Friday, April 15, 2016

His and Her Clothing by Hanis Zalikha x Hairul Azreen

Bila sebut Hanis Zalikha mesti ramaiii gila kenal, lagi-lagi yang memang selalu aktif blog ataupun memang blogger tegar confirm mesti kenal Hanis Zalikha ni. Iyelah Hanis ni memang blogger hebat yang terus meningkat naik sampai jadi artis sekarang. The power of Hanis Zalikha ni sampaikan die buat event Teratak Glam Raya pun ramaaaaaaai gila yang datang terjah sampai penuh satu stadium!. 

Setiap page sosial media yang Hanis ni promote pun mesti confirm gila naik, kalau tak percaya cuba tengok kucing kesayangan Hanis Zalikha Bujibu namanya..mak aii famous kalah manusia tahu! 

Sampaikan tempias popular Hanis ni adik beradik dia pun terkena, kalau tak tahu Hanis selalu promote The Baking Brothers by adik lelaki die yang sememangnya hebat dalam buat kek dan kuih muih.

Suami Hanis ni pun tak kurang hebat juga, follower sampai berjuta ada bisnes Ma Lead dan studio sendiri. Dengan pengaruh sosial media yang kuat dari Hanis & Hairul ni maka terciptalah His & Her Clothing by Hanis Zalikha & Hairul.



See baru je bermula pun follower dah banyak, sapa yang jadi stokis dorang memang untung. Confirm peminat Hanis & Hairul ni banyak beli dengan dorang. Kita pun tak sabar juga nak tengok Stokis-stokis dorang ni start menjual, mana tahu kot la ada yang berkenan di hati boleh beli :)



Sebab honest Ida cakap baju-baju die lived memang lawa!, kalau kat gambar korang rasa lawa bayangkan kita tengok dengan mata kita sendiri. Eh memang lawalah! ni bukan puji tipu, memang honest betul ni haha..fav kita baju yang Hanis pakai ni..pastel i loike! may favvvv colour okay! 

Ha ni mesti korang cakap dalam hati "eleh ni mesti entry berbayar ni, sebab tu puji lelebeh" eh sorry sikit.... ni kita puji betul la takde bayar-bayar pun entry ni hokay. =.='

Oh ni kotlah korang curious nak tahu macamana cantiknya baju dia, korang boleh laju-laju scroll bawah. Hehe jemput cuci mata, tak jamin korang tak nak shopping baju Hanis nanti..jangan cakap hakak tak warning :p











bawah ni pula gambar Twin dengan kawan kitaorang Kak Farah...:) 



Thank you Kak Farah teman Twin pergi event ni, tak bosan kalau pergi dengan Kak Farah. Hehe ada je celoteh die nak cerita, Kak Farah ni still single available cantik pula tu ;) kalau ada yang berminat pm tepi ya, nanti Ida bagi form..kihkih :p

 me with Dafi...a malaysian singer..comel Dafi sempoi je selfie dengan kite :) hehe sebenarnya kita dulu ada minat die masa zaman teengar dulu...heh..so bila jumpa haruslah bergambar u'olls!



Twin with HH and Kak Farah..wajib bergambar dengan artis kesayangan kita ni, nak minta swlfie tapi maluu...kan dah rugi. Sayang rasa ralat sangat tak bergambar selfie dengan Hanis :( 


ni..sapa? hehehe kitelah Ida Mansor..maceh kembar kita tolong tangkapkan gambar kita. Pandai amik! 

Pose pandang kamera satu! 


ni pula kita yang snap...kembar kesayangan kita ni kalau kita amik gambar dia harus kena amik banyak kali sampai die puas hati. Sebab kalau tak puas hati die punya bebel merajuk tu adoii pening pale! 



hehe so sampai sini jelah berakhirnya entry untuk HH ye.. next time kita cerita pasal lain pula. Rasa macam nak share tentang mekap-mekap pula. Heheh rasa cam dah lama tak kongsi beauty tips kat blog. Macam biasa jumpa di next entry, terima kasih sudi baca :)


XOXO

Ida Mansor





Tuesday, April 5, 2016

Twins at Rayalution Zalora Fashion Show 2016

Siapa tak kenal Zalora? sana sini ada Zalora kot..sama ada kat Facebook Ad ataupun kat iklan TV. Iklan dorang yang paling berkesan yang Ida sangat ialah iklan perempuan menjerit bila dapat parcel from Zalora tu..haha sampai sekarang Ida ingat kot iklan tu :)

So bila dapat invitation from Rayalutuion Zalora for 2016 ni punya, Ida & Ina pun decide nak pergilah..alang2 tu boleh tengok koleksi raya nanti. Hehe mana tahu ada yang berkenan kot la untuk pakai raya nanti :p



Ni masa F.show first belum mula, hehe sempatlah bergambar kejap.


