Jakarta
kami datang!
Entry untuk Jakarta kali ni twins nak ceritakan tentang
tempat-tempat menarik yang kembar pergi sepanjang kat sana. Twins bercuti kat Indonesia
dalam 5 hari macam tu. 4 hari kat Jakarta and sehari kat Bandung. Memang best
sangat bila ingat balik kenangan bercuti kat sana tau, rasa-rasanya inilah kot
kenangan paling indah twins sepanjang 24 tahun hidup ni J
Twins pergi kat sana under tajaan Ministry of Tourism and Creative Economy serta The Department of Tourism and Culture Jakarta CapitalCity Government tau. Sebab tu sepanjang twins kat sana, dah ada siap-siap dah
tourist guide yang akan jaga kitaorng sepanjang 5 hari kat sana, Mbak Mia, Mbak
Elnie, Mbak Suci and Pak Doli. Dorang semua baik sangat tau, especially Suci dah
banyak kali dah tolong Ida kat sana! Mbak Mia pun terima kasih banyak tau!. Nak
mintak tolong apa-apa ke dorang akan tolong kitaorng, siap top up kan internet
line lagi untuk kitaorng ber – instagram , ber – twitter bagai semua kat sana
tau. Hehe sebab tulah kitaorng semua boleh update gambar kitaorng sepanjang ada
kat Indonesia hari tu. Siapa tak follow kita punya instagram lagi silalah
follow kita ya. Cuba cari nama Iedamansor insyallah korang jumpa instagram kita
nanti. Ish sempatlah pulak promoted instagram sendiri, tak malu betul -_-‘
Oklah kalau
nak tahu pengalaman kitaorang kat sana, jom baca entry kitaorng kali ni selama
5 hari di Indonesia. Jom kita mulakan dengan bismillahirrohmannirrohim J
First Day Dapur Babah
Persinggahan pertama twins bermula
di Dapur Babah, dimana restoran Dapur Babah ini memaparkan serba sedikit sisi
kehidupan rakyat Jakarta sewaktu lama dahulu. Papan tanda Dapur Babah ni pun
dah kelihatan antic, sesuai sekali dengan konsep serta tema Dapur Babah ni tau.
Pertama kali melangkah ke Dapur
Babah, twins dah dapat bau haruman lilin dan disambut pulak oleh perkerja Dapur Babah yang berpakaian ala
jawa, pehh..memang bez. Ditambah lagi dengan iringan lagu melodi yang mendayu –
dayu masa tengah makan ni..herm..memang membuatkan suasana kat Dapur Babah ni kelihatan tenang, selesa dan paling penting eklusif
tu..hehe sekali sekale kan merasa suasana eklusif macam ni. Herm..memang bezlah
suasana kat Dapur Babah ni. Twins suka!
Rekaan dan rekaletak kat Dapur
Babah ni pula, memang mampu menampilkan suasana di zaman lampau Jakartalah!.
Sebab hampir kesemua perabot yang dorang gunakan sebagai rekaletak kat Dapur
Babah ni kelihatan antic kot. Dari pasu, lukisan hinggalah ke meja makan!. Tak
percaya? Korang boleh tengok sendiri gambar-gambar restoran Dapur Babah ni.
*Hidangan Utama - Nasi Tjampoer Babah
Bukan sekadar omongan kosong,
memang di Dapur Babah rekaaan dan rekaletaknya begitu menakjubkan twins tau. Hinggakan
twins sendiri dapat rasakan suasana rakyat cina Jakarta, Jawa Jakarta serta
makanan tradisonalnya memang membuatkan twins betul-betul mengalami satu malam
yang menakjubkan di Dapur Babah!. Kesimpulannya memang bezlah!
Ni pula gambar potret wanita salah
seorang isteri yang dorang kata isteri yang paling cantiklah antara semua.
Macamana cantik tak? hihi. Lepas je kitaorang habis makan kat Dapur Babah ni, twins
terus pergi Milennium Hotel untuk berehat pula. Phew..memang sangat penat dah
waktu ni. Sebab dah pukul 1 lebih pagi macam tu.
