Wednesday, October 10, 2012

Oh my Facebook!!


Rata-ratanya manusia zaman sekarang ni kan.. bila tengah online tu mesti wajib bukak FACEBOOK kan? kalau tak facebook korang mesti hari-hari online TWITTER, betul tak??? kite bet sapa kata tak betul tu memang manusia ketinggalan zamanlah orang kata. Betul tak? ok mesti korang angguk lagi sebab setuju dengan apa yang kite kata..hmmph..nampaknya memang jangkitan facebook dah menjadi-jadi lah sekarang..

tapi..ade juga manusia yang tak suka facebook, sebab dorang kata banyak keburukan berbanding kebaikan, ok tu ade betul juga. Tapi kalau kita pandai guna fesbuk ni ke arah kebaikan..banyak manfaat yang kita dapat tau..haaa tapi macamana nak dapat kebaikan semua tu?

senang jek..post lah menda2 yang elok..insyallah orng lain akan terikut-ikut perkara baik yang kite nak bagitahu tu..ade juga orang yang pandai berbiznes ambil kesempatan buat biznes melalui facebook..untungnya pulak tak yah cakaplah. Mesti banyak!!  

tapi hari ni kite bukan nak cerita tentang untung and rugi..kite cuma nak luahkan sedikit ketidakpuashatian kite terhadap pengguna fesbuk sekarang.. haa tapi apa dia? jom baca contoh kat bawah ni :

Contoh 1 :




Contoh 2 :


contoh-contoh gambar kat atas ni lah yang buatkan kite rasa macam nak muntah baca post-post dorang tau, terasa manusia zaman sekarang ni dah macam takde sifat malu dah tau..sifat-sifat sopan sebagai seorang muslimin dan muslimah pun dah takde. 

Cubalah anda-anda bayangkan kalau - kalau tetiber ade bakal-bakal mentua korang ke terbaca post-post korang post ayat-ayat cenggini, korang rasa apa yang dorang akan fikirkan? hmmph..kite tak mahu bagitau apa yang bakal mentua-mentua tu bayangkan, tp kite rasa korang sendiri dah boleh imagined and fikir kan apa yang dorang fikir tentang manusia2 yang post status seperti di atas ni..

entah2..masa bakal boyfie or gepren korang bawa jumpa mak bapa dorang, tetiber mak die ajak anak die ke dapur cakap cenggini :





' esh mak tak berkenanlah dengan kawan yang kau bawa tu, ade ke die post kat status pasal beli baju-baju tidur semua..dah tu dok tayang-tayang kat fesbuk sume. Kalau nak jadi satu hari nanti korang bercerai entah2 kau punya 'barang kecik' warna apa pun  nanti die nak bagitahu kat facebook..esh malu mak kalau mak long kau semua baca post-post mcm tu..zaman sekarang ni siapa yang takde facebook? '

ok itu sajelah bayangan yang kite bagi, kite takdelah nak cakap manusia cenggini tak baik atau tak elok..cuma kite rasa percakapan yang sopan itu adalah salah satu asas dalam mendidiik kite untuk menjadi insan lebih sopan dan lebih baik pada masa sekarang & masa hadapan. Sebab setiap insan itu dilahirkan berpasangan, akan tiba suatu saat nanti anda. anda dan andalah yang akan mendidik generasi baru yang akan datang. Kalau kita tak betulkan diri kita sekarang, bila lagi kan?  :)


Pinned Image

Ida suka ayat kat atas ni ' Be Classy' nak jadi 'class' tak perlu kot rasanya beli baju berjenama mahal-mahal, cukup sekadar dengan menjaga perlakuan dan cara kite bergaul..insyallah lambat laun orang sendiri akan melabel kite dengan tanggapan ' class' lah die ni..cara die bercakap dan bergaul buat orang adore dengan dia. 

