Tuesday, December 29, 2015

Penutup tahun 2015 buat Twin :)


 

Alhamdullilah tahun 2015 banyak memberi pengajaran, kebahagiaan dan rezeki buat twin. Dalam tahun ni Ida rasakan tahun yang paling best rasanya dari tahun-tahun sebelum ni kot. Hehe sebab ada beberapa goal yang Ida nak untuk tahun 2015 dah ada yang dah tercapai...tapi tak semualah :p

takpelah slow-slow mana tahun target lain tu tercapai next year? haha sebut next year macam lama lagi je bunyinya padahal Jumaat ni dah 2016 dah kot!. Cepat gilaaaa kan masa berlalu?!

Oh antaranya target kita yang dah tercapai :


1) Nak masuk jadi vendor kat event Vendeurfestival 


masa kat booth ni busy so tak dan nak bergambar..sempat bergambar masa nak balik je dengan owner sebelah booth Nazeera Sardi..serious dia memang peramah and tersangat baik! 

Kita dari dulu support VF ni..dari first event dia kita p and first event die masa kat Shah Alam tu twin jadi salah satu vendor dorang tau. Plus owner dia Ashry & Annas memang baik. Tapi lepas tu dorang buat kat Martrade terus twin tak join da..hehe sebab tak mampu sewa kat situ..huu ianya diluar kemampuan twin lagi masa tu :')

Alhamdullilah tahun 2015 masa puasa hari tu dapat juga join!. Ya ALLAH perasaan happy taktau nak cakap cemana. Hehe sebab akhirnya salah satu target dah tercapai kn :')


2) Nak beli phone baru..aim kita nak beli OPPO! 


Dari dulu dok usha OPPO ni..suka kamera dia sebab bila selfie cantik. Tapi kamera belakang die pun best!. Ida puas hatilah dengan OPPO ni. Mesti pelik asal target bukan Iphone? aiyoo sebab banyak sangat client kedai mak kita yang jual handphone bagitau iphone harga die overprice je lebih dari spect dia yang sebenarnya. Ha ni bukan kita yang cakap..kang kena bash pula dengan peminat iphone :p

tak kisahlah orang fikir apa..janji kita happy sebab target nk kamera Oppo tercapai :)


3) Nak tukar warna BILIK

Haha yang ni sorry takde gambar! hiks sebab bilik kita takdelah cun mana pun..target nak tukar kaler sebab boring menghadap dinding yang sama warna je tiap tahun. Hehe warna bilik ofcourse ler pink pastel u'olls ...haha dah perempuan kan :p

(not my room..ihsan dari google gambar ni..letak sebab cantik ah bilik ni ^^)


Yang tu jelah kot target Ida yang dah tercapai..simple je. Kehkeh takdelah target besar mana pun..dulu masa sekolah menengah adalah target umo 25 nak kahwin..ngek bila pikir balik macam apa je fikir camtu. Ingatkan by 25 tu jodoh datang macam magik je ching tetiber ada. Tapi nan hado ..haha umur pun dah 26 kot! Next year 27 dah...kehkeh tak tua okay..bila fikir-fikir balik tak regret pun sebab tak temu jodoh and tak kahwin lagi. Sebab tahun ni best kottt...paling utama yang Ida belajar tahun is. Rasa SYUKUR and CUKUP tu akan timbul bila kita belajar menghargai and redha dengan rezeki serta ketentuanya. 

Dulu kerja dengan orang lain gaji ribu pun asyik rasa tak cukup jee..tak faham dengan orang yang kerja dengan family jee. Pendek kata tahap mentaliti Ida rendah masa tu. Tapi haa bila decide kerja dengan family belajar ikhlas terus rasa CUKUP jeeee..even income bukan tetiap bulan tu bukanlah sentiasa masyuk (Ida buat kerja sambilan lain macam blogging juga selain kerja dekat printing family Ida ). Tapi tak pernahlah rasa tak cukup and seumur hidup takde pun MEMINJAM dengan mana-mana kawan or orang lain tau!. Ada je sesetangah yang gaji ribu riban pun meminjam dengan kita yang gaji takdelah semenggah mana. 

