Hi semua,
Kali ni di waktu bulan ramadhan memang banyak tempahan
kad kawen yang family iena terima, rata-ratanya sebab nak buat kad kawen untuk
undang tetamu di hari raya nanti.
Yelah mesti ramai yang punyai masa free untuk datang ke
majlis perkahwinan waktu hari raya kan, suasana pun lagi meriah.
Tapi iena agak kecil hati dengan satu budak perempuan
tudung labuh, satu hari dia datang dekat kedai my mum(kedai printing) mengaku
yang dia kawan kita, siap mengaku kenal blogger kawan kita lagi yuyu zulaikha.
Mak kita jenis mudah percaya sikit kalau orang
itu mengaku kawan kita, lagi mulut kemain manis dan ramah. Mak iena jenis
percaya dekat orang dan tak berkira sangat kalau orang itu kawan-kawan iena,
tanyalah kawan-kawan iena,
semua yang buat dengan mak iena printing dan design
dengan iena tahulah dorang, yang iena memang tak berkira, kadang-kadang postage
pun kami tak caj, apatah lagi design kadang2 bagi free je..dan hanya caj untuk
printing kalau design sangat simple.
Sebab bagi iena kalau dah nama kawan, kenapa nak
berkira sangat..yer tak?kita buat baik dengan orang, in sha allah one day orang
buat baik dekat kita pula..
Iena percaya pada kifarah itu.
Tahu tak orang pakai tudung labuh itu buat apa? Dia datang
kedai mak kita cakap nak buat kad kawen, untuk perkahwinannya..so borak punya
borak, mak iena siapkan design yang macam dia mahu, serta lokasi peta rumah
yang macam dia bagi.
Mak iena dah siap design untuk dia, mak iena baru je
nak isi form untuk resit caj deposit…kemain dia merayu taknak bayar
deposit..mulut manis senyum ramah, cakap nak bayar full sekali bila siap..cakap
kenal kita dan kenal yuyu..lepas tuh cakap yang dia blogger juga
kononnya..entah betul or tak, Masya Allah..hanya Allah je tahu..
Lepas tuh mak iena percayalah sebab dia betul-betul
yakinkan mak iena, yang dia akan bayar dan akan datang collect kad kawen itu. Katanya
nanti peta dan details dia bagi kat phone nanti thru whassap.
Dan
malamnya selepas kedai dah tutup, mak iena sembang-sembang lah dengan iena, mak
iena cakap, ‘iena, hari ni ada kawan iena buat kad kawen tau.,,dia cakap kenal
yuyu lagi..tapi iena takde so mak je lah buat design untuk die’
Time
tuh iena dah mula rasa tak sedap hati, tapi sebernanya iena pendam je dalam
hati, sebab tak nak mak iena risau’
Iena pun balas dekat mak iena, ‘ eh.., bila pula iena
ada cakap kawan ada nak buat kad kawen?, biasanya kalau ada buat kad kawen iena
akan bagitahu mak dulu, nama dia apa mak? Iena kenal tak?
Memang tu lah soalan iena Tanya dekat mak iena, pastu
mak iena kata esok datanglah kedai…tengok design yang mak buat untuk dia..since
mak iena lupa nama dia.
Esoknya iena datang kedai dan tengok design kad kawen
mak iena buat untuk dia..then memang tekaan iena, iena tak kenal
langsung..sebab? iena takde kawan nama itu.
Yang kecewanya dia menipu mak iena yang dia kawan iena
satu, menipu mengaku kawan kepada kawan baik iena yuyu zulaikha itu lagi satu,
menipu tak nak bayar itu lagi berat!
Sini iena sertakan perbualan dia thru whassap dengan
my mum :
Time ni bila
tarikh wedding dah lepas dari tarikh dia dekat kad kawen, kitaorang call banyak
kali degil tak nak angkat…sebab nak lari dari dari bayar hutang lah tu...
