Monday, September 30, 2013

Ida VS Iena Style with Love, Bonito

Selalunya orang cakap kalau kembar, mesti citarasa semua nak sama kan,kan,kan? Mesti korang ingat kitaorang ni macam tu yer tak?

Uh Well...kalau nak diikutkan memanglah citarasa kitaorng sama, tapi tu dululah! Kalau waktu kecik-kecik sampailah sekolah menengah, memang kebanyakannya baju kitaorng semuanya sama tau!. Tapi bila masing-masing dah besar ni. Kitaorng dah ada style sendiri yang kitaorang suka dan rasa selesa bila pakaiJ

Yelah... bila dah besar ni, masing-masing dah ade kepala sendiri dan cara fikir yang berlainan. Tu yang membentuk citarasa dan style kitaorng sendiri. Hehe macam Iena, die memang suka gila style feminine and gaya kemas-kemas macam tu. Kontra gila kot dengan kita!

Kalau macam Ida, Ida memang suka gila dengan gaya STREET STYLE! So bila kitaorng ade peluang nak shopping on9 sama-sama, memang kitaorang akan pilih pakaian ikot citarasa kitaorng sendirilah! . Mesti korang pelik kan, kenapa kitaorang pilih nak shopping online kat Love, Bonito yer tak?

Sebabnya dorang tengah adakan promosi FREE SHIPPING! Siapa yang tak nak kan???!! So apa lagi terus kitaorng serang  laju-laju website Love, Bonito tau :p


Macam kitaorng, kitaorng memang suka gila beli barang dari on9 tau. Selesa kot, sebab senang and praktikal bagi kitaorang. Sebab masing-masing dah kerja, so peluang nk shopping tu macam....hurm..macam takde je sekarangL sebab masing-masing dah busy dah tau L sob..sobb..sob..tu yang last-last shopping on9 je senang :’)

Pastu  tu, tu yang  kitaorang decide nak explore Love, Bonito. Yela dah alang-alang dapat free shipping. Apa lagi serang terus jela website dorang! Hiks :p

Korang nak tengok tak baju apa yang kitaorng pakai hasil dari Love, Bonito?

Ha scroll bawah cepat kalau nak tengok...hehe ;P
  

Ni gambar masa 1 family hantar Ida balik ke Shah Alam. Malam-malam camtu, memang kita (Ida) cepat rasa sejuk. Sebab tengah tak berapa sihat pun time tu. Tu yang pilih pakai baju sweater dari Love, Bonito. Iena macam biasa yang suke style femini mestilah pakai top blouse and long skirts dari Love, Bonito juga. Hehe saja kali ni pakai baju yang sama kaler J

Kat bawah ni pula gambar-gambar Iena dan Ida pakai baju Love, Bonito J


IENA STYLE WITH LOVE, BONITO OUTFIT


Gambar yang iena pakai baju ni time baru balik dari berjalan pergi macam-macam tempat dengan ida....masa pilih untuk pakai baju orange ni, fikir punya fikir tak tau nak pakai dengan apa..yelar takkan nak pakai dengan seluar jeans jer lagi kan? balik-balik jeans..so boring!. Tu yang kali ni nak tukar selera, iena pun gabungkan dengan seluar slack blue color..seluar ni pun sangat selesa dan memang match pakai dengan baju kait ni tau! Tak panas pun pakai..selesa lagi adalah ^^



Ni pula gambar Iena masa nak keluar jalan-jalan dengan Ida. Sementara tunggu abah ktorng, Iena sempat posing kat tangga dulu. Iena kata dia suka baju ni, sebab baju ni macam baju kurung kot. Sebab boleh pakai dengan 2 gaya, 1 dengan kain macam baju kurung, lagi satu boleh pakai dengan seluar untuk gaya santai J


