Sunday, October 11, 2015

Fav Dessert Twin (Siri 1)

Siapa kat sini hantu deseert? angkat tangan! yayy kita geng *high 5* sapa yang geng dengan kita tu, bolehlah start baca entry ni dengan excited - nya. Hehe sebab Ida nak senaraikan tempat Fav dessert yang twin jujur sekali cakap memang kitaorang suka and takde bayaran satu sen pun untuk promotion tempat dessert yang kitaorang nak bagitau ni.

Sebab twin share tempat ni sebab nak korang pun rasa kebahagiaan yang macam twin kita (Ida) rasa bila dapat makan dessert sedap-sedap. Iyelah Ida ni hantu dessert, dia ni sejenis manusia yang bila dapat dessert sedap tu die akan *gigle* sambil cakap hmmp dapnya! dapnya! dapnya! hahaha sampai cenggitu dia punya happy bila dapat dessert. Haha sapa yang rapat ngan Ida taulah camna happynya bila dapat dessert sedap. Oklah ni kita senaraikan tempat fav dessert kitaorang :)



1) Dal Kom Cafe
 


Sebab dia nombor 1 : 

a) SEDAP (5 bintang twin bagi)

b) MURAH (kalau nak ikutkan portion dia yang banyak tu,mcm kat pic tu boleh share dalam 4 orang kot!)
c) SERVICE BEST and CEPAT especially kat KLCC punya branch!
d) Cawangan dia ada banyak, tapi fav twin kat KLCC tingkat bawah dari Kinokuniya ok :)


Harga dalam RM17+ 



2) Delicious


Sebab dia nombor 2 : 

a) SEDAP (5 bintang twin bagi, sebab tu dapat nombor 2)
b) Tak Berapa murah, but oklah sebab tempat die cun :p
c) SERVICE KELAUT and LAMBAT especially kat Mid Valley punya branch!
d) Cawangan dia ada banyak, tapi so far pernah try ni kat Mid Valley punya je branch lain tak pernah order lagilah. Tapi service kat tempat lain ok, cuma dessert ni kat Mid Valley je twin pernah order.

Harga dalam RM18+ 



                                     3) Coconut Ice Cream




Sebab dia nombor 3 : 

a) SEDAP (5 bintang twin bagi)
b) MAHAL (kalau nak ikutkan portion dia yang kecik cemtu dengan harganya!)
c) SERVICE BEST and CEPAT kat mana-mana cawangan pun cepat! bagus cemnilah kitaorang suka :) 
d) Cawangan dia ada banyak, tapi fav twin kat KL Sentral, kat foodcourt dorang. Murah beberapa hengget compare dengan jenama popular ice cream ni :)

Harga dalam RM12-15+ 



4) Waffle Food Court KLCC




Sebab dia nombor 4 : 

a) SEDAP (4.5 bintang twin bagi)
b) MAHAL (kalau nak compare dengan Milano kat KLCC foodcourt bawah tgv tu :(
c) SERVICE LAMBAT tapi staff bolehlah friendly 
d) Cawangan taktau ada berapa, setakat ni tau yang kat KLCC foodcourt bawah kinokuniya je. Tak ingat nama kedai, boleh cari stall die yang paling hujung ok :)

Harga dalam RM17+ 


setakat ni je kot twin review, yang ni sume memang fav twin. Kalau sama-sama suka alhamdullilah, kalau tak suka boleh jadi citarasa manusia lain-lain kan?. Jangan bash twin pula nanti kata tak sedap ke hape,  twin review jujur je. Suka-suka share dengan korang je tau ^^ 

Kalau ada sesiapa ada recommendation or berminat nak SPONSOR makan kat tempat best-best ke do drop us email at : idamansor@gmail.com or ienamansor1@gmail.com

Terima Kasih sudi baca :) 

1 comment:

Unknown said...

wah terliur nengoknye..hehe