Monday, July 29, 2013

Kenangan Ramadhan

Salam semua! Rasa macam dah lama gila je Ida x update entry kat blog ni tau. Tiba2 pas balik je dari keje, rasa macam rindu pula nak tulis kat belog kite yang x seberapa ni :) Huhu mekasih la ye bagi siapa2 yang sudi baca blog dan entry kite yang x seberapa ni.

Eh eh dah2 ler membebel tu..sebenarnya kita nak cerita tentang kenangan ramadhan kite. Maklumlah ini first time kt sambut ramadhan jauh dari family. Ceh macamla jauh sangat. Bukannya study kat oversea pun..over je lebeh. Kehkeh...sorryla eh kite mmg manja sikit..sbb tu asyik homesick je walaupun duduk jauh sikit dr family :p


Tapi tula naseb baik ada housemate yang memahami and bez2. Mana taknye si Ayu (gambar atas) tu kaki memasak. Suka gila and pandai gila memasak!  Hehe dialah jadi tukang kejut semua orang kat uma utk bangun sahur and masakkan makanan berbuka kalau dia rajin. Tapi sebenarnya die memang rajin hari2 pun :)

Huhu yang Ain pula (gambar bawah) dialah yang selalu jadi penyelamat ktorng masa nak berbuka, hehe kalau ktorng semua x sempat nak masak ke apa ke...diala yang bawa ktorng g bazaar tau. Huuu im gonna miss those moment la..moment kt sama2 pergi bazaar beli lauk. Ayu suka lain..kite and ain pula selalunya tasted sama dalam makanan...so ktorng senang nak ngam la. Hehe :p


Ni pula Azie nama dia, die pun sama macam ida dah kerja. Die kerja akauntan. So kerja die lagi bz mizi la dari ida. Ktorng kat uma suka usik panggil dia artis. Hehe sebab dia je yg selalu dpt jemputan dr kwn2 utk berbuka kat luar tau!  KKtorng hhousemate ni jelez je ngan die. Tapi yg bez nye ada Azie dalam uma ni, sbb dia suka cakap laju2 and kongsi cerita yang bez2 . Kt pn ada lagi....layan jela. Lagi bez sbb die pn suka cerita hindustan! Ida dahla suka hindustan! So ada geng la nak tgk cte hindustan...hehe :p

Pasni nak raya mesti x jumpa dorang jap. Huhu tp so far bez la duduk ngan housemate yg korang sng nak cakap apa2 :) 
Lagi2 time kite sakit hari tu, x larat nk g bli cool fever Ayu g tolong blikan tau. Terharu kejap :) 

Okla tu je nk cerita ...xde apa sgt nak cerita sbb bz nak raya so kena fokus kejela ye. Huhu kat sini kt sertakan gmbr kt ngan housemate kt. K la tu je..babai :)


Me and Ayu yg comel :)


Peneman setia yg selalu ada kat rumah! . Xde dia mmg sunyi rumah tau!.


Ain, me n Ayu.


Suka tgk Ain, dia cantik. Rajin je pakai celak and mekap. Tak macam kt pemalas nak conteng apa2 kat muka. Huhu :p


Masa ni kt, azie and ayu makan kat luar  bez tau! Borak lama2...hilang jap rindu ngan perasaan lepak mcm dulu2 :)


Masa ni ktorng semua makan luar, sbb Ain and Ayu nnti nak cuti lama. So x jumpa dorang lamala nanti :(


Last skali kt and Azie. Nasib ada dia tau. Die je yg kerja..huhu hari tu nanges depan dia. Naseb dia ada. Kalau x nanges sorang2 kat dalam bilik jela. Apa2 pun bila ida dah try duduk sendiri ni, Ida lagi banyak belajar nak appreciated orang and benda2 yg Ida pernah ada dulu tau :') 

Satu nasihat ida boleh bagi kat korang, to students especially... nikmati betul2 zaman korang tau. Sbb zaman tu memang tak boleh diulangi lagi dah, zaman student memang SUPERB! TRUST ME!, rugi kalau tak nikmati zaman student ni tau :) . Buat yg lain, nikmati masa betul2 dengan orang yg korang sayang. Jangan nanti dah jauh baru nak rindu2..ish macam sapalah tu kan... (tunjuk kat diri sendiri) huhuhu...