Untuk gaya ni, sebenarnya Iena memang plan nak pakai dengan mermaid skirt. Tapi bila tengok Ida asyik bergaya rockish, terpengaruh sikit pula nak pakai macam die. Tu yang try pakai sweater top ni dengan kasut baru Ida. Amacam? Nampak kewl x? Keke ;p







IDA STYLE WITH LOVE, BONITO OUTFIT



Macam Ida pula, memang sengaja pilih baju yang style ala-ala rockish sikit..sebab tuh memang gaya  yang kita suka J Saje je kita matching kan handbag dengan baju. Hehe baru Nampak style sikit :p masa ni kita tengah ada mood melawa. Tu yang pakai cantik-cantik tu. Tapi memang serieslah, baju ni bukan je lawa plus selesa sangat kot!, dalam banyak2 baju Love, Bonito, baju nilah yang jadi baju fav kita tau. Hehe J




Gaya ni pula, memang gaya yang paling Ida suka. Simple, Cuma simple white top wif printed pants yang super ohsem dah boleh buat  outfit korang Nampak stunning gila!. Sebab tu Ida pilih nak gayakan pants Love, Bonito ni dengan top yang simple camni. Yelar sebab pants die pun dah corak, takkan atas pun nak corak2 kan? J



Ni pula tema Black White, dah lama rasanya tak pakai warna hitam sebenarnya. Tapi bila Nampak je seluar ni dari Love, Bonito, memang kat kepala terus terfikir nak pakai top hitam dengan black boot!. Haaa memang rockish la kan? Cuma takde stud je..kalau ade hiasan stud –stud ke rasa macam lagi kewl la pula..ceh..over lebih je kita ni, nak stud2 bagai :p


Last sekali gambar for everyday outfit, memang suka bergaya santai dengan sneaker dan beg sandang camtu. Tambah pula dengan lovely skirt ni yang tengah IN gila sekarang. So memang terus jela sarung skirt ni dengan top emerald green camtu, yela taknak Nampak boring tu yang pakai top berkaler tu. Nak Nampak sopan, Ida gayakan pula dengan cardigan. Tahdaa....nilah gaya santai hari2 Ida Mansor...hewhew :p

So tu jela gaya Iena Mansor VS Ida Mansor dengan outfit dari Love, Bonito. Korang pula suka bergaya macamana? Kalau rasa-rasa macam nak beli juga outfit macam kitaorng dari Love, Bonito, cepat ye krn skang ade promosi free delivery ke Malaysia, guna code FREESHIPMSIA utk dapatkan promosi tu! korang boleh cuci-cuci mata kat :



oklah sampai sini sahaja entry kali ini..isyallah kitaorng akan cuba lebih update blog ya. Bye
sayang korang semua! Meh nak kish sikit..opsss pompuan je, laki x boleh yer..hihi :p


Written By :

Iena Mansor& Ida Mansor

Monday, September 16, 2013

What I love about her, What I love about Us


Thank You Allah...

Kalau nak difikir-fikirkan bukan semua manusia dikurniakan tuah dilahirkan sebagai kembar kan? tapi syukur alhamdullillah kepada ALLAH s.w.t yang memberi rezeki itu pada Ida dan Iena. Adat bila menjadi twins ramai yang tanya apa yang best bila jadi twins?. Huhu susah nak jawab sebenarnya soalan tu, sebab bagi kita ia mengandungi 1001 rasa dalam menjadi twins tau.....eceh..dah boleh bukak cerita macam hikayat 1001 malam pula. Hahahahaha..agak-agak ada tak yang sanggup nak dengar story twins dalam hikayat 1001 malam? hikhik :p