Tapi alhamdullilah bila belajar redha dan ikhlas dengan ketentuan rezeki yang ALLAH bagi tu nikmat cukup tu memang akan datang dengan sendiri :)  


Oh dan nak bagitau tahun ni Ida berjaya snorkeling tau! haha rasa bagga sat walapun orang lain kata 'hek eleh snorkeling je kot!' yelahhhh rasa pencapaian besar gak la memandangkan kita ni memang jenis TAK PANDAI BERENANG... tau pun sikit-sikit je..lepas tu boleh pula cuba try berenang jauh sikit dari tempat cetek. Fuhhh rasa macam ' eh bolah pulak eh aku snorkeling ni, Ingatkan takleh!' hehe maklumlah sebab Ida ni memang bukan jenis ooutdoor person :p

naseb kakak sulung kita dok paksa dan pujuk tak habis-habis suruh cuba..kalau bukan sebab dia rasanya bercuti ke langkawi minggu lepas memang keje shopping chocolate jela! hahaha..

Banyak pula Ida bebel kat post ni..dari bebel meh Ida post gambar Ida bercuti hari tu di Langkawi :)

Hold my hand :p

Masa ni tengah tunggu flight nak ke Langkawi.:)


oh...gambar lain Ida kongsi dekat entry khas Langkawi nanti okay ;) terima kasih sudi baca ^^

Akhir kata

SELAMAT TAHUN BARU 2016!!






Friday, December 25, 2015

Yes!! Discount holiday room di Intekma!

If you're in Shah Alam this holiday season, lets stay at @intekmaresort today onwards for 30% off for all rooms. Book now, offer lasts till Dec 31 2015.

Website: www.intekmaresort.com.my
Hotline: +603 5522 5000

@intekmaresort
@intekmaresort
@intekmaresort

#intekma #intekmaresort #ircc #hotel #resortwithinthecity #shahalam #uitm #holiday #vacation #getaway #escape #campaign #awareness

Thursday, December 17, 2015

Intekma Resort Info :)

I love INTEKMA Resort & Convention Centre, Shah Alam. Lets follow & like their Instagram today.
@intekmaresort
@intekmaresort
@intekmaresort

Tuesday, December 8, 2015

Nak cuti kat INTEKMA la!

Stay at INTEKMA Resort & Convention Centre (IRCC) today and embrace a whole new experience. The resort is currently transforming to accommodate you. IRCC also offers a special rate for all rooms this school holiday season.

More details:
Website: www.intekmaresort.com.my
Hotline: +603 5522 5000
Instagram: @intekmaresort
Twitter: @intekmarcc
Facebook: INTEKMA Resort & Convention Centre

Monday, November 30, 2015

Interc Part 3

Since its inception in 1983, INTEC has achieved continous success in various programmes offered, which made it a leading brand in its own segment for international education hub.
Its various programs namely Pre University collaboration with leading international universities, Intensive Bridging Programme (IBP), Professional Accountacy programme (IPAC) and diplomas among others, has established the institution over the years.


Lets join us today and be part of our history and success. With INTEC, we assure our students embrace different experience of a distinguished education ecosystem.
10 reasons for you to choose INTEC:
1. Enriching learning experience that enhance students' knowledge and sharpen their interpersonal skills
2. Provides assistance in strengthening curricular foundation before entering preparatory programme
3. Increases chances in succeeding tertiary education by improving literacy, numeracy and social skills
4. Explore and discover students interests
5. Fills in free time with quality activities
6. Develops interest in continuing studies via fun learning environment
7. Affordable fees inclusive of accommodations
8. Accredited curriculum with global recognition
9. Qualified and experienced teaching staff
10. Located at the heart of Selangor - Shah Alam
Learn more about us at:
Website: www.intec.edu.my
Hotline: +603 5522 7000
Facebook: INTEC Education College
Instagram: @intec_ec
Twitter: @intec_edu_col