Milennium
Hotel
Sampai-sampai kat Milennium Hotel
ni kan… twins dah excited dah tau!. Sebab hotel die sangat cantik! Lagi-lagi
bila dapat tahu ada kemudahan wi-fi, gym, kolam renang (wajib ada
kan) dan ada taman kat tepi kolam renang. Hehe bolehlah twins ambil gambar kat
taman nanti :p. Yosh memang beshlah hotel ni!
*Suasana di bilik
hotel twins, bantal die sangat best! Hehe J
ada gym lagi!, tapi
kembar tak pergi pun..hehe malas :p
Kolam renang…cantik
kn?
Taman kat Milennium
Hotel…iena Nampak happy dalam ni kan? J
Ini pula gambar
ktorng masa breakfast kat Milennium Hotel
Shing memang sporting,
iena pula sempoi je J
Ni pula Ida..macam
biasalah kan.. suka berangan ambil gambar kan..haha sebab tulah sibok nak
berangan main piano pula! Hahaha..
Second Day Pulau
Onrust
Hari kedua kat Jakarta ni, kitaorng
semua habiskan waktu dengan visit dari satu pulau ke satu pulau. Salah satunya
pulau Onrust Island, memang cantikkkkkkk tempat dia!. Masa kat pulau ni
kitaorng semua sibok dengan aktiviti bergambar je!. Hehe kat mana lagi tempat
yang paling sesuai nak bergambar kalau tak kat pantai betul tak? Jom tengok
gambar kitaorng masa kat Onrust Island ni. Pulau ni memang cantik! Twins suka!
Like,like,like..hehe :p
Berposing atas feri
tipu..hehe :p
Hello..twins di
sini..hehe..
Tahdaaaa…..im hereeee
at Onrust Island J
Yang ni pula namanya
Pohon Jodoh, siapa nak dapat jodoh bolehlah cuba doa kat sini. Hehe mana tau
doa korang termakbul ke kan?
Tu jelah kot antara gambar-gambar
twins kat Onrust Island, lepas kitaorang semua dah penat pergi Onrust Island
kitaorng sempat pula tengok tempat ni masa dalam perjalanan nak ke tempat
makan. Kitaorng berhenti kejap kat tempat ni sebab lampu die sangat cantik tau!
Lepas je bergambar
kejap kat tempat ni kitaorng terus pergi makan kat Bandar DJakarta Restaurant. Kitaorang makan SEAFOOD! Perhhh
memang TERBAIKLAH! Sebab makanan die SANGAT SEDAP!. Makanan yang paling Ida
suka ialah lauk Ketam die..pehh..memang TERBAIK SANGAT-SANGAT! 5 bintang kite
bagi..hehe memang gembiralah perut kita malam tu, dapat makan makanan yang
sedap-sedap. Bukan senang nak dapat makan seafood puas-puas kan? Lagi-lagi yang
sedap. Susah nak jumpa!
Nasib kar Bandar Jakarta Restaurant
ni makanan die memang super delicious. Memang TERBAIKLAH!
FAVOURITE
Twins!! Kita makan banyakkkkk ketam ni..hehe :p
Ayam
ni pun sedap! Rasa black pepper! Suka-suka!
Hermm…udang ni toksah citelah memang UMPH! Sebab dia rasa macam telur
masin gitew... Sedap giler! Ish rindu nak makan ni lagi!. Kenapalah kat
Malaysia takde? L
Memang makanan kat D’jakarta Restaurant ni memang sedap, kita sangat
recommend kalau korang singgah kat Jakarta korang kena visit this restaurant.