Berbalik pada hikayat 1001 malam tadi..mesti ramai yang tanya..cehhh...boleh sampai ada 1001 rasa ke jadi twins ni? okey..jawapannya ye tau!...sebab? sebab ida ni seorang yang over sensitif terhadap sesuatu perkara.Ya kita memang over tauuu....sebab kita ni memang cepat tersentuh kalau bab2 twins kita. Salah satu contohnya, kalau kita tengah makan makanan yang sedap-sedap macam kek pavlova ke atau makanan yang super-duper ohsem with price yang gedabak mahal dengan restoran yang super ohsem...tapiii kalau TAKDE iena kann....hemmm..... kita boleh tetiber jadi emosi kat situ jugak tau!. Silap2 time tengah makan tu dah boleh keluar rintik2 air mata dari mata kite yang sepet ni tau!. Sebabnya kita memang tak boleh nak enjoy sorang-sorang, kalau kita tau yang si kembar kita Iena Mansor ni SUKA SANGAT dessert dan makanan yang sedap2 tau! . Kita boleh tetiber jadi emo kat situ, sebab sibok teringat flashback macam dalam movie hollywood selalu buat. Selalunya terkeluarlah flashback macam moment Ida and Iena tengah makan sama-sama and macam2 lagila.. alah kirenya macam 1001 flashback akan keluar juga time tu. =.=' . Ceh..tah hapa2 je kan? ..ya la ya la.. kita tau kita ni memang over sensitif tak memasal disitu =.='


lagi satu..bukan sebab kita suka-suka nak rasa emo je tau, tapi entah kenapa dengan kita ni. Kalau makan makanan yang best2 kat tempat yang best2 je..mesti tetiber timbul rasa guilty sebab x dapat kongsi benda yang ohsem2 tu dengan Iena atau family kita. Sebab kita tau how much my family love GOOD FOOD! hehe especially western food! :) 

lain pula dengan Iena...dia jenis COOL je. Ish x suka! sebab dia suka sangat tunjuk COOL. Dia sikit pun tak tunjuk perasaan die kat sapa-sapa tau. Kat kita pun kan, bila dia ada mood je dia tunjuk  perasaan dia tu tau =.='. Plus dia bukan jenis cepat tersentuh macam kita. Bagi dia GOOD FOOD is a good food la..no need to feel anything what?. Ceh heartless betul kembar kita ni. Dia cuma akan ejoy je makanan yang sedap2 tu tanpa fikir apa2. But meee? akan fikir macam2. Selalu je keluar ayat cenggini kat fikiran kita tau " kan best kalau Iena ada, dia suka pavlova ni. Pastu  teringat yang kitaorng suka berebut-rebut nak curi strawberry!" . dah tu keluar pula ayat ni kalau makanan sizzling lamb ke.."ish mak suka lamb ni, kalau mak dapat makan lamb ni kan. Mesti mak senyuum je" ..pastu bila tengok sayur..keluar pula ayat ni " ha..kalau ada abah kan, mesti die order sayur. Pastu suka suruh kita makan sayur dan bebel2" 



ha..tengok..sebab selalu sangat terfikir ayat2 cenggitulah kita jadi emo kalau terjumpa makanan yang sedap2 =.=' ceh teringin nak jadi Iena yang boleh act COOL sentiasa. Jelez tengok dia camtu tau!

Tapi dalam pada Iena ni tunjuk COOL sebenarnya dia sangat CARING tau!. Sebabnya Ida teringat masa Ida kecik-kecik dulu, dia cukup pantang kalau ada orang cuba buli adik die ni tau. Teringat zaman sekolah rendah dulu-dulu, yang kita kena buli dengan  seorang budak laki ni. Apa lagi...iena terus je laju-laju kumpul kawan power rangers die and terus serang budak laki tu!. Hehe sampai akhirnya budak laki tu tak berani dah kacau Ida :)

Ada lagi satu, masa sekolah menengah....biasalah zaman sekolak menengah mesti zaman penuh drama. Gaduh antara kawan-kawanla. Adalah satu girl  yang Ida tak berapa nak ngam. Nak cerita details macam tak manis pula. Sebab tak elok kita ungkit benda yang dah lepas kan,kan,kan? tapi disebabkan girl tu jugakla Ida nangis. Iena memang pantang kalau tengok kite cenggitu, terus dia pi marah girls tu juga. Tu yang buat Ida sayang Iena..sentiasa jaga kita :')

