Thursday, November 29, 2012

Miss Perfection


Pembukaan quote dekat atas ni memang sangat sesuai untuk tajuk entry Ida kali ni. Iyelah trend untuk mencari kesempurnaaan ni memang makin menjadi - jadi sekarang kan? sebab tu produk-produk kecantikan ni  memang sangat laku di pasaran. Cuba korang bukak fesbuk, hmmph..rata-ratanya trend menjual produck kecantikan ni makin menjadi-jadi..losyen felinna inchlos lah. lamor, set adha lah and macam-macam lagilah.  Bukan tak elok....cuma kadang-kadang kalau kite terlalu obses nak cantik, and bila kite dah berusaha sedaya upaya nak kelihatan cantik..tapi still tak menjadi. Akhirnya kite akan jadi hampa...betul tak? 

Apa nak kan..dah kaum hawa ni memang suke kelihatan cantik! melainkan kaum perempuan yang suke pakai pakaian lelakilah kan..dorang xnk cantik tapi nak hensem. Macam tu pun tak elok juga, sebab melanggar perintah ALLAH yang mengatakan perempuan tak boleh berpakaian macam lelaki..huhuhu..dh masuk bab-bab agama pulak kite ni..

Mostly kalau kite tengok keadaan sekarang, orang yang mengejar kesempurnaan ni is perempuan. Perempuan suka nak mengejar kesempurnaan dari segi kecantikan, manakala lelaki nak mengejar kesempurnaan fizikal pada pasangannya. Ok tapi tu BUKAN SEMUALAH, pergh..siap buat capital word lagi..iyelah kang ada pulak kaum adam yang melenting kat sini yang cakap tak semua macam tu. 




ok cuba pula korang baca ayat dekat atas ni? mesti korang fahamkan maksud dia? jadi kalau ada sesiapa yang KUTUK, PERSENDAKAN atau BULI korang atas dasar fizikal tak berapa cantik..ingatlah ayat dekat atas ni. Sebab TIADA manusia dilahirkan untuk MENJADI SEMPURNA!!! 

jadi berhenti bersedih atas cakap-cakap manusia tu, biarkan kutukan-kutukan itu berlalu...sebab 'mereka' hanya AKAN GEMBIRA bila kutukan-kutukan mereka itu akan membuatkan kite SEDIH!! so BE HAPPY and show them yang kutukan mereka tu, tak langsung memberi kesan dekat kite! :) 

oh ya untuk pengetahuan korang, Ida pun pernah lalui kritikan-kritikan fizikal yang mana pada saat sekarang ni..Ida dah lali and Ida tahu..tiada manusia boleh jadi sempurna! and Ida TERSANGATLAH gembira bila ada manusia yang BOLEH menerima KEKURANGAN dan kelebihan Ida itu sebagai satu pakej yang mereka rasa adalah cukup sempurna di mata mereka. Ida lebih suka begini. sebab dengan menjadi 'kekurangan' ni hanya orang yang BETUL-BETUL nak menyayangi kite dan menerima kite SEADANYA sahaja yang akan menerima kite DENGAN IKHLAS!

Ida pernah juga lalui beberapa photoshoot dimana, masa Ida tengah pose ada some owner butik, mua ,model atau photographer boleh selamba komen cakap " Ida ada double chin, nampak tembam sikit, . Tak berapa cantik kalau nampak dalam gambar, tutup double chin tu dekat shawl atau inner neck eh" nampak ayat  ni simple tapi still 'makan dalam' sebab kite tengah elok-elok senyum depan kamera orang boleh selamba badak je 'kritik' depan kite macam tu kan? :)

Ada juga  yang msa tengah borak-borak, ada model kata ' eh u ni kurus gilalah!, tak makan ke? makanlah banyak sikit' ..*ni dah memang selalu sangat dah, sampai tak heran dah dengan ayat ni :) *

bukan tu je, tapi ade juga yang suruh edit gambar untuk bagi kite nampak kurus..muahahahaha kite yang berat 45kg or 46 ni dikata gemuk..perghh sungguh bez rasanya bila dikata begitu. Dah lama takde orang kate kite gemuk, selalunya dari KECIK HINGGA SEKARANG, orang asyik condem kata 'AWAK TERLALU KURUS!' so bila orang kata Ida gemuk, Ida suke. Ida anggap ayat itu positif, sebab tandanya Ida happy sebab boleh makan banyak..hihi :p 