Confirm tak rugi punya, berbaloi-baloi J
Third & Fourth Day
Dian
Pelangi, Alleira Batik, Mien Muslima Boutique, Thamrin City, Tanah Abang
Dan Taman
Sari Royal Heritage Spa
Hari ketiga dan keempat ni kitaorng
dibawa ke butik-butik designer Indonesian kat sana. Bezlah jugak. Paling twins
suka masa pergi kat Tanah Abang & Taman Sari Royal Heritage Spa. Memang bez
dua tempat ni!. Tempat favourite twins sepanjang kat sana!
Annas, Yuyu and Me. Saje-saje try
pakai shawl Alleira Batik. Ish rindu korang tau! Annas masa kat sana selalu
nyanyi lagi Shine like a Diamond. Bila terdengar je lagu tu teringat pulak kat
die..hahaJ Masa kat
Alleira Batik ni siap ada tutorial Shawl lagi tau. Kita punya tutorial die buat
macam kat gambar bawah ni…huhu..yang kat belakang kite tu salah seorang pekerja
Alleira Batik. Dielah yang buat tuto untuk semua blogger masa kat Alleira Batik
ni. Die sangat kreatif ok!
Ni pula
masa kat MEIN Muslima Designer, masa ni pun ada sesi tutorial Shawl semua, Ida
sempat beli satu baju kat sana J
Ni pula kat
Dian Pelangi butik, cantik sangat butik die! Tapi harga baju die agak mahallah
sikit..
Iena dengan
Shing & Yunsinn J
Lepas je visit butik-butik ni.
Kitaorang semua gerak pergi Tanah Abang. Memang bezlah! Sebab its shopping
time!. Barang-barang kat sana memang MURAH-MURAH tau! Ada telekung kat sana Ida
blikan mak Ida RM50 ringgit je!. Murah kan,kan,kan? Dahlah siap sekali dengan
beg! Memang berbaloi-baloi!. Ida sempat jugak borong beberapa barang untuk family and diri sendiri :)
Tapi sayang….Ida x bli banyaklah
pul! ish menyesallah pulak rasa L Dahlah
lepas ni tak tau dapat pergi lagi ke tak kat sana. Ida nasihatkan kalau korang
rasa barang MURAH-MURAH kat sana JANGAN FIKIR PANJANG, terus beli je!!. Sebab
kalau nak beli kat Malaysia memang tak dapatlah harga murah2 macam tu. Baju2
batik lelaki kat sana pun RM15 je tau!. Murah kan,kan,kan? Kalau pergi kat
Jakarta korang KENA pergi TANAH ABANG ni. Kalau tak pergi korang RUGI kot!.
Sebab kat sana memang banyak baju cantik2 dan murah kat sana.
Tapi masa shopping dalam 2 jam je.
Dah tolak ngan makan dalam sejam je masa kitaorng shopping kat sana. Rasa tak puas
je shopping kat Tanah Abang. Rasa macam nak pergi lagi,lagi and lagi!. Haha
memang kaki shopping betul twins ni kan? :p
Lepas je habis shopping kitaorng
singgah kat Taman Sari Royal Heritage Spa pulak untuk sesi berurut.
Pehhh…memang TERBAIKLAH urutan dorang. Twins bagi 5 bintang untuk servis ,
layanan dan tempat yang supercantik!.
Twins dapat
bilik yang ni. Untuk dua orang. Ida & Iena berurut di sebelah – menyebelah J
Ni untuk
seorang J
Spa ni
memang cantiklah, bez kalau dapat pergi berurut kat sana lagi J
Last sekali
kitaorng dinner at Magnum Café. Kat sini MEMANG TERSANGAT HEAVENlah! Sebab ada
macam-macam jenis ICE CREAM tau!. Makanan die pun tersangatlah sedap!. Shing
& Yunsinn dah sugar rush dah makan kat sana, Yuyu and Fatin pulak gelak
memanjang bila dah dapat Ice Cream favourite dorang. Nampak sangat dorang
HAPPY!. Sampai siap lompat2 lagi tau. Annas je paling relax makan sambil
ambil-ambil gambar. Maybe sebab dia lelaki kot? Hehe kitaorng yang perempuan
nil ah yang excited terlebih masa kat Magnum Café ni!.
