Monday, December 29, 2014

Birthday Celebration Twin


Birthday twins hari tu sambut secara kecil-kecilan je, bila dah makin dewasa ni takde rasa pula nak celeb yang meriah-meriah bagai. Taknaklah buat party jemput ramai-ramai, sekarang lagi suka chillax dengan family and kawan rapat je. Yelah balik-balik yang susah dan senang dengan kita family je kan? Betul tak??. So birthday hari tu Ida jemput housemate Ida masa Ida pernah duduk kat Shah Alam dulu, sedih sikitlah sebab Ain salah sorang housemate kita takde L


Ain antara housemate yang kita paling rapat. Sebab kitaorang banyak persamaan sikt. Kitaorang suka makanan yang sama., suka chillax makan sama-sama lepas kita balik kerja. And kitaorang suka gila tengok cte korea sama-sama. Paling layan cte Runningman lah!. Lama dah tak jumpa dia… tapi nasib baik Ain dan Ayu housemate kita yang lain ada. Dorang dua ni selalu ada kat rumah masa bulan puasa kita duduk kat Shah Alam last year 2013. Ish rasa macam masa cepat giler berjalan kot!.  Dulu Ayulah selalu jadi tukang kejut makan sahur sama-sama, berbuka pun kadang-kadang die yang masakkan. Dahlah sedap pula tu..entah-entah punca kita gemok sebab die masak sedap kot? Hihi :p

Azie pula suka tengok cte Hindustan, kalau waktu die cuti suka tengok cite and lagu hindustand. Dah duduk dengan family ni, rindu pula nak dengar lagu-lagu and cte Hindustan Azie selalu tengok. Selalunya kalau tak faham cte tu kitaorang suka tanya dia. Hehe sebab die faham bahasa Hindustan tau! Best kan J



So disebabkan lama tak berjumpa dorang, Ida pun plan nak makan steamboat kat D’kayangan steamboat dengan 2 orang kawan dan family Ida. Senang, sebab family Ida suka steamboat and tempat ni kat Shah Alam. So senanglah Azie and Ayu nak datang join J

Suka tempat ni sebab die ada bbq sekali, kita satu family suka lagi bbq dari steamboat je. Nasib baik D’kayangan steamboat ni ada bbq sekali. Terus laju-laju booking tempat kat sana. Lagipun tengok dah ramai dah orang review tempat ni, so kitaorng pun booklah.


Ni masa lepas makan..tengok tu muka kenyang je..bahahahaha..ingatkan nak beli pavlova untuk birthday cake. Tapi semuanya dah fully booked. So ada cake ni pun dah alhamdullilah ;)


Me dengan my adik yang tinggi…haish Nampak kemetot pula kita dalam ni =_=’

Kat bawah ni pula gambar-gambar family kita masa tengah nak makan steamboat and bbq. Hehe memang best makan kat sini, servis pun okey! Paling best sini ada banyak desert besh2! Ada ice cream and macam-macamlah!. And tempat ni pun ada aircond tau. So takdelah panas bila ber-bbq nanti ;p



Hehe abah kita macam dah tak sabar tu nak makan..hehe :p kusyuk betul die ber bbq…


ni iena kemain senyum lebar dengan adik laki kita lepas puas makan seafood bbg :)

makan jangan tak makan...hehehe..


iena with mak :) happy face happy tummy :D


muka puas hati dari my parent dapat makan sini..makanan pun sedap dan bersih..


 
banyak pilihan kotang boleh pilih..macam-macam ada tau..