kalau korang rasa SELALU kene BULI dengan ayat2 kata korang gemuk atau kurus. Ida pula dah lali kene kritik depan2 masa tengah photoshoot tau, dahlah kite tak boleh tunjuk muke stress atau muke ketat sebab nanti mood nak posing cun2 ala ANTM terus terkubur. Akibatnya nanti takut orang tak nak hired kite lagi da. tau. Pfffff.....so anggap je krtrikan manusia tu sebagai angin lalu....huhuhu ni penting supaya kite tak bertambah stress :) 

tapi kalau kite still jugak nak jadi sempurna atau nak sangat jadi cantik, korang boleh amalkan ni : 


so takdelah korang kecewa di kemudian hari kan? Ida doakan korang semua sihat-sihat sahaja, dan bahagia dengan apa yang korang ada. Percayalah bila ada orang menerima kite seadanya, kite akan lebih bahagia :) 

oklah terbebel panjanglah pulak! tujelah nak bebel ni..sorrylah sebab lamaaaaaaa gila tak update entry! bz giler sekarang..huhu tak sabar pulak nak tunggu nxt week! Oklah tu je..babai semua, have a nice day! 


Ok pic ni memang takde kaitan, tapi saje jugak nak tempek kat sini..saje nk bagi korang senyum sorang2 depan pc..tehee, oklah babai :)


Wednesday, November 21, 2012

Lamor, Idaman Hati!

Asslamualaikum semua,

Selamat hari Khamis! harap-harap korang semua sihat je..hari ni memang Ida super happy tau! nak tahu tak kenapa? ni semua sebab Lamor lah! masuk hari ni dah 4 hari dah makan. Alhamdullilah kesannya sangat positif, jerawat dah makin mengecil dan takde lagi jerawat degil tu nak hinggap. Baguslah kalau sebab Lamor ni jerawat rasa macam segan nak naik dekat muka!

eh mesti korang heran kan? Lamor tu apa? haa nak tau Lamor tu apa? Lamor ni sebenarnya adalah product kecantikan khas dari korea. Berfungsi untuk mencantikkan kulit muka kite ^^ ..huhuhuhu mana tahu lepas makan Lamor ni boleh dapat kulit cantik macam orang korea kan? hehe :p

nak tahu lebih lanjut tak mengenai Lamor?



haaa..pada siapa yang tak tahu macamana rupa bentuk Lamor tu..ha nilah dia Lamor! kotak pun dah cantik! apatah lagi rasa dia!  rasa Lamor memang SANGAT SEDAP!!! so takdelah rasa macam terpaksa nk minum untuk cantik! sebenarnya to be honest kan..Ida rasa macam nak minum banyak kali tau!. Sebab rasa die sedap sangat..huhuhu rasa dia macam rasa berry tu! masam2 manis sikit. I loike! :p


haa..maklumat kat atas ni pulak adalah khas untuk tatapan informasi korang..yelah dekat fesbuk kite dah banyak dok tanya. Lamor tu apa? ha jadi Ida dengan baik hatinya pun berkongsilah maklumat Lamor dengan korang. Baca jangan tak baca tau :p



ni pulak kebaikan Lamor ni! yang ni memang nak LIKE habislah! sebab ada banyakkkkkkk fungsi Lamor ni untuk kite tau..seriesly Ida sangat suka Lamor. Nak tahu kenapa? sebab waktu first day Ida makan Lamor ni..Ida 'datang bulan' so adalah jerawat besar satu ni kat pipi, tambah pulak dengan geng2 jerawat kecil die nak datang jugak..so dekat dahi and pipi Ida pun hinggalah segerombolan kecik jerawat kat muka =..=' eeesh geram betul! >.<

dahlah time tu Ida ada photoshoot untuk ABEERGARDEN & Hijabista! eeee..memang geram gila tengok muka kat cermin masa tu! tapiii nasib baik masa photoshoot Hijabista tu jerawat tu dah kecut! dalam masa dua hari je kot jerawat tu dah takut nk gemuk! huhuhu ni semua sebab Lamorlah! sebab tu Ida sangat suka Lamor :)

sorrylah sebab tak dapat ambil gambar before and after pakai Lamor ni..ni semua sebab 2,3 hari ni Ida  tersangat busy dengan design..kalau korang tengok fesbuk Ida yg first and kedua pn..dah macam suram je! mana taknya on9 tapi tak buat apa2 pun dekat fesbuk tu! dah macam orang tak aktif berbulan2 dah kat fesbuk tu! sebab tu ada komen yg Ida jarang reply. And inbox yang Ida tak balas! maaf sangat2! sebab Ida on9 pn hanya utk buat design sahaja! dari pagi saampai malam :)