Magnum Café
ni setahu Ida ada kat Indonesia and Paris kot rasanya. Tapi Iena kata kat
Pavilion dah bukak. Betul ke? Kalau betul MEMANG KENA PERGILAH! Sebab memang
tersangat bez makan kat sini! Haih kenangan paling indahhhhhh masa kat Jakarta
tau!
Syurga ice
cream!
Baju for adik kitaorng , dia sangat happy bila dapat baju ni tau J
Heaven!
Fatin & Yuyu punya Ice Cream
Yang ni pula Twins punya. Nampak
macam warna biru sebab flash >.<” tapi sangat sedap dessert ni! Suka
sangat!
Lepas dinner kat sini twins terus pergi Bandung dan sampai sana tak
lama lepas t uterus balik KL dah. So..sampai ni jelah entry twins tentang
Jakarta ya. Kesimpulan yang twins dapat melalui pengalaman di Jakarta, kalau
nak rasa lagi pengalaman best-best macam ni twins kena usaha kuat lagi untuk
berblog dan kena rajin lagi upload entry yang besh2. Bukan je untuk korang tapi
untuk diri sendiri. Terasa rindulah pulak nak rasa pengalaman best macam ni tau
:’)
Akhir sekali
apa yang boleh twins kata THANK YOU SO MUCH KLM, Ministry of Tourism & Creative Economy dan The Department of Tourism Jakarta Capital City
Government. Serta SHING & YUSINN. Twins sangat seronok masa kat Jakarta!
THANK YOU VERY-VERY MUCH sebab beri twins peluang untuk join trip ni J
Terima kasih Sudi Baca.
Frm Twins
12 comments:
Assalamualaikum twins. nice trip. cantik2. tapi gambar twins berdua macam tak banyak je. nak tengok gambar both. hehehhe
subahanallah... bestnye korang dapat peluang pergi sana free je.. cuma kua duit utk shopping je.kan :D
teringin nak rasa makanan kat sana, best sedap.. lagi masakan jawa. hehe.
teringin pulak nak g dian pelangi & tanah abang tu!
Sheila : alaa...yeke..hihi gambar kitaorng ada ..cuma x post kn lg je :p
Fadhila - Pergi kat Tanah Abang yg bezt...tmpt lain pn bez jugak..cuma wajib pergi kat tanah abang tula..guarantee puas hati :)
It is appropriate time to make some plans for the longer term and it's time to be happy. I've learn this publish and if I
may I desire to counsel you some attention-grabbing things or tips.
Maybe you can write subsequent articles relating
to this article. I wish to read even more things about it!
Feel free to surf to my web site: daily backlink service
Salam twinnie..dulu i tertunggu2 korang update blog trip ni tp last2 i yg terlambat ushar blog korang.byk kerja.huhu :( btw, tq for sharing pengalaman trip korang. nampak best! n dlm byk2 gmbar, gmbar part ice cream tu yg paling manarik.hehe ;)
nia _ cheroniah - yg part magnum cafe tu memang beST!!!! sampai rasa nk fly g sana balik sbb semata-mata nk g magnum cafe kot!
nia _ cheroniah - yg part magnum cafe tu memang beST!!!! sampai rasa nk fly g sana balik sbb semata-mata nk g magnum cafe kot!
tengok gmbar tu pun dah rasa heaven. hehe
nia _ cheroniah : nnati kalau pergi sana jangan lupa singgah magnum cafe. Guarantee x rugi! :)
seronoknye dapat pergi sana ! dgn besfren pulak tu..tgk gambar2 t'cari2 mana yuyu.. comel sgt orgnye.. hehe~ teringin sgt nak jumpa u all. huhu~
salam...
hai ida n iena!
alhamdulillah dapat nikmati macam-macam menu aiskrim..=) kreatif ea kedai ni...macam-macam menu ada....
syukur sha ngidam x selalu..hihihi
Post a Comment