan beg! Memang berbaloi-baloi!. Ida sempat jugak borong beberapa barang untuk family and diri sendiri :)



Tapi sayang….Ida x bli banyaklah pul! ish menyesallah pulak rasa L Dahlah lepas ni tak tau dapat pergi lagi ke tak kat sana. Ida nasihatkan kalau korang rasa barang MURAH-MURAH kat sana JANGAN FIKIR PANJANG, terus beli je!!. Sebab kalau nak beli kat Malaysia memang tak dapatlah harga murah2 macam tu. Baju2 batik lelaki kat sana pun RM15 je tau!. Murah kan,kan,kan? Kalau pergi kat Jakarta korang KENA pergi TANAH ABANG ni. Kalau tak pergi korang RUGI kot!. Sebab kat sana memang banyak baju cantik2 dan murah kat sana.

Tapi masa shopping dalam 2 jam je. Dah tolak ngan makan dalam sejam je masa kitaorng shopping kat sana. Rasa tak puas je shopping kat Tanah Abang. Rasa macam nak pergi lagi,lagi and lagi!. Haha memang kaki shopping betul twins ni kan? :p
Lepas je habis shopping kitaorng singgah kat Taman Sari Royal Heritage Spa pulak untuk sesi berurut. Pehhh…memang TERBAIKLAH urutan dorang. Twins bagi 5 bintang untuk servis , layanan dan tempat yang supercantik!.


Twins dapat bilik yang ni. Untuk dua orang. Ida & Iena berurut di sebelah – menyebelah J



Ni untuk seorang J



Spa ni memang cantiklah, bez kalau dapat pergi berurut kat sana lagi J

Last sekali kitaorng dinner at Magnum Café. Kat sini MEMANG TERSANGAT HEAVENlah! Sebab ada macam-macam jenis ICE CREAM tau!. Makanan die pun tersangatlah sedap!. Shing & Yunsinn dah sugar rush dah makan kat sana, Yuyu and Fatin pulak gelak memanjang bila dah dapat Ice Cream favourite dorang. Nampak sangat dorang HAPPY!. Sampai siap lompat2 lagi tau. Annas je paling relax makan sambil ambil-ambil gambar. Maybe sebab dia lelaki kot? Hehe kitaorng yang perempuan nil ah yang excited terlebih masa kat Magnum Café ni!. 


Magnum Café ni setahu Ida ada kat Indonesia and Paris kot rasanya. Tapi Iena kata kat Pavilion dah bukak. Betul ke? Kalau betul MEMANG KENA PERGILAH! Sebab memang tersangat bez makan kat sini! Haih kenangan paling indahhhhhh masa kat Jakarta tau!



Syurga ice cream!



Baju for adik kitaorng , dia sangat happy bila dapat baju ni tau J


Heaven!


Fatin & Yuyu punya Ice Cream



 Yang ni pula Twins punya. Nampak macam warna biru sebab flash >.<” tapi sangat sedap dessert ni! Suka sangat!

Lepas dinner kat sini twins terus pergi Bandung dan sampai sana tak lama lepas t uterus balik KL dah. So..sampai ni jelah entry twins tentang Jakarta ya. Kesimpulan yang twins dapat melalui pengalaman di Jakarta, kalau nak rasa lagi pengalaman best-best macam ni twins kena usaha kuat lagi untuk berblog dan kena rajin lagi upload entry yang besh2. Bukan je untuk korang tapi untuk diri sendiri. Terasa rindulah pulak nak rasa pengalaman best macam ni tau :’)
Akhir sekali apa yang boleh twins kata THANK YOU SO MUCH KLM, Ministry of Tourism & Creative Economy dan The Department of Tourism Jakarta Capital City Government. Serta SHING & YUSINN. Twins sangat seronok masa kat Jakarta! THANK YOU VERY-VERY MUCH sebab beri twins peluang untuk join trip ni J






Terima kasih Sudi Baca.

Frm Twins