Monday, February 25, 2013

Vavavaom..


Trend pemakain tudung muslimah Ida tengok sekarang ni dah hebatkan?  zaman sekarang ni dah macam-macam style tudung dah ada tau. Dulu kat Malaysia banyaknya orang tahu pakai 1 style tudung je. Cuba teka style apa? hemm..mesti korang teka style tudung Bawal kn? uh well memang itupun je pun style yang kite semua tahu masa dolu-dolu kan..iyelah dulu-dulu mana ada style lilit bagai macam sekarang :)

Bercakap pasal fashion lilit2 tudung ni kan, Ida nak sharekan dengan korang video tutorial yang Ida dah buat untuk beberapa butik tudung tau. Kebanyakan tutorial yang Ida buat takdelelah mengambil masa TERLALU LAMA untuk pakai. Plus kebanyakan tuto Ida pun Ida buat tuto yang simple - simple je. Iyelah barulah PRAKTIKAL kalau nak keluar and jejalan kan? nak pergi mana-mana pun rasa SELESA je....eceh :P 

sebenarnya nak berlaku jujur kan Ida sebenarnya tak berapa suka sangat style shawl atau tudung yang TERLALU DIFFICULT a.k.a macam terlalu melilit. Err korang faham tak maksud Ida?. Sebab Ida ni memang jenis SEMPOI and jalan pun main redah je, takde nak kontrol2 ayu atau cun bagai tau. Lagi2 kalau tiba waktu makan..hemm...lepas je dah baca doa makan terus je laju2 habiskan makanan tanpa peduli keadaan sekeliling. Hehe Ida kalau bab makan memang FEEL habis, Ida suka layan makanan tanpa perlu fikir tentang benda lain. Jadi kalau Ida tengah makan Ida paling BENCI kalau tetiber tudung / shawl buat hal..heeem..korang pernah tak alami situasi yang lebih kurang macam ni : 

' Waktu korang tengah syiok nak makan, tetiber shawl jatuh dari kepala..terletak cantik plak shawl tu   kat atas meja, hampir2 nak kene makanan kite!. Nasib baik tak terkena tau!. Kalau tak maunya malu orang tengok anak gadis gelojoh nak makan sampai tak jaga tudung sampai terjatuh kan =.='. Padahal sebab shawl yang mengada2 buat HAL, kite plak yang dipersalahkan yer tak?. Ada lagi  satu situasi ni plak bila kite tengah sedap2 makan, ada plak kipas2 yang baik hati nak bagi angin kat muka. Maka disebabkan angin2 yang sempoi bahasa tu tetiber shawl kite pun berkibar2 lajulah macam bendera kebangsaan negara kite, disebabkan berkobar2 shawl yang kite pakai ni nak berkibar megah tak memasal shawl yang yang asalnya cantik terletak kat muka dah jadi pula macam shawl yang separuh jadi. Hadoo..tetiber je orang kiri kanan mulalah memberi pandangan cunnya seperti ingin berkata 'wah..style terbaru shawl ni memang pelik2 ke? senget2 kiri kanan?" 


lebih kurang cengginilah pandangan dorang =.='


Disebabkan itulah kite TAK SUKA style shawl yang terlalu melilit bagai and banyak2  pin nk  kena cucuk..ciss memang menakutkan kalau pakai style cenggitu. Takut tiba2 berlaku situasi macam di atas tau T_T'

bukan tu je sebabnya, lagi satu sebab is kita akan rasa seperti tercekik bila pakai shawl mcm tu..sebab macam tak selesa..lebih kurang cengginilah perasaan kite >


haha over plak kn? 

ok sebenarnya takdelah sampai cenggitu, tapi lebih kurang macam tulah perasan kite. Sebab tu kalau korang perasan, kebanyakan kalau keluar jejalan dengan Iena memang Iena je yang selalunya rajin untuk melilit bagai..kite hanya akan lilit2 tudung kat muka kite bila kita rasa ada mood nak melawa je. Kalau tak memang tudung bawal je kita sarung :) 

oklah dari bebel tak henti2 meh kite sharekan dengan korang beberapa video tuto yang kita dah buat. 