Sunday, November 22, 2015

Intec Part 2

Calling for all prospects out there. Two of our renowned Diploma programs, Diploma in Business Management (DBM) & Diploma in Public Management and Governance (DPMG) are still open for application. Worries no more about the due date announced before cause we've decided to extend the application period until end of Dec 2015.
Interested? Find out the details and requirements on our website atwww.intec.edu.my today. Follow our social media platforms too for daily updates.
Facebook: INTEC Education College
Instagram: @intec_ec
Twitter: @intec_edu_col

Monday, November 16, 2015

INTEC apa tu?

Kalau sebut nama INTEC, tentu ramai yang kurang kenal atau mungkin tidak tahu langsung mengenai pusat pengajian tinggi ni.

Padahal, kolej swasta yang dulunya dikenali Kolej Pengajian Persediaan / Pusat Pendidikan Persediaan (KPP/PPP) ini adalah antara institusi terawal dengan reputasi mantap dalam sistem pendidikan di Malaysia tau.

Kolej di bawah pengurusan UiTM Holdings ini menawarkan program persediaan bertaraf antarabangsa sebelum para pelajar melanjutkan pengajian ke luar negara dan juga pelbagai kursus peringkat Diploma.Best kan? ;)

Nak tahu lebih lanjut? Apa kata korang golongan pelajar lepasan SPM atau  ibu bapa di luar sana layari -www.intec.edu.my.

#intec #intecec #kenalintec #education #shahalam#monday #11162015 #day1


Terima Kasih sudi baca :)

Monday, November 9, 2015

Rebonding atau Relaxing lebih baik?

Kita orang perempuan selalu je suka dengan topik kecantikan, tapi perempuan kebanyakannya lagi concern tentang penjagaan muka dari rambut. Seriously Ida dulu pun macam tu, tak rasapun kecantikan rambut tu satu kepenting. Urmm..maybe sebab Ida pakai tudung kot? so takdelah rasa nak lawa-lawa sangat rambut tu. 

Tapi bila lama biar je rambut macam tu, takde rasa nak helokkan rambut ke hape membuatkan dalam diam Ida jelous dengan rambut orang free hair yang cecantik. Tipu kalau korang tak pernah rasa jelous tengok perempuan rambut lawa lalu depan korang. Tetiber terdetik kat hati, 'eh kalau rambut aku lawa macam tu kan best!'. Tapi kalau setakat hati je cakap macam tu tapi tak buat apa memang rambut takkan jadi lawa!. 

So dari situ Ida nekad, nak sendiri rasa cantik..apa lagi pergi salon dan terus decide nak buat rebonding. Kenapa rebonding dan bukan relaxing?. Mudah je, sebab relaxing die tak tahan lama, dah pernah buat dah..tapi entah rasa tak puas hati sangat walaupun rambut cantik nampak natural..tak lurus sangat..alahh dia jadi macam dalam gambar kat bawah ni : 


Masa first time Ida decide nak buat treatment rambut bagi cantik dan puas hati, Ida buat kat number76 ..hmmph bill boleh tahan jugalah. Tapi servis memang tip top la :)  Tapi dari situ Ida juga Ida tercari-cari kedai lain yang murah tapi berbaloi untuk kesan rambut helok jangka panjang. Sebab rasa macam nak buat selalu treatment maybe dalam 2,3 kali setahun? tengok pada rambut macamanala ;) sebab masa ni rambut Ida kejap jela cantiknya :p

so lepas tu Ida decide nak try kedai BIASA-BIASA je..yang tak glamour dan tak mahal pun. Why? sebab Ida nak try tengok kesannya macamana, bagus atau tak bagus. Apa beza hipster saloon A+ dengan salon biasa-biasa? jawapannya.. jeng jeng jeng..

