Pernah
tak waktu dulu, sejak korang kecil-kecil lagi, guru-guru tadika korang Tanya
apa yang korang minat? Dan apa yang korang suka? Iena pasti semua orang yang
pernah jadi budak-budak semua pernah ditanya soalan di dari guru tadika mahupun
guru sekolah rendah korang kan?
Dulu-dulu
iena ingat lagi, ada satu file dan borang yang cikgu ada suruh iena isi,
bagitahu iena minat apa dan teringin nak jadi apa?...paling kelakar iena ada
tulis pernah nak jadi hakim!! Hahaha..bila cikgu Tanya kenapa nak jadi hakim?
Kita pula jawab nanti boleh suruh orang buat apa yang kita suruh..lol..yelah
apa hakim kata semua tak boleh bantah kan..terus tergelak cikgu iena waktu
tuh..lepas tuh dia Tanya lagi, lagi minat nak jadi apa? , minat kedua kita letak
ayat nak jadi fashion designer..itu pun tak lepas sampai sekarang..tapi adalah
bau-bau bacang sikit related dengan bidang tuh..sebab iena buka online shop,
jual pasal baju-baju muslimah, akhir sekali kita tulis minat nak jadi pelukis!
Itu pun tak lah tepat sangat dengan apa yang iena dah jadi sekarang…tapi
alhamdullilah..iena dapat diploma graphic design..so dari situ adalah kaitan
juga kan? Buat-buat design itu ini dan kadang-kadang kene tracking lukis pakai
adobe illustrator..
Hasil
dari situ berkat belajar, adalah minat suka design juga…disebabkan minat sangat
dengan design-design ni, kita ada Nampak satu contest pasal design…terus teruja
sangat nak masuk..kot..kot mana tau menang kan? Hihi..ceh perasan je..padahal
banyak lagi orang berbakat kat luar sana kan..
Korang
mesti tertanya-tanya contest apa yang iena maksudkan? Iena nak masuk contest
TOYOTA design kan pad seltbelt untuk kereta..
Nampak page
website pun dan ceria kan? Memang tambah semangat je kita nak apply masuk
contest dorang ni :)
Kalau nak
tahu cara-cara nak masuk senang je tau, untuk yang dia ada dua kategori untuk
masuk contest dorang,
1.
Open Category:
yang ini untuk golongan terbuka, kira open umum untuk semualah..dan tiada limit
age okeh…
2.
Professional Category : yang ini pula untuk golongan
professional yang ada latar belakang design, contoh seperti, art teacher,
designer student and etc lah..yang ada kaitan dengan profession skop
kerja-kerja dalam ‘meng design’ ni tau..
Untuk size dan ukuran seltbelt,
korang tak boleh design sesuka hati, dan sedap rasa korang je tau, nak besar
mana or ikut kecik mana yang korang hendak....karang abes terus kene tendang
design korang ni..tak pasal-pasal sia-sia je nanti.
Ni dia size
ukuran yang korang kene ikut :
Open Size:
19.5cm (W) x 23.5cm (L)
Closed Size: 7.5cm (W) x 23.5cm (L)
Format
files korang mestilah dihantar dalam JPEG, dan with color or black and white,
maximum file mestilah tak lebih dari 2MB
Juri
: iaitu juri untuk contest Toyota ni, dorang akan kira berdasarkan dua kategori
ni tau, caranya dorang kira ialah macam ni :
1.
Open Category
Judge: dua winner akan dipilih bagi setiap satu Negara yang masuk., contohnya
kira Malaysia kategori untuk open kategori akan dipilih dua pemenang lah…
2.
P rofessional
Category: yang ini pula akan dipilih satu winner sahaja untuk setiap satu
Negara.
Pemenang akan dipilih berdasarkan kreativiti korang
serta voted yang korang dapat, hasil dari upload hasil karya korang dekat
websitu tu.
Paling best, korang akan dapat lihat berbagai Negara
juga akan masuk contest ni, iaitu : Malaysia, Indonesia, Philipines, Thailand
dan Vietnam tau..takper time nil ah korang boleh tunjukan bakat korang tuh!
Camne nak submit design korang? Haaa ni dia kita tunjukkan
step dia :
Step 1 :
-
Kemudian korang
pilih ayat yang ada tulis : ‘ submit your design’
-
Lepas tuh
akan keluar paparan ni, klik dekat sign in with facebook
-
Dan isikan borang
ini :
- dah isi borang tadi, jangan lupa isi borang untuk yang ini, part ini
paling penting tau.