so takde masa semua untuk berbual - bual kosong bebanyak macam dulu >.<  eh apa dah melalut sampai ke fesbuk pulak ni? berbalik pada Lamor..kite memang suggest korang minum menda alah ni..sebab die sedap and berkesan tau!! and Ida harap kesannya berterusan positif lah in shaa Allah :)

masuk hari ni dah 4 hari dah Ida makan tau..alhamdullilah semuanya berjalan dengan ok macam yang Ida mahu :)) walaupun muka tak selicin & sehalus macam pelakon korea lagi..tapi oklah dari first day muka Ida masa 'datang bulan' hari tu =.='

oh ya kat mana nak beli Lamor ni? boleh terus beli dekat fan page Lamor ni..kat mana? KLIK SINI :)

oh kat sini nak jugak Ida selitkan sikit testimoni dari pengguna Lamor. khas untuk rujukan korang..mana tahu nanti berminat nak beli kan? :)




oh ya, If ada sebarang soalan tentang Lamor, korang boleh baca kat gambar bawah ni..and guest sapa model dalam ni? the famous blogger Fyna!! 



oklah tu je rasanya nak kongsi dengan korang hari ni..insyallah lepas ni Ida akan update entry lagi ya! sayang korang semua! tak care peeps! :)

babai



p/s : Fatin Suhana pun pakai Lamor ni tau :) 


Thursday, November 15, 2012

Event Ratu

Hi semua,

Ingat tak dekat entry kali lepas Ida ada beritahu nak update tentang event Ratu? korang nak tahu tak macamana suasana kat event Ratu? nak tahu? jom baca entry kite sampai habis tau! hihi :p

event kali ni dibuat malam, pukul 8..alhamdullilah senanglah sikit nk solat ke apa kan..blh siap2 solat masa pkl 7 lebih mcm tu, lepas tu dah boleh bertolak trus ke Hotel Royal Chulan. Tapi tulah sampai lambat sikitlah..segan jugak sampai lambat dekat event tau, yelah selalunya kalau sampai lambat kn mesti semua orang tengok kite kan? dari waktu kite masuk sampailahhhhhhhhhhhhhhh dekat meja kite! memang akward betul masa tu. Nak jalan pun macam takut2..haha..:p

huhu...ni gambar hotel tempat event yang kitaorang kena pergi tu


tempatnya cantik! tapi memang tak sempat snap apa2 masa nak masuk tu, sebab kelam kabut punya pasal..yelah dah lambat kan >.<

huhu ni semua sebab kitelah yang sibuk nak membebel lama-lama dengan Iena dekat rumah..mana taknya die sibuk dah siap-siap mekap, kite pulak macam biasa sempoi je...rilek je macam takde apa nak buat..huhu kite ni memang jenis yang lambat siap. Sebab sebenarnya kite plan just nk pakai eyeliner and liptstick je, tapi dah iena menghasut kite untuk mekap..maka kte pun dengan malasnyaaaaa menadahkan muka untuk dimekapkan oleh Iena..hihi..

jangan tanya kenape kite tak nak mekap muke sendiri! sebab kite memang MALAS MEKAP! tak sukaaaaa!...hadooo leceh tau tak nk tempek2 bagai semua kat muka =.=' nak tanggalkan lagilah! lama! eeeei..sebab tu kite suke biarkan muka kite bersih dari segala bahan2 kimia tu..huhu..

tak kisahlah orang nak kata hodoh ke, selekeh ke..tapi yang itu itulah Ida Mansor..yang suke sesuatu yang simple tau!, cuba  tengok MARIA ELENA tu..tak mekap pun orang suke jeq die! 

sapa kata manusia hanya suka orang yang CANTIK je? hehe..kekadang kecantikan tu tak semestinya dilihat  dari penampilan, tapi juga dari hati kan? 

eh apa ni dah melalut banyaklah pula =.=' 

berbalik pada event RATU tu..kitaorang terkocoh2 nak bersiap, dengan kecoh dok tanya Iena ..tudung kat mana..cantik ke tak..comot ke tak..ala..biasalah perempuan. Bab-bab nak bersiap memang lambat :p

tapiiiiiiiiiiiiiii...kalau nak ikutkan adik kite bersiap lagi lambat! apa tah yang die belek kat rambut die tu..padahal pendek je..tapi xtau pesal lama sangat! =.=' 

eh..merepek lagi! ha meh sikit kite tunjuk gambar baju yang Ida pakai untuk event tu..senang sikit. Letak gambar sikitlah merepu-rapunya kan? hihi :p



Tadaa..handbag warna hitam + choc..ni handbag kesayangan kite tau, baru beli dekat wangsa walk, masa balik dari event Asylla hari tu.. Kite suka handbag ni sebab murah + cantik + berkualiti :) 


baju ratu dengan bawal, simple kan? :) 



ni kite jugak! close up punya gambar..hehe..cantik kan Iena mekapkan kite..hehe die mekapkan kite gaya smokey eyes! tapi Iena punya lagi cantik! sebab mata Iena bolat macam doraemon! suka comel tahu! *sambil cekak pinggang dengan gaya jeles, sebab mata Iena yang cantik.* 

ni pula gambar masa  dekat event tu...