1) Shawl dari Grobok 
  - Ada dua jenis shawl and style dalam video ni :)




2) Shawl dari Hijabzone7
  - Shawl paddlepop 




setakat ni, dua ni jelah video terbaru tuto yang kita buat. Video tutorial turban kita dah deleted dah, sebab rasa macam tak menepati ciri pemakaian yang ohsem :p 

yg last ni pula tuto Tribal Shawl dari kembar kite Iena Mansor



so kalau korang rasa besh and senang nak pakai, bolehlah try pakai. Kalau taknak try ikut pakai pun takpe. Setiap orang ada style tersendiri kan?. Oklah sampai sini je entry kali ni. Jumpa korang lagi kat next entry ya. Babai ^_^







Tuesday, February 19, 2013

Bila Kawan Datang Rumah

Kalau dekat rumah biasanya kembar akan buat aktiviti sendiri a.k.a aktiviti tak berfaedahlah sebenarnya. macam tengok dvd marathon cerita korea sampai habis dan ditambah pulak dengan makan kudap-kudapan..hemm..memang aktiviti melepak habislah namanya....kalau tak tengok tv pun kitaorng akan bukak cerita channel TV3 layan hindustan..hehe yang ni kebiasaanya dilakukan pada waktu weekend..miahahahah sebab cerita hindustan movie hanya akan ditayangkan pada weekend je. Sebab tu nak curi2 tengok cerita hindustan waktu weekend jelah kitaorng boleh buat tau :P  


*ni hero pujaan hati kitaorng, mata Hritik sangat menawan menusuk kalbu tauu..lagi2 bila ada scened die renung kat depan kaca tv..aduhhh..cair :p * 

Tahu tak dalam family kitaorng memang kitaoerng berdua je yang suka tengok cerita hindustan2 ni....yang lain..heem..kemain tak layan tau!! dorang suke tengok cerita korea je...iyelah hero korean kan cute2..hero hindustan pulak hot2..eh..tetiber plak ckp pasal cute and hot kan..keke memang dasar satu family suka tengok orang cantik2...hihi..

ok sebenarnya kembar bukan nak cerita pasal aktiviti melepak kitaoerng tau, sebenarnya nak cerita tentang aktiviti yang kitaorng buat bila kawan datang melepak rumah kembar ni. Sebab aktiviti cenggini memang ramai orang tak buat tapi kitaorng buat. Hehe aktiviti kitaorng ni bukanlah aktiviti yang kool mana macam mamat2 yang pergi memancing dapat hasil ikan, ataupun belajar breakdancing macam Dem Lepak Crew ke..pehhh..kalau itulah aktiviti yang kitaorng buat masa kawan datang rumah mau tak mama kitaorng ternganga tengok anak2 dara dia dengan kawan2 dia menari breakdancing..tak pasal2 nanti pak guard ketuk pintu rumah marah2 sebab lagu bising sangat kn.. :p 

takpe jangan risau mama and kawan2 sekalian memang bukan itupun aktiviti yang kitaorng buat, aktiviti yang kitaorng buat dengan kawan2 kat rumah ni special sikit..sebab? hehe sebab kitaorng main sesi make over giteww...haa sesi make over macamane tu? alaaa...sesi make over yang main mekap2 tu pastu kita amik2 gambar and posing maut punya..tadaaa..dapatlah hasil yang cantikk!..ok tu perasan pulak bila cakap dapat hasil cantik kn..mana taknya yang tukang amik gambar and edit tu kite (Ida)..tehee.. jom tengok jom hasil sesi make over by twin utk kawan kitaorng Haz ni :) 

ok ni gambar before make over oleh Iena kembar kite :)

Haz memang dah sedia cantik tanpa make up, flawless je kan? !! jelez ni!! 

ni pulak gambar dah di make over..huhu..sorry kalau tak cantik yer Haz..kite tak berapa pandai bab2 editing gambar ni. Ambil gambar pun terkial-kial..kesian Haz kene tunggu kita lama nak snap gambar die tau...sorry Haz!








Kita paling suka senyuman Haz tau.....sweet je. Yang paling mengejutkan Ida is Haz tak malu2 pun nak posing, sangat senang nak shoot die tau!. Pandai pulak  tu pose bila Ida bagi arahan...sukalah photoshoot kali ni. Tapi Hazlah yang kesian sebab nak kne tunggu Ida snap lama..sebab ilmu Ida utk shoot orang ni memang senipis bawang je..buat sesi make over pun utk try2 and tolong Iena punya make up portfolio :) 

Untuk Make Up pula ni di make up oleh kembar kita Iena Mansor tau, memang nak simple make up and soft gituuu...eyelash pun tak pakai tau :) 

