Saturday, January 5, 2013

Sabun Gluta Kojic + Dalacin - T

Hai semua, kali ni Ida nak share tentang ubat jerawat terbaru dan skincare product yang Ida guna tau. Uh well maybe ada yang akan rasa was-was dengan testimoni Ida ni..jadi Ida akan try sebaik mungkin untuk jujur dengan korang ok? plus entry kali ni tak berbayar pun tau..huhu saje je nak kongsikan dengan korang. Sebab kita akhir-akhir ni jerawat kat muka macam makin naik, sebab dah selalu giler sangat mekap untuk photoshoot kan + ke malas nak pakai mask..so tetiber jerawat besar dah tunjuk taring dah! Dia pergi serang muka kite dengan geng2 jerawat die yang lain..ish memang geram betul! bila tengok cermin rasa nak ketuk2 je cermin tu sebab jerawat punya pasal =.=' 

korang mesti pernah rasa yang sama macam kita kan? baru2 ni kita ada try sabun gluta kojic tau, sabun die untuk hilangkan jerawat dekat muka. Uh well mula-mula pakai rasa macam tak confident je jerawat ni boleh hilang, kita dah redha je masa tu..masa pakai sabun ni kan.. kita just doa semoga jerawat ni cepat kecut + hilang + and takde parut..iyelah sebab kita takde magic macam Harry Potter yang boleh bagi jerawat hilang poof macam tu. (yang ni kita selalu berangan tau, kan bagus kalau boleh macam tu kan? :p ) disebabkan kebolehan Ida untuk menghilangkan jerawat ni terhad..so salah satu cara Ida nak hilangkan jerawat is kita guna sabun Gluta Kojic ni lah...

nak tahu bentuk die macamana? macam ni ha..



die besau tau..boleh tahan beberapa bulan, sesuailah untuk harga RM35...
kalau nak jimat korang potong2 lah bagi kecik..yang lain tu boleh simpan dulu. Dah habis boleh guna yang baki die lagi. Jimat kan? :)


Ok so far pengalaman Ida guna sabun ni kire oklah....Ida takdelah nak kata jerawat ni hilang *pooof* macam tu dalam beberapa hari..dia ambil masa dalam 2 weeks jugaklah untuk betul2 jerawat tu kecut + pudarkan parut. Sebab sabun ni bukan magic, die cuma membantu untuk menghilangkan jerawat. Sebab Ida rasa sabun ni ok dengan  Ida sebab jerawat Ida tu die tak tinggalkan parut + die cepat kecut bila Ida guna sabun ni.

Tapiiiiiiiiiiii...Ida tak guna sabun ni je, Ida guna sekali ubat jerawat Dalacin - T dalam seminggu macam tu, lepas tu rasa die macam lembab sangat nak bagi kesan then Ida bertukar pada ubat jerawat ni :


ni kawan kita yang rekomenkan..Ily Yahya nama dia.

Ubat jerawat ni pun tak magic jugak, dia perlukan masa dalam 2 hari macam tu (selalunya 1 hari dah kecut untuk jerawat tak berapa besar) tapi Ida cakap 2 harilah..sebab tak nak bagi korang harapan pelesu :) The best thing tentang ubat jerawat ni, dia tak buat jerawat kita tu tinggalkan parut, and bila selalu giler pakai menda alah ni die buat jerawat kita tu macam rata balik tau. Tapi still lah takes time untuk betul2 hilang parut jerawat tu. Iena (kembar) kita kata, die punya jerawat parut tu susah nak hilang walaupun die pakai ubat ni..maybe sebab dia tak pakai sabun gluta kojic yg macam kita pakai kot? entahlah..tapi kita punya parut makin pudar..maybe sebab ubat ni atau Gluta kojic pun kita tak pasti..cuma setakat ni kulit kita oklah..takde bagi masalah sangat dengan combination sabun Gluta Kojic + Chloramphenicol.

