Sunday, December 15, 2013

A letter for Pn.YUYU ZULAIKHA

Pernah dengar tak ayat ni?


Kadang-kadang menjadi kawan yang baik, kita tak perlu taburkan dengan wang ringgit ataupun berkepit 24 jam dengan dia. Cukuplah sekadar menjadi kawan yang ikhlas buat dia :)

Bila berjauh tak beerti lupa, bila dekat tak beerti tak ikhlas. Kerana tak semua kawan di dunia ni yang boleh menerima baik dan buruk kita. Kadang-kadang kawan bergelak ketawa, kawan berkongsi rezeki, kawan berkongsi popularitu itu banyakkkk aja yang akan ada di sisi kita. Tapi kawan yang betul-betul ikhlas dengan kita, kawan yang tak kisah kongsi duka kita dan pastinya takkkan melepaskan hari bahagia buat si dia :) 


Urm..tapi mungkin boleh dibuat pengecualian pada sesetengah kawan-kawan yang tak dapat hadir hari bahagia mereka..yela mungkin ada yang nak terberanak ke hari tu? demam ke? yelakan..benda2 yang takkan dijangka pun mungkin akan berlaku :)


Tapi bagi twins, siapa yang hadir hari bahagia twins nanti in the future its gonna means a lottttttt to us. Yela siapa yang sudi drive jauh2 demi kawan, sanggup luangkan masa untuk hadir. Sanggup keluarkan sedikit duit untuk tambang tol dan lain2...semua tu mungkin kecil sahaja bagi sesetengah orang. Tapi yang membuatkan besar ertinya, bila kawan kita sendiri hadir dan meluangkan masa pada hari bahagia kita. Sebab saat tula yang buat kita paling terasa, bila dia sendiri datang peluk kita dan mengucapkan tahniah :)

Tipula bagi siapa yang tak terasa bila hari bahagia camtu kawan2 yang kita sayang datang meraikan hari big day kita kan,kan,kan?

mesti korang tertanya-tanya apa perasaan twins bila hadir sendiri kat perkahwinan salah 1 bff kitaorng cik Yuyu Zulaikha yang kini dah bertukar status dah jadi Pn.Zulaikha :) barakallah dear, may ur  marriage lifw full with blessing and laughter, Dan semoga dikurniakan anak yg soleh dan solehah. Dibawah ni sedikit coretan hati dari twins buat si comel manis Pn.Zulaikha :')

Kata Iena : 
bila iena lihat yuyu dengan persalinan lengkap baju kahwin, siap dengan veil, make up yang lawa, dan senyuman paling manis yuyu iena lihat, jauh dari sudut hati, memang tersenyum senang, gembira dan hiba sedikit.

Kenapa yah? korang agak - agak sebab apa? terharu sebab tengok nikah dan kahwin? oh itu memang ya, tak dinafikan.

Tapi apa yang buat iena lagi terasa, bila tiba - tiba saat lihat yuyu, terflash back balik pada zaman firts time jumpa yuyu dekat mid valley, setahun yang lepas.

masa tuh iena lihat yuyu, comelnya detik dalam hati, tak pernah tertfikir atau ingin bertanya kenapa kenapa dengan keadaan fizikal yuyu.


Bila iena lihat yuyu, iena lihat diri iena, dari apa yang yuyu rasa kurang sesuatu tentang diri, begitu juga dari apa yang iena rasa, kitaorang saling tahu apa yang luka paling dalam yang kekurangan orang nampak, dari situ juga iena teringat perbualan iena dengan yuyu.

'yuyu nak kalo boleh nak cari lelaki yang boleh terima yuyu seadanya, bukan kerana yuyu femes atau kerana rasa yuyu comel ker apa, tapi ikhlas yang boleh terima kekurangan yuyu seadanya, yang boleh jaga yuyu'

Lebihh kurang begitu yuyu cakap, kurang ingat sebernya ayat excatly apa yuyu kata.