Kalau nak servis make up Iena boleh email die kat :
ninewest_kl@live.com

kepada "Sabar"nama nick name pembaca blog kitaorng nanti emailkan kitaorng ya bila anda free utk main mekap2 dengan kembar pulak..tak sabar nak buat sesi make over dengan awak pula tau ^_^ 

oklah tu je nak bebel untuk kali ni..tetiber tak tahu pulak nak bebel apa..ni semua perut punya pasallah..die dah sibuk nyanyi lagu ROCK..heem..memang tak boleh fikir apalah selain makanan je.. :p 

k lah tu je..babai sume..jangan lupa tinggalkan komen tau, sapa yang tinggalkan komen korang memang OHSEM and CANTIK..ciss macam ayat bodekler pulak..ni bukan bodek tau..ni ikhlasssss...hihi  *sambil kelip2 mata* :p 

Entry  by :


Ida Mansor

Saturday, February 9, 2013

Event LadyRania

salam semua ^^

kali ni iena nak ceritakan serba sedikit pasal event lady rania..

kitaorg datang sebab dapat jemoutan sms dari Cik Atyn untuk pergi event tuh..kalo dah nama dijemput apa lagi..laju jer kitaorg nak..hehehe..

siap ada dia suh duduk semeja sekali  dengan tetamu Vip,Tetapi kitaorang taknak..sebab nak duduk dekat dengan kawan kitaorang Bunga namanya tau..seronok duduk sebelah dia..tak lah boring..

sebab event tuh start lambattt sangat...so sementara perut lapa2 bunyi guridam ,kitaorang borak-boraklah dekat majlis tuh..sebab event patut start pukul 1,tp pukul 1 pn tak ramai yang ada lagi..beriyer jer siap cepat2 sebab ingat dah lambat..last2 terawal pula rupanya =.=

tapi dapat brochure tengok memang patut start pukul 1,tapi sebab tak ramai yang ada lagi..event jadi start pukul 3...so bayangkanlah laparnya kitaorg tak makan sejak pagi =.=' naseb ada bunga untuk teman borak!

best tau dengar pengalaman dia pergi sabah untuk mekap orang.dengar macam2 cerita dekat sabah :)

so here Iena sertakan gambar-gambar sepanjang event itu ^.^

 ida
ida with bunga



ida bunga and zura kawan bunga :)

zura punya peplum sgt cantik tau..kreatif..dia pandai jahit..buat sendiri lagi..bestnya kalo dapat belajar jahit..boleh jimat beli baju ^^

me :)

me again (sponosr baju and dress from dayana boutique )
ida (peace no war ) lol

our (love much)

gambar sekitar event berlangsung..ada tv3,safiyyah dan femaq dan utusan pn ada juga :)



ok sekian..hehe..time ni dah balik dari event kemudian pergi kedai..and terus online dekat kedai..lepas tuh here..sekarang sedang buat cerita pasal entry ini ^^ tudung dapat free dari event tuh..jenama scarft sweet honey, ida pun dapat juga..kita pakai yang ida punya..kita punya facy sket..so takkan nak pakai dekat kedai pula kan..so amik ida punya kita pakai..hehehe :DDD


xoxo iena mansor










Wednesday, February 6, 2013

Mahukah kita bersyukur

assamuailaikum kawan-kawan semua...

kali ni saje jer iena nak selitkan tentang rasa bersykur..yelar..kadang-kadang diri ini mudah sangat rasa alpa dan lalai tentang konsep BERSYUKUR...

kadang-kadang diri ini selalu mengeluh bila duit selalu cukup-cukup jer untuk bulan ini..

selalu juga mengeluh bila tak mampu beli barang yang dingini..mampu tengok kat luar tingkap jer..kemudian telan air liur T.T' ..haaa..sadis ker tak sadis tuh? lol..

kadang-kadang diri selalu juga merungut depan makanan..'tak sedaplah lauk ini'

selalu juga merungut 'kan best kalo ada orang gaji..tak perlulah buat keje rumah'

tapi kadang tak terlintas hati ini untuk fikir dan mengungkit serta mempertikaikan PEMBERIAN tuhan  yang allah beri..


kalo nak difkirkan betul2 kan..Iena rasa rakyat Palestin lagi menderita dan miskin kan?