Kat sini juga Ida nak share dengan korang antara happy moments twins sepanjang hidup ni, and sedikit gambar2 lama kitaorang eh. Hehe scroll kalau nak tengok :p

Gambar 2010



ni sebenarnya x sure..2010 ke 2009, ni gambar masa pertama kali shoot..kaku naa =.=' 
tapi happyla sebab pertama kali merasa di photoshoot oleh pro photographer :) 


2011


2012


shoot for getgo, time ni pun kitaorng happy. Sbb dilantik jadi duta barangan GetGo tau!, tapi pastu dia dah x keluarkan lagi dah produk tu :( 



gambar ni pula twins keluar kat surat khabar kat utusan malaysia. Ida ingat sangat masa tu...Ida & Iena happy sangat2 sebab first time kot muka keluar paper! dah lah 1 page tu khas untuk kitaorng!!. Itu antara salah 1 happy moment twins tau. Hehe paper ni kitaorng siap laminate lagi. hewhew :")


2013


Tercapai juga akhirnya impian untuk shoot bersama-sama untuk Hijabista! alhamdullilah :) 


 ni pula gambar paling latest..masa raya hari tu :)
ni twins masa kat Jogja hari tu, ni juga antara salah 1 happy moments twins. First time jejakkan kaki di tanah asing selain dari Malaysia! :) 

last sekali..antara moment bersejarah twins pula..hehe cuba teka apa dia? ok bukan moment kawen2 atau tunang2 ye. Haha tau sangat korang sume suke sangat kalau tahu kitaorng ni dah nak kawen atau apa2. Huhu sebab tu memang soalan wajib semua orang setiap kali jumpa twins. 'Bila nak kawen?' hohoho..xpelah twins muda lagi. Tak nak main kawen2 dulu boleh? nak main kerja2 dulu..keke :p 



so far sepanjang Ida hidup ni..itulah antara moment manis twins :) 

selain dari sambut birthday sama2 yang wajib every year twins sambut....hurm..memang itulah antara moment manis kitaorang sepanjang hidup ni :) Apa yang boleh Ida cakapkan, memang Ida rasa bersyukur sangat sebab ada twins. Sebab die memang sangat2 memahami Ida. Mana taknya, dari kecik makan sama-sama, pergi sekolah sama-sama, sampailahhhhhhhhhhhhhhh sekarang! Memang teman sekatil yang selalu giler bergaduh tak tentu masa, pastu boleh pulak berbaik balik siap kiss2 pipi macam tak pernah gaduh =.=' (mak kitaorng selalu cakap kitaorang drama je lebih kalau gaduh. Sebab tahu kitaorng akan baik balik. hiks :p) 

alhamdullilah walau apa pun Ida bersyukur sangat ada dia!, rasanya kalau takde die. Memang bosanlah kot hidup =.=' can't imagine la kalau kena buat semua benda seoarang diri!. Tapi disebabkan umur kitaorng pun dah nak bertukar jadi angka 24 tahun ni, kitaorng sekarang kerja pun dah asing2. Tak sama lagi dah :( 

so nightmare yang kitaorang palin takut dah datang!, nightmare yang kitaorng kena buat kerja semua sendiri2. Haih itu baru sekarang..kalau dah kawen tak taula camne =.=' agaknya Ida dah menangis hentak kaki macam budak kecik sibok nak balik umah!. Sekarang asyik sakit2..agaknya sebab homesick kot? ataupun sebab daya tahan badan tak kuat =.=' (ciss boleh pulak salahkan homesick..tapi x tipu! memang kita jenis suka balik umah!. Kalau cuti tu just nak duduk uma dengan Iena je. Tak nak keluar pergi mana2 kalau boleh :p ) 

okeylah...xnklah bebel panjang2, takut korang boring kalau baca  kan? anyway sorrylah kat semua pembaca belog kita. Sebab kita dah berzaman tak update belog. Ni semua sebab kita selalu sangat sakit, batuk2 and muntah2 semua. Balik kerja terus mandi2 and terus landing kat katil je. Hehe memang malas dah nak type2 entry bagai. K la sampai sini je..baibai..

