Wednesday, February 6, 2013

Mahukah kita bersyukur

assamuailaikum kawan-kawan semua...

kali ni saje jer iena nak selitkan tentang rasa bersykur..yelar..kadang-kadang diri ini mudah sangat rasa alpa dan lalai tentang konsep BERSYUKUR...

kadang-kadang diri ini selalu mengeluh bila duit selalu cukup-cukup jer untuk bulan ini..

selalu juga mengeluh bila tak mampu beli barang yang dingini..mampu tengok kat luar tingkap jer..kemudian telan air liur T.T' ..haaa..sadis ker tak sadis tuh? lol..

kadang-kadang diri selalu juga merungut depan makanan..'tak sedaplah lauk ini'

selalu juga merungut 'kan best kalo ada orang gaji..tak perlulah buat keje rumah'

tapi kadang tak terlintas hati ini untuk fikir dan mengungkit serta mempertikaikan PEMBERIAN tuhan  yang allah beri..


kalo nak difkirkan betul2 kan..Iena rasa rakyat Palestin lagi menderita dan miskin kan?

-DUGAAN perang yang tak habis-habis
-DUGAAN makanan yang sering sukar nak dapatkan bekalan
-DUGAAN sukarnya nak dapat ubat-ubatkan
-DUGAAN sukarnya nak dapatkan kebebasan dan keharmonian..




kenapa iena tiba-tiba selitkan pasal rasa bersyukur ini..diri ini terus rasa insaf bila dengar lirik lagu raihan pada bahagian rangkap ni :


kadang-kadang bila tengok balik lirik ini..no wonder orang yang gila harta akan terus gila harta..why? sebab diorang tiada rasa syukur dengan apa yang ada..sebab 'hati yang tenang hidup sejahtera' itu datang dari rasa syukur..betul tak? ini pendapat ienalah..


"Syukur itu sifat mulia

Hindar dari tamak haloba
Rasa cukup apa yang ada
Hati tenang hidup sejahtera"





Bila lihat dan dengar serta hayati maksud sebaris ayat ini..iena teringat bila iena tengok dokumentri pasal kekejaman palestin..

sepasang suami isteri yang hidup sangat daif,berbekal lampu suluh dan khemah yang serba kekurangan, mereka mempelawa doktor dari luar negara itu untuk makan berbuka puasa dengan dorang..orang putih itu rasa sungguh hairan kenapa dorang berpuasa..tahu apa dorang cakap?

(perbualan diorang)

kenapa kamu berpuasa?

kami berpuasa atas suruhan allah"

kenapa allah (tuhan kamu) suruh berpuasa?

Kerana allah mahu kami mengerti dan memhami orang yang susah"

Mengapa kamu berpuasa,sedangkan kamu orang yang susah?

Kami bersyukur dengan apa yang allah beri,sesugguhnya setiap jalan yang diberi pasti allah ada untuk bantu kami"

orang putih itu terdiam..dia makan sambil rasa sebak..sebab yang ada dipinggan itu cuma ada roti kosong yang keras bersama sedikit lauk yang sangat ringkas makanannya..tidak sedap,tawar sedikit..tapi rasa sungguh nikmat? kenapa nikmat?

sebab nikmat itu dapat dari  syukur"

dan dari situlah orang putih itu masuk islam dan mendalami islam....

so disini iena sertakan lagu raihan untuk korang faham,dengar dan hayati"



lirik lagu raihan

Ucaplah Alhamdulillah
Syukur kita kepada Allah
Ucaplah Alhamdulillah
Syukur kita kepada Allah
Selawat ke atas Nabi
Muhammad Ya Rasulullah
Selawat ke atas Nabi
Muhammad Ya Rasulullah

Tanda syukur itulah taat
Setiap tempat setiap waktu
Syuku itu dapat dilihat
Pada sikap dan tingkah laku
Marilah bersama kita bersyukur
Kepada Allah kita bersyukur

Syukur itu sifat mulia
Hindar dari tamak haloba
Rasa cukup apa yang ada
Hati tenang hidup sejahtera
Mari amalkan rasa bersyukur
Hidup bahagia aman dan makmur

Syukur itu banyak caranya
Taat beribadah tekun berusaha
Saling membantu berkasih sayang
Murah senyuman hulur sedekah
Marilah kita beramal bersama
Rasa bersyukur kita suburkan



"kadang-kadang kita tertanya-tanya kenapa orang lain ALLAH beri rezeki banyak,kita berusaha mana tetap rezeki sedikit,tengok orang lain usaha sedikit je terus rezeki dapat melimpah-ruah,
TAPI boleh jadi ia UJIAN untuk kita"



9 comments:

Ana Farhana said...

lamanyaaa tak dengar laguu raihannn T_T

syukur alhamdulillah dengan segala nikmat yg allah beri.

bersyukur dapat kenal org2 seperti kamu :)

Fatindn_ said...

betul2 .. Allah nak kita sama-sama rasa susah saudara-saudara seislam kita ..

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

Fadhilla - syukur alhamdullilah juga dipertumakan orang spt Fadhilla & yg lain2 :')

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

ciksengeh - yup btl2

zulcap said...

hai ida, iena, sya nak tnya , apa camera awk pkai dlam slot saffiyah?

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

zulcap - D110 :)

inna_risna said...

rasa syukur tu kena tanam tiap masa dlm diri kita. jgn hilang nikmat tersebut br kita nak mengucapkan kata syukur. syukur dgn sgala nikmat yg Allah berikan pada kita. ^_^

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

inna_risna = yup2..syukur jer dgn apa yg allah beri :)

Anonymous said...

AS SALAM

SYUKUR ITU SIFAT MULIA.

MEMANG MANUSIA ITU CEPAT LUPA DIRI ATAS NIKMAT ALLAH. BILA LUPA DIRI, DITAKUTI KITA SEMAKIN JAUH DENGAN ALLAH.

NIKMAT ITU UJIAN. SAMADA KITA BERSYUKUR ATAU TIDAK. JIKA BERSYUKUR, INSYA ALLAH BERTAMBAHLAH REZEKI TUK KITA.

BERSYUKUR LAH DENGAN CARA SENDIRI. YANG PENTING JANGAN LUPA ALLAH, FAMILI DAN KAWAN² ..

SELAMAT BERKARYA TWINNY .. :D

YUTAKA
http://yutaka2109.blogspot.com/