-DUGAAN perang yang tak habis-habis
-DUGAAN makanan yang sering sukar nak dapatkan bekalan
-DUGAAN sukarnya nak dapat ubat-ubatkan
-DUGAAN sukarnya nak dapatkan kebebasan dan keharmonian..




kenapa iena tiba-tiba selitkan pasal rasa bersyukur ini..diri ini terus rasa insaf bila dengar lirik lagu raihan pada bahagian rangkap ni :


kadang-kadang bila tengok balik lirik ini..no wonder orang yang gila harta akan terus gila harta..why? sebab diorang tiada rasa syukur dengan apa yang ada..sebab 'hati yang tenang hidup sejahtera' itu datang dari rasa syukur..betul tak? ini pendapat ienalah..


"Syukur itu sifat mulia

Hindar dari tamak haloba
Rasa cukup apa yang ada
Hati tenang hidup sejahtera"





Bila lihat dan dengar serta hayati maksud sebaris ayat ini..iena teringat bila iena tengok dokumentri pasal kekejaman palestin..

sepasang suami isteri yang hidup sangat daif,berbekal lampu suluh dan khemah yang serba kekurangan, mereka mempelawa doktor dari luar negara itu untuk makan berbuka puasa dengan dorang..orang putih itu rasa sungguh hairan kenapa dorang berpuasa..tahu apa dorang cakap?

(perbualan diorang)

kenapa kamu berpuasa?

kami berpuasa atas suruhan allah"

kenapa allah (tuhan kamu) suruh berpuasa?

Kerana allah mahu kami mengerti dan memhami orang yang susah"

Mengapa kamu berpuasa,sedangkan kamu orang yang susah?

Kami bersyukur dengan apa yang allah beri,sesugguhnya setiap jalan yang diberi pasti allah ada untuk bantu kami"

orang putih itu terdiam..dia makan sambil rasa sebak..sebab yang ada dipinggan itu cuma ada roti kosong yang keras bersama sedikit lauk yang sangat ringkas makanannya..tidak sedap,tawar sedikit..tapi rasa sungguh nikmat? kenapa nikmat?

sebab nikmat itu dapat dari  syukur"

dan dari situlah orang putih itu masuk islam dan mendalami islam....

so disini iena sertakan lagu raihan untuk korang faham,dengar dan hayati"



lirik lagu raihan

Ucaplah Alhamdulillah
Syukur kita kepada Allah
Ucaplah Alhamdulillah
Syukur kita kepada Allah
Selawat ke atas Nabi
Muhammad Ya Rasulullah
Selawat ke atas Nabi
Muhammad Ya Rasulullah

Tanda syukur itulah taat
Setiap tempat setiap waktu
Syuku itu dapat dilihat
Pada sikap dan tingkah laku
Marilah bersama kita bersyukur
Kepada Allah kita bersyukur

Syukur itu sifat mulia
Hindar dari tamak haloba
Rasa cukup apa yang ada
Hati tenang hidup sejahtera
Mari amalkan rasa bersyukur
Hidup bahagia aman dan makmur

Syukur itu banyak caranya
Taat beribadah tekun berusaha
Saling membantu berkasih sayang
Murah senyuman hulur sedekah
Marilah kita beramal bersama
Rasa bersyukur kita suburkan



"kadang-kadang kita tertanya-tanya kenapa orang lain ALLAH beri rezeki banyak,kita berusaha mana tetap rezeki sedikit,tengok orang lain usaha sedikit je terus rezeki dapat melimpah-ruah,
TAPI boleh jadi ia UJIAN untuk kita"



Friday, February 1, 2013

Bila Twin Pergi Event dan Jalan2

Selalunya perkara pertama yang orang fikir bila kawan2 dapat pergi event kan, mesti dia akan kata camni "wow beznya ko pergi event!, aku tak dapat pun pergi event2 camtu tau!' ok memang bez dapat jemputan pergi event2 macam tu. Tak dinafikan memang bez! sebab :

1) Dapat jumpa Selebrtiti Blogger
2) Dapat melawa sekali sekali :p
3) Dapat jumpa ARTIS kalau bertuah (tapi TAK semua humble ye kawan2 ^_^ )
4) Dapat tengok collections yang super OHSEM!
5) ok sebab tak semua yang dapat pergi  event macam tu ( jujur tak pengakuan ni? :p)

selain daripada semua tu..SATU je yang TAK BEST! nak tahu apa dia? bila kita SEDAR yang kita tak SERASI kat majlis tu :)

time perasan KEKOK, NERVOUS semua adalah..tapi buat muka rilex je walaupun hati dah macam apa2 kan..tehee...meh tgh gambar kitaorng kat event Zawara. Series kita cakap event Zawara memang GEMPAK! sebab F.Show die memang OHSEM! lampu dok berkelip2 dalam keadaan gelap macam dalam disko pun ada (padahal disko pun tak pernah pergi!. Eh kunonya cakap disko kn? orang sekarang panggil 'club' je...haha ..