Okla tu je kot nak cakap..last but nt least. Ida nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin buat pembaca belog Ida. Ida doakan u'olls beraya dengan penuh happening gituuu...yelar kalau raya mesti nak happening. Tak happening tak meriah lah, x gitu? :p and di kesempatan ni juga, Ida nak minta maaf jika ada salah sikap antara kalian semua yep. Nak hulur tangan dengan korang, x bolehla pula..dah korang semua jauh sangatla :(  So kirim salam kat sini jelah. Oklah kan, dari takde? Hihi :p

Tu jela..Selamat Hari Raya!!!!! 

P/s : x sbr nak hari raya, hari2 pasang lagu raya kot :p *part bez hari raya dpt pegi open house tau, plus dpt cuci mata sbb byk kaum adam berpakaian segak hari tu tau..hehehehe :p *

babai....*tengah fikir nak bagi duit raya dengan sampul apa..rasa macam nak bagi guna sampul-sampul ni ja hehehehe... *gelak gedik*... :p *






By  : idamansor





Tuesday, July 23, 2013

Persiapan Raya, Dah ker?

hye semua..

kali ni iena nak ceritakan pasal persiapan raya..agak-agak ramai tak yang dah buat persiapan raya? iena? tak banyak dah buat..tapi dah buatsikit-skit..iena buat step by step..

yang first step mestilah kuih Raya, itu wajib untuk raya kan..yelar orang nak nak bertandang datang rumah, kita tuan rumah mesti pelawa makan minum kan.....hee..

iena ada beli biskut choc chip dari kawan iena..sedap sangat..mula2 beli sebotol rm20 ada 50 pcs..pastu disebabkan orang rumah habiskan dengan cepat..(tak sempat pun nak simpan untuk raya) dalam 2 hari jer dah abes..=.=' so iena beli dua botol lagi..tujuan? satu botol simpan untuk tetamu raya naty..satu botol naty satu family boleh makan..yeayy..baru puas macam tuh....


sangat sedap tau..kita suka sangat..kene dengan citarasa iena..tak terlampau manis, just nice..itu bagi kita lah..lain orang lainlah citarasa..tapi iena mmg suka sangat..siyez tak tipu ni :D

kalo korang nak tahu kawan iena pun ada jual pavlova n maruku..kalo korang nak bolehlah direct order dari dia untuk mesej dan call ( 012 - 26447500 ) Fadhilla nama dia..


oh yah,sempena raya ini, iena juga ada dapat hadiah rantai dari kawan iena, taks angka raya pun dah boleh bergaya dengan rantai pemberian kawan kita ni...thx cynn..
bagi korang yang suka sangat pakai gelang-gelang dan rantai, korang boleh direct pm kawan iena, pm dia dekat fb search Cynn Ismail atau Instgram dia Bylishlish


ida punya yang ini..cantik sangat..suka :D


kalo korang nak tahu dia juam rm19.00 only tau..ada banyak lagi pilihan yang dia jual..korang boleh godek2 dekat instgram dia bylishlish ok ^^

Kalo dah nama pn dah nak dekat raya..mesti periapan baju raya penting juga kan....iena tahun ni tak beli kot nak beli baju raya..sebab tahun ni pn ada satu baju raya pemberian orang, dan baju - baju dari koleksi Iena sendiri untuk pakai..bagi yang belum, bolehlah singgah di page kita Choice by TWIN mana tau ada yang berkenan ^.^

setiap baju yang ada dalam page kami terhad sahaja tau..sebab dah banyak juga yang abes..tapi kalo ada yang berkenan boleh cepat-cepat pm kami yer..in sha allah baju yang kamu berknenan masih ada lagi....




