Wednesday, July 17, 2013

JOM Bina keyakinan diri!


MIahahaha mesti korang teruja nak tahu tentang entry ni kan, sebab dah awal-awal ada gambar print screen Cik Comel Fatin Suhana kan? Huhu..tapi entry kali ni bukan nak cerita tentang kawan kita Fatin. Tapi tentang topic keyakinan diri :) 

Siapa kat sini yang pernah rasa rendah diri?, rasa macam was-was atau ragu-ragu bila nak pergi suatu event? Ataupun selalu sajaha dimomokkan oleh kawan-kawan yang kata kita ni tak cantiklah, tak layak jadi modellah..atau macam-macam lagi. Siapa pernah?

Kalau pernah, silalah angkat tangan sekarang. Anda automatik dah jadi geng Ida Mansor dah. Huhu sebab honestly memang Ida pernah rasa semua benda yang Ida cakap kat atas tu. Tapi sekarang Ida nak sangat-sangat try ubah diri Ida untuk jadi lebih berkeyakinan!. Tak dapat 100% perfect untuk jadi lebih confident, dapat jadi insan yang lebih baik pun dah lebih dari cukup tau. 

Jadi sebab tulah Ida decide nak sahut cabaran Sunsilk Hijabku Gayaku ni untuk jadi peragawati yang lebih confident dari dulu. Cehh..peragawatilah sangat...hehe.. barulah pasni kalau nak pose rasa lebih confident tau! Keke :p
Mudah je la kalau korang pun nak join group Ida and sama-sama nak usaha jadi lebih confident. Jomlah kita laju-laju join contest SUNSILK Hijabku Gayaku ni. Sebab apa yang MENARIK tentang contest ni, ialah kita DAPAT join showcase kat IFF ISLAMIC FASHION FESTIVAL akhir tahun ni tau!! Hebat tak hebat?? BUKAN SENANG tau nak dapat peluang CENGGINI!. So korang memang patutlah join contest ni kalau nak merasa peluang sekali seumur hidup join showcase macam tu J


Peluang ni TERBUKA PADA SEMUA!!, bukan je hanya pada peragawati tapi pada DESIGNER sekali tauu! Hebat tak u’olls? So kepada designer yang ohsem-ohsem korang memang patut join contest ni. Mana tahu lepas ni korang jadi pereka pemes pulak lepas dah menang contest ni ke? . So rugilah kalau x join tau. Sebab peluang macam ni tak datang banyak kali kan? J


Later Ida akan update lagi tentang contest Sunsilk ni eh? Huhu harap-harap Ida terpilihlah nanti :p
Doakan Ida eh. Korang pun joinlah! Mana tahu nanti kita boleh pergi sama-sama ke kalau-kalau kita sama-sama terpilih pergi casting nanti? Manalah tahu..tuah ayam Nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu kan? Eceh...tak terpilih pun takpe. Sekurang-kurangnya kita dah ambil 1 langkah untuk cabar keyakinan diri kita. And itu adalah salah satu langkah juga untuk jadi wanita yang lebih berkeyakinan. Kita tak boleh ubah diri kita melainkan kita yang mahu mengubah diri kita. Akhir sekali dari kita..


And..


Oklah sampai sini je entry kali ni..babai J

p/s : kalau nak tahu gambar apa yang Ida hantar untuk Contest Sunsilk ni, nanti korang kenalah baca entry Sunsilk Ida lepas ni..hehe saje nak bagi korang kejutan nanti.. hiks :p 

p.s : korang boleh Join / View Gallery Peserta kat sini  :) 



2 comments:

Asyik Izas said...

terfikir juga nk masuk tp ntahlah..krg yakin agaknya..hehe

Sabar said...

Good luck Ida..harap2 Ida terpilih.amin