Wednesday, January 15, 2014

What I miss about 2013


Tahun 2013, macam-macam perkara berlaku kat dalam hidup Ida. Ada yang pahit, ada yang manis :') tapi yang pahit buat Ida teringat sampai sekarang, dan yang manis pula buat Ida terkenang-kenang selalu. Seperti biasa, bila tahun baru menjelma mesti aja korang akan ada harapan baru kan?. Bila dah masuk 24 ni, azam baru Ida pun simple je. Dan tak banyak mana... hanya ALLAH aja yang tahu betapa keinginan untuk mencapai azam tahun ni macamana..twins harap sangat2 tercapai :') tapi yela...kejayaan takkan datang bergolek camtu dalam masa yang singkat kan? xpela..kalau bukan sekarang. Mungkin next year atau tahun-tahun yang seterusnya. Siapa tahu kan?  yang penting usaha,usaha dan usaha. Jangan give up!



Teingat pula zaman dulu-dulu waktu zaman hingusan  kita tak tahu apa-apa lagi erti tanggungjawab. Suka je berharapan dan berazam yang bukan-bukan. Masa tu budak-budak hingusan lagi, tak tahu erti tanggungjawab sangat pun. Tak tahu erti kesakitan hidup. Waktu zaman sekolah atau zaman belajar, Kita ingat masalah assingment and final paper adalah masalah paling besar dalam hidup. Tapi bila dah kerja and memahami sedikit erti kehidupan ni...hmmph dah memang sah-sahla masalah besar yang kita rasa dulu tu. Cuma macam semut je dalam hidup kita :')

How i wish i can turn back time, so that i can really apreciated all those precious time. A time we call it 'a young time' . Being 24 is not really fun, is a beginning of 'mature' life. Kalau dari perkataan mudah, Ida boleh katakan. Tahun menjadi 24 adalah tahun yang membuka pintu dan mata hati dalam mahu mengenal erti hidup. 

Tak percaya? hehe sebab tahun umur ida 24 ni la, Ida dah mula faham serba sedikit erti hidup. Ida dah faham sedikit perasaan parents Ida. Perasaan ibu-ibu dan ayah-ayah yang lain. Menjadi single tak berapa mudah, sebab kita tak punya sumber kekuatan yang luar biasa untuk kita tempuhi segala kesakitan hidup yang kita rasa. Lucky me...i still have my parents and Iena. Kalau tak kerana dorang, Ida tak rasa Ida mampu menghadapi pelbagai perkara yang berlaku sepanjang tahun 2013 :')

Kalau orang dah kahwin and dah ada anak pula, lain perasaannya. Perasaan untuk mengharungi hari seterusnya itu ada, bila kita balik dari hari yang 'teruk' then tengok muka anak kita. Terus ada kekuatan untuk lalui hari -hari esok yang seterusnya, walau dalam hati hanya ALLAH yang tahu kan?

Tak percaya? ask ur parents, ask ur friends yang dah kahwin. I bet they will surely agree about this :") baik lelaki ataupun perempuan. But lucky me, my sumber kekuatan is my PARENTS and my twins Iena! i want to give the best for em, and now..i have to be 'tabah' to tahan cabaran demi cabaran demi mencapai cita-cita kitaorng yang sama :)


Selepas convo Ida dah agak dah, Ida akan hadapi duia sebenar dekat luar. Macamana realiti hidup ni berkisarnya :) malah selepas convo inila Ida mula memahami serba sedikit caabaran hidup bagi seorang wanita, seorang anak, dan seorang twins yang punya satu impian dan macamana kitaorng kena hadapi untuk realisasikannya :')  

Ida mulai faham tentang kehidupan, masa depan dan impian :')

bila kita mula memegang duit gaji pertama. kita akan mula berangan untuk memberi sesuatu kepada orang tua kita. Bila kita mula mampu memberi sedikit dari hasil usaha kita, kita akan mula berimpian untuk memberi lebih. Bila kita pula tak mampu memberi lebih, kita akan mula berasa bersalah. Kerana betapa kita tahu, nasihat-nasihat yang mereka berikan sewaktu dulu itu adalah amat berguna. Dan sayang sekali, kerana waktu dulu kita tak pernah mengendahkannya. 

Tapi yang lepas biarlah lepas, kita cuba hadapi tahun seterusnya, cuba untuk menjadi yang lebih baik dari dulu. Jika kita tak mampu memberi seperti anganan kita, cukuplah sekadar berimpian. Kerana dengan impian kita punya harapan untuk terus berusaha :)


penguat jantung hati, dan sumber inspirasi. Sumber segala tenaga dan juga segala kebahagiaan :)

apa yang boleh ida katakan, Ida kuat sepanjang tahun 2013 ni adalah kerana dorang. Im NOTHING without them :')

Ida tak mahu cerita kejayaan dan kemanisan dari modelling untuk tahun 2013..biarlah ia menjadi kenangan manis buat twins. Yang Ida cuma mahu kongsikan dengan readers blog Ida, adalah dunia sebenar Ida, dunia di mana Ida Mansor berasa bahagia, berasa dihargai dan berasa di sayangi. Yea dunia betul without thick make up, without those flashlight camera and without those super heels yang sakit..yea is not me..

Ida tak nafikan modelling is still my passion, but is just not my priority anymore. There will be a time, when u realised there is something bigger u have to think about...and that is YOUR FUTURE :)

di titik inilah kita akan mula melukis dan mencorak canvas hidup kita, semoga kita sama-sama berusaha untuk menjadikan canvas hidup kita penuh dengan warna-warni dan penuh makna. Semoga tahun 2014 membawa pintu rezeki dan kebahagiaan buat semula. Amin ya rabbal alamin. 

Salam sayang dari Ida Mansor ...









10 comments:

Syira Lokman said...

comelnye akak2 kembar ni ^_^

Hayfa Raissa said...

sweet jer tengok akak kembar nie ^^,

yutaka said...

As Salam ..

Ida Mansor sudah membesar bagai seorang johan. Hehe .. perkara paling mencabar ketika dewasa adalah tanggungjawab. tanggungjawab terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara.

ketika kecil kita hanya tahu kepentingan kita sahaja tetapi bila sudah besar, kita sudah mula memikirkan kepentingan diri dan keluarga sendiri.

teruskan berjuang untuk mencapai impian. jangan lupa solat dan berdoa kepadaNya.

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

ths syira :)

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

thx hawa :)

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

thx yutaka..in sha allah..:)

Anonymous said...

Your method of describing the whole thing in this piece of writing is truly pleasant,
all be capable of effortlessly be aware of it, Thanks
a lot.

Also visit my webpage: makeup trends for brides with fair skin

Anonymous said...

nice entry ieda ! :)

haz said...

kannn. bile kte makin membesar dh masu ke alam pekerjaan bagai, fikiran kte akn menjadi lebih matang.

semoga tahun 2014 ni menjadi tahn yg lebih baik dari sebelumnye. InsyaAlah ;)

zainatul abu bakar said...

Betul tu umur 24 thn ni dh rasa mcm2 mslh yg lebih bsr dr zaman stdy. Bru tau susah jgk jd dewasa :)