raya kali ni, iena  tinggal nak beli sepasang kasut jer..itupn kasut wedges..bukan kasut tinggi..huhu..jenuh nak pergi dari rumah ke rumah dengan kasut tinggi..penat tahu..so tahun ni tekad taknak pakai kasut tinggi..lainlah kalo ada function..makin tau tak tahu kenapa diri ni makin malas pula pakai kasut tinggi..T.T' ada tak yang macam iena juga...malas nak pakai kaust tinggi? hee..iena ada try pakai kasut flat..tapi tak tahu kenapa mudah melecet bila pakai kasut flat..pelik kan T.T' tuh pasal nak juga cari yg jenis wedges punya..mesti..:D


ok ya kalo korang tercari-cari baju kurung pula, bolehlah pergi ker page ni  Asylla collections





mana tau kat situ pn ada yang korang berkenan..k lah sampai sini saje entry kali ni...jumpa lagi untuk next entry..
mood - tak sabar nak raya..buat entry pun sambil dengar lagu raya..hehehe



p/s cantik tak kita mekap ida dan artis Fiza Elite

gambar fresh non edit tau..weee



xoxo Iena Mansor


Saturday, July 20, 2013

Nak Raya!

Siapa yang kat sini x sabar2 nak raya cepat angkat tangan!. Kalau camtu memang automatiklah korang dah jadi geng kita tau!. Maklumlah bila raya nak dekat dah, mood feeling raya dah laju2 datang menyerpa tau!  Haha teruk betullah ida ni. Puasa x habis lagi, dah sibok nak beraya!  

Lagi bila dah pakai tudung TDL ni memang la buat kt lagi x sabar raya!. X caya? Jom tengok gambar kita pakai shawl TDL ni. Confirm korang pun mesti sibok nak beli shawl ni jugak. 


see...lawa kan,kan,kan? 
Kalau korang pun nak beli shawl ni. Bolehlah laju2 pergi kat link ni ye :

"Koleksi Tudung & Shawl Online Terkini"

Website http://terbaikdariladang.com/
Instagram @tdlnetwork
Facebook www.facebook.com/TDLtudung

oklah tu je nak cerita..babai.. p/s : baju raya korang dah beli berapa pasang? hehe :P 

xoxo
by idamansor

Wednesday, July 17, 2013

JOM Bina keyakinan diri!


MIahahaha mesti korang teruja nak tahu tentang entry ni kan, sebab dah awal-awal ada gambar print screen Cik Comel Fatin Suhana kan? Huhu..tapi entry kali ni bukan nak cerita tentang kawan kita Fatin. Tapi tentang topic keyakinan diri :) 

Siapa kat sini yang pernah rasa rendah diri?, rasa macam was-was atau ragu-ragu bila nak pergi suatu event? Ataupun selalu sajaha dimomokkan oleh kawan-kawan yang kata kita ni tak cantiklah, tak layak jadi modellah..atau macam-macam lagi. Siapa pernah?

Kalau pernah, silalah angkat tangan sekarang. Anda automatik dah jadi geng Ida Mansor dah. Huhu sebab honestly memang Ida pernah rasa semua benda yang Ida cakap kat atas tu. Tapi sekarang Ida nak sangat-sangat try ubah diri Ida untuk jadi lebih berkeyakinan!. Tak dapat 100% perfect untuk jadi lebih confident, dapat jadi insan yang lebih baik pun dah lebih dari cukup tau. 

Jadi sebab tulah Ida decide nak sahut cabaran Sunsilk Hijabku Gayaku ni untuk jadi peragawati yang lebih confident dari dulu. Cehh..peragawatilah sangat...hehe.. barulah pasni kalau nak pose rasa lebih confident tau! Keke :p
Mudah je la kalau korang pun nak join group Ida and sama-sama nak usaha jadi lebih confident. Jomlah kita laju-laju join contest SUNSILK Hijabku Gayaku ni. Sebab apa yang MENARIK tentang contest ni, ialah kita DAPAT join showcase kat IFF ISLAMIC FASHION FESTIVAL akhir tahun ni tau!! Hebat tak hebat?? BUKAN SENANG tau nak dapat peluang CENGGINI!. So korang memang patutlah join contest ni kalau nak merasa peluang sekali seumur hidup join showcase macam tu J