Turn out salon biasa yang Ida buat untuk kali kedua tu jadi ok sangat!..haha sebab Ida buat Treatment Hair + Rebonding yang amik masa dari pagi hingga petang jugalah. Di sarankan korang buat masa datang bulan. Sebab korang takleh gerak atau keluar salon tu kalau nak solat masa ni..sebab memang lamaaaaa gila proses dua benda ni. Tapi hasil memang superblah! . Korang kena bagitau nak treatment hair yang best sikit (pricey sikit) sebab yang ni baru tahan lama. Kalau treatment biasa je dia takleh tahan lama sangat :) 

Total price Ida buat dalam RM100-RM200+ jugalah untuk dua benda ni, kalau kat tempat hister A+ tu confirm harganya lagi berganda-ganda. Cuma tahap servis kat salon Ida pergi ni tak berapa best, sebab cara dia buat agak kasar sikit.. kuku pula panjang. Sakit kulit kepala masa tengah buat tu T_T'

ni Ida buat sebulan before puasa tu dan tahannnnnnnn sampai sekarang :) memang puas hati, tapi pasni maybe nak cari saloon lain yang buat lembut sikit dan kuku tak panjang...huhu tak tahan kepala ni kalau kasar-kasar sangat ..

Kenapa Ida decide nak buat rebonding sebab rambut Ida jenis wavvy dan susahhhhh nak jaga, and bila buat rebonding die jadi kemas terurus dan senang nak jaga!. Mungkin ada yang akan kata rebonding akan buat rambut nampak macam penyek..well memang betul. Tapi tu mula-mula2 je, lepas seminggu die jadi macam natural je..cantik ;)

honestly dari korang habiskan beli shampoo mahal-mahal (macam ida dulu =_=') baik korang pergi salon buat treatment hair + rebonding.. lepas tu confirm rambut korang senang nak jaga!. And korang akan sayang rambut tu tahap teruk punya sebab rasa cantik jeee! kyahahaha ok ni over :p


by the way rambut korang akan jadi lebih kurang cemni lepas seminggu dua rebonding..oklah takdelah nampak penyet sangat. Natural je, janji kena PANDAI jaga!. Jangsan lupa lepas shampoo pakai conditioner dan lepas dah kering pakai SERUM ok!. Serum ni wajib sebab boleh buat rambut korang cantik lebih tahan lama :) 

ni jelah kot honest review dan tip untuk rambut cantik dari kita..kalau korang ada lebih tips yang berguna jangan segan-segan share ok? 

Terima Kasih sudi baca :)


Mahu sembunyikan kawasan botak dan dapatkan rambut lebat? TOPPIK ialah 
pilihan terbaik!
TOPPIK Hair Building Fibers – Rambut yang lebat dalam hanya 30 saat!




Kami tahu betapa sukarnya untuk keluar rumah kerana bimbang akan rambut menipis anda. Janganlah risau lagi! TOPPIK ada di sini untuk membantu!


TOPPIK Hair Building Fibers
Inginkan rambut yang sempurna tetapi anda sedang mengalami keguguran rambut? Rasa bosan untuk menyikat rambut ke tepi untuk menutupi kawasan botak anda? Anda tidak perlu berbuat demikian lagi! TOPPIK Hair Building Fibers ialah mikrofiber organik yang direka khas dengan teknologi Nano maju untuk membantu menebalkan helaian rambut anda. Serat-serat ini dikenakan tenaga elektrostatik untuk berfungsi seperti magnet dan tertarik pada rambut anda dengan erat sepanjang hari. Setiap serat diperbuat secara berbeza, memberikan anda rambut lebih lebat dalam hanya beberapa saat! Lihatlah lebih lagi di sini: http://toppikmalaysia.com/technology/.



