Monday, January 19, 2015

Beza dulu dan sekarang

Zaman kecik-kecik dulu memang banyak beza dengan zaman sekarang kan?, waktu kita kecik-kecik dulu sibuk main dekat playground dengan kawan-kawan kita. Permainan paling popular time tu batu seremban, pondok-pondok, teng teng lah.. and yg baling-baling selipartu lepas tu kena kejar pihak lawan..haha.entah lupa pula nama game tu :p

(ihsan gambar dari mr.google)

Bila ingat balik zaman kecik-kecik dulu, rasa bahagia sangat. Dulu zaman kecik-kecik suka jelous dengan orang dewasa sebab boleh beli apa yang dorang suka, boleh makan sesuka hati tanpa ada kena larangdengan sesiapa. Paling jelous bila tengok orang dewasa keluarkan duit dari dompet selamber je beli ice cream atau jajan macam-macam. Cehhh bila ingat balik rasa silly pula jelous dengan benda-benda macam tu...hahahaha :p

Bila dah makin dewasa ni, rasa zaman kanak-kanak hingga kolej adalah zaman paling best kot!. You dont have to worry much about what your future gonna be. Adalah terfikir kejap masa zaman remaja tu kita akan jadi manusia macamana. Tapi takdelah 'sepanik' sekarang yang terpaksa fikirkan sesuatu untuk masa depan, yang mana kita dah tersedar dari hakikat yang hidup ni tak semudah yang kita sangka waktu kita remaja dulu. Bila dah cecah umur 23an ke atas kita dah start kena fikir kena ada KERETA, KERJA YANG STABIL, SEWA RUMAH, MASA DEPAN and so on..bla bla bla....untunglah bagi parents yang dah sediakan kereta. Kurang 1 list korang kena fikir, please be thankfull ok? ;)


(ihsan gambar pak google)

Tu belum masuk bab list kena cari pasangan pula, bila mana dah masuk angka umur 23an ke atas ni mak cik-mack cik,jiran-jiran and kekawan kengkorang dah sibuk concern pasal life korang. Every raya mesti tanya "oh..anak awak kerja apa?' , 'anak awak umur berapa?' 'wah dah besar dah dia, mesti kenduri tak lama lagi kan' 

peh peh..soalan-soalan macam ni dah start keluar masa korang dah start masuk 23an dah, kalau dulu sibuk tanya result pmr and spm. Sekarang sibuk tanya kenduri pula..'paham-pahamla kalau dah sebut pasal kenduri tu kan..'.

Tapi naseb baiklah sedara kita ni jenis yang sporting, and belah mak kita memang semua jenis kawen lambat. Dorang pun takdelah tergesa-gesa suruh kahwin cecepat. Hoii kalau anak orang kayo atau kerja stabil bolehla kawen awal!. Kalau hat yang biasa-biasa ni macamana? yang nak beli kereta pun kena fikir seratos kali??! . Naseb pompuan kita ni, kalau laki dah gugur rambut kena fikir mana nak cekau duit na sara anak orang..hahahahaha :p hehehe time macam ni lah tetiber bersyukur pula dilahirkan jadi pompuan..keke :p

lelaki paling takut soalan ni.. "HANTARAN KAU NAK BAGI BERAPA?!" hahaha sebab selalu je benda ni jadi soalan and perbincangan viral di laman sosial antara lelaki and pompuan kann? 

yang dah kawen sengeh je, sebab dah tak heran dah dengan perbincangan macam ni :) 

(cantik pulak gambar hantaran dari google ni)

well setiap orang ada kerunsingan masing-masing, terpulang macamana kita nak handle dengan cara macamana. Sama ada dengan cara posotif atau sebaliknya :) 

so perancangan hidup korang macamana? ;)




Terima Kasih sudi baca :) 





5 comments:

norsalihah shaleh said...

betul kan.. masa kecik2 jelus tengok org besar tp bila sndri dh besar, semua bnda kna pikir sendiri especially money..how wisely u spend it, memg perit rasa. rasa nk stay jd budak 4eva, xpayah pikir smua tu..huhu. tp apa2 pn, setiap pengalaman adalah pngajarn. n soalan bla nak kawen dah tak heran, anggap mcm angin lalu menyapa pipi jer..cewah!! hehe... hope u girls will have a great n wonderful future. semoga sntiasa dirahmati ALLAH swt =)

zinziemeewah

Sakinah Kamal said...

hmmm walaupun baru saja menjejak umur 20 tahun. Saya tetap merasakan perbezaan zaman masa kecik kecik dulu dan sekarang. hmmm

Ieqahgajah said...

Penat nak dengar cakap orang kan sayangg.
tapi tuelaaa mmg banyak beza, absolutely nak back to dlu tapi no matter what happen kena faced gak future. *Banyak nak pk. Hmmmm

Nurani SHAKLEE said...

sekarang mmg pening nak uruskan kewangan.

maklumlah barang2 sekarang dah xde yg murah2.

zaman study paling best, x yah fikir pasal nak cari duit, komitmen bagai heheh

Siti Hawa Abdul Rahman said...

kte yang ceceh umo 22 nie pon kawan2 sebok tye bila nak kawen.. haaiihhh tau laa ade yg baya kita dah kawen lagi awal pon ade..rimas jer dengr hurm.. sabo jer laahh kohkoh~