Peluang ni TERBUKA PADA SEMUA!!, bukan je hanya pada peragawati tapi pada DESIGNER sekali tauu! Hebat tak u’olls? So kepada designer yang ohsem-ohsem korang memang patut join contest ni. Mana tahu lepas ni korang jadi pereka pemes pulak lepas dah menang contest ni ke? . So rugilah kalau x join tau. Sebab peluang macam ni tak datang banyak kali kan? J


Later Ida akan update lagi tentang contest Sunsilk ni eh? Huhu harap-harap Ida terpilihlah nanti :p
Doakan Ida eh. Korang pun joinlah! Mana tahu nanti kita boleh pergi sama-sama ke kalau-kalau kita sama-sama terpilih pergi casting nanti? Manalah tahu..tuah ayam Nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu kan? Eceh...tak terpilih pun takpe. Sekurang-kurangnya kita dah ambil 1 langkah untuk cabar keyakinan diri kita. And itu adalah salah satu langkah juga untuk jadi wanita yang lebih berkeyakinan. Kita tak boleh ubah diri kita melainkan kita yang mahu mengubah diri kita. Akhir sekali dari kita..


And..


Oklah sampai sini je entry kali ni..babai J

p/s : kalau nak tahu gambar apa yang Ida hantar untuk Contest Sunsilk ni, nanti korang kenalah baca entry Sunsilk Ida lepas ni..hehe saje nak bagi korang kejutan nanti.. hiks :p 

p.s : korang boleh Join / View Gallery Peserta kat sini  :) 



Monday, July 15, 2013

A Love Letter


Siapa kat sini yang pernah tulis surat cinta? Ida penah..omjayyy...malunyaaaaaa mengaku cenggini! Tapi zaman Ida bagi surat-surat cinta tu zaman budak-budak masa belajarla. Zaman naïf yang makan minum pun orang kena ingatkan and tanggung tau!. Ada hati pulak masa tu nak bercinta bagai, tak malu betul =.=’

Bila fikir balik, apa kehal la kita buat cenggitu? Baik bagi love letter kat mak ke. Kurang-kurang mak akan simpan dan buat kenangan. Sebab mak Ida memang jenis orang sentimental orangnya, dia Nampak je macam cool tapi semua kad anak-anak yang bagi dia dari dulu sampai sekarang dia simpan tau!. Sampaikan lukisan kita masa kecik-kecik dolu pun dia simpan!. Hewhew sweet kan?

Tapi yelah bila Ida dah duduk serumah dengan parents, takdelah pulak terfikir nak bagi love letter bagai kat mak. Tapi sejak dah belajar duduk sorang-sorang, terfikir pulak macam nak bagi love letter. Kadang-kadang nak bag isms cakap i love you pun malu. Ish anak apalah kita ni =.=’

Tapi bila Ida dapat tahu tentang Wall’s Selection yang ada buat contest ‘Minta Maaf Mesej’ kat website dorang WALL’S SELECTION ni, buat Ida teringin pulak nak bagi love letter kat mak kita. Yelah sambil bagi love letter mana tahu kita boleh menang kan?, yang buat lagi bez bagi pendapat Idalah..sebab hadiah tu bukan kita yang dapat tau. Tapi orang tersayang kita yang dapat. Apa hadiah dia? Of course la ais krim #WallsAwesomeMix!  Bayangkan orang yang kita sayang tu, tiba-tiba dapat tahu dia menang ais krim walls? Boleh buat surprised lah ceggitu kan,kan,kan?


Lagi-lagi kalau time tu kita takde kat sisi dorang, tapi tiba-tiba dorang menang sebab kita. Mesti lagi terharula kannnnn..? So kita suggest korang pun joinla bagi love letter ni kat orang-orang yang korang sayang. Tak semestinya boipren, kat mak-mak , abah-abah atau adik beradik yang duduk serumah ngan kita pun boleh. Iyelah bila lagi nak tunjukkan kasih sayang kalau bukan sekarang kan?. Tak semestinya bila dah jauh je baru kita sibok nak tunjuk pula..betul tak? :)



 Kat atas tu saja je Ida selitkan gambar untuk mak kita, hehe sebab kadang-kadang dia pun baca juga blog kita..hehe.. tapi yang Wall’s punya kita bagi mesej lain. Nak tau?, jom scroll bawah :)