Ini adalah jawapan kepada rambut yang sempurna tanpa bahan kimia yang berbahaya! Serat keratin organik tulen TOPPIK mempunyai protein yang sama seperti rambut manusia semula jadi. Malahan, tiada bahan tambahan dalam rumusan TOPPIK Hair Building Fibers, jadi serat-serat tersebut adalah hypoallergenic dan benar-benar selamat untuk digunakan setiap hari. Ianya tidak akan menyebabkan sebarang kegatalan atau kekeringan pada kulit kepala anda, bukan seperti kebanyakan produk penebalan rambut. Bukan itu sahaja, mereka tidak akan menyumbat liang atau mengganggu proses produk rambut lain, jadi anda boleh teruskan dengan rutin penjagaan rambut biasa anda selepas menggunakan TOPPIK Hair Building Fibers.

Masih tidak yakin sama ada produk ini sesuai untuk anda? TOPPIK Hair Building Fibers boleh digunakan pada semua jenis rambut tanpa mengira jantina. Ia juga tahan air hujan, angin, dan peluh, anda hanya boleh keluar untuk menikmati hari anda tanpa sebarang kebimbangan.


TOPPIK Hair Building Fibers pastinya jawapan anda untuk mempunyai rambut yang lebat sekali, dalam hanya 30 saat! Lawati https://toppikmalaysia.com/shop/ untuk melihat produk TOPPIK yang menakjubkan. Hasil yang luar biasa sedang menunggu! Jika anda masih mempunyai soalan mengenai TOPPIK, sila lihat halaman FAQ TOPPIK Malaysia di https://toppikmalaysia.com/faq/.  Ikuti kami untuk maklumat lanjut mengenai tawaran terhad!
Laman web rasmi: toppikmalaysia.com
Facebook/Instagram/Youtube: toppikmalaysia 

Monday, October 26, 2015

Canmake Event Japanese Cosmetics Products


Last week hari tu twin pergi event Canmake, pergi sebab excited nak tahu tentang Canmake punya product mekap. Yelah lagi-lagi kembar kita Ina yang hantu mekap ni...hmmp memang excitedlah die nak tau pasal barang mekap dari jepun ni. Siap malam tu saja kitaorang cari baju yang kena tema dengan Canmake event ni tau ;)

Ida pula memang dah usha lama dah barang mekap ni, sebab die punya packaging mekap memang super duper cute and casing dia pink colour y'all! haha kalau bab cute-cute punya packaging ni and lagi-lagi warna pink Ida memang sukalah!. sebab nampak comel je tengok :) and bila pakai boleh terus fefeling kawaii (comel) macam orang jepun :p


Kat event ni siap ada tutorial mekap dari profesional mekap artis  Meoki Tong tau!. Model dalam gambar ni blogger juga, nama dia Chanwon. Comel sangat dia pas dah mekap ^_^


ni masa upacara potong kek sempena 30th Anniversary Celebration 

Joyce Au, sales & marketing Manager dengan 2 blogger famous Chanwon and Cheeserland ;)

ni pula booth Canmake masa kat Beauty Expo hari tu.


ni kita Ida dengan dua top blogger Chanwon and Cheeserland :)

Ina pula bergambar dengan dua top blogger Chanwon and Cheeserland :)


ni kita masa kat booth dorang, saja test pakai lip gloss dorang ^_^

Just nak bagitau Canmake ni sebenarnya product kosmetik Jepun yang famous kat sana. Dorang punya best selling product is Blusher yang boleh pakai kat pipi and bibir juga!. Jimat i loikeeee ok! senang and cepat nak mekap kalau cenggitu kn? :p

Ni lah product dorang, tengok casing pun dah comel. Kalau pakai memang confirm kawaai la lepas tu .. ^_^





Ni pula Eyeshadow dorang, natural colour, I looike! bila pakai nampak comel and tak over bila mekap :)


Yang bawah ni pula Matte and Crystal Cheek, ada gambar kitaorang pakai mekap Canmake..hehe nak tengok tak? scroll bawah cepat!