bai..


bai..



bai..



bai..


bai!! ciss berapa kali nak bai dah..hahahahaha...*otak tengah senget masa update belog ni, sebab tu cenggitu. Ni semua sebab teringat kat iena la ni..hoho salahkan orang jauh pula :p* okla bai..*kali ni betul2 last..bye!* sambil lambai tangan mcm miss universe *ceh..over x? :p)  


p/s : korang rindu x nak baca entry kita?, kalau korang cakap rindukannnn....hehe baru kita nak selalu update. Hiks  *mood - mengada :p* 





written by : Ida Mansor










Thursday, September 12, 2013

Bila Berkata Tentang Sahabat

Hye semua..kali ni iena nak ceritakan pasal sahabat..iena pasti korang semua pun ada sahabat masing-masing?


Bagi Iena erti sahabat itu luas sebernanya..yang pasti sahabat mesti ada dengan kita masa senang dan susah, gembira dan sedih, serta sentiasa menyokong dan memberi semangat pada sahabat kita…itu bagi iena pergertian dan nilai persahabatan..

Bagi iena, iena memang dah punyai sahabat yang paling akrab,rapat dan segalanya bagi iena..

so iena tekad nak buat sati video khas untuk sahabat iena bila iena lihat website Sahabat :

http://www.astrogempak.com.my/sahabat/index.aspx?pg=mv-dedikasi

Korang mesti tertanya-tanya siapa sahabat Iena kan? So let’s see the video yang iena dedicated kan untuk Sahabat Iena!


Bila korang dan tengok video mesti, korang dah tahu kan siapa sahabat Iena? Hhehehe…kalo korang nak tahu Iena buat video ini tentang sahabat…sebab apa? Astro ada buat cerita tentang sahabat tau, so apa lagi yang terhebat dan ter sweet tentang sahabat korang kenelah tengok cerita ni…


Tengok tau..jangan tak tengok kan best bila melihat cerita mengenai persahabatan..drama-drama dekat tv asyik cerita pasal kisah cinta..why not kali ni korang ubah selera pula!

Cerita Sahabat akan bermula dari 16Sept 5.30Pm on Astro Ria! Tak sabar nak tengok dan tengok komen korang semua pasal cerita Sahabat ni dekat Astro Ria tau!

Dan di sini iena ada sertakan sedikit gambaran video yang iena buat khas untuk artis sahabat Liyana Jasmay tau..so korang boleh agak dah tahu macam mana nak buat video seperti ini ok ^^

Link Video : http://astrosahabat.com.my/app/?vid=recipient-355_SgxWqMbEON
So disini iena juga ada sertakan gambar-gambar pelakon sahabat, teringin dan tak sabar-sabar pula nak tengok cerita ni bila tengok happening nya gambar diaorang ^^






Btw kalo korang ingin video seperti yang iena buat, jangan lupa untuk pergi ker website diaorang untuk buat video khas untuk sahabat baik korang, inilah masanya korang berbuat sesuatu untuk menghargai persabahatan korang..senang jer tau nak buat..!

Link Website : http://www.astrogempak.com.my/sahabat/index.aspx?pg=mv-dedikasi

Untuk pengetahuan korang, korang boleh share video ni dengan sahabat korang dari facebook dan twitter so..sangat senang untuk dorang lihat video yang korang hantarkan khas untuk sahabat korang ^^

To my dearest Ida :


I love u Idamansor


Written By Iena Mansor