Iena teringat bila yuyu cerita kisah lepas, yang tak boleh terima yuyu seadanya.

bagi iena yuyu cukup sempurna lengkap sebagai wanita.

alhamduliah, betapa leganya rasanya, tuhan kurniakan lelaki yang boleh jaga yuyu, terasa doa yuyu makbulkan?

well, bukan semua orang doanya akan makbul, atau impian sebagainya tercapai? kalo boleh iena pun nak orang boleh terima diri ni seadanya, jauh dari sudut hati, iena pun tahu betapa besarnya 'kekurangan' iena yang tak semua tahu, hanya tuhan, keluarga dan teman rapat yang tahu, tak lupa juga, yuyu tahu.

last but not least.

im not gonna too expect much about our friendship, cuma apa yang iena harapkan yuyu tahu, iena tahu, kitaorang ikhlas kawan dengan yuyu, in sha allah akan sentiasa cuba berada di sisi yuyu pada saat yang perlu dan penting, harapnya yuyu juga sudi berbuat perkara yang sama.

'perkara paling bahagia, apabila kebahgian itu boleh dikongsi bersama'.
terasa sebak sedikit bila buat entry ini. harapnya yuyu faham apa yang iena cuba sampaikan.

untuk yuyu : 'you're just amazing, just the way you are....


Kata Ida :

Yuyu tahu tak, sebelum kita kawankan..Ida sebenarnya dah lama follow blog yuyu. Baca blog yuyu, tengok facebook yuyu. Tapi tak pernahlah sangka yang kita akan jadi kawan.

Dari first time jumpa yuyu di Mid Valley, ya allah..Ida tak sangka Yuyu sempoi je orangnya!!! . Kita lepak-lepak kat mid valley sampai terkeluar cerita pasal 'maggi' dan 'bubur' yang buat kita tak sangka, kita rupanya ada berkongsi sesuatu rasa yang sama. We are not born rich, we struggle to make ourself better  each day. We are normal girls just like u girls out there, yeah the one that trying to be a better daughter for our parents and seorang yang cuba sedaya upaya untuk memberi kehidupan yang lebih baik buat manusia di sekeliling kita  :')


Bila tahu Yuyu nak kahwin, Ida tumpang gembira. Yelah... sebab kita tahu, betapa sukarnya untuk kita nak dapat jodoh yang boleh menerima diri kita seadanya dan sayang kita sebaik-baiknya. Yang ikhlas bukan sekadar ingin  menjadi 'teman rapat' ataupun tempat meluah segala rindu. Tapi seseorang yang sudi menggalas tanggungjawab yang halal buat seumur hidupnya, dan yang sudi menyanyagi diri kita dari waktu kita comel sehinggalah dari waktu kita bermasam muka kan yuyu? :')

Mereka-mereka di luar sana, selalu je ingat macam ni 'alah Yuyu femes, mesti senang je nak dapat jodoh'. Tapi mereka-mereka tak tahu, betapa banyaknya  manusia bertopengkan kaca diluar sana ,dan betapa banyaknya pengalaman yang membuatkan yuyu ketawa,sedih dan gembira sepanjang  bergelar title cik kan yuyu?


Nah....lihat yuyu sekarang, Yuyu boleh tersenyum bahagia. Dengan adanya Onjet dalam hidup Yuyu sekarang. Ida terharu lihat Yuyu kahwin, bukan je sebab Yuyu kawan kita. Sebab kita tahu betapa sukarnya perjalanan hidup yuyu dalam menemui Mr.Perfect yang bergelar suami :')

Malam akad nikah Yuyu, kita sebenarnya dah nervous. Takut sebenarnya nak teman Yuyu nikah. Takut kita terharu lihat ijab kabul...lalu menangis kat situ :( tapi bila tengok yuyu dah siap berpakaian pengantin pun dah buat kita rasa nak nangis. Tengok muka yuyu, pastu pegang tangan yuyu yang sejuk. Bila peluk, rasa terharu tu memang sukar dibendung. This is the moment that u are waiting for kan yuyu?, the moment that u become someone wife. Its a new chapter of ur life, that would change the whole meaning of ur life now Pn.Yuyu. Im happy for u dear my friend :')

tapi lega masa tu kita tak nangis, kalau tak habislah. Susah nak stop =.='


tapi,tapi,tapi..walau betapa kita cuba bendung rasa 'terharu' kita tu, tak boleh tahan juga bila tengok Yuyu sanding. Time ni memang rasa betul-betul yuyu dah jadi isteri orang dah. Tengok muka yuyu senyum gembira dapat surprise tiba kat wedding naik helicopter....pastu duduk bersanding. Yeah saat tu memang dah terasa dah..'yeah ni semua memang betul-betul berlaku' tetiber pastu air mata keluar. Tak tahan dah bila Yuyu pandang dan peluk kita. Terus je laju-laju turun dari pelamin, sebab takut memangis lagi!. Pastu sorok belakang Fatin sebab xnk orang tengok kita nangis!.Arghhh Ida memang tak boleh tengok kawan sendiri sanding! sebab nanti jadi macam nilah!. Nangis sebab terharu :(