Ni pula sebahagian dari makanan seafood kat restoran D’kayangan J





Kalau korang rasa-rasa nak makan steamboat sekali dengan bbq korang boleh pergi kat sini eh :

Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan 
Sri Acapella Service Appartment,
No 1, Jalan Lompat Tinggi,
13/33M Seksyen 13,
40100 Shah Alam, Selangor.
Tel No: 012-297 1091 / 012-387 0091/ 03-5523 4979
Manalah tahu korang berminat. So kita share kan info dorang siap-siap. Takdelah korang tertanya-tanya nanti J

p/s ; speciality kat sini kambing panggang tau, must try buat penggemar daging kambing macam kite! ;p
Kita and twins celeb simple-simple je, korang pula macamana? 


xoxo written by Iena mansor dan Ida Mansor




Monday, December 15, 2014

Bila Twins bercerita tentang Sunsilk

Dah lama rasanya Ida tak update blog, mesti ramai yang tertanya-tanya apa update terbaru twins kan?. Sebenarnya kitaorang selalu je pergi mana-mana event tau. Cuma masa dah kurang mengizinkan untuk twins berblog sangat dah L


Apa nak buat, bila dah kerja komitmen pada kerja kadangkala menjadi halangan kitaorang nak berblog tau. Yelah balik kerja dah lambat, lepas tu weekend pun de photoshoot and event. Aiyaa..no cuti for me lor.. L kadang-kadang tu sampai rambut pun dah tak terurus, habis dah nmpak macam rupa mat lampir dah bila rambut menggerbang dengan tak terurus macam tu kat rumah tu =_=’ Nasiblah ada Sunsilk terurus sikitlah rambut kita. Kena gigih lagi pakai perapi rambut die hari-hari..hehe :p

So nak jadi cerita, sabtu lepas bila Ida dapat invitation untuk bagi tutorial and pengalaman pakai Sunsilk. Apa lagi gigihlah dengan sedaya upaya cari maklumat shampoo macamana sesuai dengan masalah rambut kita. And rupanya baru tahu yang kita WAJIB shampoo rambut setiap hari!. Ida suka pakai Sunsilk sebab bau die wangi gileeeeeee…bila tido tu rasa selesa sebab wangi sesangat!. Dahla rasa segar nak mampos bila lepas shampoo..nak lagi best kita pakai perapi rambut die sekali. Baru rambut jadi lembut and bila nak sikat tu rasa best and tak lah tersekat-sekat kat sikat kita!.  Plus ada shampoo untuk pelbagai jenis masalah rambut, macam kita pakai Damage Reconstruction..sebab kita terlalu busy susah nak jaga rambut, so shampoo jenis ni sesuai untuk kita. Untuk korang boleh pilihlah shampoo macamana yang sesuai. Ada Anti Dandruff, Anti Hairfall, Smooth & Mangeable, Clean & Fresh  J


Eh dah kesitu pula..sebenarnya nak cerita macamana kita bagi tutorial kat Sunsilk hari tu. Kita banyak share tips tutorial shawl cara Sunsilk. Senang gila nak pakai, tak sampai 10 minit dah siap. Giler best an? Kalau nak tengok boleh tengok kat sini :

1.     Tutorial Tudung ke Tempat Kerja (Office Hijab Style) -http://www.youtube.com/watch?v=vTPHO0HPBkA&index=5&list=UU5QNyj_alVP5C5on9VuL-Iw


1.     Tutorial Tudung Gaya Dinner (Dinner Hijab Style) - http://www.youtube.com/watch?v=uXpgVNS8mno&list=UU5QNyj_alVP5C5on9VuL-Iw


Pada siapa yang tak reti pakai shawl memang boleh sangatlah tiru tutorial Sunsilk ni, sesuai sebab tak susah tau  :)

Nest blog post kita share tutorial video kita pula eh..lama pula tak upload video tutorial sendiri. Rindu pula nak upload kat youtube. Hehe okaylah sampai sini je, lenkali kita post lagi eh. Babai J

Thursday, December 4, 2014

PENGAKUAN NORA YANG AMAT MENGEJUTKAN

Kemana saja Nora pergi, pasti menarik perhatian ramai. Wajahnya putih gebu, berdahi licin susuk tubuh mengiurkan dan suara yang manja. Memang perfect! Dah tentu ramai lelaki terpikat. Sebab tu lah wanita-wanita lain cemburu dengan Nora ni..mana tak nya, boyfren dan suami dorg pun duk puji si Nora..
Pasti ramai yang xtahu wajah Nora sebenar.. nak tahu kenapa?? Ha..sebab kata Nora masa zaman remaja dulu, dia boleh dikatogorikan sebagai HODOH. Kawan pun memang tak ramai sbb semua orang geli nak dekat dengan dia dek kerana wajahnya yang penuh jerawat batu dan parut. Ya betul!..Nora yang sebenarnya adalah tersangat hodoh. Nora selalu diejek dan dihina.