Tapiiiiiiiiiiiiiiiii...kulit kita tetap TAK FLAWLESS macam dalam gambar2 yang korang tengok tu tau, masih ada lagi jerawat kecik2 yang degil tak nak lepaskan muka Ida ni =.=' kat gambar nampak flawless sebab guna camera hp je kan..camera cikai2 je pun. Sebenarnya masalah Ida sekarang ni cuma nak hilangkan jerawat kecik2 je. Aish kene usaha lagi teruskan pakai menda alah ni jugak. Kalau tak..hmmph kne cari ikhtiar lainlah :')

Oh ya kita jugak kene rajin kerapkan pakai mask shi sheido yang Ida & Iena jual tu..baru kulit muka tak bagi masalah, kalau tak..hemmph..die mengada-ngada buat protest kuarkan jerawat dekat muka. Aish geram betul =.='

huhu itu jelah rasanya menda yang Ida nak kongsikan..takmau bebel bebanyak sebab takut korang boring baca entry kali ni kan..btw kalau korang ada pengalaman atau ubat mujarab yang korang rasa elok untuk bebaskan dari jerawat kat muka ni.bolehlah kongsikan dengan Ida ya. 

K lah tu je..babai semua..have a nice day y'all :) 


p/s : tempat komen kat atas sebelah kanan kotak kecik entry ni :) 




Nak beli  Sabun Gluta Kojic boleh KLIK SINI

ubat jerawat tu pulak beli kat farmasi WATSON je. RM3.50 :) 

19 comments:

Yuyu Zulaikha said...

aik.. eye ointment jadi ubat jerawat??? woaa.. yuyu hari tu jadi ketumbit, memang tahu la pakai eye ointment, sebab untuk mata, tapi tak tahu pulak boleh jadi ubat jerawat! best!

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

boleh syg..dia boleh digunakan utk jerawat sekali :) so jgn buang ubat tuh ble x abes lg :)

Ana Farhana said...

aalaaa.. xde petua pulakk.. huu

MuslihahHassan said...

Kak Ida cer buat petua lama untuk hilangkan jerawat kecik-kecik tu. In shaa Allah tade effect kat muka :)

Tyyra Lambert said...

sabun tu beli dekat mana? ubat tu?

Tyyra Lambert said...

sabun tu beli dekat mana? ubat tu?

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

Tyra : sabun tu bli dekat Fatin kat sini : http://www.facebook.com/miszfatin?sk=photos

Ubat jerawat Dalacin -T & eye oitment tu blh bli dekat Farmasi watson :)

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

fadhilla - nk petua apa pula? kulit fadhilla dh flawess lahhh syggg :)

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

musliha - kt pakai sabun gluta kojic lah n dalacin t n ubat mata tuh..dh kurang byk juga dr dulu..

haz said...

ida kalau nk taw kn, haz pn sbnrnye byk part jerwt kt muka ni. degil btol nk hilg. n seyes x suke tgk muka kt cermin sbb nmpk sgt jelas parut tu.. T.T

tp skrg ni parut jerwt haz yg kt pipi ni mkin hilang. after pkai sabun phytobar dlm 6 bulan n mkn vitamin c organik 1000 mg almost 2 months. skrg ni tgh bersbr nk hilgkn parut jerawat yg br timbul lak ni. haihh =.='

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

ic..wah..byk yg haz pakai..kt ada dgr juga psl vitamin c tuh..kt pn br jer beli..tp belum dpt lg..kene tggu org dh pos brg br dpt..:)

haz said...

hihi. demi mendapatkan kulit yg flawless. xD

kalau ikt petua lama, buat mask gne serbuk kayu manis kalau nk hilgkn parut jerwat. tp kne pkai consistent la br nmpk efek.

n lagi satu petua, buat mask guna bikarbonat soda. boleh hilgkn jerwt gak. n buat kulit licin. seyes! dh pernh try. hihi

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

macamana tu nk buat mask mcm tu? huhuhu...bagilah tuto mcmane nk buat ..heee..:D

REA said...

chloramphenicol? eh2. baru belaja ni tadi. ehee.lecturer ckp under drug antibiotic asenya. antibiotic ni paling popular kalau nak hilgkan acne . so plihan yang tepat. Hehe

haz said...

heheh. seng je nk buat. amik serbuk tu dlm sesudu then cmpr dgn air. kacau sampai jd mcm toothpaste. then sapu kt muka. biakn dlm 10-15 mnt tggu dia kering, then bilas slow2 mcm biasa. dia mcm scrub gak bila cuci tu. lps bilas tu seyes kulit muka rse licin gile. hihi

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

Rea - yeah i knw..ada antibiotic..hehe sbb tu i guna utk jerawat/..btw u student medic ke? beshnya! mesti tahu ubat apa yg elok utk kulit and kesihatan kn?

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

haz - ooo..thx for the tips tau!! <3

haz said...

my most pleasure~ v(^0^)

Anonymous said...

Can you tell us more about this? I'd like to find out more details.