First Step masa kita mula-mula masuk website Wall’s Selection :)



Mesej yang kita nak tujukan tak semestinya hanya untuk raya sebenarnya, tapi untuk Ramadhan pun boleh juga, Ida bagi mesej Ramadhan untuk mak kita. Sebab bulan Ramadhan rasanya macam tak dapat berbuka sama-sama dengan family je L gosh Ida paling suka masa waktu berbuka kot. Sebab masa tu mesti satu family dah siap-siap ada kat meja makan, and masa makan tulah waktu yang Ida rasakan paling bahagia. Teringat waktu berbuka dolu-dolu, mesti kita akan tolong mak kita buat preparation untuk berbuka. Sama ada pergi bazaar ramadhan ataupun buat kuih sama-sama ngan mak kita. Kita suka tolong buat kuih ngan mak kita masa ramadhan. Kuih favourite Ida, kuih bom. Rindulah saat tu, dah lama dah tak buat kuih sama-sama ngan mak. Ish rasa macam nak nanges je bila teringat balik. Sedehnya kalau tak dapat berbuka sama-sama dengan family :( tengok..masa type pun rasa macam nak nanges je! Ish padahal esok dah dapat balik umah dah!.



Tapi rasa sebak tiba-tiba sebab dah lama gila tak buat macam tu tau..lagi-lagi kalau terbayang yang waktu ramadhan tak dapat berpuasa sama-sama dengan family.  Ish mesti korang rasa kita ni manja kan? Nak buat macamana, Ida memang jenis emosional sikit. Duduk taklah jauh dari KL, tapi memang dari dulu tak pernah duduk asing-asing dengan family. Tu yang emosi tak menentu sikit akhir-akhir ni. Maaflah kalau korang rasa kita ni mengada-ngada  :(




Nilah mesej untuk mak kita. Nampak simple tapi memang nilah yang kita harapkan!, dpaat berbuka sama-sama dengan family.  (Harap-harap mak baca entry ni, bolehlah pujuk abah berbuka sama-sama ngan kita first day puasa nanti :p) 

Dah lega dah sekarang, bila mesej kat Wall’s Selection dah tersend. Terima Kasih Wall’s Selection menjadikan Hari Raya lebih istimewa! Sebab bagi peluang cenggini untuk orang-orang macam Ida (yang duduk jauh sikit dari parents) bagi peluang kitaorng  tunjukkan kasih sayang dengan cara sweet macam ni :)



So untuk pada siapa-siapa yang teringin juga nak hantar love letter kat orang yang korang sayang, silalah laju-laju hantar kat website Wall’s Selection http://www.huntfortheotherhalf.com.my/ dorang ni tau. Jom kita sama-sama sebarkan kasih sayang sempena nak menyambut bulan Ramadhan ni. Cewahh..ayat dah macma ayat-ayat advert untuk tv pulak..hihi ;p
Oklah sampai sini sahaja luahan Ida kali ni. Jumpa korang lagi kat next entry ya. Sayang korang semua!!! Babai. 

Saturday, July 13, 2013

Oh My Baby!

Bila kita bercakap bab kecintaan, mesti masing-masing dah dok teringat-ingat kat kecintaan masing-masing kan?. Tapi dalam dunia ni kecintaan bukan hanya pada manusia tau. Boleh jadi kecintaan kita ada pada haiwan yang comel-comel a.k.a anak kucen yang cute miut macam minta dipelok ataupun barang-barang warna pink yang meronta-ronta diminta untuk dimiliki oleh gegurl bernama Ida Mansor...eh?? hahaha :p

sebenarnya kita nak cerita tentang kecintaan kita yang terbaru tau, baru je official seminggu bersama dengan kita..miahahahha..alhamdullilah dia tak buat karenah dan sangat baik melayan karenah kita sepanjang seminggu ni tau!. Nak tau tak apa nama kecintaan kita tu? hehe perkenalkan baby!!! 