Contoh orang yang Ida rasakan 'class' ialah : 


Hana Tajima



kenapa Ida cakap dia 'class' sebab cara dia berpakaian pun dah stylo + cantik.. tambah pulak dengan perlakuan dia sopan and tutur kata dia lembut..adoiii sapa-sapa yang tengok pun boleh tertawan tau! 

Ida adore dia..suka tgk dia,...:')

oklah Ida tak nak membel banyak-banyak, takut pula orang kata Ida ni nak menunjuk pandai ataupun nak tunjuk baik..cukuplah sekadar sedikit teguran dan peringatan dari Ida ni..Ida juga punya banyak kekurangan dan kesilapan yang pernah Ida buat. Tegurlah Ida jika andainya ada suatu masa nanti Ida terleka dan tersasar dengan nikmat dunia ni..nasihat menasihati itu adalah suatu perkara yang baik. Sesungguhnya  Ida suka dengan kawan-kawan yang suka mengajar dan mengajak Ida ke arah kebaikan :') 


setiap manusia tak lari dari kesilapan, tapi hanya kita yang akan menentukan sama ada mahu berlajar dari kesilapan ataupun terus leka dengan kesilapan kite

Pinned Image

akhir kata dari Ida :

Pinned Image

selamat hari khamis semua, semoga kita sama-sama dapat berubah lebih kearah kebaikan dan menambahkan imej positif pada diri kite. 

Oh ya sebelum Ida akhiri entry ni, nak Ida selitkan sedikit pesan ya..nasihat dan hentaman itu adalah dua perkara yang berbeza ya. Jika kamu tidak dapat membezakan antara hentaman/ kritikan ataupun nasihat, jadi apa yang anda akan dapat hanyalah dosa dan bukannya pahala :')

salam manis buat semua. Jumpa lagi di next entry.





11 comments:

Ieqahgajah said...

ohh baik cik ida..hehehee

Nor Zilla Sensei said...

saya juga adore dgn twins comel ni.hehe

haz said...

stuju sgt dengn apa yg ida ckp tu. sekarang ni semua benda org nk post kt facebook. even g toilet pun. haihh.

kalau haz memg tiap kali buka lappy akan buka facebook terus sebab memang dah settingkan macam tu. hihi. tp bukak fb tak bermakna tgk fb. post status kt fb pun dah jarang gila2. macam fb tu dh xde gne. just as a medium tuk contact kwn je. hee.

be classy ^^ setiap orang ade class yang tersendiri. n btul ckp ida gak. tak perlu nk pkai brg branded untk mendptkn title 'high class' tu. n just b urself is better than copying another. buat identity dri yg tersendiri mcm hana tajima ni br la ok kan~ suka dia gak! hehe <3 =)

ana said...

setuju sgt..

facebook da mcm diari da diorg buat. aiyoo.. kne cover2 sikit :D

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

Ieqah :D

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

Nor Zilla : awww maseh sayang <3

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

ana - kannnn!!! kite pn rasa mcm tu >.<"

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

haz :

tau xpe! pegi toilet pn kadang2 dorang nk cerita kot! kadang2 berapa kali pegi buang air besar pn nk bagitahu! adoiii spoil mood betul bila terbaca tau! >.<

yup2 betl tu apa yg haz ckp..kite pn suka Hana Tajima die jadi diri sendiri plus pandai jaga diri. Suka sgt tengok dia <3

Eyesha Zaidin said...

salam
hi ida/iena!!


yup! memng betul!! ^^..lagi tak best ayt budak sekolah post kat status..huhuhu


sha suka twitter, kat situ bnyak kata-kata semangat.Simple dan kita boleh rettwet ayat yang sopan dan bagus

nadiaazira said...

betul tu, kena ade class tersendiri supaya org respect kita...
and facebook, memang kena hati2, jgn nak suka2 post sbb kdg2 mcm2 perkara buruk boleh b'laku akibat status kita tu...

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

Nadia - i setuju dgn apa yg u kata tu :)