Lepas tuh mak
iena just sertakan dia jer number bank acc dan resit untuk dia bayar..pun tak
nak bayar thru online juga….
Soalanya kenapa segelintir orang melayu kita suka
sebar taik dekat peniaga melayu sendiri? Menganiayai peniaga melayu sendiri? Nasihat
iena kalau tak ikhlas buat kad kawen dengan family iena, jangan datang dan
jangan tunjuk muka pun..kecewa dengan ada segelintir pegantin suka buat macam
ni..
Serius tak baik..jangan sesekali buat macam ni dekat
orang..sebab masing-masing semua berniaga…nak cari makan dengan hasil yang
halal, perkahwinan tu jadi tak berkat bila nak berkahwin menipu orang dengan
cara macam ni..teringat ustaz ada kata..’telah hilang keberkatan perkahwinan
itu, jika pegantin tinggalkan sembahyang…apatahlah lagi kalau menipu tak bayar
duit orang?’
Boleh
jadi mangsa yang kene tipu boleh doakan
yang macam-macam..tahu-tahu sahaja doa orang terniaya selalunya termakbul….kalaupun
terlepas kat dunia, kat akhirat tentu-tentu tak lepas..
Iena
dah dengar banyak kes, pegantin suka
tipu duit mak andam..bayar deposit boleh, dah half bakinya tak bayar..tak
eloklah macam itu..dah habis mekap pegantin pastu bakinya duit tak nak bayar
dekat mekap artis..
Ada
juga yang tipu ngelat bayar orang doorgift cakap nak 1000 pcs bunga
telur..last-last taknak bayar..macam kes iena jugalah..kawan iena kene macam
tuh..menangis dia..rugi banyak, sebab 1000 pcs bukan sikit kot..dahlah tak
tidur malam buat, kesian memang kesian..tapi lagi kesian bila kes kawan sendiri
menipu dan aniayai kan?
Ada
juga kes pegantin tak nak amik servis mekap artist uh..tp dh bayar deposit..bia
tiba hari pegantin nak kawen, si mekap artist u datanglah..alih-alih tengok
orang lain yang mekapkan? Kenapa begitu eh sikap sesetangah orang kita? Boleh pula
lepas tu mintak balik duit deposit..serius tak baik buat macam tu..dahlah mekap
artis datang jauh-jauh..nak cancel servis mekap tak diberitahu..pastu nak pula
balik duit deposit? Ingat duit tranposrt apa semua tak kira ke? Ingat tak penat
ke datang jauh-jauh semata –mata untuk mekap orang? Tak faham betul iena dengan
sepsis macam ini…
Sometime
memang penyakit orang melayu kita memang macam ni..sendiri suka sebar taik kat
bangsa sendiri..kadang tudung labuh pun tak cerminkan keperibadian..
Serius
iena takut juga nak rapat dengan sesiapa bila kes macam ini ada..somtime yang
freehair perangai lagi baik dari bertudung, meraka tak hipokrit dan tak judgmental.
Sometime memang bagus kita bertudung..tapi itu tak
bermakna kita dah bagus? Kadang kita lupa nak temgok kesilapan diri kita.tiada manusia
yang maksum sempurna sifat dan tiada dosa kat dunia kan? Boleh jadi yang
freehair itu masa depan lagi baik dari yang bertudung itu..boleh tengok contoh
kes felixia yeap.
Satu je bagi iena jangan kita judgmental orang, dan
jangan kita sebarkan tahi dekat orang..percaya pada kifarah..bila kita buat
dekat orang..masa depan orang akan buat dekat kita..iena percaya itu..
