Wednesday, September 9, 2015

Sweetnya Mak Abah!

Kita zaman sekarang seringkali dijamah dengan cerita kisah cintan cintun kat drama TV tu, takpun heboh satu dunia 'Couple sweet till jannah' bagai kat Instagram and fesbuk tu ha. Tapi bagi Ida sendiri, se-sweet an kisah cinta orang lain, sweet lagi kisah cinta ibu bapa kita sendiri :p


Kita sebagai anak, biasalah kita mestilah paling suka tengok ke-sweet an ibu bapa kita sendiri kan,kan,kan?. Kadang-kadang ibu ayah kita berjalan pegang tangan je pun kita dah cakap 'alaa sweet je mak abah'. Paling suka bila mak abah Ida bergurau senda sesama sendiri. Alahh yang macam main cucuk-cucuk pinggang tu...hihi dah macam anak-anak muda bercinta pula ;p

Tapi dalam bergurau senda pun biasalah ada je depa tak sependapat, tapi takdelah macam anak muda sekarang yang tak puas hati terus bagitau sedunia kat fesbuk tu ha. Orang dulu-dulu bercinta ni dia wat lek wat peace je..cool je. Takdelah wat ayat cheesy kemain sweet macam diabetes. Sebab cukuplah dengan sekeping gambar ibu ayah kita yang kelihatan semakin dimakan usia masih bersama, dah menunjukkan betapa utuhnya kasih dorang kan?.


Dari fizikal kurus dan cun melecun (refer gambar kahwin mak and abah kita kat atas) hingga ke tahap comel camni. Setia bersama lagi..muehehehe *i ship la both of you lah, moga kekal hingga syurga* :)


Ni pula gambar latest mak dengan abah kita, abah kita dah kurus :') yelah jaga makan sebab tu makin hensem..keke *puji abah sendiri pulak dah :p* mak kita pun makin comel, hasil pemakaian shawls dari kitaorang..hehe ^^


Tapi paling kita suka tentang mak abah kita ni ialah love story dorang,,,adoii sweet macam gula tau!. Yelah mana taknya every dream girls kot yang lelaki dok suka bagi bunga selalu kat si perempuan. Sapa tak suka bunga tu lain ctelah, tapi ayah kita ni dulu rajin bagi bunga kat mak kita. Bukan seketul dua..tapi jambangan bunga siap dengan nota cinta!. Kehkehkeh romantik juga abah kita masa dulu-dulu :p

Semua yang nota abah Ida bagi Mak Ida still simpan tau, alooo sweet sangat :')

Abah kita kata 'susah tau nak dapat mak korang ni' hehe sebab tu kot bersungguh bagai bagi bunga nak tambat hati mak kita :)

Tapi mak Ida ada pesan, lelaki kalau tak give up untuk dapatkan kita maksudnya tu 'jodoh' kita. Kalau tolak terus give up maksudnya itu hanya 'pertemuan' yang ALLAH nak berikan pada kita. Dan setiap pertemuan kita itu akan dapat membuka mata kita pada 'jodoh' kita. Bila fikir balik macam betul pula, tapi entahlah siapa Ida nak mengulas tentang jodoh kalau kita sendiripun masih tertanya tentang kita sendiri di 'masa depan' kan?.

Tapi ayat 'tak give up' ni memang selalu menjadi pegangan mak abah Ida, tak boleh give up dengan pasangan sendiri. Kena sentiasa sabar,sabar dan sabar. Itu je kunci untuk kekal hubungan selain kita patuh pada ajaran ALLAH.  Semoga hubungan Mak Abah kekal sentiasa dan bahagia hingga ke tua, semoga yang indah selalu buatmu dan hanya ALLAH yang mampu membalas jasa membesarkan kami semua. We love you MAK ABAH! 

Terima Kasih sudi baca :)
Ditulis Oleh : Ida Mansor






3 comments:

Mummy Julia said...

So sweet mak abah ida... Moga kekal bahagia hingga ke jannah.. Amin

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

Aminnn TQ Mummy Julia 😍

Zahin Zul'Nas said...

sweetnya moga cinta mereka mewangi bahagia hingga ke janah. amin