Iena..mata die sepet dalam ni, sebab kite guna flash dekat handphone kite. Sorry Iena! tapi nak buat macamana..dah kite duduk belakang..gelaplah dari lampu..jadi nak ambil gambar pun tak boleh..sebab duduk belakang kan..handphone pulak x canggih..so xbolehlah nak ambil gambar dekat event tu bebanyak..




my fav artist kite! Tasha Shilla! suka die sbb die humble! tapi sedihnya tak dapat bergambar dengan dia tau..wartawan asyik nk interview die je :(


Tasha again :)


ni pulak Anzalna, orangnya kecik molek je! sama tinggi dengan kite je rasanya :)


tasha dengan sapa tah kat depan tu..huhu..tak ingat dah..


ni pulak orang yang duduk semeja dengan kite,,thank you sebab hantarkan kitaorng balik :) 


leuniey dengan apek..sama cantik, sama padan. Semoga kekal bahagia hingga ke syurga insyallah..amin :)


ni pulak kite dengan apek..


ni pulak Iena dengan apek :) 


kite dengan Marsha...


Iena dengan Marsha

ok kite tahu gambar dekat camera tak cantik..jadiii kite dengan baik hatinya nak kongsi gambar  majlis RATU dengan korang..so korang bolehlah dapat gambaran sikit macamana eventnya kan? 


pentas Ratu


owner Ratu Pn.Juwita + Ezuwan Ismail dengan barisan artis yang hadir :)

antara posing artis dengan baju Ratu..


marsha


anzalna


leuniey


duta Ratu tengah catwalk, Wilma ..


Tasha masa catwalk 


Misha Omar masa nyanyikan lagu bunga-bunga cinta, suara die sedap gilos! 


Noryn Aziz masa perfom..macam biasa suara die memang memukau! sedap sangat!


pengacara sepanjang majlis :)



ni pulak invitation kad :)

kat bawah ni pulak gambar cenderahati yang kitaorng dapat dari Ratu masa pergi event die tu..




ni semua isi-isinya...hihi yang melucukan is kitaorang dapat paket 'ubat kuat lelaki' tau..hihi masa kitaorng tengok paket tu..perghh..memang dah gelak gila-gila lah! hihi nak buat apa pun dengan ubat tu..haha bukan guna pn! last2 kitaorang saja gurau2..kitaorang pergi bagi kat abah kite..haha abah kita apa lagi..gelak besarlah die masa tengok tu!! hahah hadooo kecoh satu rumah pasal menda tu tau..haha sebab lawak kan dapat menda alah tu..tapi dapat kupon and tudung..bezlah..oklah alhamdullillah rezeki kan :) 

kesimpulannya event ni ok..tapi lagi bez kalau kita ada geng masa pergi kat event ni..takdelah mati kutu kat sana nanti..sebab tak kenal sapa2 kat sana. Kecuali Pn.Juwita..tp dah cukup berterima kasih dah ni sebab dapat pergi dekat event mcm ni..makanan sedap, tempat cantik dapat cenderahati lagi..oklah besh! harap2 lepas ni ada lagi rezeki jemputan cenggini ya..hehe :p

oklah sampai sini je, insyallah pasni kite update entrry lagi yerp ^_^

babai..


terima kasih sudi baca, lain kali datanglah lagi ya! ^_^





Monday, November 12, 2012

Asylla Collections? Terbaiklah!



Pernah dengar tak nama Asylla Collections? bagi pada sesiapa yang tak pernah dengar, meh Ida nak cerita dan berkongsi sikit apa tu Asylla Collections :)

sebenarnya Asylla Collections ni kan, adalah jenama yang menghasilkan dan menjual himpunan baju-baju kurung yang SUPER OHSEM dan SUPER CANTIK! dahlah berpatutan! tak caya? meh tengok sikit baju2 yang dijual dekat Asylla Collections ni..





selain tu..ada banyakkkkk lagi baju die yang cantik2..tapi takat tu jelah Ida tunjuk ye. Sebenarnya bukan je nak cerita tentang collections dari Asylla Collections ni tau, Ida jugak nak cerita tentang jadi Bridesmaid masa kenduri kahwin Kak Asylla! 

huhu..kak Asylla tu owner Asylla Collectionslah..jom tengok gambar kitaorng masa jadi bridesmaid kat restoran Seri Melayu :)


me dengan kesayangan :)


lagi sekali bergambar berdua..hehe..


