Sunday, March 1, 2015

Boleh ke Twins berpisah?

Dalam banyak-banyak perkara yang twins paling risau ialah kalau-kalau one day nanti kitaorang kena berpisah. Yelah selalu sangat orang cakap camni 'korang ni melekat je ke mana-mana, kalau kahwin nanti cemana?'.

Adoii... tak suka sebenarnya bila orang cakap camtu, tapi yelah kita sedar manusia ni takkan kekal. Berubah-rubah pula tu,sayang pun boleh berubah-rubah pula kan. Ada pula yang jenis suka berbahagi kasih sayang. Eh lari topik pula.. :p 

Tapi kan manusia ni kalau reti menghargai kasih sayang, insyallah jauh mana pun dia pergi. Dengan siapa pun dia bersama. Dia akan tetap ingat kita dalam doa dia, hati dia dan fikiran dia kan?. :)


Like me and twins, insyallah dengan siapa pun dia kahwin nanti, kasih sayang Ida untuk Iena tak pernah berkurang untuk dia tau. Cewahhh...tapi janganlah dia {iena} lupa kita kalau andainya dia kawen nanti. Aku merajok karang kalau dah tak balas whatsapp aku sebab sibok bercinta dengan somi kau tau. Ye ar siapa yang selama 25 tahun ni susah senang dengan kau, dengar luahan hati kau tetiap hari.Dah tu kalau ko nak kemana-mana aku pasrah je teman. {Walaupun selalunya Idalah yang suka paksa die teman..ekekekeke :p}

Tapi kan...seriously kita tak boleh imagined kalau andainya dia kawen nanti, hesh dengan sape pulak kita nak gado tiap-tiap hari berebut baju?. Sape plak nak teman pillow talk sesama malam hari?. Dahtu paling sendu kalau kena makan sengsorang..weyyy sedey wey. Tak boleh, tak boleh, tak boleh!. Meroyan nanti kalau kena sengsorang!.

So dengan tu, Ida dah sesiap bagi werning dekat dia. 'Kau kalau lupa aku lepas kahwin siap!, kau tengoklah langit tinggi rendah aku merajok cemana' {INI KES BUKAN MAIN-MAIN, AMARAN KERAS TAHU}. 

Sebab kita bagi warning cenggini, sebab kita takut gila kalau hilang orang yang kita sayang selama ni macam diri sendiri hilang tuppp camtu je dari hidup kita. Kalau hilang terus, merana jiwa. Kalau berubah pulak terusik jiwa..arghh sudah macam orang bercinta pula lagaknya!. Tapi bukan wey, ini bukan cinta macam kekasih bercengkerama tu. Ini cinta kasih sayang sesama kembar okeyh! .

hihi tengok bergambar pun nak berkepit je..ceh tipu je..saje posing cenggini sebenarnya :P (gambar dari photo Nabil Nadir}

Kalau korang tak faham feeling kita yg mana rasa 'takut kehilangan' tu..korang cuba imagined kalau-kalau one day anak korang kawen nanti. Orang yang korang sayang gila-gila lepas tu dah sayang orang lain. Duduk jejauh pula tu...semua attention bukan kat kita dah. Dah berbahagi faham?. Mesti time tu korang sedeh gila!. Now baru faham perasana mak-mak yang sedih dan susah nak lepaskan anak-anak bujang or anak-anak pompuan dorang. 

Takpela..kita pasrah jela untuk masa depan, yang penting kita kena redha dan yakin atas ketentuan ALLAH. Kalau DIA nak tarik orang kita sayang sebenarnya bukan dengan cara kahwin cara lain pun boleh. Sebab tu kita kena cherish the moment and orang kita sayang selama kita hidup. Dont take for granted, sebab kita tak tahu entah bila dia atau kita yang takde atau tak punya banyak waktu di dunia ni.

Sebab tu bila orang tanya kenapa kita asyik berdua ke mana je, senang je sebenarnya. Sebab twins mahu cherished this moment berdua SEBANYAK yang boleh. Nak bersama selagi sihat, nak sama-sama berkongsi rasa selagi punya kesempatan. Coz kita takkan tahu bila DIA akan ambil semula pinjaman kita :')



Terima Kasih Sudi Baca :)

Written by Ida Mansor 



7 comments:

Syira Lokman said...

comelnyaaaa :D

Hafiz Hafizol said...

sweetnya kembar ni.. T_T

Sizzling Suzai said...

salam ieda iena :) lawa gmba2 ni mesti la n hehe org nye 2 2 comel..share la lg gmba2 photoshoot korg ye. btw ble nk jmp lg ni?!! *majok ah*

syira yaya said...

Korang twins yang sangat comel :)

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

Jomlah set date suzai!. Tp kt xde number suzai 😓 email kt pls nmbr Kat idamansor89@gmail.com

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

tq @syira yaya :) and syira lokman..

eh korang ni kembar eh?

alia said...

Wahh dah la comel! Ada dua pulak tu!