Dulu, selepas tamat pengajian (ijazah kelas pertama tau), Nora banyak kali minta kerja tapi semua kena reject atas alasan personaliti tidak meraik. Last2, Nora kerja sebagai juruwang di station minyak dengan gaji hanya RM600.

Tuuu dulu….sekarang Nora yang kita kenal ni dah cantik sangat. Ha…jom Tanya rahsia dia.
 ‘Sumpah… saya tidak menyembunyikan apa2 rahsia pun. Pada malam hari saya hanya apply Serum Biowhite Collagen sahaja. Di pagi hari saya minum serum ni 1 sudu. Itu je. Memang saya lihat kesan Serum Biowhite Collagen sangat hebat. Jerawat cepat sangat kecut. Parut-parut saya juga dah pudar. Wajah saya semakin cerah dan kulit semakin licin. Ramai orang cakap umur saya 20an, padahal sudah hampir 32”- Pengakuan ikhlas dari Nora (nama samaran).


Kini semua dah tahu rahsia Nora. Jangan salahkan Nora kerana kecantikannya. Salahkan diri sendiri yang tidak pernah mencuba mengupgrade kecantikan diri. Kehidupan kita hanyalah pinjaman dan menjadi kewajiban kita menjaga kesihatan dan kecantikan diri sendiri

NI WAJAH TERKINI NORA



Masih belum terlambat untuk korang jadi macam Nora tau. Cuba tengok gambar-gambar mereka yang dah cuba..






Dapatkan dari rakan niaga terdekat dengan tekan link ini:

Nak jana pendapatan bermula dari zero? Hubungi no di bawah:

Hotline: 013-444 9531
FB/IG: PanaceaBeautyOfficial

*sponsored post 

Tuesday, November 11, 2014

Teknologi putih dari jepun?

Hi semua,

pernah tak korang terfikir kenapa orang korea ni ni biasanya putih-putih? bila tengok kulit dorang pun alahai halusnya! suka tengok..biasanya cara pemakanan pun salah satu faktor juga..teringat cerita my aunty dulu yang pernah duduk korea selama 5 tahun..katanya rata-rata2 rakyat korea semua ada 2 peti ais dalam rumah meraka..kenapa? sebab satu peti ais khas untuk sayur sahaja tau!!! punyalah sukanya dorang dengan sayur..so no wonder lah kulit cantik gebu kemain kan! kalau korang nak tahu orang jepun pun spesis sama juga..makanan semua mesti nak ada sayur juga..sebab tuh tubuh dorang kebanyakan slim pun..kecil molek je..kulit pun bersih...jeles tengok :D


iena pun tak suka sayur..iena mengaku memang paling tak suka makan sayur..only certain sayur je yang iena boleh makan...so bagi mereka yang nak putih korang boleh cuba satu skincare dari teknologi jepun ni..namanya Instant White



well iena cuma try cream dorang je..apa yang best pasal cream dorang ni? korang boleh paai kat bahagian-bahagian yang gelap kat angota badan korang,so kalau korang baru balik dari pantai ke muka jadi hitam korang boleh try pakai cream ni okeh....macam iena, iena try dekat siku dan lutut je..korang pun cubalah ok..pakai sekerap yang mungkin in sha allah ada hasilnya...

yang ini pic dari iena sendiri..nak tunjuk pakai nanti terlepas aurat pula..so pic nak pakai tak boleh tunjuklah yer..tapi cara nak pakainya senang je..just sapu kat mana-mana bahagian yang korang mahu letak ok..


iena memang suka sangat cream ni..sebab boleh pakai dekat tangan..sebab tang tangan mudah jadi gelap..so pakai ni taklah rasa gelap sangat tangan kita ni..hihi so far iena rekomen cream ni kat korang..memang best akai dan senang je nak bawa kemana-mana tau..

oklah sebelum beli mesti korang rasa was-was kan? so sini iena sertakan testimoni dia ok..so korang boleh compare untuk tengok hasilnya...

