Sunday, December 15, 2013

A letter for Pn.YUYU ZULAIKHA

Pernah dengar tak ayat ni?


Kadang-kadang menjadi kawan yang baik, kita tak perlu taburkan dengan wang ringgit ataupun berkepit 24 jam dengan dia. Cukuplah sekadar menjadi kawan yang ikhlas buat dia :)

Bila berjauh tak beerti lupa, bila dekat tak beerti tak ikhlas. Kerana tak semua kawan di dunia ni yang boleh menerima baik dan buruk kita. Kadang-kadang kawan bergelak ketawa, kawan berkongsi rezeki, kawan berkongsi popularitu itu banyakkkk aja yang akan ada di sisi kita. Tapi kawan yang betul-betul ikhlas dengan kita, kawan yang tak kisah kongsi duka kita dan pastinya takkkan melepaskan hari bahagia buat si dia :) 


Urm..tapi mungkin boleh dibuat pengecualian pada sesetengah kawan-kawan yang tak dapat hadir hari bahagia mereka..yela mungkin ada yang nak terberanak ke hari tu? demam ke? yelakan..benda2 yang takkan dijangka pun mungkin akan berlaku :)


Tapi bagi twins, siapa yang hadir hari bahagia twins nanti in the future its gonna means a lottttttt to us. Yela siapa yang sudi drive jauh2 demi kawan, sanggup luangkan masa untuk hadir. Sanggup keluarkan sedikit duit untuk tambang tol dan lain2...semua tu mungkin kecil sahaja bagi sesetengah orang. Tapi yang membuatkan besar ertinya, bila kawan kita sendiri hadir dan meluangkan masa pada hari bahagia kita. Sebab saat tula yang buat kita paling terasa, bila dia sendiri datang peluk kita dan mengucapkan tahniah :)

Tipula bagi siapa yang tak terasa bila hari bahagia camtu kawan2 yang kita sayang datang meraikan hari big day kita kan,kan,kan?

mesti korang tertanya-tanya apa perasaan twins bila hadir sendiri kat perkahwinan salah 1 bff kitaorng cik Yuyu Zulaikha yang kini dah bertukar status dah jadi Pn.Zulaikha :) barakallah dear, may ur  marriage lifw full with blessing and laughter, Dan semoga dikurniakan anak yg soleh dan solehah. Dibawah ni sedikit coretan hati dari twins buat si comel manis Pn.Zulaikha :')

Kata Iena : 
bila iena lihat yuyu dengan persalinan lengkap baju kahwin, siap dengan veil, make up yang lawa, dan senyuman paling manis yuyu iena lihat, jauh dari sudut hati, memang tersenyum senang, gembira dan hiba sedikit.

Kenapa yah? korang agak - agak sebab apa? terharu sebab tengok nikah dan kahwin? oh itu memang ya, tak dinafikan.

Tapi apa yang buat iena lagi terasa, bila tiba - tiba saat lihat yuyu, terflash back balik pada zaman firts time jumpa yuyu dekat mid valley, setahun yang lepas.

masa tuh iena lihat yuyu, comelnya detik dalam hati, tak pernah tertfikir atau ingin bertanya kenapa kenapa dengan keadaan fizikal yuyu.


Bila iena lihat yuyu, iena lihat diri iena, dari apa yang yuyu rasa kurang sesuatu tentang diri, begitu juga dari apa yang iena rasa, kitaorang saling tahu apa yang luka paling dalam yang kekurangan orang nampak, dari situ juga iena teringat perbualan iena dengan yuyu.

'yuyu nak kalo boleh nak cari lelaki yang boleh terima yuyu seadanya, bukan kerana yuyu femes atau kerana rasa yuyu comel ker apa, tapi ikhlas yang boleh terima kekurangan yuyu seadanya, yang boleh jaga yuyu'

Lebihh kurang begitu yuyu cakap, kurang ingat sebernya ayat excatly apa yuyu kata.

