Wednesday, March 11, 2015

My First Laser Treatment at MyClinic

Cewah tajuk omputih sangat kan? Hehe... tapi ceritanya dalam bahasa melayu jur tau. Selesa pula  nak menaip dalam bahasa melayu je, senang Ida nak cerita ikut gaya Idaa cakap hari-hari.  Ida selesa korang pun selesa kan,kan,kan? :p


Sebenarnya entry kali ni Ida nak cerita tentang Laser Treatment yang Ida buat kat MyClinic (https://www.facebook.com/myclinicbeautynmedispa) minggu lepas. Since RAMAI gila yang request  kat Ida untuk cerita pasal treatment ni bila Ida update gambar Ida kat facebook and Ig Ida J . Siap ada yang personal whatsapp lagi Tanya bila nak update pasal ni kt blog ;)


Ni lah gambar yang Ida update kat facebook and Ig Ida hari tu. Hahah boleh pula ada yang salah anggap ingat ida buat lasik untuk mata. Bukanlah! Ni Laser Treatment khas untuk masalah kulit!. Yang pakai baju hijau tu Dr.Hoe namanya. Pakar untuk selesaikan masalah kulit J

Kenapa  Ida pergi Treatment?

Jawapan dia mudah je, sebab nak kulit cantiklah!. Ceh yang ni semua orang tahu, tapi kenapa mesti sampai pergi treatment laser bagai?. Ha sebab sebenarnya Ida ada masalah BINTIK BINTIK HITAM kat hidung and dahi yang degil gila nak hilang!. Pastu kulit tak sekata, and banyak pula tu sebum degil. Susahlah nak hilangkan benda-benda ni. Pastu bila picit sendiri nanti jadi parut pula L tu yang tak suka tu. Dengan Laser semua masalah ni boleh dirawat tau, laser ni pun boleh MENGELAKKAN KESAN PARUT hasil dari rawatan laser plus facial sekali. Sebab tu Ida nak buat treatment ni.

Apa pula sebum tu? Ha sebum tu camni lah rupa bentuk dia :


Ida ada masalah camni kat atas dahi Ida, dia mcm biji biji kecik..siapa ada camni kat dahi?. Rawatan laser je tau boleh hilangkan benda ni. Sebab laser dia akan rawat kulit kita dari dalam. Plus rawatan facial dia akan picit semua benda-benda degil ni keluar menggunakan jarum khas. So nanti takdelah kesan parut yang tinggal J. Plus masa facial (last sekali buat lepas treatment) dia akan letak serum kat kita, and roll kan muka kita dengan satu alat magnetic. Yang mana alat tu membolehkan kulit kita dapat 80% vit dari serum tu!. Sebab kalau pergi facial biasa, aircond dah makan 80% vit serum tu tau1. So kulit kita sebenarnya dapat 20%, rugi kan? L


Ni pula gambar keadaan dahi Ida. Nampak tak bintik-bintik..ni pun dah hilang tinggal parut je lepas wat laser J

Kat bawah ni pula gambar close up muka kita beberapa minit lepas laser J


Nampak tak biji kat bawah mata kita tu? Dah bertahun-tahun dah benda tu ada, takleh hilang..tapi pas seminggu laser magicnya benda ni HILANG!. And perasan tak kulit kita Nampak licin dalam gambar ni?. Tapi series korang boleh rasa KESANNYA walaupun sekali je wat. Sebab after treatment ni, balik je Ida cuci muka..tetiba rasa macam kulit kita LICIN!. Takde rasa berbiji-biji bila basuh muka. So tetiba rasa best pula nak gosok2 cuci muka kita hari-hari ;)


         Ni pula close up hidung, habis hilang sume bintik-bintik hitam. Best gila rasa bila dah hilang J


Ni masa Dr.Hoe tengah buat laser, takdelah sakit sangat. Rasa macam kena gigit semut je :P Ida buat 2 jenis laser. Normal Laser (untuk rawatan jerawat and masalah kulit) and Yellow Laser (untuk instant whitening and glowing J


Ni masa Dr.Hoe tengah bagi explanation tentang laser. Hihi sempat kawan kita snapkan J


Ruang menunggu untuk giliran, selesa so tak terasa pun menunggu tau.