Highlight: Produk baru - Instant White ' No.1 krim Pemutih Segera tumbuhan
Extrak'

Speciality: pemutihan dalam 5 saat
            Semulajadi
            Tidak berminyak.  Tidak sumbat pori-pori.
            Tidak perlu make up remover
Diguna selepas pelembap siang dan mana-mana bhg badan yang perlu diputihkan.



di sini pula korang boleh tengok respon dari penguna dorang okeh : KLIKSINI

bagi yang tertanya - tanya macam mana nak beli, korang boleh pergi kat website dorang tuh untuk beli, dan tengok all info kat sana tau :) KLIKSINI


Sebarang pertanyaan tentang produk korang boleh whassap Elly : 017 - 957 6051




Saturday, October 18, 2014

Cantik tanpa memutihkan.

                                  Pernah tak korang terfikir bila lihat orang yang kulit dai tak cerah, tapi skin sangat flawless dan sihat? tiada satu pun jerawat atau jeragat? sebenarnya fakta menunjukkan orang kulit gelap lebih tahan pada sinaran uv dan cuaca luar..sebab tuh kalau kita tengok kebanyakan kulit dorang sangat bersih dan tiada cela.


siapa kata hitam manis itu tak menawan? siapa bila gadis hitam manis itu tak laku? cuba korang tengok Ning Baizura..siap kahwin dengan mat saleh lagi tuh!

lagipun untuk pengetahuan korang..lambakan produk-produk yang memtihkan ada kurang boleh dipercayai..kenapa? sebab kebanyakan terjadinya kanser disebabkan produt2 yang berasakan pemutihan kulit..ada yang memakai produk pemutihan kulit sampaikan nipis sangat kulitnya...lepas tu nak keluar pun kulit rasa pedih-pedih..siapa ada rasa macam itu better cepat-cepat check dekat doktor tengok sama ada kulit korang sihat atau tidak..sebernanyabahaya juga produk yang megelupas kulit ni...kalau korang tak percaya korang boleh mintak bantuan en.google.

sini iena sertakan sedikit info, kenapa prouduk pengelupasan kulit itu tidak elok?

bahan ni selalunya ada kat kebanyakan proudt pemutihan kalau korang nak tahu.. Hidrokuinon (Hydroquinone) adalah sejenis bahan penghakis yg mempunyai struktur kimia C6 H6 O2. Nama kimianya ialah '1,4 dihydroxybenzene'. Hidrokuinon yang digunakan dalam kosmetik boleh menyebabkan proses depigmentasi (proses dimana pigmen dibuang dan menyebabkan kulit menjadi cerah). ini berlaku apabila hidrokuinon menghalang proses penukaran tyrosine kepada dopa dan menghalang proses-proses metabolisme yg berkaitan dengan melanin (melanocoyte). 

Proses depigmentasi ini adalah proses yg reversible akibat melanin pada kulit di hakis.Tanpa melanin, kulit kita sebenarnya lemah dan perlu dilindungi daripada cahaya matahari bagi mengelak kemungkinan mendapat kanser kulit. Malangnya, ramai tidak sedar hakikat ini dan ingin membuang bahan berkenaan supaya tampak lebih cantik dan putih..hakikatnya..kulit nampak berbeza antara leher..tangan dan muka... dan paling bahaya dengan pengunaan yang berterusan boleh dapat kanser kulit.

cancer skin

di sini iena nak suggestkan korang one product yang mesra alam sikit..tak mengunakan merkuri dan berasakan bahan semulajadi iaitu bunga mawar.