inilah Baby kita yang terbaru, oh jangan salah faham ye. Yang Baby yang kita maksudkan tu yang belah kanan tau, khidmat die meng charge J.Lo omey kite (handphone) untuk kita guna servis dia hari2..hehe :) Miahahahha maklumlah kita ni kaki internet , kaki blog, kaki instagram....and apa lagi? semualah! Sebab t u kita perlukan khidmat baby kita untuk charge J.Lo kita hari2 tau..hihi..sekarang J.Lo kita dah ada teman dah. Kemain khen.....tuan die pun takde yang empunya lagi, J.Lo lagi hebat dah sekarang dah berteman dah tau..uish jelez pulak tuan die ni....hihi :p

oklah untuk yang tak tau apa tu fungsi Baby Omey kite ni..meh kita jelaskan satu-satu apa sebenarnya Baby Omey kita ni. Sebenarnya nama betul bagi Baby Omey ni dipanggil Powerbank tau, fungsinya ialah untuk charge handphone smartphone kat mana-mana and bila-bila masa sahaja!. Mungkin ada yang heran, kenapa perlu guna powerbank sedangkan kita ada charger handphone kita sendiri?.  Tapi korang bayangkanlah kalau masa tu korang tengah kat shopping complex ke, tiba-tiba phone habis battery. Takkan time tu juga korang nak pergi cari plak untuk charge handphone korang? . Jadi fungsi powerbank ni memang membantulah dalam keadaan-keadaan yang macam tu.

Ada pula yang jenis suka travel pergi tempat ohsem2, takkanlah nak pergi mana2 tu nak kena bawa charger? apa kau ingat kat semua tempat yang kita nak pergi ni ada charger ke? hadooo...kita teringat masa kita pergi Jakarta hari tu. Handphone cepat betul habis battery. Masa tu takde baby omey kita ni lagi, apa lagi sadis je keadaan masa tu tau. Tengok kawan-kawan kita yang lain sibok ber update status kat Ig, Twitter and fb bagai..kita je yang selalu ketinggalan and jarang update pasal Jakarta hari tu T_T'. 

Sebab tulah kita dah bertekad dah, bila kita dah beli J.LO nanti kita nak jugak carikan dia teman nama Baby Omey ni. And disebabkan J.Lo versi Ida Mansor punya ni kaler pink, jadi haruslah teman pun kaler pink! .

Miahahaha..pastu terus kt search fesbuk laju-laju search ada tak penjual powerbank yang jual powerbank ni kaler PINK!. And taahdaaa...kita jumpa pun akhirnya :) 

Kita jumpa Baby kita kat page sini tau : https://www.facebook.com/powerbankmurahgile?ref=hl 

naseb baik ada Power Bank Murah, dapatlah kita berjumpa baby omey kita ni. Untuk yang pengikut setia Instagram korang boleh cari Power Bank Murah tu kat sini, search je username ni insyallah ada :)


Buat yang nak tahu harga powerbank ni, kita senaraikan ya. Ish gigihlah pulak dok meng type harga-harga bagai. Hoho kita tau mesti ada yang tanya tentang harga, so kita siap-siap dah tulis kat sini dah..hehe rajin tak kita? :p 

12800mah = rm 80 (pink,hijau,hitam,biru,putih)
 20000mah = rm 105 (pink,hijau,hitam,biru,putih)
30000mah = rm 135 (hitam,putih)

Kat bawah ni pula antara kawan-kawan baby omey kita yang kedai Power Bank Murah ni jual :) 






macam yang korang tengok, yang kita ambil ni yang kaler pink. Sepanjang dengan Baby Omey kita ok je, takde masalah so far. Untuk yang nak tahu sama ada powerbank ni ada warranty ke tak..jawapannya ADA WARRANTY, and kalau rosak korang boleh tukar yang baru terus. Janji korang simpanlah resit pos laju korang tu :) 

oklah kita xnk cakap banyak sangat tentang powerbank ni, takut korang rasa bohsannnnnnn je baca entry kita kali ni. So kalau korang nak tanya apa-apa pertanyaan lagi tentang powerbank silalah jangan segan silu untuk tanya di : 