* muka pengantin bahagia :) *

*ni waktu baru tiba dengan helicopter*


Tapi walau apa-apa pun memang berbaloi perjalanan kitaorang dari KL yang bermacam-macam halangan. Dari flight tak boleh naik, ade tix salah booked pun ade. Tayar kereta pancit pun ada...pastu last-last nak balik kl pilih nak naik 1 kereta dengan Fatin pula. Sebab tak berani ambil risiko lagi, takut kitaorng tak dapat naik flight lagi untuk balik ke kl. Yeah mungkin korang rasa membazir tix flight tu..tapi takpela. Janji kitaorng dapat pergi dan balik dengan selamat :)

*muka frust tak dapat naik flight*

Dalam perjalanan balik kitaorng senyum puas hati, sebab berbaloi datang ke langkawi tengok sendiri live kawan kita kahwin!. Dulu before yuyu wedding, ingat rasanya macam tak dapat datang. Sebab maklumlah bulan december...hujung tahun. Banyak perkara yang perlu di fikirkan. Tapi fikir punya fikir...come on lah..is ur friend wedding! Takkan tak datang kot??! tak nak yuyu kecewa kalau kitaorng tak hadir. Maka yessss! twins decide datang ke langkawi only for u Pn.yuyu! :) 

*muka puas hati dalam perjalanan balik kl* 
Doa Ida buat Yuyu dan Onjet, semoga rumah tangga yang dibina berkekalan hingga syurga. Dan semoga masjid yang dibina diberkati ALLAH, dan dilimpahi rezeki dan baby yang comel-comel :) 

Buat Onjet, please jaga Yuyu baik2 tau. Kitaorang sayang Yuyu :) semoga Onjet menjadi penawar buat duka, dan pemberi kebahagiaan dalam hidup Yuyu. May ALLAH bless u both. Barakallah dear. 


By the way kat bawah ni pula, gambar-gambar kitaorang sepanjang di majlis kahwin Yuyu dan sepanjang trip kitaoarang di Langkawi. Jemput tengok heee :)



Ni feri yang nasib baik kitaorng sempat naik, sejurus kitaorng beli tix feri. Terus tulis sold out untuk waktu pukul 4 petang. Alhamdullilah nasib baik sempat naik feri ni :)

twin bersama si fatin jelita ni... tq sangat2 sebab sudi tumpangkan twins pergi trip langkawi dengan Fatin. Twins x sabar nak pergi wedding Fatin pula nanti ;)

twin bersama bunga, make up artis yuyu dan juga kawan kitaorang. Diel a yang mekapkan yuyu tau :)

twin bergambar dengan nyuu, kawan kitaorang juga. Kenal dari facebook tapi pastu boleh jadi kawan. Die pandai mekap juga! suke tengok die mekap. Lawa sangat!

twin bergamba dengan kawan kitaorang, radin fadli. Tak pernah jumpa. Ni first time jumpa.

Bergambar beramai - ramai, seronoknya jumpa korang semua.
dari kiri ieqah,adik fatin suhana, farah namanya, me, bf fatin Muiz, fatin, ida, nyuu dan akhir sekali fadhila.


tehee...ni pula twins. Nak juga merasa naik pelamin..hikhik :p

twins sempat bergambar sementara nak tunggu yuyu turun dari helicopter :)

last skali mestilah.......
tadaa...yes is choclate!!  pergi langkawi tak sah kalau x borong choc kan,kan,kan? 

oklah sampai sini je rasanya entry langkawi. Sebelum kitaorng akhirkan entry ni, kitaorng nak ucapkan TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK pada Yuyu & Onjet yang jemput kitaorang dan mak yuyu yang tolong booked kan homestay. Ieqah yang banyak tolong kitaorng booked tix semua...fadhila yang belikan kitaorng pavlova, tapi tak sempat ambik gambar pavlova dah selamat masuk dalam perut dah..hiks :p 