Iena teringat bila yuyu cerita kisah lepas, yang tak boleh terima yuyu seadanya.

bagi iena yuyu cukup sempurna lengkap sebagai wanita.

alhamduliah, betapa leganya rasanya, tuhan kurniakan lelaki yang boleh jaga yuyu, terasa doa yuyu makbulkan?

well, bukan semua orang doanya akan makbul, atau impian sebagainya tercapai? kalo boleh iena pun nak orang boleh terima diri ni seadanya, jauh dari sudut hati, iena pun tahu betapa besarnya 'kekurangan' iena yang tak semua tahu, hanya tuhan, keluarga dan teman rapat yang tahu, tak lupa juga, yuyu tahu.

last but not least.

im not gonna too expect much about our friendship, cuma apa yang iena harapkan yuyu tahu, iena tahu, kitaorang ikhlas kawan dengan yuyu, in sha allah akan sentiasa cuba berada di sisi yuyu pada saat yang perlu dan penting, harapnya yuyu juga sudi berbuat perkara yang sama.

'perkara paling bahagia, apabila kebahgian itu boleh dikongsi bersama'.
terasa sebak sedikit bila buat entry ini. harapnya yuyu faham apa yang iena cuba sampaikan.

untuk yuyu : 'you're just amazing, just the way you are....


Kata Ida :

Yuyu tahu tak, sebelum kita kawankan..Ida sebenarnya dah lama follow blog yuyu. Baca blog yuyu, tengok facebook yuyu. Tapi tak pernahlah sangka yang kita akan jadi kawan.

Dari first time jumpa yuyu di Mid Valley, ya allah..Ida tak sangka Yuyu sempoi je orangnya!!! . Kita lepak-lepak kat mid valley sampai terkeluar cerita pasal 'maggi' dan 'bubur' yang buat kita tak sangka, kita rupanya ada berkongsi sesuatu rasa yang sama. We are not born rich, we struggle to make ourself better  each day. We are normal girls just like u girls out there, yeah the one that trying to be a better daughter for our parents and seorang yang cuba sedaya upaya untuk memberi kehidupan yang lebih baik buat manusia di sekeliling kita  :')


Bila tahu Yuyu nak kahwin, Ida tumpang gembira. Yelah... sebab kita tahu, betapa sukarnya untuk kita nak dapat jodoh yang boleh menerima diri kita seadanya dan sayang kita sebaik-baiknya. Yang ikhlas bukan sekadar ingin  menjadi 'teman rapat' ataupun tempat meluah segala rindu. Tapi seseorang yang sudi menggalas tanggungjawab yang halal buat seumur hidupnya, dan yang sudi menyanyagi diri kita dari waktu kita comel sehinggalah dari waktu kita bermasam muka kan yuyu? :')

Mereka-mereka di luar sana, selalu je ingat macam ni 'alah Yuyu femes, mesti senang je nak dapat jodoh'. Tapi mereka-mereka tak tahu, betapa banyaknya  manusia bertopengkan kaca diluar sana ,dan betapa banyaknya pengalaman yang membuatkan yuyu ketawa,sedih dan gembira sepanjang  bergelar title cik kan yuyu?


Nah....lihat yuyu sekarang, Yuyu boleh tersenyum bahagia. Dengan adanya Onjet dalam hidup Yuyu sekarang. Ida terharu lihat Yuyu kahwin, bukan je sebab Yuyu kawan kita. Sebab kita tahu betapa sukarnya perjalanan hidup yuyu dalam menemui Mr.Perfect yang bergelar suami :')

