Monday, August 24, 2015

Korang Nak kurus? Here ada some tips Iena nak kongsikan

Siapa kat sini yang pernah rasa rendah diri dan selalu suka belek-belek badan dia depan cermin lepas tu mengeluh? Bohonglah kalau ada yang tak pernah kan? Most all of girl selalu pernah je rasa macam ni kan?

Well iena pun pernah juga rasa macam ni, selalu je juga kadang-kadang rasa rendah diri, lagi-lagi kalau tengok tengok amoi sebelah kita lawa gila badan! Haha

Ok lah iena nak cerita pengalaman iena pergi ke slimming sanctuary, ramai orang ingat kalau gemuk badan obesiti je perlu pergi slimming sanctuary tau. Kalau ada yang fikir macam ternyata korang silap, yang kurus pun boleh pergi. Sebab setiap anggaota badan kita mesti ada yang lebih lemak dan gemuk, jangan tak tahu orang kurus pun boleh alami gemuk kat perut ataupun paha, tapi lain semua kurus.


Oklah kalau macam tu macam mana nak kuruskan certain part je eh? Selalu curious pasal ni juga, so iena pun joinlah slimming sanctuary ni, tengok dorang ada service treatment Cold Sculpting Treatment untuk kuruskan perut, terus rasa excited, kalau boleh iena memang nak perut betul-betul flat leper macam mat saleh selalu work out tu..ceh kemain angan-angan kan :)


So iena pun pergi buat treatment kat sana, buat dalam kurang dari 3 minggu tapi alhamdulilah dah Nampak kesan, waktu masuk kat bilik spa diorang, beautician sediakan mesin macam scanning tu untuk panaskan perut, alat dia dia macam scanning tapi bukan, so dia pun buatlah sapu kat perut iena, kira macam serika perut sikit gayanya..buat dalam around 30 minit je taklah lama sangat, tapi bila buat tu korang akan rasa perut korang panas je, tapi taklah panas sangat sampai korang tak tahan, beautician tuh buat ok je, tak panas sangat, just nice… waktu dia buat pn rasa macam nak tidur je..best sebab bilik dia pun tak panas, after dah buat beautician tu akan kasi kita rasa perbezaan kat perut kita, which mean, dia akan buat sebelah je dulu untuk kita rasa sendiri perbezaanya, dan iena dapat rasanya yang sebelah perut iena more flat dari yang sebelah kanan.

After dah siap abes buat treatment tu, dia siap akan ukur pinggang kita, untuk kita tahu sendiri berapa banyak perbezaan kita. First treatment dorang pakai thermal wave machine n second treatment dorang guna alat iaitu eximia treatment from Italy.


Tapi after buat cold sculpting, beautician akan sapu minyak dekat badan kita dan kemudian akan balut badan kita dengan plastic wrap body, dan sejurus selepas tu akan terus pergi ke steambath, dia macam bilik sauna je, so dari situ bila duduk dalam bilik tu akan keluar semua peluh dan toksin dalam badan kita.
Lepas abes sesi sauna tu, korang akan diberi towel untuk korang mandi di bilik mandi yang disediakan, so takdelah korang rasa badan korang melekit nanti. 

Habis mandi confirm korang rasa badan korang refreshing gila, rasa macam segar je nak buat apa-apa aktiviti lepas tu.


After 3 kali treatmant kita dah buat, Iena boleh rasa perubahan di perut iena, dekat perut sahaja rawatan yang iena buat, rasa puas hati sangat sebab rasa beza sebelum dan selepas.

Ni pic ukuran before tau, ni gambar waktu first treatment, tapi sekali buat dah hilang -2.5kg kat berat dalam badan, awesome kan? :D

Yang ini pula pic ukuran after, kalau korang tengok kat bahagian fat Kita dah LOST -1.9KG waktu last treatment kita buat, dan muscle dalam badan naik +5kg which is mean berita baik for me. Sebab badan Iena memang kekurangan muscle pun.

so korang kalau nak dapat instant result jangan ragu-ragu nak cuba tau, sebab ramai je melayu datang buat rawatan dekat situ, sebab tempat dia tak terdedahkan pun..jadi aurat korang memang terjaga, tak payah risau jika tempat dia open ok. Percayalah servis dorang memang bagus dan korang tak payah bimbang jika dorang tak guide korang macam mana nak maintan badan nanti.

sebab after abes buat treatment tu, terus akan ada meeting dengan beautician  untuk sesi consulatation pasal badan kita, beautician tu kata even badan kita kurus pun risiko untuk dapat sakit jantung,kencing manis dan kolestrol tinggi tetap akan ada, peratusannya sama banyak dengan orang gemuk, yang penting tabiat pemakanan kita tau yang kena jaga.