Ni design yang
mak iena buatkan untuk dia..yang macam dia nak…
Number phone
si penipu ni : 013 – 984 663 (Iezah)
Buat
iezah si penipu,
Moga
aman di sana disamping suami, moga tenang hati awak yang telah menipu mak saya,
menipu tak bayar dan membuat mak saya kerugian sedikit dengan apa yang awak
buat, ingatlah masing-masing sesame melayu, saya berniaga tujuan nak cari duit
halal. Tapi apa yang awak buat ini tidak akan dimaafkan dan moga awak Berjaya jumpa
nanti kami di padang masyar untuk mintak kemaafan dari kami.
Mungkin
di dunia boleh tersenyum gembira tiada rasa risau dan bimbang, tapi ingat ya. Apa
yang awak buat sudah tercatit oleh raqib dan atid yah amalan awak tu..ingat ya
apa yang awak buat dekat orang, orang lain akan buat dekat awak.
Kalau
tak percaya pada kifarah takper..ramai lagi orang percaya..allah mungkin tak
tunjukan kat dunia..tapi jangan lupa akhirat itu pasti ada…
Nasihat saya, jangan awak buat macam ni dekat
orang lain. Cukup-cukuplah dengan apa yang awak dah buat ni..
Jujur
iena cakap, kadang bertudung labuh pun tak semestainya baik, jujur dan iman
selari dengan tudung yang dipakai, nasihat iena korang jangan mudah terpedaya dengan penampilan luaran.
jangan mudah sangat percaya
pun even dia alim macam mana pun , sopan mana pun pakaianya jangan mudah letak
rasa percaya dekat orang, karang nanti boleh jadi nanti kena kes macam mak kita
ni..
Cuba
ni tengok? Tak kiralah korang yang antara mana, siapa kita nak judge orang kan?
Mungkin dia freehair tapi banyak buat amal bantu orang, mungkin dia tudung
labuh tapi banyak buat jahat dekat orang, ada juga yang geng tudung labuh itu
baik..sebab itu bagi iena, iena takkan letak batas untuk memilih dan pilih-pilih nak kawan
yang freehair atau tidak, sebab masing-masing boleh berubah..Cuma kita as
manusia kene lebih berhati-hati untuk masa yang akan datang..yelah manusia
sekarang banyak bermuka-muka. Berkawan selagi boleh Cuma jangan mudah percaya
dan kongsi rahsia segala bagai, sebab yang paling boleh percaya pun bagi iena,
tak lain ialah keluarga sendiri je..
Iena
mengaku juga salah mak iena juga sebab mudah sangat percaya orang..memang lepas
ini, iena dah pesan dh..kalau kawan pun pastikan dia bayar deposit…korang yang
berniaga pun buatlah macam tuh oke..jangan percaya juga even dia dah kawan
lama..sebab ni just untuk jaga harta sepencarian kita juga kan..baik pun perlu
ada batas juga lepas ni.
Lagi-lagi orang sekarang mana kisah nak menipu dengan orang lebih tua, hormat pun tidak kan? so terpulang pada korang lepas ni nak mudah percaya atau tak lepas ni..moga kes mak iena ni boleh dijadikan pengajaran untuk korang selepas ni...
oklah,..sampai sini sajelah entry iena kali ni..next entry in sha allah iena akan try buat yang lagi best lepas ni :)
tata
written :
iena mansor
20 comments:
sabar sayanggg. hmm. kite try call pun tak jawab. :'(
Ish ade jugak mcm ni..menyusahkn orang lain...
ish...jhtnye...buat busuk org tudung labuh je
yuyu - tulah..rasanya dia dh block number kita n mak kita...tu yg call pun x berjawab...
Nadia Johari - ada je manusia yg mcm ni...
Mila - kan2..tau xpeer...
Setuju dgn statement iena ni. Kita tak boleh percaya sgt dgn org & tak nilai org dari peribadi luaran je. Byk jugak tgk kes yg lebih kurang mcm ni. ambik iktibar utk diri sendiri.
Sabar ye kak iena. :) biase laa.. Lain org lain pula ragamnye.. Tp ade baiknye kite tak salahkan tudung labuh. Sbb rasenye org yg tudung labuh ni dia sebenarnye baru ber'hijrah' ke arah lebih baik. Seriously dia tak patut buat macam tu kat kak iena.