Malam akad nikah Yuyu, kita sebenarnya dah nervous. Takut sebenarnya nak teman Yuyu nikah. Takut kita terharu lihat ijab kabul...lalu menangis kat situ :( tapi bila tengok yuyu dah siap berpakaian pengantin pun dah buat kita rasa nak nangis. Tengok muka yuyu, pastu pegang tangan yuyu yang sejuk. Bila peluk, rasa terharu tu memang sukar dibendung. This is the moment that u are waiting for kan yuyu?, the moment that u become someone wife. Its a new chapter of ur life, that would change the whole meaning of ur life now Pn.Yuyu. Im happy for u dear my friend :')

tapi lega masa tu kita tak nangis, kalau tak habislah. Susah nak stop =.='


tapi,tapi,tapi..walau betapa kita cuba bendung rasa 'terharu' kita tu, tak boleh tahan juga bila tengok Yuyu sanding. Time ni memang rasa betul-betul yuyu dah jadi isteri orang dah. Tengok muka yuyu senyum gembira dapat surprise tiba kat wedding naik helicopter....pastu duduk bersanding. Yeah saat tu memang dah terasa dah..'yeah ni semua memang betul-betul berlaku' tetiber pastu air mata keluar. Tak tahan dah bila Yuyu pandang dan peluk kita. Terus je laju-laju turun dari pelamin, sebab takut memangis lagi!. Pastu sorok belakang Fatin sebab xnk orang tengok kita nangis!.Arghhh Ida memang tak boleh tengok kawan sendiri sanding! sebab nanti jadi macam nilah!. Nangis sebab terharu :(

* muka pengantin bahagia :) *

*ni waktu baru tiba dengan helicopter*


Tapi walau apa-apa pun memang berbaloi perjalanan kitaorang dari KL yang bermacam-macam halangan. Dari flight tak boleh naik, ade tix salah booked pun ade. Tayar kereta pancit pun ada...pastu last-last nak balik kl pilih nak naik 1 kereta dengan Fatin pula. Sebab tak berani ambil risiko lagi, takut kitaorng tak dapat naik flight lagi untuk balik ke kl. Yeah mungkin korang rasa membazir tix flight tu..tapi takpela. Janji kitaorng dapat pergi dan balik dengan selamat :)

*muka frust tak dapat naik flight*

Dalam perjalanan balik kitaorng senyum puas hati, sebab berbaloi datang ke langkawi tengok sendiri live kawan kita kahwin!. Dulu before yuyu wedding, ingat rasanya macam tak dapat datang. Sebab maklumlah bulan december...hujung tahun. Banyak perkara yang perlu di fikirkan. Tapi fikir punya fikir...come on lah..is ur friend wedding! Takkan tak datang kot??! tak nak yuyu kecewa kalau kitaorng tak hadir. Maka yessss! twins decide datang ke langkawi only for u Pn.yuyu! :) 

*muka puas hati dalam perjalanan balik kl* 
Doa Ida buat Yuyu dan Onjet, semoga rumah tangga yang dibina berkekalan hingga syurga. Dan semoga masjid yang dibina diberkati ALLAH, dan dilimpahi rezeki dan baby yang comel-comel :) 

Buat Onjet, please jaga Yuyu baik2 tau. Kitaorang sayang Yuyu :) semoga Onjet menjadi penawar buat duka, dan pemberi kebahagiaan dalam hidup Yuyu. May ALLAH bless u both. Barakallah dear. 


By the way kat bawah ni pula, gambar-gambar kitaorang sepanjang di majlis kahwin Yuyu dan sepanjang trip kitaoarang di Langkawi. Jemput tengok heee :)



Ni feri yang nasib baik kitaorng sempat naik, sejurus kitaorng beli tix feri. Terus tulis sold out untuk waktu pukul 4 petang. Alhamdullilah nasib baik sempat naik feri ni :)

twin bersama si fatin jelita ni... tq sangat2 sebab sudi tumpangkan twins pergi trip langkawi dengan Fatin. Twins x sabar nak pergi wedding Fatin pula nanti ;)

twin bersama bunga, make up artis yuyu dan juga kawan kitaorang. Diel a yang mekapkan yuyu tau :)

twin bergambar dengan nyuu, kawan kitaorang juga. Kenal dari facebook tapi pastu boleh jadi kawan. Die pandai mekap juga! suke tengok die mekap. Lawa sangat!

twin bergamba dengan kawan kitaorang, radin fadli. Tak pernah jumpa. Ni first time jumpa.