Ramai yang tak tahu semakin banyak kita minum air mineral semakin bagus tau untuk badan, sebab dia akan nyahkan toksin yang ada dalam badan kita, ramai ingat minum banyak air akan kembung perut dan menyebabkan kegemukkan, itu silap tau, nak kurus kena banyak minum air.


Untuk badan yang sihat jangan lupa dapatkan bahan makanan yang ada fiber, seperti sayur-sayur dan tahu kuantiti jumlah makan yang cukup untuk badan kita, jangan amik makanan melebihi keperluan kita ya, dan ofcourse kalau bersenam juga membantu badan kita kekal fit, metobolisma pun takkan turun selari  dengan usia kalau sentiasa bersenam, juga akan membantu membina otot dalam badan, bagi yang kurus sangat teringin nak gemuk cara sihat, banyakkan bersenam ya, so boleh gain muscle dalam masa sama boleh naik berat cara sihat.

Kurangkan makanan yang masin-masin seperti ikan masin dan makanan yang seangkatan denganya, bagi yang suka sangat jeruk-jeruk kuranglah lah juga ya. Bagi yang rasa nak kuruskan badan tapi tak boleh kurang kuantiti makan, ganti nasi dengan roti yang tinggi serat untuk makan bersama lauk, ada roti khas untuk orang diet.

Oklah bagi yang ingin dapat instant result memang iena sarankan korang pergi slimming sanctuary tau, sebab korang bukan je akan dapat result dengan cepat, malah beautician dia akan guide korang apa yang terbaik untuk badan dan berkongsi mengenai pemakanan dan lain-lain yang sesuai untuk korang.


Untuk kos rawatan pakej yang iena buat semuanya total RM680
-Steambath   1x time
            -Privilege Beauty 1x time
            -Point message 1x time
-Full body wrap 1x time
Rawatan body cold sculpting treatment ni memang termasuk sekali dengan keempat-empat yang diatas, kira sekali satu pakej, steambath&privilege beauty dan point massage dan last sekali full body wrap.
Dan untuk maklumat korang, dia juga ada rawatan yang murah sikit macam facial dan lain-lain, korang boleh tengok di website dan facebook dorang 


Tengok tu first trial Rm42 only!!! Murah kan?


Tapi iena juga ada kejutan untuk korang tau, siapa yang kat sini nak rawatan free dari Slimming Sanctuary?
Korang kena jawab tiga soalan ni je tau, siapa yang jawab betul dan tepat dan cepat akan dapat peluang menang rawatan free dari slimming sanctuary, aweseome kan? Dahlah kacang je soalan dia, kalau korang baca betul-betul blog kita sure korang boleh jawab punya. Korang kan cerdik mesti boleh jawab dengan mudah, Cuma kena cepatlah ya :) kalau korang baca poster tu mesti boleh jawab punya :D

Selamat Berjaya, good luck tau..pada iena memang berbaloi kalau korang menang contest ni, tak rugi pun nak cuba , just clik dan send je.

BERITA BAIK!!! Sempena Ulang tahun ke15, bermula dari 25 August ni, Slimming Sanctuary ada ada eklusif deal, up - sehingga 70% discount di seluruh cawangan, bukan itu sahaja yang istimewa korang juga akan dapat signature treatment tetapi yang bertuah akan akan dapat ‘jelly bunny’ serta akan dapat sagu hati pada hari pembukaan diaorang nanti khas untuk pelanggan.

PernaH TERFIKIR untuk memiliki beg BIRKIN 35? Sertaai peluang untuk menang beg unik HERMES BIRKIN merah Togo Geranium waktu hari ulang tahun mereka!

Cepat, tengok dan lihat promosi dorang sekarang!

untuk Cold Sculpting Treatment 1s tri RSVP @ 1800 22 6161 or register at http://woobox.com/j9vqe9
Jangan lupa untuk tengok laman web dan facebook untuk lebih maklumat, atau pergi ke cawangan Slimming Sanctuary di 17 outlet mereka.

Slimming Sanctuary
3-G & 3-1, The Boulevard, Mid Valley City,
Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur
Tel : 03-2287 6161 

Oklah jumpa lagi untuk next entry.
Written by Iena Mansor









2 comments:

Miyaa said...

Huaa best nye kak iena.. Xdapat nak pegi. Apepun kak iena n kak ieda lawa 😁

Cara Menurunkan Berat Badan said...


Awesome information..
Keep writing and giving us an amazing information like this..

BW gan kunjungi nyapnyap.com