Tahdaaaa..... ni pic twin dengan kawan kitaorang Nawal Nazihah. Twin pakai eyeshadow Canmake and Matte & Crystall blusher. Suka sebab tak heavy and natural je mekapnya. So cemana kawaii macam pompuan Jepun x? :p

so pada sesapa yang nak tahu info lanjut tentang Canmake boleh pergi terus kat Facebook dorang di : SINI
atau korang boleh terus google je. Insyallah semua tentang canmake nanti keluar. Oklah sampai sini je entry kali ni. jumpa lagi di next entry ya. 

Terima Kasih sudi baca :)



Sunday, October 11, 2015

Fav Dessert Twin (Siri 1)

Siapa kat sini hantu deseert? angkat tangan! yayy kita geng *high 5* sapa yang geng dengan kita tu, bolehlah start baca entry ni dengan excited - nya. Hehe sebab Ida nak senaraikan tempat Fav dessert yang twin jujur sekali cakap memang kitaorang suka and takde bayaran satu sen pun untuk promotion tempat dessert yang kitaorang nak bagitau ni.

Sebab twin share tempat ni sebab nak korang pun rasa kebahagiaan yang macam twin kita (Ida) rasa bila dapat makan dessert sedap-sedap. Iyelah Ida ni hantu dessert, dia ni sejenis manusia yang bila dapat dessert sedap tu die akan *gigle* sambil cakap hmmp dapnya! dapnya! dapnya! hahaha sampai cenggitu dia punya happy bila dapat dessert. Haha sapa yang rapat ngan Ida taulah camna happynya bila dapat dessert sedap. Oklah ni kita senaraikan tempat fav dessert kitaorang :)



1) Dal Kom Cafe
 


Sebab dia nombor 1 : 

a) SEDAP (5 bintang twin bagi)

b) MURAH (kalau nak ikutkan portion dia yang banyak tu,mcm kat pic tu boleh share dalam 4 orang kot!)
c) SERVICE BEST and CEPAT especially kat KLCC punya branch!
d) Cawangan dia ada banyak, tapi fav twin kat KLCC tingkat bawah dari Kinokuniya ok :)


Harga dalam RM17+ 



2) Delicious


Sebab dia nombor 2 : 

a) SEDAP (5 bintang twin bagi, sebab tu dapat nombor 2)
b) Tak Berapa murah, but oklah sebab tempat die cun :p
c) SERVICE KELAUT and LAMBAT especially kat Mid Valley punya branch!
d) Cawangan dia ada banyak, tapi so far pernah try ni kat Mid Valley punya je branch lain tak pernah order lagilah. Tapi service kat tempat lain ok, cuma dessert ni kat Mid Valley je twin pernah order.

Harga dalam RM18+ 



                                     3) Coconut Ice Cream




Sebab dia nombor 3 : 

a) SEDAP (5 bintang twin bagi)
b) MAHAL (kalau nak ikutkan portion dia yang kecik cemtu dengan harganya!)
c) SERVICE BEST and CEPAT kat mana-mana cawangan pun cepat! bagus cemnilah kitaorang suka :) 
d) Cawangan dia ada banyak, tapi fav twin kat KL Sentral, kat foodcourt dorang. Murah beberapa hengget compare dengan jenama popular ice cream ni :)

Harga dalam RM12-15+ 



4) Waffle Food Court KLCC




Sebab dia nombor 4 : 

a) SEDAP (4.5 bintang twin bagi)
b) MAHAL (kalau nak compare dengan Milano kat KLCC foodcourt bawah tgv tu :(
c) SERVICE LAMBAT tapi staff bolehlah friendly 
d) Cawangan taktau ada berapa, setakat ni tau yang kat KLCC foodcourt bawah kinokuniya je. Tak ingat nama kedai, boleh cari stall die yang paling hujung ok :)

Harga dalam RM17+ 


setakat ni je kot twin review, yang ni sume memang fav twin. Kalau sama-sama suka alhamdullilah, kalau tak suka boleh jadi citarasa manusia lain-lain kan?. Jangan bash twin pula nanti kata tak sedap ke hape,  twin review jujur je. Suka-suka share dengan korang je tau ^^ 

Kalau ada sesiapa ada recommendation or berminat nak SPONSOR makan kat tempat best-best ke do drop us email at : idamansor@gmail.com or ienamansor1@gmail.com

Terima Kasih sudi baca :) 

Saturday, October 10, 2015

Bestnya Lumunious Treatment Mbh Medispa!