Bergambar beramai - ramai, seronoknya jumpa korang semua.
dari kiri ieqah,adik fatin suhana, farah namanya, me, bf fatin Muiz, fatin, ida, nyuu dan akhir sekali fadhila.


tehee...ni pula twins. Nak juga merasa naik pelamin..hikhik :p

twins sempat bergambar sementara nak tunggu yuyu turun dari helicopter :)

last skali mestilah.......
tadaa...yes is choclate!!  pergi langkawi tak sah kalau x borong choc kan,kan,kan? 

oklah sampai sini je rasanya entry langkawi. Sebelum kitaorng akhirkan entry ni, kitaorng nak ucapkan TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK pada Yuyu & Onjet yang jemput kitaorang dan mak yuyu yang tolong booked kan homestay. Ieqah yang banyak tolong kitaorng booked tix semua...fadhila yang belikan kitaorng pavlova, tapi tak sempat ambik gambar pavlova dah selamat masuk dalam perut dah..hiks :p 

Dan tak lupa juga pada BEST BUDDY TRIP EVER! Fatin, Farah,Muiz! tq korang sebab sudi tumpangkan twins!! we hv such a wonderful with u guys tau! :)  tapi sorrylah tau sebab asyik tido je kat belakang huhu :p Pasni memang tak sabar pula nak pergi wedding korang. Tehee mesti korang sweet macam gula tau. Farah adik fatin, kena sediakan tisu awal-awal la..hehe nanti mesti confirm nangis punya bila Fatin kawen! Gosh can't wait lah!  

oklah sampai sini je entry ni, akhir kata..korang cepat2 lah kawen..hihi rasa macam best pula tengok orang kawen..kekekeke :p 



Written by : Twins! 

















42 comments:

NinaAz said...

Alhamdulillah. Semoga yuyu bahagia bersama suami. Kagumnya dan bestnya kalau dpt kwn mcm korang.

Siti Rahmah Ruslan said...

Gambar bertiga Yuyu,Ida dan Ina sangat cute. Selamat pengantin baru Yuyu. Tunggu giliran kembar pula ;)

Siti Rahmah Ruslan said...

Gambar Yuyu, Ida dan Ina sangat cute. Selamat pengantin baru Yuyu. Tunggu giliran kembar pula ;)

shazreen maznin said...

Kn...best dpt kwn mcm ida n iena nie....kt pown tompang sebak skali...bce entry korg nie taw!!

Nadia Azira said...

Sedih laa bace entry ni tapi last2 happy...congrats to yuyu and hubby...btw nyuu tu student uitm kn? rasenye dia junior nadia tapi dia xkenal nadia kot...huhu

Mek Onie said...

ieda iena... sebak pulak baca entri ni,onie pun macam tak sangka dapat kenal dengan yuyu... Serius. start kenal dengan dia pertengahan tahun 2010 sampailah sekarang. Nampak segala kemajuan yuyu, dan sampailah saat dia dah kawen,serius gembira,bangga dan sedih kegembiraan semua ada la. Semoga perkahwinan yuyu dan onejet kekal hingga ke jannah.

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

Ninaz - thx dear..kitaorg juga bertuah ada kwn mcm yuyu :)

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

siti rahmah - jodoh xder lg..nak kawen dgn sape? hihi weeee..

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

nadia - xper..apa2 pn yuyu mesti suka ramai org ucap tahniah dkt die :)

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

shazren - thx dear..selalu2 lah singgah blog kitaorg :)

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

mek onie - amin..iena n ida pun mengharapkan yang sama juga buat yuyu dan suami :)

Nadia Johari said...

tahniah yuyu..wow helikopter tu..kalau you alls kawin mesti lagi ramai tetamu..hehe..

Hawa Syazana Lee said...

Sebak bila baca part luahan hati ida, turun cepat2 dari pelamin sbb xnk yuyu nampak awk nangis. i can feel it.. meleleh air mata kjp. Pape pun tahniah buat yuyu.

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

Thx hawa...itula dh nama kwn2 kn :') mmg cmtu bile tgk kawan sendiri kahwin...

