Monday, October 26, 2015

Canmake Event Japanese Cosmetics Products


Last week hari tu twin pergi event Canmake, pergi sebab excited nak tahu tentang Canmake punya product mekap. Yelah lagi-lagi kembar kita Ina yang hantu mekap ni...hmmp memang excitedlah die nak tau pasal barang mekap dari jepun ni. Siap malam tu saja kitaorang cari baju yang kena tema dengan Canmake event ni tau ;)

Ida pula memang dah usha lama dah barang mekap ni, sebab die punya packaging mekap memang super duper cute and casing dia pink colour y'all! haha kalau bab cute-cute punya packaging ni and lagi-lagi warna pink Ida memang sukalah!. sebab nampak comel je tengok :) and bila pakai boleh terus fefeling kawaii (comel) macam orang jepun :p


Kat event ni siap ada tutorial mekap dari profesional mekap artis  Meoki Tong tau!. Model dalam gambar ni blogger juga, nama dia Chanwon. Comel sangat dia pas dah mekap ^_^


ni masa upacara potong kek sempena 30th Anniversary Celebration 

Joyce Au, sales & marketing Manager dengan 2 blogger famous Chanwon and Cheeserland ;)

ni pula booth Canmake masa kat Beauty Expo hari tu.


ni kita Ida dengan dua top blogger Chanwon and Cheeserland :)

Ina pula bergambar dengan dua top blogger Chanwon and Cheeserland :)


ni kita masa kat booth dorang, saja test pakai lip gloss dorang ^_^

Just nak bagitau Canmake ni sebenarnya product kosmetik Jepun yang famous kat sana. Dorang punya best selling product is Blusher yang boleh pakai kat pipi and bibir juga!. Jimat i loikeeee ok! senang and cepat nak mekap kalau cenggitu kn? :p

Ni lah product dorang, tengok casing pun dah comel. Kalau pakai memang confirm kawaai la lepas tu .. ^_^





Ni pula Eyeshadow dorang, natural colour, I looike! bila pakai nampak comel and tak over bila mekap :)


Yang bawah ni pula Matte and Crystal Cheek, ada gambar kitaorang pakai mekap Canmake..hehe nak tengok tak? scroll bawah cepat!






Tahdaaaa..... ni pic twin dengan kawan kitaorang Nawal Nazihah. Twin pakai eyeshadow Canmake and Matte & Crystall blusher. Suka sebab tak heavy and natural je mekapnya. So cemana kawaii macam pompuan Jepun x? :p

so pada sesapa yang nak tahu info lanjut tentang Canmake boleh pergi terus kat Facebook dorang di : SINI
atau korang boleh terus google je. Insyallah semua tentang canmake nanti keluar. Oklah sampai sini je entry kali ni. jumpa lagi di next entry ya. 

Terima Kasih sudi baca :)



1 comment:

Carleed Danial said...

Akak berdua sangat cantik..tertawan bila melihat..first time singgah dan drop my comment..