Friday, April 1, 2016

Free Make Over Make Up by Ida Mansor

Hi semua! hehehe rasa macam dah lama dah tak update blog, eh bukan macam tapi memang lama! kihkih.. :p dari dulu niat nak selalu update blog tapiiii pffft tak menjadi je niat tu dari dulu >.<" 

Tetiber teringat pula kat isi blog kita yang dulu-dulu selalu update pasal make over lepas tu photoshoot and edit sendiri..rasa berzaman dah tak buat post macam tu kat blog. Rasa rindu pula nak buat balik :') 

Tu yang Ida sekarang dah start buat make over balik setiap jumaat. Kenapa Jumaat? sebab hari tu je yang Ida cuti and FREE :) 

So...apa lagi jom tengok hasil first time kita mekap muka orang selain muka sendiri..huuu banyak lagi kena belajar ni. Yelah selalunya kembar kita Iena yang mekapkan muka kita and dia memang buat servis mekap. Tu yang kita baru nak start belajar mekap2 ni...dulu tak minat pun. Tapi entah cemana Iena pujuk suruh belajar mekap ngan dia..dia kata lagi best kalau Ida pun sama suka mekap macam dia... 

So tahdaaaaa....ni lah hasilnya bagi newbie yang first time mekap orang ni :) 




cantik tak? ha nak tengok tak gambar before mekap? scroll bawah cepat..


Ni lah model kita..namanya Ayujue panggil Kak Jue :) 


Bila first time mekap muka orang lain selain muka sendiri ni baru tahu rupanya susah juga nak mekap orang, bukan senang nak cantikkan orang. Kalau muka sendiri takpe senang sebab dah selalu giler mekap muka sendiri. Kalau mekap muka orang lain agak susah bagi Ida, yelah sebab first time mekap muka orang lain yang lain bentuk dari kita kan :)

Tu yang start dari sekarang kena belajar mekap muka orang lain-lain so dari situ baru boleh improve skill mekap ^^ 

kalau ada sesapa berminat nak free make over mekap ngan kita, boleh contact kita kat :
idamansor89@gmail.com

Syarat :

- Mesti free hari Jumaat (as mention above Ida free hari tu sahaja)
- Boleh datang mekap kat rumah kita (ni penting)
- Kulit takde masalah ...yelah Ida nak kena belajar mekap untuk kulit yang takde masalah dulu, dah yakin sikit baru boleh mekap muka sapa2 je ..harap memahami :')
- Send email gambar tak mekap, so boleh kita try kaji dulu nak mekap cemana kat awak nanti :)

tu je kot simple je syaratnya..kalau berminat boleh email kita okay:) 

p/s : kalau ada sesiapa yang tahu camera digitial yang kecik (bukan DSLR) yang cantik untuk ambil gambar mekap beritahu ya. Nak survey tengok-tengok dulu camera apa yang okay :) 



Terima Kasih Sudi Baca

xoxo 
Ida Mansor


2 comments:

Mijablur said...

Wahh cantik lahh ida mekapkan kak jue.. huhu memang dah lama ida tak update blog T^T

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

Heee tq Erni 😘