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

Huuu xtaula u :)

Munirah Rafiuddin said...

terharunya....alhamdulillah, time saya kahwin dl pun kwn2 tetap dtg & support...happy sgt2

~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

Alhamdullillah munirah dikurniakan kwn2 yg baik2. Hehe ni mesti teringat waktu munirah kahwin dulu2 kn? :)

Sha Purple said...

Tahniah yuyu dah jadi isteri orang..wah untung ada kawan mcm twins..seronok baca. bila la dapat jumpa twins nie. =)

Dkna Abza said...

tahniah untuk yuyu dan pasangan :)

Azwar Syuhada said...

Tahniah buat kak Yuyu n Onejet. Tersentuh plak baca entry kak iena n ieda untuk kak yuyu. Bertuahnya dapat kawan cam gini.. :)

Ms Bery said...

entry paling ditunggu psal wedding Yuyu tomel..
tq.. & kagum dengan semanggat yuyu.. Barakallah..
Kembar pulak bile? hehe

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

Ms Bery : barakallah..kembar? haha xtaula..calon pn xde lg. Doa-doakan la ye..hihi :p

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

Azwar Syuhada - :)

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

Sha Purple - insyallah kalau ade rezeki berjumpala kt :)

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

Sha Purple - insyallah kalau ade rezeki berjumpala kt :)

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

Dkna Abza - tq dear :) doakan yg baik2 buat yuyu dan pasangan :)

yutaka said...

as salam .. jika diimbas tragedi cik dua kembar ini, teringat kisah filem ustaz, mu tunggu aku datang.
pelbagai dugaan untuk pergi ke tempat yang dituju. dan syukur pengakhirannya adalah baik.

(bukan nk promote filem)

cik dua kembar, semoga terus sukses. jadilah anak yang solehah kerana anak yang soleh dan solehah adalah bekalan ayah ibu di alam sana.

saya suka baca luahan hati yang ikhlas. teruskan menulis dengan hati bukan dengan ego. Insya Allah, diberkati



IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

yutaka - in sha allah..btw cerita tuh kita ada dvd die..:)

bella luna said...

true friendship. it's not about money. truly appreciate from heart.
=) good luck dear twins

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

bella - thx dear :)

Emma said...

Twins cantiknyer.. hari tu jumpe kt kl sentral rs nk tegur. Tp takut salah org... hope will meet u twins (*¯︶¯*) bila weeding twins pulak?

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

Emma - oh..nape x tegur? next time tegur ok..oh..bila wedd twin? lol..doakan kitaorg berdua dpt jodoh..hihi :P

radin fadli said...

Lelaki tu muka macam saya jer hahaha

Yuyu Zulaikha said...

Ya ALAH, kite baru baca entry ni. tuhan saja yang tahu betapa kite rasa amat bersyukur dapat bff macam korang. sampai hari ni rasa terharu sebab korang sanggup datang :'(

i love you!

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

Sama2 dear...x sabar nk jmpa yuyu lg tauuuu...rindu yg amat!!! We luv u too dear ♥

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

Alahai..sudaj gaharu cendana pula, dh tau bertanya pula ye? :)

haz said...

kite pn jd beremosi gak bile bce ucapan twins untk yuyu ni. yuyu forsure sgt beruntung dpt bff mcm korg n korg pn sama. that's what we call true friendship! =')

btw smoga yuyu bhgia disisi suami. n haz pn bru dpt tau yg onjet tu my fren's cousin rupenye. haha

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

haz - yup, semoga yuyu bahagia bersama dengan hubby dia ^^

Norshyla Mohd Nor said...

Terharu baca entry ni :') semoga persahabatan korang berkekalan hendaknya....

budoxe lee said...

singgah follow sini~ wah naik heli la pengantin.

zacky786 said...

waaa terharu btol baca entry ni .. senyum je memanjang :)

MG schmidt said...

btw, perero tu rasa mcm was2 dh nak mkn even MG xpernah makan tp ritu ada nampak diorg dah sahkan haram coklat ni
nnti share artikelnya
right me if i,m wrong :)