                                     Ni lah mesin laser yang digunakan untuk laser treatment lah J


Ni pula yellow laser, dia punya specialist yang buatkan pula. Tak rasa sakit no worry ok! Kat bawah ni pula gambar tempat spa and facial dia. Cantik sangat!. Rasa nak tido je masa buat facial tu J






                                              Yang katil kanan tu tempat kita buat facial J


Ni gambar after facial..nampak best kan kulit kita? Cewahh perasan sendiri pula. Ni kita tak guna effect edit kat gambar tau. Tapi jadi warna ungu sikit gambar sebab gelap bilik kat facial dia. So jadi camni pula..tapi ni kire close up punya gambar la J


Ni pula seminggu lepas laser, just mekap tipis. Lukis kening and lipbalm sikit..tu pn eyeliner sume tak pakai. Nampak glow sikit pula..kalau kusam je kulit je.

Kat bawah ni pula  muka before kita pakai tudung warna kuning,.ni dua minggu yang lepas before treatment.





Ni paling latest..close up keadaan kulit kita J

So nak dipendekkan cerita Ida memang PUAS HATI SESANGAT hasil dari treatment ni!. Harga untuk treatment di MyClinic bermula dengan RM400+ . Jangan Tanya Ida berapa-berapa untuk per treatment, sebab lain skin condition lain treatment and harganya. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai harga dan pakej boleh hubungi : 03-77109889 .

Untuk tahu lebih details boleh view at : http://myclinic.com.my/

Tempat MyClinic kat Damansara je sebenarnya, ni alamatnya :

My Beauty & Medispa
No. 8G & 8M,
Jalan SS21/35,
Damansara Utama,
47400 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan

Ok almost semua maklumat and pengalaman Ida dah cerita, kalau nak Tanya apa-apa lagi boleh tinggalkan comments  di blog Ida ya.

Terima Kasih sudi baca J










18 comments:

Unknown said...

Cantik kulit awak..smakin flawless gituhh..hihi:)

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

maceh syira :D

Unknown said...

Boleh tau range harga utk rawatan u buat ni tak dik?

Unknown said...

Boleh tau range harga utk rawatan u buat ni tak dik?

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

w'salam Lina Karmia Azemi,

Around 800+ sebab Ida buat 2x laser and facial treatment sekali :)

Madam N said...

nak tanya kalau i ada masalah bintik kat bawah mata.boleh leser gak ke yer? sebab takut kena mata.

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

Kena call tanya kat clinic tu @Nabila Syifa. Im not the doctor so i can't asnwer yr question. Sorry..

Anonymous said...

Ida nak tanya, you buat 2 jenis laser cost RM500?

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

No dear.. average harga per treatment tu dalam lingkuan rm500 ke atas. Bukan 2 laSER RM500 :)

Sebarang pertanyaan boleh call kat Me Clinic tu ya :)

Cik Ann said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown said...

800 tuh tuk skali treatment kew u bt tuh?😊

Unknown said...

Ida kulit u xde lubang kot..kulit i jenis lubang2 bekas jerawat blh hilang ke dgn rawatan laser

jaja said...

Hasil dia lasting atau kita kena maintain setiap bulan rawatan laser tu? Thanks for sharing sbb berminat nak try ��

Unknown said...

Kalau untuk kecilkn liang roma ada x,

sarina said...

Kalau kulit kusam..warna xsekata..boleh ke buat rawatan laser..kena selalu buat ke..

muja said...

cantiknya la. dah cantik, buat laser treatment, tambah cantik lagi. one day, dah ada duit, nak juga rasa cantik camni. hehe

Anonymous said...

Lepas kita buat carbon peel laser..boleh terus buat facial treatment tidak sis?

Anonymous said...

kalau untuk buang biji kolesterol bawah mata boleh ke?