Saturday, October 10, 2015

Bestnya Lumunious Treatment Mbh Medispa!


Assalamualaikum korang, rasa macam dah berzaman lama dah tak update blog kita ni kan? hehe kalau blog ni rumah kita. Mesti dah berupa macam hape je..dengan bersawang dan berhabuk dek blog ni yang gara-gara lama tak update kott :p 


Yelah sekarang bila tanya kekawan kat fesbuk dan instagram, rata-ratanya ramai dah tak aktif and tak baca sangat blog dah. Kirenya semua sibuk dok layan instagram je kan?. Tapi still masih ramai je lagi pembaca blog tegar ni, kalau tak takkanlah blogger tegar lain yang famous kemain aktif post dapat job sana sini kan?.  

Oklah stop the babling part..mesti ramai curious yang nak tau apa Luminous Treatment tu kan? and apa yg best pasal treatment ni, and apa menda alah ni. Hiks mesti ramai taktau :p 


Sebenarnya Luminous Treatment ni fungsinya untuk mengembalikan seri wajah, kirenya muka kita yang kusam macam pucat tu akan jadi berseri-serilah pas buat treatment ni. Wajah akan jadi lebih bersih, mulus and berseri macam yang Ida cakap tadi :) Best ke tak best treatment ni? kalau tanya Ida, Ida bagi 5 bintanglah! sebab Ida suka sebab ada part yang die guna mesin untuk sedut muka kita tu..alahh yang macam vacuum tu. Vacuum tu die akan sedut segala menda tak elok dari muka kita tu, alahh apa lagi kalau bukan musuh kita macam blackhead and whitehad tulah. Pehh masa die sedut Ida bayangkan segala mak nenek blackhead tu die sedut tau..hehe puas hatilah bila depa buat treatment cemtu. Best part yang lain pula bila pakai mask khas dorang punya, sejuk je ^^ ni bukan mask yang sapu tu sampai tutup muka (yang ni Ida tak berapa selesa kalau pakai mask ni, entah takut sikit bila pakai..hehe :p)

before dan after memang korang boleh rasalah bezanya..korang akan rasa kulit muka korang lebih fresh dan tak lah rasa macam letih..kiranya rasa macam kulit muka kita lembap-lembap segar gitu...

dan paling best terasa kulit muka kita lebih bersih..bersihnya tak sama macam kita selalu bersih muka dekat rumah je tau..tapi bila buat rawatan ni rasa macam cuci abes semua kotoran yang bersarang kat muka ni tau..seronok sangat sebab dia siap vacumm+bersihkan muka+masker rasa macam sekejap je..tapi sebenarnya lama juga rawatan dia..twin buat almost 3 jam kat dalam tu! mana tak syoknya kalau lama dibelai-belai lembut macam gitu kan? siap tertidur lagi kat situ..

overall puas hatilah, treatment takdelah sampai kos ribu-ribu mak ooi..kire ok lagilah untuk orang yang  memang perlukan rawatan muka ni :) 


Kalau korang berminat nak tau lebih lanjut pasal treatment lain kat Mbh Medispa korang boleh view website dorang kat : http://www.mbhmedispa.com/

atau nak lebih cepat boleh terus usha Instagram dorang kat : https://instagram.com/mbh_medispa/?hl=en

Nak usha kat fesbuk dorang pun boleh : https://www.facebook.com/mbhmedispa1?fref=ts

Mbh Medispa ni ada banyak cawangan, yang Ida and Iena ni pergi cawangan Wang Maju yang punya :) boleh follow Mbh Wangsa Maju instagram kat : https://instagram.com/mbh_medispa.wangsamaju/

oklah sampai sini je entry kita, pasni nak cte pasal event cosmetic cute brand korea pula. Next week Ida update ye :) 

Terima Kasih Sudi Baca


No comments: