Monday, July 15, 2013

A Love Letter


Siapa kat sini yang pernah tulis surat cinta? Ida penah..omjayyy...malunyaaaaaa mengaku cenggini! Tapi zaman Ida bagi surat-surat cinta tu zaman budak-budak masa belajarla. Zaman naïf yang makan minum pun orang kena ingatkan and tanggung tau!. Ada hati pulak masa tu nak bercinta bagai, tak malu betul =.=’

Bila fikir balik, apa kehal la kita buat cenggitu? Baik bagi love letter kat mak ke. Kurang-kurang mak akan simpan dan buat kenangan. Sebab mak Ida memang jenis orang sentimental orangnya, dia Nampak je macam cool tapi semua kad anak-anak yang bagi dia dari dulu sampai sekarang dia simpan tau!. Sampaikan lukisan kita masa kecik-kecik dolu pun dia simpan!. Hewhew sweet kan?

Tapi yelah bila Ida dah duduk serumah dengan parents, takdelah pulak terfikir nak bagi love letter bagai kat mak. Tapi sejak dah belajar duduk sorang-sorang, terfikir pulak macam nak bagi love letter. Kadang-kadang nak bag isms cakap i love you pun malu. Ish anak apalah kita ni =.=’

Tapi bila Ida dapat tahu tentang Wall’s Selection yang ada buat contest ‘Minta Maaf Mesej’ kat website dorang WALL’S SELECTION ni, buat Ida teringin pulak nak bagi love letter kat mak kita. Yelah sambil bagi love letter mana tahu kita boleh menang kan?, yang buat lagi bez bagi pendapat Idalah..sebab hadiah tu bukan kita yang dapat tau. Tapi orang tersayang kita yang dapat. Apa hadiah dia? Of course la ais krim #WallsAwesomeMix!  Bayangkan orang yang kita sayang tu, tiba-tiba dapat tahu dia menang ais krim walls? Boleh buat surprised lah ceggitu kan,kan,kan?


Lagi-lagi kalau time tu kita takde kat sisi dorang, tapi tiba-tiba dorang menang sebab kita. Mesti lagi terharula kannnnn..? So kita suggest korang pun joinla bagi love letter ni kat orang-orang yang korang sayang. Tak semestinya boipren, kat mak-mak , abah-abah atau adik beradik yang duduk serumah ngan kita pun boleh. Iyelah bila lagi nak tunjukkan kasih sayang kalau bukan sekarang kan?. Tak semestinya bila dah jauh je baru kita sibok nak tunjuk pula..betul tak? :)



 Kat atas tu saja je Ida selitkan gambar untuk mak kita, hehe sebab kadang-kadang dia pun baca juga blog kita..hehe.. tapi yang Wall’s punya kita bagi mesej lain. Nak tau?, jom scroll bawah :)





First Step masa kita mula-mula masuk website Wall’s Selection :)



Mesej yang kita nak tujukan tak semestinya hanya untuk raya sebenarnya, tapi untuk Ramadhan pun boleh juga, Ida bagi mesej Ramadhan untuk mak kita. Sebab bulan Ramadhan rasanya macam tak dapat berbuka sama-sama dengan family je L gosh Ida paling suka masa waktu berbuka kot. Sebab masa tu mesti satu family dah siap-siap ada kat meja makan, and masa makan tulah waktu yang Ida rasakan paling bahagia. Teringat waktu berbuka dolu-dolu, mesti kita akan tolong mak kita buat preparation untuk berbuka. Sama ada pergi bazaar ramadhan ataupun buat kuih sama-sama ngan mak kita. Kita suka tolong buat kuih ngan mak kita masa ramadhan. Kuih favourite Ida, kuih bom. Rindulah saat tu, dah lama dah tak buat kuih sama-sama ngan mak. Ish rasa macam nak nanges je bila teringat balik. Sedehnya kalau tak dapat berbuka sama-sama dengan family :( tengok..masa type pun rasa macam nak nanges je! Ish padahal esok dah dapat balik umah dah!.



Tapi rasa sebak tiba-tiba sebab dah lama gila tak buat macam tu tau..lagi-lagi kalau terbayang yang waktu ramadhan tak dapat berpuasa sama-sama dengan family.  Ish mesti korang rasa kita ni manja kan? Nak buat macamana, Ida memang jenis emosional sikit. Duduk taklah jauh dari KL, tapi memang dari dulu tak pernah duduk asing-asing dengan family. Tu yang emosi tak menentu sikit akhir-akhir ni. Maaflah kalau korang rasa kita ni mengada-ngada  :(




Nilah mesej untuk mak kita. Nampak simple tapi memang nilah yang kita harapkan!, dpaat berbuka sama-sama dengan family.  (Harap-harap mak baca entry ni, bolehlah pujuk abah berbuka sama-sama ngan kita first day puasa nanti :p) 

Dah lega dah sekarang, bila mesej kat Wall’s Selection dah tersend. Terima Kasih Wall’s Selection menjadikan Hari Raya lebih istimewa! Sebab bagi peluang cenggini untuk orang-orang macam Ida (yang duduk jauh sikit dari parents) bagi peluang kitaorng  tunjukkan kasih sayang dengan cara sweet macam ni :)



So untuk pada siapa-siapa yang teringin juga nak hantar love letter kat orang yang korang sayang, silalah laju-laju hantar kat website Wall’s Selection http://www.huntfortheotherhalf.com.my/ dorang ni tau. Jom kita sama-sama sebarkan kasih sayang sempena nak menyambut bulan Ramadhan ni. Cewahh..ayat dah macma ayat-ayat advert untuk tv pulak..hihi ;p
Oklah sampai sini sahaja luahan Ida kali ni. Jumpa korang lagi kat next entry ya. Sayang korang semua!!! Babai. 

10 comments:

Keknis said...

Anis pun malu nak hantar msg i love u kat umi anis >_< bagus juga walls buat mcm ni.. Nak try jugak la nanti.. Hehehe

Asyik Izas said...

malu juga nk send msg or ckp sendiri yg syg kt mak..hehe..tp dgn cara ni senanglah nk buat..thank you..:)

Yana Ramli said...

hai twin..

sangat suke ngan kalian berdua.. heheh

salam perkenalan...

boleh mintak emel ida & ina ??

jemput singgah http://ad2ugudmomma.blogspot.com

jambancomel said...

beautiful mother you have, :)

Sabar said...

so sweet sangat idea ni..

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

Kann...samalah kt. Naseb ada walls :)

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

Heee sama2 :)

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

Tqtq :)

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

Thx Yana. Boleh :idamansor@ymail.com

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

Tryla sabar...blh hntr kat family nnti ;)