Dan tak lupa juga pada BEST BUDDY TRIP EVER! Fatin, Farah,Muiz! tq korang sebab sudi tumpangkan twins!! we hv such a wonderful with u guys tau! :)  tapi sorrylah tau sebab asyik tido je kat belakang huhu :p Pasni memang tak sabar pula nak pergi wedding korang. Tehee mesti korang sweet macam gula tau. Farah adik fatin, kena sediakan tisu awal-awal la..hehe nanti mesti confirm nangis punya bila Fatin kawen! Gosh can't wait lah!  

oklah sampai sini je entry ni, akhir kata..korang cepat2 lah kawen..hihi rasa macam best pula tengok orang kawen..kekekeke :p 



Written by : Twins! 

















Saturday, December 7, 2013

Tips Mata Cantik dengan BerryBright

Orang selalu kata dari mata turun ke hati, dari hati terus terjatuh cinta...eceh dah bermadah pula permulaan ayat kita ni kan? . Kalau korang nak tau, dari mata juga kita dapat memberikan gambaran diri kita pada orang lain tau. Contohnya bila mata kita lesu dan ade eyebag yang hitam ketara yang amat...dah satu hal pula orang terus cop kita jenis orang yang tak reti jaga kesihatan diri =.=’ . Bila ada masalah mata eyebag cenggitu, ada pula yang terus cop kita ni perempuan workhaholic la mcm2 la..eei tak suke betul L tambah2 lagi bila pakai spek, lagilah bertambah nampak selekeh dan pucat tau, pastu mesti orang ingat kita sakit L, sedih betul bila orang cakap cenggitu tskk....


Sebab kita tau, kat matalah first thing yang orang akan tengok tentang kitakan? tak percaya? Cuba korang tengok orang sebelah korang, apa benda utama yang korang tengok kat muka dorang?. Hah mesti mata kan? Kalau cakap x...ceh memang tipula...huhuhuhu :p


Cuba korang tengok gambar kita kat atas ni, mata kita nampak segar kan? Hehe yang ni sebab kita ada minum BerryBright tau. Kita memang perlukan BerryBright ni sangat2, sebab sejak kita kerja memang power mata kita dah naik tau L and sebab tidur lewat semua, memang bertambah ketara lagilah eyebag kita. Sebab tu sekarang kita memang jaga mata kita dah. So... bagi kita memang pentinglah untuk jaga mata, sebab dengan matalah kita boleh buat macam2 benda harian kita. Kalau mata kita terjejas, memang banyak benda susah buat tau.
Kalau korang tertanya-tanya BerryBright tu apa, inilah dia benda yang kita makan tu J korang mesti rasa, alaaa..mata je pun buat apa nak jaga sangat. Ha sekarang korang cakapla macam tu, tapi kalau dah rabun and kena pakai spek semua. Memang leceh tau! Macam kita yang kena pakai spek sume..memang rasa tak best langsung pakai spek mata. Lagi2 kalau nak bergaya, kena pulak pakai contact lense. Memang leceh yang amat!, bagi yang dah sedia pakai spek pulak, yang buat orang2 spek macam kita ni risau. Ialah bila power mata kita bertambah! Iyelah sebab time tu kita kena tukar spek...pfffft..spek bukan murah pulak tu =.=’ dah jadi 1 hal kan kena tukar spek. Sebab tu kita nak consume makan benda ni ja, senang nak maintan jaga kesihatan mata kita ni :)
Banyak pulak tu kebaikan kita dapat dengan consume benda ni. Nak tau ke apa yang bagus BerryBright ni?

1   1) Boleh Kurangkan keletihan mata, dryness, irritation pain and blurred! (ha yang kabur2 tu kita dah selalu kena. Sebab dek tengok pc lama sangat. Memang patutlah kita makan BerryBright ni..huhu 
2   2) Kuranngkan Eyebag (hehe yang ni kita suka, kita memang nak kurangkan eyebag pun :p) dan BerryBright ni pun boleh improv kan system pelancaran darah di sekitar mata J
3    3)  Cegah penyakit mata macam presbyopia
4   4) Imrprove night vision, short-sightness and light sensitivity (yang ni kita suka sangat, sebab mata kita memang jenis sensitive kat cahaya!)
5   5) Tinggi dengan kandungan antioksida yang boleh elakkan radical damage kat mata kita.

