Monday, June 3, 2013

WHY?


Bila kita duduk kat dalam bilik sorang-sorang, kadang-kadang mesti ada je perkara -ve yang akan terlintas di fikiran kita. Kita akan fikir 'eh kenapalah aku tak pandai macam orang tu?', 'ish kenapalah aku tak cantik macam dia?' atau kita selalu je fikir macam ni ' kenapalah aku tak kaya-kaya even aku dah berusaha kuat pun?' 

and soalan akhir mesti korang akan tanya ' kenapa?, kenapa and kenapa??? 

mesti korang pernah terfikir macam ni kan? jangan tipuuu..kita tahu mesti ada je antara korang yang pernah terfikir benda - benda macam n kan? . Kalau tak macam ni pun..mesti korang pernah terfikir tentang benda-benda lain kan? 

kita selalu je nak mempertikaikan kenapa kita tak perolehi 'bertuah' macam sesetengah insan tu. Tapi sebenarnya kita tak tahu yang orang yang kita rasakan bertuah tu pun mungkin sedang menghadapi 'ujian' dari ALLAH yang kita tak pernah sangka.

Kita aja yang terlalu asyik dan terlalu leka akan dunia ni yang akan bertanya soalan2 begitu. sampaikan kadang2 kita tak sedar bahawa pertanyaan kita tu boleh membawa kepada ungkitan pada apa yang diberiNYA.

ALLAH...harap2 dijauhkan sifat2 begitu..sama2 kita cuba berubah menjadi yang lebih baik ok?

nak dijadikan cerita..nak juga Ida berkongsi sedikit pengalaman hidup ni..supaya kalian tahu tak semua rumput diseberang yang kita rasakan hijau tu..seindah hijau di bayangan kita :) 


Kita tak mahu membangga diri mahupun nak berlaku riak..tapi kadang2 kita selalu juga menerima pujian. Ada yang pm di facebook mengadu mengapa diri tak secantik kita..aduhai sayangku...Ida  ni pun hanyalah manusia biasa. Yang cantik itu bukan terletak pada rupanya, tapi pada manusia yang reti menjaga imannya. Kadang2 Ida cemburu melihat wanita lain yang berpakain purdah dan sopan..'ah..dalam hati selalu terusik, cakap susahnya nak pakai macam tu!.' Ida selalu kagum dengan mereka..kerana mereka berjaya berusaha dalam menjaga iman sebaik mungkin! 

nak dibandingkan dengan kita? ah..memang tak layak nak dibandingkan..bagi Ida wanita begitulah cantik. Ya mungkin tidak pada mata sesetengah manusia..tapi pernah dengar tak 'Beauty is in the eye of the beholder'? 

TAK CANTIK DIDUNIA takpe..insyallah kalau kita usaha bolehlah kta cantik kat Syurga kelak..ceewahhh..itulah impian semua WANITA kot kan,kan.kan? 

berbalik pada cerita di atas, nak aja Ida beritahu pada mereka..sekurang-kurangnya mereka CUKUP SIFAT...Ida tak sesempurna mereka. Mereka pnya penglihatan mata yang jelas, pendengaran yang normal..dan kadang2 tahap pendidikan yang tinggi. Mereka sepatutnya berasa BERTUAH kerana memiliki 'bertuah' seperti itu. By the way, kalau setakat cantik tu baru nak dikatakan bertuah..apa yang susahnya...pergi jelah beli alat make up, baju cun2 plus pergi spa bagai..cantiklah  dah. Tapi cantik manapun muka kita..kita takkan menjadi indah di pandanganNYA kalau IMAN kita tu tak terjaga.

ayuh jaga iman kita, insyallah kita sama2 boleh menjadi wanita yang cantik. Ida pun banyakkkkkkkkkkkkkkk gila yang perlu diperbaiki untuk menjadi indah di pandanganNYA. Aduh..susah memang susah..tapi haru juga mencuba kan? 


kalau nak difikirkan betul-betul...korang nak ke jadi manusia betul sebijik macam BARBIE ni? korang tak rasa ke kelebihan BARBIE ni hanya satu? dan kelebihan dia hanyalah 'CANTIK'. Hidup bukan semata-mata untuk cantik, tapi kehidupan ni lebih bermakna daripada lukisan 'cantik' dimuka kita tu. Sebab kecantikan  ni akan pudar, yang tinggal hanyalah diri kita yang 'dalam' ni :)

apa pula lahai..Ida bebel malam2 ni..cuma Ida tak suka bila ada sesetengah manusia yang benci diri dia hanya sebab ni. Ida sedih tau..ish tak sukalah. Kita kenalah sayang diri kita, barulah orang lain boleh sayang kita :) 

ktorng twins dulu pun life tak hebat mana, belajar takdelah pandai macam sedara kita yang lain..pendek pula pun! dahlah perihal agama pun cetek..apalah yang nak dipandang sangat dengan manusia macam kita neh. Kereta habuk pun takde..hahahahaha...memang life kosonglah orang cerita. Tapi takyahlah sedih2 dengan sebab2 cenggitu..usaha sudah. Tak yah pening kepala fikir semua tu. Kang kalau fikir masalah ni rambut boleh gugur tau! and masalah mana pernah HABIS betul tak? betul kan? :p

so kita kena CHILL jelah *ingat tu ida, (cakap kat diri sendiri ni) * huhuhu..so pada siapa2 yang tengah 'serabut' jangan sedih2..chill aja ok? jom layan video ni..mana tahu boleh release tension ke. Sebab kita suka tengok kucen comel2 kalau tension..huhu boleh hilang stress. P/s : kita berangan nak kucen pandai macam ni. Ada sapa2 nak bagi x? beznya lahai kalau kita tengah penat-penat dia urut kita camni. Hilang stress kot! jeles dah ngan gurl dalam video ni tau! 