Kita pernah kena jugak dengan akak-akak tudung labuh. Maluuuuuu.. since tu dah tak cepat judge orang based on penampilan dia. Hati manusia lain-lain kan. Allah je tau. Moga terus sabar dan dilimpahkan rezeki halal yang melimpah ruah ^_^
dislike. ramai manusia mcm ni kat atas dunia ni.huhu. slalu dgr kes2 tipu ni..especially yg dh nk kawen tu.teruk btul. sabar ye iena dan aunty. what goes around comes around
kesian mak iena... tak pasal-pasal kena tipu.. dlm meniaga nie kdg2 sedara sendiri pon susah nak percaya nie kan pulak org luar.. lepas nie mak iena kena extra careful..
Baru baca...rasa geram dan marah gak. Pernah terkena dgn org yg book utk shoot produk. Bila dah bagi sebutharga dan kataputus tarikh nk buat... dia kata x jd... ambik org lain yg murah katanya. Biaq pi lerrr. Blacklist org camtu
JariClik - kan uncle,,memang geram juga..tp sabar saje lah..kesian mak iena try pm dan call byk kali senyap je buat tak layan...
Ryna - yup..lepas ni memang kene extra careful lah..
Evagurl - kan..xperlah kita percaya pada kifarah..
Zulaikha - amin..terima kasih
penipu atau menipu tidak mengenal pakaian atau usia
lumrah mengatakan klu berpakaian macam tu atau macam nie bagus atau kurang bagus...realiti dan hakikat hanya jauhari mengenal manikam.pernah melalui pengalaman yg hampir sama
rgds
fikri
iiisshkk..mcm ni punyer org pun ada kan,... menipu kat dunia ko bleh lh lari... sok2 ko kn pikul plak penipuan ko kat akhirat nanti.... nak cr org yg ko tipu pun ko x mampu...
masyaallah.. wallahualam... moga dia cepeat sedar...kan iena..
akak plak jd marah... hehehe
(silent reader )
Ida ...
akak ada nampak tau signboard pengantin nama iezah dan hanis ni..serius....tapi mcm lupa kat mana ..rasa mcm kat semenyih
Saya tidak suka dengan post sebegini. Walaupun orang buat jahat dekat kita, tak perlu lah dibuka aibnya pada orang ramai. Tak baik macam tu. I'm not saying the women was right. Of course dia buat salah. And of course blogger dan keluarga layak marah/sedih dengan perbuatan dia. Tapi mencanang-canangkan kejahatan dia siap dengan bagi nombor dan alamat itu bukan cara yang benar.
Pada blogger, mudah-mudahan anda dapat bersabar dan memaafkan kerana mungkin kejadian ini berlaku sebagai kaffarah kesalahan yang lampau. Semoga blogger sentiasa berbahagia dengan family aamiiin
Khad ko x suka x pyah komen, tu hak dia. Dia mmg teraniaya. Yg ko bca blog org pe hal
Hebat perempuan ni. Dia sememangnya pencuri dan penipu yg femes yg brrtopengkan tudung labuh. Dah banyak sangat dah kes dia ni sampai ada org report polis. Tp sampai skrg dia masih x ditangkap dan xde tindakan dibuat. Model operasi sama je, mrnipu dan mencuri kemudian act like nothing happen, block org. Tp sepandai2 tupai melompat, jatuh ke tanah jugak. Ni kes yg terbongkar setakat ni, dia mncuri di kedai baby yg sama sbyk 2 kali, bkerja sambil menipu dan mencuri di butik muslimah, menipu dan mencuri bisnes essential oil, dan menipu dan mncuri duit suami sndiri, mnipu kata amek double degree di uia sdgkan x bljr pun dan mcm2 lagi
Post a Comment