Assalamualaikum korang, rasa macam dah berzaman lama dah tak update blog kita ni kan? hehe kalau blog ni rumah kita. Mesti dah berupa macam hape je..dengan bersawang dan berhabuk dek blog ni yang gara-gara lama tak update kott :p 


Yelah sekarang bila tanya kekawan kat fesbuk dan instagram, rata-ratanya ramai dah tak aktif and tak baca sangat blog dah. Kirenya semua sibuk dok layan instagram je kan?. Tapi still masih ramai je lagi pembaca blog tegar ni, kalau tak takkanlah blogger tegar lain yang famous kemain aktif post dapat job sana sini kan?.  

Oklah stop the babling part..mesti ramai curious yang nak tau apa Luminous Treatment tu kan? and apa yg best pasal treatment ni, and apa menda alah ni. Hiks mesti ramai taktau :p 


Sebenarnya Luminous Treatment ni fungsinya untuk mengembalikan seri wajah, kirenya muka kita yang kusam macam pucat tu akan jadi berseri-serilah pas buat treatment ni. Wajah akan jadi lebih bersih, mulus and berseri macam yang Ida cakap tadi :) Best ke tak best treatment ni? kalau tanya Ida, Ida bagi 5 bintanglah! sebab Ida suka sebab ada part yang die guna mesin untuk sedut muka kita tu..alahh yang macam vacuum tu. Vacuum tu die akan sedut segala menda tak elok dari muka kita tu, alahh apa lagi kalau bukan musuh kita macam blackhead and whitehad tulah. Pehh masa die sedut Ida bayangkan segala mak nenek blackhead tu die sedut tau..hehe puas hatilah bila depa buat treatment cemtu. Best part yang lain pula bila pakai mask khas dorang punya, sejuk je ^^ ni bukan mask yang sapu tu sampai tutup muka (yang ni Ida tak berapa selesa kalau pakai mask ni, entah takut sikit bila pakai..hehe :p)

before dan after memang korang boleh rasalah bezanya..korang akan rasa kulit muka korang lebih fresh dan tak lah rasa macam letih..kiranya rasa macam kulit muka kita lembap-lembap segar gitu...

dan paling best terasa kulit muka kita lebih bersih..bersihnya tak sama macam kita selalu bersih muka dekat rumah je tau..tapi bila buat rawatan ni rasa macam cuci abes semua kotoran yang bersarang kat muka ni tau..seronok sangat sebab dia siap vacumm+bersihkan muka+masker rasa macam sekejap je..tapi sebenarnya lama juga rawatan dia..twin buat almost 3 jam kat dalam tu! mana tak syoknya kalau lama dibelai-belai lembut macam gitu kan? siap tertidur lagi kat situ..

overall puas hatilah, treatment takdelah sampai kos ribu-ribu mak ooi..kire ok lagilah untuk orang yang  memang perlukan rawatan muka ni :) 


Kalau korang berminat nak tau lebih lanjut pasal treatment lain kat Mbh Medispa korang boleh view website dorang kat : http://www.mbhmedispa.com/

atau nak lebih cepat boleh terus usha Instagram dorang kat : https://instagram.com/mbh_medispa/?hl=en

Nak usha kat fesbuk dorang pun boleh : https://www.facebook.com/mbhmedispa1?fref=ts

Mbh Medispa ni ada banyak cawangan, yang Ida and Iena ni pergi cawangan Wang Maju yang punya :) boleh follow Mbh Wangsa Maju instagram kat : https://instagram.com/mbh_medispa.wangsamaju/

oklah sampai sini je entry kita, pasni nak cte pasal event cosmetic cute brand korea pula. Next week Ida update ye :) 

Terima Kasih Sudi Baca


Wednesday, September 9, 2015

Sweetnya Mak Abah!