oklah takat ni je kita nak bebel..takut pula korang boring kalau baca lama2..k la babai..*badan dah penat gila, kerja tak pernah habis. Nak update blog tak dapat2..maaf!. Ida n Iena akan try update selalu ya. Tupun kalau tak penat :(* 

huu..bye semua! 

tc~ 

XOXO 
IDA MANSOR


20 comments:

nia_cheroniah said...

Kenapa bila kita tgk ida iena, kita teringat kat Taylor Swift ek? Kenapa??? hehe..btw good entry. Alhamdulillah..sentiasa bersyukur :)

zainatul abu bakar said...

Hurm..betul, lumrah manusia. tak pernah puas. masing2 ade kelebihan tersendiri kan. Orang cantik bukan perfect, manusia tak sempurna.

Fara Haanna said...

betul tu...sepatutnya kita hargai diri kita kan...:)

http://farahaanna.blogspot.com

Sabar said...

motivasi pagi..tq ida.rasa naik semangat i nak start keje:)

Munirah Rafiuddin said...

mmg kdg2 ada pikir...husband sll pesan, jgn merungut nnt DIA tarik balik segala nikmat & rahmat yng di berikan...

~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

Anonymous said...

Attractive section of сontent. I just stumbled upоn yοuг blog and in accеssion capital tο аssеrt that
I get in fact enjoyed aсcount уour blog postѕ.
Any waу I will be ѕubsсribing tο yоur
augment аnd еvеn I achievеmеnt you аccеss consistently quicklу.


my weblοg :: Rome is actually a good spot to check out. Ancient rome Resorts

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

nia_cheroniah- erk taylor swift kah? wahhhhh sama ke? ok jangan cakap macam tu nanti kite terperasan sendiri..keke :p

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

zainatul - betulll! agree :)

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

Farra Hanna - betul3 :p

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

sbaar - sama2 dear...so sorry asyik delay photoshoot :(

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

Munirah - itulah..kt pn takut juga kalau tiba2 nikmat tu ditarik balik >.<"

nia_cheroniah said...

A'ah.seriously bila tgk korang, teringat kat Taylor Swift.maybe tang mata kot. cute je :) ok, tercakap lagi.hehe :P

yutaka said...

as salam.

sebenarnya setiap rezeki kita Allah tentukan. Tetapi kita boleh ubah nasib kita dengan usaha, doa dan tawakal. Jangan risau akan kekurangan diri kerana setiap kekurangan ada hikmahnya.

jika kita merasa kita rendah diri dengan kekurangan diri, cuba fikir sejenak mengenai kekurangan orang lain yang lebih "buruk" daripada kita. Di sana kita akan bersyukur.

beruntunglah bagi mereka yang bersyukur. Jika kita bersyukur, insya Allah, rezeki Allah akan toing toing melantun lantun ke arah kita.

Anonymous said...

Please let me know if you're looking for a article writer for your blog. You have some really great articles and I feel I would be a good asset. If you ever want to take some of the load off, I'd lοve to ωrіte sоme articles for yοuг blоg in exchangе for a
link bacκ to mine. Please blast me аn emаil
if inteгestеd. Thanks!

Look into mу weblog :: Last second Lodge Reservation

Anonymous said...

Wοw, amazing blog layout! Ηow lοng
havе уou bееn blogging fοr?
you madе blogging look easy. Thе ovеrall look of your
websіte is excellent, аs wеll as the content!


Takе a look at my web рage: Fгance Vacatіоn Guiԁeboοk []

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

Nia Cheroniah - lol..maybe sbb mata taylor swift mata kucing kot...hihi :P

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

yutaka - setuju dgn apa yg awak kata :')

Rei said...

Betul juga tu point akak twins ni.
mcm saya ni, dulu dok sibuk bandingkan dgn kengkawan. Akibatnya saya telah menjumpai satu resepi utk menangininya iaitu dengan mencari hobi baru yg diorg tak ceburi. boleh la eksyen dgn diorg nanti. eheheh

Norhidayah MI said...

Xmo stress stress ye cik ida...
Macam saya, Selalunya saya sendiri yang tak pernah puas hati dengan diri sendiri...
Tapi, hakikatnya, orang lain selalu nak jadi mcm saya (eheh...perasan sendiri plak, ni namenye nak sedapkan ati, sentiasa pk positif)

Hehe...
Saya follow kat sini ye ♥♥♥

haz said...

nice entry. stuju sgt2. kecantikan iman tu yg septutnya kte cri. mmg tipu la kn kalau kte haz x jeles tgk org yg cantik2 ni. tp bila fkr blik btol jgkkn. kire untungla kte ni cukup n sempurna sifatnye. ^^