Hiasan wall fesyen show Zalora,...cantikkan?

sebenarnya untuk Rayalution Zalora 2016 kali ni ada 3 waktu fesyen show nya..Ida pergi ketiga-tiga pnya tapi yang ketiga tu disebabkan ramaiiiii sangat orang Ida & Iena decide nak baliklah takut tak dapat seat memandangkan tetamu banyakkkkk gila untuk fesyen show ketiga tu. Alaa lagipun kitaorang dah penat kaki time tu..so balikjela :) 

ni antara gambar-gambar masa kat fesyen show zalora tu... nah scroll cepat kalau nak tengok..hehe

Twin with lovely Piqa yang selalu macam chipsmore kat event ni..hahah susah nak cari die untuk bergambar maklumlah dia ada personal photo kita bawa handphone jek..keke :p 


Ida with famous Malaysia Designer Rizman Ruzaini! serious die memanglahhh baik! senyum je..tak tolak sapa-sapa nak bergambar dengan dia. Dahlah berbakat humble baik pula tu! untunglah kalau sapa kahwin ngan dia..kihkih boleh pakai baju lelawa selalu..hiks... 

p/s : ni tak rapat sebenarnya tau..angle je ni >.<'


Twin with sosial media influencer Elcah..serious lawa flawless giler dia ni. Taktaulah makan apa jadi cantik cemni..suka tengok dia :)


Ida with Titi Athirah make up artist famous kat Instagram, oramg kata muka dia sama mcam CTDK..amacam sama tak? 

Ha ni twin with Blogger Friends sekali dengan Yuna y'olls! ehek jangan jeles!. Yuna baikkk okay even die busy nak cepat naik dia layannn gak kitaorang yang ngada-ngada nak amik gambar, No wonder die sukses sampai ke Hollywood sebab die tak penat layan karenah peminat dia :)



Twin with What So Sizzle about Sizzling Suzai Blogger..heks cool sangat tajuk blog si Suzai ni padanlah dengan dia yang jenis cool boleh layan sesapa pun :p


Selain nak tunjuk gambar masa kat Fashion Show Zalora ni Ida nak juga mention gak la yang Lubna punya koleksi raya kat Zalora ni memang lawaaaaaaaaaaa gila!. Kalau tengok real life lagi lawa dari gambar, second jenama Sawda by Mizz Nina lawa unik! 

Kalau korang nak tengok koleksi-koleksi dorang boleh tengok kat :

Lubna :  SINI and SINI okay :)

Sawda : SINI and SINI okay ;)

atau kalau nak tengok gambar real life model ni pakai masa kat show boleh tengok page Pamper.My link dorang kat SINI


Oh ya sebelum nak tutup post ni nak tanya, korang suka Ida post kat blog tentang apa ya? Fashion Show? Beauty Tips? Make Up? pleaseee please let me know in the comments box ya..so Ida boleh tahu and ada idea sikit nak post tentang apa untuk korang baca nanti :) 

Oklah jumpa di next entry lagi, seperti biasa terima kasih sudi baca ! :) 

XOXO 

Ida Mansor 




Friday, April 1, 2016

Free Make Over Make Up by Ida Mansor

Hi semua! hehehe rasa macam dah lama dah tak update blog, eh bukan macam tapi memang lama! kihkih.. :p dari dulu niat nak selalu update blog tapiiii pffft tak menjadi je niat tu dari dulu >.<" 

Tetiber teringat pula kat isi blog kita yang dulu-dulu selalu update pasal make over lepas tu photoshoot and edit sendiri..rasa berzaman dah tak buat post macam tu kat blog. Rasa rindu pula nak buat balik :') 

Tu yang Ida sekarang dah start buat make over balik setiap jumaat. Kenapa Jumaat? sebab hari tu je yang Ida cuti and FREE :) 

So...apa lagi jom tengok hasil first time kita mekap muka orang selain muka sendiri..huuu banyak lagi kena belajar ni. Yelah selalunya kembar kita Iena yang mekapkan muka kita and dia memang buat servis mekap. Tu yang kita baru nak start belajar mekap2 ni...dulu tak minat pun. Tapi entah cemana Iena pujuk suruh belajar mekap ngan dia..dia kata lagi best kalau Ida pun sama suka mekap macam dia... 

So tahdaaaaa....ni lah hasilnya bagi newbie yang first time mekap orang ni :) 




cantik tak? ha nak tengok tak gambar before mekap? scroll bawah cepat..


Ni lah model kita..namanya Ayujue panggil Kak Jue :) 


Bila first time mekap muka orang lain selain muka sendiri ni baru tahu rupanya susah juga nak mekap orang, bukan senang nak cantikkan orang. Kalau muka sendiri takpe senang sebab dah selalu giler mekap muka sendiri. Kalau mekap muka orang lain agak susah bagi Ida, yelah sebab first time mekap muka orang lain yang lain bentuk dari kita kan :)

Tu yang start dari sekarang kena belajar mekap muka orang lain-lain so dari situ baru boleh improve skill mekap ^^ 

kalau ada sesapa berminat nak free make over mekap ngan kita, boleh contact kita kat :
idamansor89@gmail.com

Syarat :

- Mesti free hari Jumaat (as mention above Ida free hari tu sahaja)
- Boleh datang mekap kat rumah kita (ni penting)
- Kulit takde masalah ...yelah Ida nak kena belajar mekap untuk kulit yang takde masalah dulu, dah yakin sikit baru boleh mekap muka sapa2 je ..harap memahami :')
- Send email gambar tak mekap, so boleh kita try kaji dulu nak mekap cemana kat awak nanti :)

tu je kot simple je syaratnya..kalau berminat boleh email kita okay:) 

p/s : kalau ada sesiapa yang tahu camera digitial yang kecik (bukan DSLR) yang cantik untuk ambil gambar mekap beritahu ya. Nak survey tengok-tengok dulu camera apa yang okay :) 



Terima Kasih Sudi Baca

xoxo 
Ida Mansor