meh tgk sikit2 gambar kitaorng kat event tu..


kat stage Runaway Zawara


Iena sempat bergambar before fashion show nak start :) 


ni masa fashion show..gelap gila..so x berapa nampak sgtlahh..nasib hp ada camera flash..baru dapat tangkap gambar model tengah catwalk laju2 ;p


ni plak kite..bergambar kat seat sendiri..hesh sibuk plak minah sebelah tu nak tengok apa yg kitaorng tengah buat..hihi :p


kite dengan dua jelitawan, teka sapa dorang? ;p 
dorang berdua ni SANGAT FRIENDLY!!! and BAIK! sukaaaa sangat! 

 ph ya Marsha pun ada (macam biasa Marsha memang mesra!)  Nurul Shuhada pun ada (! >.< !) and designer Nurita Harith / Allya Mysara pun ada..and Natasha Hudson pun adaaaaa...

cuma tak sempat bergambar dengan dorang sebab kat sana PACK dengan manusia & media ;) 

yg ini pula gambar dr cst production..dorang penaja rasmi utk event zawara tuh ^^



lepas balik event kitaorng pergi makan ice cream plak..nama branch ice cream ni Travern..oklah RM6.50 share dua orang sebab besar gedabak kan..tapi manis sangat =.=' 


ni plak turn kite bergambo sebelum makan..bahahahaha macam biasa kite memang tak suka mekap..maka eyeliner + lip balm + lipstick je yang di conteng kat muka ni..hehe sebab tu Iena tak jadi nak  mekap. Hahaha die dok membebel-bebel kat kite sebab tak nak mekap! last2 die pun mekap simple je! hikhik :p 
lain kali kalau nak mekap2 p men sorang2 ye..Ida x minat ....lainlah kalau ajak baca komik je..itu ye Ida laju je! Tak yah ajak pun Ida nak baca jugak! keke :p



ni plak pic kitaorng makan kat The Apartment kat KLCC..orang belanja, Nama die Bryan..tq Bryan ^_^ 

(nasib baik bukan kitaorng yg kene bayau..bill mau boleh terbeliak tehee :p ) 


ni pulak makanan spaghetti yg kitaorng order..atas ni Ida punya, kat bawah ni Iena punya :) 


kitaorang makan kat The Apartment before event sebenarnya, lepas tu Bryan tolong hantarkan kitaorng g event Zawara tu..pheew...nasib baik ada orang baik hati tolong hantarkan :p


ni plak gambar Fruit Tart..beli kat Delifrance..harga mahai..tapi sedap tu dalam 3 bintang je kot ..huhu lagi sedap beli kat Ampang Point punya..lagi sedap! berbaloi lah kalau satu slice RM5.60 kn..


muka tak nyempat nk makan..hehe :p 


ngaaaa..sapa nak? *sori x dapat bagi, dh habis hadam dah..hehe :p * 

pas kitaorng habis makan2 kitaorng jalan2 pulak..Iena beli lipstick kat Tony Moly..tapi tu kat next entry lah cte..sebab lipstick die sangat ohsem! nak tunjuk korang gambar kitaorng pakai lipstick tu sekali :) 

ha..tu jelah aktiviti semalam kitaorng..hehe kat  bawah ni gambar outfit yang kitaorng pakai pulak...

IDA 


pearl bracelet..tak ingat beli kat mana..huhu..


beg Vincci..yayy to SALE! suka beg ni tau...


kasut boot curi dari Iena..hehe                                           



tudung bawal je pakai..jenuh nak lilit2 bagai..last2 pakai bawal je!! 
baju ni dari Dremika..tapi tak berapa seleasa >.< 

lepas ni maybe dah tak nak pakai peplum kot..huhuhu...

ni plak Iena punya outfit..


gelang pearl jugak..mak kitaorng bagi..so xtau beli kat mana. Gelang ni dari Form 5 lagi :') masih ada and masih sayang..


handbang kaler pink..i loike! 


blazer yellow mellow..hehe..


hasilnyaaa :) 

hehe sampai sini jelah entry kitaorang, pasni kitaorng akan selalu update belog ni..yuuhuuu tetiber semangat blogging nak datang balik pulak..

hehe k lah tu je..babai semua. Happy weekend korang! 

written by 

IDA & IENA
MANSOR