Monday, November 9, 2015

Rebonding atau Relaxing lebih baik?

Kita orang perempuan selalu je suka dengan topik kecantikan, tapi perempuan kebanyakannya lagi concern tentang penjagaan muka dari rambut. Seriously Ida dulu pun macam tu, tak rasapun kecantikan rambut tu satu kepenting. Urmm..maybe sebab Ida pakai tudung kot? so takdelah rasa nak lawa-lawa sangat rambut tu. 

Tapi bila lama biar je rambut macam tu, takde rasa nak helokkan rambut ke hape membuatkan dalam diam Ida jelous dengan rambut orang free hair yang cecantik. Tipu kalau korang tak pernah rasa jelous tengok perempuan rambut lawa lalu depan korang. Tetiber terdetik kat hati, 'eh kalau rambut aku lawa macam tu kan best!'. Tapi kalau setakat hati je cakap macam tu tapi tak buat apa memang rambut takkan jadi lawa!. 

So dari situ Ida nekad, nak sendiri rasa cantik..apa lagi pergi salon dan terus decide nak buat rebonding. Kenapa rebonding dan bukan relaxing?. Mudah je, sebab relaxing die tak tahan lama, dah pernah buat dah..tapi entah rasa tak puas hati sangat walaupun rambut cantik nampak natural..tak lurus sangat..alahh dia jadi macam dalam gambar kat bawah ni : 


Masa first time Ida decide nak buat treatment rambut bagi cantik dan puas hati, Ida buat kat number76 ..hmmph bill boleh tahan jugalah. Tapi servis memang tip top la :)  Tapi dari situ Ida juga Ida tercari-cari kedai lain yang murah tapi berbaloi untuk kesan rambut helok jangka panjang. Sebab rasa macam nak buat selalu treatment maybe dalam 2,3 kali setahun? tengok pada rambut macamanala ;) sebab masa ni rambut Ida kejap jela cantiknya :p

so lepas tu Ida decide nak try kedai BIASA-BIASA je..yang tak glamour dan tak mahal pun. Why? sebab Ida nak try tengok kesannya macamana, bagus atau tak bagus. Apa beza hipster saloon A+ dengan salon biasa-biasa? jawapannya.. jeng jeng jeng..

Turn out salon biasa yang Ida buat untuk kali kedua tu jadi ok sangat!..haha sebab Ida buat Treatment Hair + Rebonding yang amik masa dari pagi hingga petang jugalah. Di sarankan korang buat masa datang bulan. Sebab korang takleh gerak atau keluar salon tu kalau nak solat masa ni..sebab memang lamaaaaa gila proses dua benda ni. Tapi hasil memang superblah! . Korang kena bagitau nak treatment hair yang best sikit (pricey sikit) sebab yang ni baru tahan lama. Kalau treatment biasa je dia takleh tahan lama sangat :) 

Total price Ida buat dalam RM100-RM200+ jugalah untuk dua benda ni, kalau kat tempat hister A+ tu confirm harganya lagi berganda-ganda. Cuma tahap servis kat salon Ida pergi ni tak berapa best, sebab cara dia buat agak kasar sikit.. kuku pula panjang. Sakit kulit kepala masa tengah buat tu T_T'

ni Ida buat sebulan before puasa tu dan tahannnnnnnn sampai sekarang :) memang puas hati, tapi pasni maybe nak cari saloon lain yang buat lembut sikit dan kuku tak panjang...huhu tak tahan kepala ni kalau kasar-kasar sangat ..