Kita zaman sekarang seringkali dijamah dengan cerita kisah cintan cintun kat drama TV tu, takpun heboh satu dunia 'Couple sweet till jannah' bagai kat Instagram and fesbuk tu ha. Tapi bagi Ida sendiri, se-sweet an kisah cinta orang lain, sweet lagi kisah cinta ibu bapa kita sendiri :p


Kita sebagai anak, biasalah kita mestilah paling suka tengok ke-sweet an ibu bapa kita sendiri kan,kan,kan?. Kadang-kadang ibu ayah kita berjalan pegang tangan je pun kita dah cakap 'alaa sweet je mak abah'. Paling suka bila mak abah Ida bergurau senda sesama sendiri. Alahh yang macam main cucuk-cucuk pinggang tu...hihi dah macam anak-anak muda bercinta pula ;p

Tapi dalam bergurau senda pun biasalah ada je depa tak sependapat, tapi takdelah macam anak muda sekarang yang tak puas hati terus bagitau sedunia kat fesbuk tu ha. Orang dulu-dulu bercinta ni dia wat lek wat peace je..cool je. Takdelah wat ayat cheesy kemain sweet macam diabetes. Sebab cukuplah dengan sekeping gambar ibu ayah kita yang kelihatan semakin dimakan usia masih bersama, dah menunjukkan betapa utuhnya kasih dorang kan?.


Dari fizikal kurus dan cun melecun (refer gambar kahwin mak and abah kita kat atas) hingga ke tahap comel camni. Setia bersama lagi..muehehehe *i ship la both of you lah, moga kekal hingga syurga* :)


Ni pula gambar latest mak dengan abah kita, abah kita dah kurus :') yelah jaga makan sebab tu makin hensem..keke *puji abah sendiri pulak dah :p* mak kita pun makin comel, hasil pemakaian shawls dari kitaorang..hehe ^^


Tapi paling kita suka tentang mak abah kita ni ialah love story dorang,,,adoii sweet macam gula tau!. Yelah mana taknya every dream girls kot yang lelaki dok suka bagi bunga selalu kat si perempuan. Sapa tak suka bunga tu lain ctelah, tapi ayah kita ni dulu rajin bagi bunga kat mak kita. Bukan seketul dua..tapi jambangan bunga siap dengan nota cinta!. Kehkehkeh romantik juga abah kita masa dulu-dulu :p

Semua yang nota abah Ida bagi Mak Ida still simpan tau, alooo sweet sangat :')

Abah kita kata 'susah tau nak dapat mak korang ni' hehe sebab tu kot bersungguh bagai bagi bunga nak tambat hati mak kita :)

Tapi mak Ida ada pesan, lelaki kalau tak give up untuk dapatkan kita maksudnya tu 'jodoh' kita. Kalau tolak terus give up maksudnya itu hanya 'pertemuan' yang ALLAH nak berikan pada kita. Dan setiap pertemuan kita itu akan dapat membuka mata kita pada 'jodoh' kita. Bila fikir balik macam betul pula, tapi entahlah siapa Ida nak mengulas tentang jodoh kalau kita sendiripun masih tertanya tentang kita sendiri di 'masa depan' kan?.

Tapi ayat 'tak give up' ni memang selalu menjadi pegangan mak abah Ida, tak boleh give up dengan pasangan sendiri. Kena sentiasa sabar,sabar dan sabar. Itu je kunci untuk kekal hubungan selain kita patuh pada ajaran ALLAH.  Semoga hubungan Mak Abah kekal sentiasa dan bahagia hingga ke tua, semoga yang indah selalu buatmu dan hanya ALLAH yang mampu membalas jasa membesarkan kami semua. We love you MAK ABAH! 

Terima Kasih sudi baca :)
Ditulis Oleh : Ida Mansor