Kalau nak tahu apa pula isi kandungan dia..nah korang boleh tengok kat gambar ni J

Dah2 pulak bebel pasal kebaikan BerryBright ni, kita nak bagitau korang pulak yang BerryBright ni ada buka booth kat Mid Valley Exhibition Center 20th, 22th   December ni sempena 10th International Health Affair. And kita sendiri memang akan pergi booth dorang hari sabtu tu 20th haribulan. So jom nak kita pergi sama2 kat booth tu? Nak sangat korang temankan kita pergi booth dorang..boleh kita try usha2 kat sana pasal product dorang ni. Sebab Iena pun maybe tak boleh temankan kita hari tu L

So if korang sudi nak temankan kita pergi booth tu, please comment kat bawah okey? So kita boleh set date and time untuk pergi sama2 tau Oh ya, for GOOD NEWS pulak, kita nak buat GIVEAWAY 20 sampel BerryBright kat korang. Cara nak dapat BerryBright ni mudah je sangat2, just like Facebook dorang http://www.facebook.com/berrybrightmy  and bagi comment details korang such as nama/alamat/email/no.hp ok? so pihak BerryBright tu boleh poskan terus sampel tu kat korang tau :) Best kan bagi je details terus boleh dapat benda free, giler best!  

Oklah sampai sini jela kot entry kita kali ni, so pada siapa yang nak pergi sama-sama ngan kita, boleh bagitau kat komen ni ok? so boleh terus jumpa kat Mid Valley sama2 atau set time untuk jumpa sama ok :) Sebarang pertanyaan atau apa2 boleh komen kat sini, insyallah kita akan reply punya! Have a blast weekend semua! :) 




Written by : Ida Mansor






Thursday, December 5, 2013

The Twin Birthday, sedikit coretan ingin dikongsikan

Salam Semua,

Pernah tak korang terfikir yang twin ni ada yang rapat ada yang tak rapat?
Kenapa ada yang ngam ada yang sebaliknya?

Well Ina rasa, itu terletak sendiri pada cara ibu bapa dorang jaga diaorang atau mungkin juga masa membesar terasing dengan pasangan kembar masing-masing..

Bagi Iena dan Ida sangat bertuah, sebab kita orang membesar bersama-sama, dari perut ibu [kita org dlm perut ibu kurang dari 8 bulan] sampailah sekarang 24 tahun.

Tidur sama-sama, sekolah dari darjah 1 sampai form 5 pun sama, sampaikan amik Diploma pun course yang sama, tempat yang sama, batch yang sama. bertuah pula rasanya....tahu tak kita orang pernah menangis merayu Cikgu untuk ditempatkan di kelas yang sama dan pernah merayu kat Admin untuk dapat bilik yang sama ......




Bila fikir balik, ' eh cepatnya masa berlalu' dulu kita kecik jer badan..tiap kali jumpa Dr kata 'underweight' ...


padahal memang dari kecil kita memang badan kecik, tapi kecik-kecik cili padi tau .. kita selalu protect my twin ida mansor sebab dia selalu kena buli.  Dulu kalo ada kaki buli nak cuba  buli Ida..abeslah Iena and the gang datang tuntut bela..seem like a hero right? hihi..jangan tak cayer pula..sebab dulu kita memang lasak sangat..dulu kecik-kecik memang tak kisah pula bergaduh dengan budak laki..haha..sampai kadang - kadang pernah masuk bilik guru sekali dengan mak ayah...bila fikir balik, mesti mak ayah kita pening dengan kerenah kita..macam tuh sekali kalo kita nak protect kembar kita tau..kalo sekarang dalam apa jua keadaan, selagi kedaan megizinkan memang tak kisah bergolok gadai demi kembar kita..ceh ayat tak boleh belah kan?

tapi of course demi parents pun kene ingat..dalam doa in sha allah tak cuba lupakan doakan my parents.

korang pernah tak terfikir kenapa kita suka sangat main mekap-mekap? suka pula tuh kadang - kadang nak melawa..ha, mana datangnya gen nya tuh? haha..

my mom memang jenis tak suka makeup tapi waktu mengandung kitaorang, dia suka bermakeup...pakai lipstickpun jarang,kira suka natural gitu..tapi entah nape bila mengandung kan twin, mak kita paling suka melawa time tuh..