Kenapa Ida decide nak buat rebonding sebab rambut Ida jenis wavvy dan susahhhhh nak jaga, and bila buat rebonding die jadi kemas terurus dan senang nak jaga!. Mungkin ada yang akan kata rebonding akan buat rambut nampak macam penyek..well memang betul. Tapi tu mula-mula2 je, lepas seminggu die jadi macam natural je..cantik ;)

honestly dari korang habiskan beli shampoo mahal-mahal (macam ida dulu =_=') baik korang pergi salon buat treatment hair + rebonding.. lepas tu confirm rambut korang senang nak jaga!. And korang akan sayang rambut tu tahap teruk punya sebab rasa cantik jeee! kyahahaha ok ni over :p


by the way rambut korang akan jadi lebih kurang cemni lepas seminggu dua rebonding..oklah takdelah nampak penyet sangat. Natural je, janji kena PANDAI jaga!. Jangsan lupa lepas shampoo pakai conditioner dan lepas dah kering pakai SERUM ok!. Serum ni wajib sebab boleh buat rambut korang cantik lebih tahan lama :) 

ni jelah kot honest review dan tip untuk rambut cantik dari kita..kalau korang ada lebih tips yang berguna jangan segan-segan share ok? 

Terima Kasih sudi baca :)


Mahu sembunyikan kawasan botak dan dapatkan rambut lebat? TOPPIK ialah 
pilihan terbaik!
TOPPIK Hair Building Fibers – Rambut yang lebat dalam hanya 30 saat!




Kami tahu betapa sukarnya untuk keluar rumah kerana bimbang akan rambut menipis anda. Janganlah risau lagi! TOPPIK ada di sini untuk membantu!


TOPPIK Hair Building Fibers
Inginkan rambut yang sempurna tetapi anda sedang mengalami keguguran rambut? Rasa bosan untuk menyikat rambut ke tepi untuk menutupi kawasan botak anda? Anda tidak perlu berbuat demikian lagi! TOPPIK Hair Building Fibers ialah mikrofiber organik yang direka khas dengan teknologi Nano maju untuk membantu menebalkan helaian rambut anda. Serat-serat ini dikenakan tenaga elektrostatik untuk berfungsi seperti magnet dan tertarik pada rambut anda dengan erat sepanjang hari. Setiap serat diperbuat secara berbeza, memberikan anda rambut lebih lebat dalam hanya beberapa saat! Lihatlah lebih lagi di sini: http://toppikmalaysia.com/technology/.



Ini adalah jawapan kepada rambut yang sempurna tanpa bahan kimia yang berbahaya! Serat keratin organik tulen TOPPIK mempunyai protein yang sama seperti rambut manusia semula jadi. Malahan, tiada bahan tambahan dalam rumusan TOPPIK Hair Building Fibers, jadi serat-serat tersebut adalah hypoallergenic dan benar-benar selamat untuk digunakan setiap hari. Ianya tidak akan menyebabkan sebarang kegatalan atau kekeringan pada kulit kepala anda, bukan seperti kebanyakan produk penebalan rambut. Bukan itu sahaja, mereka tidak akan menyumbat liang atau mengganggu proses produk rambut lain, jadi anda boleh teruskan dengan rutin penjagaan rambut biasa anda selepas menggunakan TOPPIK Hair Building Fibers.

Masih tidak yakin sama ada produk ini sesuai untuk anda? TOPPIK Hair Building Fibers boleh digunakan pada semua jenis rambut tanpa mengira jantina. Ia juga tahan air hujan, angin, dan peluh, anda hanya boleh keluar untuk menikmati hari anda tanpa sebarang kebimbangan.


TOPPIK Hair Building Fibers pastinya jawapan anda untuk mempunyai rambut yang lebat sekali, dalam hanya 30 saat! Lawati https://toppikmalaysia.com/shop/ untuk melihat produk TOPPIK yang menakjubkan. Hasil yang luar biasa sedang menunggu! Jika anda masih mempunyai soalan mengenai TOPPIK, sila lihat halaman FAQ TOPPIK Malaysia di https://toppikmalaysia.com/faq/.  Ikuti kami untuk maklumat lanjut mengenai tawaran terhad!
Laman web rasmi: toppikmalaysia.com
Facebook/Instagram/Youtube: toppikmalaysia 

21 comments:

Unknown said...

saya prefer relaxing, beza dia dengan rebonding relaxing lebih natural.
rebonding dia akan iron terlalu lurus, saya lebih suka rambut saya nampak wavy, hehe... jadi memang saya prefer relaxing, saya memang pergi salon biasa2 je, tak banyak cawangan, melayu dan memang berbakat. memang berpuas hati! harga dalam RM160 gitu je.. kalau rambut pendek lebih murah :)

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

salon melayu memang murah..btw harga yg kt mention kat atas ni utk rambut panjang..tp tula die buat kasar. Kena cari salon lain yg murah tp best juga. Oh kt dh bertahun rmbut wavvy haha xnk dh wavvy :)

Mummy Julia said...