- last siap, tahniah korang dah kira hebat dah kalau berani masuk
contest ni untuk mencabar diri korang, sebab korang berani mencuba…
Korang mesti ada tertanya-tanya kan, kalau masuk contest ni dapat apa
nanti?
Tu dia kita
dah tunjukan gambar apa korang dapat kalau menang, hadiah dia bagi iena dah
cukup berbaloi dah tau…mana ada orang nak bagi free kan benda tuh kan? Sebab
itu kalau nak apa-apa mesti rajin usaha, nothing free in this world betul tak?
So apa kata
korang ambil peluang ni untuk mencuba nasib, mana tau rezeki allah tak diduga
kan? Tup..tup korang menang terus melompat suka nanti,,cuba tau korang..jangan
tak cuba :)
Ok dari tadi
kita tunjuk cara – cara nak masuk contest ni, siap explain panjang lebar lagi
pasal contest ni..tapi..tapi..tapi korang mesti heran asal kita tak tunjuk
design yang kita buat?..hehehe sebernya malu nak letak..sebab kita taklah
berbakat mana..
Tapi sebab
nak kasi korang tak malu-malu dan berani mencuba..kita letaklah juga design
kita..korang jangan gelak pula..ni sekadar mencuba nasib je ni..
Nilah design
kita…kita pilih warna merah, sebab dua perkara :
1- Merah warna tema Toyota
2- Sebab warna merah warna hati (jantung)
Dan Kita letak bendera Malaysia sebab mahu design kita
mempunyai cirri-ciri patriotic sebagai rakyat Malaysia.
Konsep
design kita buat design ni seakan-akan jantung..tapilah taklah sebijik macam
jantung..sebab nanti macam medical design sangat lah pula..so konsep ni kita
buat…
Lepas
tuh buat design, wajib tau ada robot…then kita colorkan robot tuh sebijik sama
tema dengan main background dia, iaitu jantung yang kita reka ala-ala moden
sikit..walaupun taklah serupa sangat dengan jantung, tapi kira puas hatilah
juga buat ni..sebab susah sikit deisgn ni nak buat..makan masa sikit =.=’
Oklah
kalau korang ada decided nak masuk, tak lupa juga iena kene tunjukkan korang
cara-cara untuk vote design korang yang sudah dipaparkan dekat laman wesite
dorang nanti.
Step 1 :
Korang just
clik kategori yang korang pilih untuk vote, contohnya korang pilih nak vote
bahagian (view professional category) so kene terus clik dekat situ untuk vote
designer kesayangan korang.
Step
2:
Lepas korang dah clik, dia akan keluar paparan ni, so dari sini korang
dah boleh pilih designer mana yang korang nak vote untuk pastikan dorang
memang.
Step 3 :
Lepas korang dah ada pilihan mana nak vote, korang just klik jer dekat
gambar designer yang korang suka, cuba tengok gambar hujung atas sekali, kita
klik dekat situ, so nanti akan keluar dekat gambar macam itu, so korang tekan
untuk vote, so bentuk love tu akan bertambah.
Kita punya yang atas sekali, baru je upload dan dapat satu vote sebab baru je letak kat
website dorang, korang kalau kesiankan kita vote lah untuk kita
plz..hehehe..mana tau murah rezeki korang sebab bantu kita..hehehehe :P
Korang jangan lupa klik dekat gambar yang kita design tau, lepas tuh
klik vote yang dekat kotak merah.
Then nanti angka kat kat situ akan bertambah nanti.
Oklah lepas dah vote, mesti ada yang nak tahu macam mana Toyota pilih
pemenang kan?
Dan apa hadiah yang korang bakal dapat jika menang?
Korang jangan lupa pula takes noted gambar yang kat
atas yang kita dah sediakan ni dekat sini, nanti jangan pula korang Tanya-tanya
lagi macam mana juri pilih untuk pilih pemenang contest Toyota ni.
Dan hadiah nya lumayan juga bagi professional kategori
dan open kategori. Menarik kan? So apa lagi, cepat-cepatlah korang jojn tau,
mana tau rezeki kat tangan korang nanti..selamat mencuba :)
K lah sampai
sini saje lah kita bebal pasal design ni..karang muntah hijau pula kalau bebel
panjang sangat..
Oh yah tak
lupa juga kita nak wish selamat hari raya yang bakal tiba tak lama je lagi..
Xoxo
Iena mansor
5 comments:
selamat malam :) niceee
wah berbakatnyaaa....!! cantik betolll...nanti kite vote...gud luck dear!
thx syira :)
tq jannah jane ^-^
cantikkk !
http://zulbambam.blogspot.com/
Post a Comment