Itu yang agaknya kita pun suka mekap..memang gila mekap sebenarnya..tapi tak beranilah gelar diri as make up artis..sebab bukan professional lagi. Baru jer jinalk - jinak sikit.

Kalo korang nak tahu, dulu abes barang mekap mak kita, kita suka kerjakan? buat apa? apa lagi kalo kunci bilik mak kita, kita duduk depan cermin, ajak ida main mekap-mekap.... Ida kadang2 tak berapa suka tapi ktia suka paksa dia ajak main makeup atau kita jadikan dia model makeup kita .... pastu posing depan cermin..perasan diri nilah paling lawa didunia..haha..pastu bila mak marah barang mekap kecah, boleh pula tak nak ngaku kita yang buat? lol..ada satu time my mum kata, iena suka sangat main makeup..sampaikan nak pergi tusyen nak juga pakai lipstick merah..konon bagga bila cikgu puji, amboi lawanya..kecik-kecik dan pandai pakai lipstick..tak comot pula..dalam hati sorak suka kemain!  Lepas tu my mum siapkan satu kotak makeup supaya kita org tak kacau makeup dia ...

Bila fikir baik, my mum tahu sangat kesukaan anak - anaknya..sebab tuh teka apa? hadiah birthday my mum n ida kasi apa? cer teka cepat?


my mum kasi beg mekap 3 tingkat..suka sangat, sebab dia boleh di asingkan bahagi tiga..agak - agak korang faham ke? paling best sebab dia boleh pilih nak gabung tiga tingkat or pakai satu tungkat jer..

sebab excited sangat, terus kita kemas - kemas barang mekap taruk dalam tuh..guess what?
kita rasa macam banyak jer kene letak lagi..kekeke..adakah itu petanda obesesi mekap? sape macam kita?
kira genglah kan..kalo iena nafus shopping memang more kepada barang mekap, kalo ida more to food..we both sangat berbeza kan?


yang sebelah beg merah tuh, hadiah ida pula..kenapa dia beg juga? sebab kitaorang kesian temgok dia ulang alik dari ktm takde beng yang senang dia betul-betul nak bawa?
ha sekarang ida boleh senyum puas hati dapat beg sendiri.

in sha allah, selepas ni kita orang akan cuba buat cerita bersiri dari kita kecik, sek ren, sek men, kolej .... banyak berkongsi gambar waktu kita orang masih kecil, bila ingat baik memang banyak kenangan pahit manis twin berkongsi bersama.  jadi jangan lupa keep reading our blog ya .....

last but no least, i want to wish happy birthday to my dear identical twin, Ida Mansor 

Teka mana iena, mana ida?







Wednesday, December 4, 2013

Ini Hijrah Couture ok, bukan Maal Hijrah..hihi

Hye semua,

dah lama kali ni, iena tak menulis blog, sebernanya sebab ada beberapa hal, iena mendiamakan diri dari dunia blogging..

kinda stress dengan keje dan lain - lain..alhamdulilah sekarang iena rasa lebih lega dan happy..tuh yang semangat balik untuk menulis blog..

korang maafkan iena yer sebab dah lama sangat tak tulis blog..

kali ni iena ceritakan sedikit pasal event fashion yang iena pergi..

korang agak fashion show apa yer?

mestilah Moslema in Style..

walaupun dah agak lama gak baru iena nak update..tapi iena nak juga kongsikan korang gambar - gambar sepanjang kitaorang berada disana...


sorry gambar pecah sikit..sebab gambar pun pakai smartphone jer..waktu mula - mula masuk, memang cahaya lampu agak malap..maklumlah sebab kitaorang datang waktu fashion show betul - betul nak mula dah..ingat dah nak terlepas..tapi naseb dapat gak tengok tepat pada waktu fashion show nak bermula ^^



time ni model tengah caltwalk..dorang jalan ada yang agak laju ada yang ok..kalo laju memang tak sempat nak snap amik gambar , ini pun dapat gak amik sikit...huhu..tp overall memang best, fashion show ni..sebab ada designer dari indonesia gak buat fashion show dekat situ ^^ dan baju banyak lawa - lawa juga..muzik pun best as latar belakang.