korang boleh nilai sendiri sekiranya korang berminat ataupun tidak..lagipun ada banyak testimoni yang iena sediakan dalam ni untuk korang tengok sendiri tau. :)


yang ini pic tak edit okeh..iena kerap pakai spay ni sebab dia boleh melembapkan muka dan mengecilkan pori-pori muka..pakai ni sangat best bila mekap..so mekap akan tahan lama dan pecah..paling best muka
still lembap bila pakai mekap bila kita dh spray pakai spary ni. :)
bagi nak kasi sapuan foundation lebih rata dan senang disapu, korang boleh pakai spray muka dan terus apply foundation..naty korang akan lebih rasa senang nk apply foundation kat muka dan rasa kulit
lebih embap dan tak cepat kering..iena suka apply cara macam ni untuk kasi sapuan foundation tampak kemas.


spray ni RM19.90 only.

magis scrub 
Rm39.90 untuk bekas besar punya.
kelebihan magis scrub ni, menanggalkan sel-sel kulit mati, membersihkan wajah dan menghaluskan serta melembutkan kulit.

korang hanya perlu amik dalam kuantiti yang sedikit dan gosok secara bulatan diseluruh muka.

pati susu wajah.
Rm39.90 (dalam bekas besar punya)
membersihkan kotoran wajah, melembapkan kulit dan paling best dia anti penuaan dan mampu mengurangkan
garis-garis halus pada wajah.

last sekali sabun bunga mawar.
Rm39.90
- mampu menghilangkan kotoran dan solekan pada lapisan kulit.
- melembapkan kulit wajah agar sentiasa segar dan membantu kulit agar sekata dengan warna kulit.
paling best sabun ni kurang buih, lagi bahanyak buih sebernya lagi banyak bahan kimia yang terkandung di dalamnya tau. so pakai ni korang tak perlu risau sangat ok..sebab dia kurang buih. :)

so disini iena sertakan testumoni hasil dari pemakaian produk zeeta-ze.








so setakat ini sahaja enty iena kali ni..in sha allah kalau iena rajin iena akan update pasal lain pula okeh.

untuk info pasal produk ni korang pergi ke link fb dorang : https://www.facebook.com/ZeeteeZeeta?fref=ts
Instagram : zt zeeta
Blog : zeeta

write by : Iena Mansor










Saturday, September 13, 2014

What i love about MemWatches



Kita orang perempuan memang suka sangat pakai jam tangan, jam tangan tu dah macam kira ganti aksesori gelang dah tau. Tapi kita tak naklah pakai jam biasa macam orang lain selalu pakai...nanti balik-balik nampak sama dengan orang :( so kita memanglah teringin sangat nak try pakai jam pusingan tawaf jenis macam ni... ingat pusingan tawaf ni kita teringart ingat mekah..aduhh..bilalah agaknya ada rezeki nak kesana 
:( 

tapi since Ida pakai jam tawaf ni ramai pula suka...sebab jam die nampak feminin sangat!. Plus is in a gold colour tuuu...adoii memang tersangatlah jadi favourite jam Ida tau.. muka pun happy je bila dapat pakai jam jenis camni tau.. :p


tengok muka tu..ish nampak sangat excited bila dapat pakai jam baru ni...hihi kita sukalah pakai jam ni sebab rasa macam berbaloi sangat beli. Sebab ada 1 year warranty! ish tu yang best tu..boleh claim kalau apa-apa jadi kat jam kesangan kita ni..eh kita siap ada nama untuk jam ni tau..nama die koko sebab kita suka minum chocolate koko..kekekekeke :P

anyway kalau korang pun rasa nak fefeling pakai jam koko macam kita ni boleh usha Instagram dorang kat @memwatches

atau visit Facebook Page dorang kat sini 
Terima Kasih sudi baca :)


p/s : pada siapa-siapa yang taktau personal ig kita boleh follow ig kita kat @iedamansor :) 
happy weekend korang..