Iena, Fifi dan Farah Zulaikha..akhirnya dapat juga jumpa Farah! lama gila kot tak jumpa dia! 



ni Farah dengan kitew, masa ni kitaorng tengah tunggu Pengantin siap2 mekap..huhu..sempat lagi bergambar dalam bilik pengantin tau..hihi :p



the bridesmaids! opps kite and iena xde pulak dalam ni....


iena dengan farah yg chomel! 


bertiga! sapa nak? pilih cepat! hihi :p


bertiga jugak..cuma kali ni kat tengah2 tu dah tukar orang dah..hihi..


gadis jelita, farah & fifi :)



twinnie, fifi & farah...kite yg paling ujung..ye saya tau saya nampak sangat tembam disitu..oklah tu..tembam namanya happy..eh happy ke? =.='



 last..haruslah pic kawen!! TAHNIAH kak Asylla sebab dah kahwin, baju cantik, pelamin indah, pengantin perempuan jelita dan hensem, bridesmaid pun gojes2 (eh puji diri sendiri pulak..keke :p) makanan kat wedding pun sedap2 tau! 

kesimpulannya Ida & Iena sebenarnya nak wish....

SELAMAT PENGANTIN BARU kak ASYLLA!

kitaorang doakan SEMOGA BAHAGIA HINGGGA ke SYURGA tau! 

thank you sangat-sangat atas peluang yang Kak Asylla pernah bagi kat kitaorng untuk gayakan pakaian Asylla...kitaorang amat hargainya ^_^ 

dah lama dah rasanya kawan dengan kak Asylla, dari kak Asylla bujang hinggalah bergelar Puan..harapnya lepasni bahagia-bahagia selalulah ya. Cepat2 lah dapat baby, nanti kitaorng bolehlah jadi mak angkat baby kak Asylla nanti..hihi :p 

ha sebelum terlupa, nak juga selitkan gambar-gambar dekat majlis perasmian butik kak Asylla ni..jom layan gambar2 masa dekat perasmian butik Asylla ni.. :)



model tengah catwalk, menggayakan baju2 dari Asylla Collections..






ni model namanya Izah, kawan kite..lama dah x jumpa! tapi dapat jumpa die pun kejap sangat =.='



antara2 baju dekat butiknya..


nampak tak reben tu? kitaorng terlepas masa majlis perasmian..huwaa..xpelah janji kitaorng tetap datang untuk berikan sokongan! tehee ^_^


butik Asylla..


model & owner Asylla Collections..


twinnie dengan kak Asylla! 
hehe kitaorang pakai baju kurung dari Asylla Collections, cantik tak?  tapi gambar macam tak berapa jelas? 
ok nak tengok lebih jelas? 


haa cukup jelas tak? kat gambar ni kitaorng hanya pakai lip balm + gincu yg x bpe nampak kalernya..entah nape x nampak..huhu..maybe faktor cahaya kot? and just eyeliner je! no founndation or mekap bagai2 yerp.....malas plus tak suke mekap! lebih suker simple begini..inilah saya Ida Mansor! kecuali Iena..die tu suke mekap, giler mekap! event malamnya dekat Hotel Royal Chulan pun..dielah yg memujuk kite untuk mekap tau! nasib mekap..sebab tetamu semua malam tu rata-ratanya berpakaian vavavom..huhu faham tak maksud kite? 

tapi pasal event kat Royal Chulan tu next entry Ida cerita ya ^_^

oklah sebelum  mengakhiri entry kali ni, kite nak selitkan sedikit info macamana and dekat mana korang boleh cari Asylla Collections ni..meh scroll bawa cepat..

Web : Klik Saya
Butik : Jalan Wangsa Delima 2A, Seksyen 5, Wangsa Maju

oklah tu je nak bebel untuk kali ni..oh ya last but not least Ida nak selitkan juga doa untuk kesihatan yang baik, khas buat pembaca2 tersayang dan kawan-kawan yang kite yang ohsem ni! semoga korang semua sihat sentiasa tau! taknak korang sakit2 macam kite ni..selesema + pening tak berhenti2..berhari2 dah cenggini. Sebab tu kite amik insiatif untuk korang amalkan doa ni, boleh baca setiap pagi, petang ataupun malam :)


credit dari blog : aku seorang oku

bye selamat hari Isnin semua ^_^