time ni semua model dah habis caltwalk..so semua model akan beratur keluar.....paling iena suka make up model cantik sangat..dengar cerita dari kawan model kita yang buat fashion show, make up artis nama dia CikQu..serius memang cantik sangat sentuhan die..




lepas dah puas temgok, sempat lagi kitaorang amik gambar selfcam..sila muntah darah kalo tak tahan tengok..haha..

gambar jadi macam biru merah sebab lampu kat sana memang macam tuh! so jadi muka merah pula semua dalam tuh..

yang ini gambar kita seorang..huhu...nak juga bergambar seorang ^^


kitaorang duduk sekali dengan najah..tahu najah? alah si datin tuh..hihi..siapa lagi kalo bukan kawan baik fatin liyana...she is so humble dan best borak dengan die...senang didekati dan tak sombong pun..snyer dah dua tiga kali jumpa berjumpa dalam event..event moslema in style kali lepas pun duduk sama dekat dengan die..


bila pergi berdua..haruslah wajib bergambar berdua kan?



kalo pergi event memang tak jemu tengok budak dua orang ni..siapa? fatin suhana n najah lah..dorang berudua ni  serius sangat cantik dan pandai bergaya..pastu murah senyuman :D



yang ini twin bergambar dengan designer muslimah Eja Rahim....design die memang lawa..tak tipu ok ^^


yang ini gambar pinjam hasil ehsan dari datin najah..kalo korang nak tengok dan baca blog die, klik SINI

dia banyak share tau tips2 mana nak dapat baju cantik untuk plus size....


a happy smile from all of us :D
puas hati sebab pergi dengan teman borak yang best, serta event yang ohsem..event kali ni lagi best dari yang lepas, serta lagi cantik dari yang lepas tau..so kalo next year ada lagi moslema in style korang wajib pergi..mana tau kita bertembung pula..boleh say hye2 dan borak2 dengan korang :D

yang ini gambar iena dan ida serta dengan najah dan designer yang turut serta buat fashion show di sana..kitaorang pakai baju rekaan dia tau..sangat selesa, lebar dan sopan...tudung semua pun dari dia juga....kalo korang nak tahu najah pun pakai baju rekaan dia juga tau..so don't worry..plus size juga boleh bergaya dengan rekaan die..cuba teka tengah - tengah tuh siapa? itulah owner nye..yang pakai baju petak2..

selebriti Eja pun pakai baju die tau..she si so tall lah..kita pendek sikit dari die event pakai kasut tinggi betul T,T'


yang ini semua gambar orang kuat Hijrah Couture..pemilik dia juga adalah designer bagi brand ni ok..

kalo korang nak tahu..hijrah couture pernah masuk dalam Maq Nur dan TV sekali tau..

ni designernya..tengah nervous kot kene interview oleh wartawan..hihi



dorang punya booth..harga dorang sangat affordable tau untuk baju yang cantik serta sopan.

bila pergi booth, haruslah bergambar dekat booth..:D



Yang ini gambar model pakai..ok saya mengaku, model ni pakai lagi cantik..sebab kita tak tinggi dan cantik macam model ni..huhu..janji baju lawa dah puas hati tau..

untuk tengok keluaran baju terbaru die...korang boleh try tengok dekat facebook dia :


bila dapat peluang pergi event macam ni, serius rasa bersyukur sangat..dulu tak pernah terfikir akan berpeluang pergi macam - macam event.... rasa best  sangat sebab dapat jumpa orang baru dan dapat rasa pengalaman event yang berbeza - beza..

kalo ada sesiapa yang ingin jemput kami as blogger untuk sebarang event bolehlah email kami di :

Ienamansor@hotmail.com / Idamansor89@gmail.com

atau sebarang sponosr untuk ig, pertanyaan mengenai modelling/ design dan lain - lain semua juga boleh email kitaorang dalam tuh yer..

Thx

Next week tak lama lagi twin akan pergi wedding blogger sahabat baik kitaorg yuyu zulaikha..will update about it later..nantikan yah <3 p="">

Love
Iena Mansor