Thursday, June 25, 2015

Tips Nak bangun Sahur


Salam Ramadhan Kareem buat pembaca blog kita, hopefully tak terlambat lagi nak wish Ramadhan kan?. So far Ramadhan korang cemana? okay tak?. Alhamdullilah so far bulan puasa kat sini ok sangat dari negara-negara lain yang dengar cita sampai 23 jam puasa!. Mak cik kita kat Norway puasa 20-21 jam kot. Memang tough la puasa lama macam tu. Kalau kita yang berapa jam je puasa cemni tak boleh bangun sahur gak..huhu tak taula cemana. 

Tapi sebenarnya nak bangun sahur memang tak senang bagi orang yang tak biasa bangun awal pagi kan,kan,kan?. Tapi rasanya ramai je yang kat sini biasa bangun pagi kot. So sempena ramadhan ni Ida nak kongsikan tips cemana nak senang bangun sahur supaya tak skip sahur kita tu. Tapiiiii ni tips ikut style Ida la..haha jangan kondem pula ek :p

1) SLEEP EARLY

Yes ni memang tips paling penting yang selalu orang bagi. Nak buat cemana dah kita ni manusia perlukan rehat, logiklah kalau badan tak nak bangun sahur kalau kt berjaga malam macam burung hantu tu..badan pun tau penat tau. So nak elakkan dari tak nak bangun sahur tu please tidur awal ok?. 

Tapi if korang tak boleh tidor awal juga, try set kan alarm sahur just untuk minum air kosong and kurma je. Letak sesiap dua benda ni tepi katil, lepas tu nak tidor tunggu subuh tidor la (walaupun tak digalakkan). Why still kena bangun juga?. Sebab sahur tu sunat and banyakkkkkk kebaikan dia. RUGI banyak kalau tak sahur tau :p

2) LAGU ALARM YANG KUAT

Haha ni rasanya semua orang buat cemni kot, pasang lagu alarm yang kuat gila so kalau terdengar tu terus terjaga takde mamai mamai terus. Tapi untuk orang yang susah bangun teknik cemni tak berkesan sangat.

3) SEDIAKAN LAUK KEGEMARAN
(letak pic pizza sebab ni makanan fav Ida hehe )

Nak senang siapkan awal-awal lauk fav korang tu pada malam hari before bersahur.. So bila bangun tu tinggal panaskan jela, nasi pun siap-siap masak juga malam tu. Bila bangun je dah senang dah semua tersedia da :).. Tu untuk orang yang rajin sikitlah, kalau mcm bujang yang duk sendiri, apa susah bli sesiap stok lauk untuk sahur. Bli la yang korang suka, so adalah rasa lagi nak bangun sahur tu bila ingat lauk fav korang tu tinggal panaskan jeeeee...takyah masak dah. Tipulah kalau time pepagi buta tu perot korang tak kruk kruk lapar minta isi kan? :p

4) NIAT
Ni pun penting, niat kat dalam hati yang korang nak bangun sahur. Nampak remeh, tapi sebenarnya dalam minta luar sedar kita hantar kat minda kita yaang kita nak bangun pagi sahur. So badan kita dah sesiap prepare nak bangun pagi. But paling works kalau kita sertakan niat dengan buat camni.. tepuk bantal kita tido 3 kali sambil selawat, lepas tu niat nak bangun pukul berapa. Insyallah menjadi and terbangunlah!, Ida selalu juga buat camtu :)

ni jela kot tips yang Ida tahu..if ada lagi tips berguna kongsikan di ruangan comments Ida ok? . Oh ya selain tips nak bangun sahur Ida nak kongsikan maklumat tentang Projek Iqra untuk korang kumpul saham pahala di bulan Ramadhan ni.



Kempen ni untuk menaja barangan persiapan Aidilfitri untuk orang fakir miskin, anak-anak yatim dan golongan asnaf di rumah kebajikan. Untuk lebih lanjut boleh layari facebook mereka DISINI atau WEBSITE dorang ye :)

Semoga bulan Ramadhan kali ni membawa lebih keberkatan buat kita semua, amin3. Terima Kasih sudi baca.

4 comments:

shamyheart said...

Boleh cuba ni.
Kadang-kadang tu, malas sangat nak bangun, lagi-lagi duduk bujang.

Tapi, niat kena ada. Baru senang nak bangun bersahur.

radin fadli said...

Oh!Ida suka makan pizza ye? nanti ada rezeki boleh makan pizza bersama-sama. Jangan lupa bangun sahur korang =)

Unknown said...

yang paling senang adalah tido seawal pkl 10 atas elepas terawih...pastu baru l badan dapat tido n rest dengan baik :-)

Myalycia said...

salam kenal dari blog Hasrul Hassan ;)