NABILA (013-2826717)msg/whatsapp
email: arshiedanabila@yahoo.com
fb : https://www.facebook.com/powerbankmurahgile?ref=hl



oklah, sampai sini je entry kita. Dalam fikiran dah tak sabar-sabar nak berbuka..hehe mak kita nak ajak berbuka berbeque macam dalam cerita korea tu. Ish tak sabar! babai semua!. Selamat Berbuka puasa ya sis comel and si kachak. Jumpa lagi di next entry. Papai... *tangan sambil tengok jam* hihi :p 

Tuesday, July 2, 2013

You Are Not Alone


Sekarang  pukul 12.53am tau masa Ida type entry ni sambil layan lagu2 cover dari jason chen kat bilik sewa kita, tup-tup tiba-tiba tersedar Ida sorang2  je kat bilik malam-malam macamni, memang buat Ida teringat sgt kat family tau. Sebab malam2 mcm ni la selalunya rumah Ida tengah kecoh. Sebab selalunya time macamnilah semua orang dah ada kat rumah dah. Sebab parents Ida selalunya balik lambat dalam pukul 11 lebih macam tu. So memang waktu pukul 12 ni memang dah confirm dah 1 family ada kat rumah dah :)

Masa semua orang ada kat rumahlah ida atau iena akan sibok je pergi jumpa mak n abah nak bincang apa2 la...tapi selalunya kitaorng bincang pasal nak hantar kitaorng pergi mana-mana  untuk aktivi hari esokla. Sebab kitaorng selalu juga dapat photoshoot weekdays dulu. So selalulah malam-malam macamtulah sibok  je kitaorng minta izin atau minta tanya boleh hantarkan kitaorng ke tempat shoot :) 

Tapi lepas tu mesti je Iena atau danial akan berebut tandas siapa nak mandi dulu. Padahal tandas sendiri dah ada, tapi sebab suka tandas mak kita so memang semua  orang dalam rumah tu guna tandas tu je :)

Korang memang boleh imagined la macamananya kecoh time tu tau. Lagi2 yg buat Ida paling teringat kat rumah kita ialah waktu tido. Sebab masa nak tido tu kita selalu pelok bantal pelok kita (iena) so bila my bantal peluk dah takde, rasa macam susah sangat nak tido tau. Yelah bantak pelok kita duduk kat kl, x blh bawa skali kat uma sewa kita. Sob sob..sedihnya! 

Bila dah belajar duduk sorang-sorang ni, baru tau rupanya kita boleh juga berdikari. Cuma penakot je kot sebelum ni nak berpisah ngan iena? Tapi still la rasa berdua dengan ina lagi berganda-ganda bez dari duduk sorang2 kat luar ni ...hewhew...sbb kita ni memang jenis manja orangnya. So memang apa2 memang tak suka buat sorang-sorang tau :p hihi..

Oklah kat bawah ni kt tunjukkan sikit gambar bilik baru kita. Sapa tak suka pink baik jangan scroll bawa. Hehe sbb kat semua gambar ni warna pink!! Umo je dah makin meningkat nak masok 24 dah, tapi kat hati ni masih je mcm kanak2 riang yang suka kaler pink!. Hehe..


Sbnrnya piggan and cawan pun ada siap sudu semua pink lagi. Tp dah guna, xsempat pula nak masukkn kat tempat kt punya piggan ni :)


Ni kt bli je penyangkut ni, tp xtau pula nak simpan apa dlm tu. Huhu..


Langsir haruslah pink kan...hehe so overall okla gak duduk bilik sendiri. Cuma x sbr je nak duduk skali dgn iena one day nanti :)

Oklah tu je nak bebel kat entry kali ni. Ni pun update guna hp je :p

Nyte semua :)

P/s : sbb Ida rasa ok kat sini pun sebab hari2 ida akan sms/whatsapp/wechat ngan iena. Yg buat Ida lg terharu, first day masa Ida pindah kan.. mak abah and kakak ida sume sms tanya Ida ok ke tak. Memang terharu time tu rasa mcm nak nanges je! Naseb baik kita kat tempat keje time tu so kne act cool  la. Ish x sbr rasanya nak balik uma sabtu ni. Rindu semua orng :(