Mummy pun buat rebond gak... so tahan la buat satu tahun. tapi kalo nak tahan lg lama pakailahh serum rambut dan juga rajin pakai hair treatment tu..lembut je kepala pun ringan. hhehehe

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

hehe betul tu Mummy.. Ida pun selalu juga buat mcm tu :)

ina said...

salun mana yg ida buat kedai biasa2 tu, nak cuba juga :)

Unknown said...

halo...ble mnta pndapat.. sy tgah decide potong rambut pendek .. rmbut sy ne ada kembang sikit.. takut potong pndek nti, menggerbang, tula nak buat relaxing ja. tp ketahanan dia brp jangka masa ya?? kalau pndek, mesti lebih murah kn?

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

Hi Patricia,

Yep kalau pendek lg senang nak jaga and murah lagi kalau buat. Cuma kalau nak buat relaxing takdelah tahan lama sgt berbanding rebonding. Relaxing paling lama tahan pun dalam 3 days je..unless certain saloon yang tawarkan treatment yg tahan lama. Kalau yg tu maybe mahal sikitla..

Anonymous said...

Nak tnya.. buat kat kedai mana ye??

Unknown said...

Betulke relaxing tahan dlm 3 ari je? Die memang x macam rebonding lah eh? Kira macam ala2 treatment je lah kan? Sbb sekejap sgt tahannya.. so relaxing ni juz untuk org yg rambut memng lurus.. if from curly hair, xsesuai lah kan nk buat relaxing, sbb nnt 3 hari dah kerinting balik.. kan?

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

Yep betul...x sesuai untuk rambut keringting. Better rebonding tahan lama :)

Bunga November said...

Hai nak tanya,berapa jam untuk buat relaxing ya?

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

Relaxing kejap je x lama, dalam sejam mcm tu. Rebonding yg lama makan masa 3-4 jam kalau rebonding :)

Anonymous said...

salam, nak share skit. act relaxing n rebonding lebih kurang sbb ubat dia sama je cuma relaxing lebih kepada blow baru iron rmbut tu.

Anonymous said...

then relaxing tahan lama klo betul cr saloon tu buat. xdlah 3hr dh jd rmbut asal. hrga ikut saloon slalu relax n rebond hrga sama or lbih kurang. tq😉

Anonymous said...

proses nak buat relaxing pon sme mcm rebonding. +-jam. rmbut akan jd asal ble dia keluar rmbut baru n yg dh rrlax n rebond still lurus.

Anonymous said...

proses nak buat relaxing pon sme mcm rebonding. +-jam. rmbut akan jd asal ble dia keluar rmbut baru n yg dh rrlax n rebond still lurus.

Anonymous said...

salam. relaxing and rebonding lebih kurang sebab ubat dia sama je. masa dalam 3-4 jam jugak. harga 100-200 jugak. saya buat relaxing memang tahan lama. rambut yang baru keluar je akan jadi rambut asal. yang relaxing tu tetap lurus.

Unknown said...

sis, sye rmbut rosak. mngebang. dan keras.. kering juge serta rmbut sye pnjng... perlu bwt relaxing ke rebonding yea? and should i cut my hair?

Anonymous said...

Relaxing tu rebond ler, cumenye tang iron tu die mcm kurangkan sikit, biasenye buat utk rambut yang nipis supaye xnampak nipis sangat lpas rebond. Kalu yang 3hari tu buat iron je, bukan rebond.

Unknown said...

potong pendek pastikan paras leher atau bawah bahu sebb kalau potong paras bahu rmbut akan bengkok

JOI said...

Kalau lelaki cmne hrm malu lak nk g rebonding rmbut ni mcm rosmah mansur dh hrm leh ke