Monday, May 5, 2014

Opps...target?

Kenapa bila usia kita dah mula menganjak masuk era umur 23-an ni kita akan dijangka untuk memenuhi beberapa expectation yang orang awam sudah jangkakan dari kita.  Lagi-lagi bila yang dah masuk era umur 25 - 26 tahun ke atas kan?!. Expectation ni akan makin mencanak naik dari orang sekililing yang terdekat dengan kita.


*kerea idaman kalbu, takpe kayuh pelan-pelan insyallah pasti menjadi milikku jua..cewahhh :p*

Ah sudahh....bila era-era umur cenggini memang selalu sangat ditembak dengan soalan berbaur begini.. ‘kau, bila nak ada kereta?, takkan nak naik lrt lagi menyusahkan mak bapak kau?’ . Perghh ayat...menusuk terus ke jantung ni tau :( .  Nak je kita cakap cenggini ‘ apa kau ingat aku suka jalan kaki jauh-jauh panas terik naik kenderaan awam?, ingat kita suke ke minta tolong ibu bapa kita tolong hantarkan kita pergi mana-mana? alahh ada kereta pun selalu je kena stuck dengan jammed what??!”

*so kalau takde kereta pun xpe kot? *ceh ni namanya ayat dalam hati nak menyedapkan perasaan sendiri sebenarnya yang tak berkereta lagi..huhuhu :p

Pernah tak korang rasa feel cenggini? Tipu kalau korang rasa tak pernah!.  Kalau nak dikutkan dengan pendapatan belia masa kini kan, yang rata-ratanya dalam 1.5k-2.5k kalau nak beli kereta setakat MYVI tu ok kot..tapi bila difikir dan ditimbang tara kan...rasa macam terbeban gak la kalau beli kereta sekarang. Tahu sebab apa? Sebab kereta myvi monthly RM600 paling murah..dapatlah yg murah sikit kalau siapa yg pandai survey. Tapiiii dengan kos sara hidup yang makin tinggi ni....huuuu kne fikir berjuta kali sebelum beli kereta kot :p minyak kereta lagi..mahai wooo..

Biarlah rakyat marhaen macam kita-kita ni hidup secara bersederhana a.k.a ikut kemampuan. Bak kata page Fareeda ‘ bergaya ikut kemampuanlah’ khannnnnn?? . Sebenarnya Ida bukanlah nak sangat cakap  tentang pasal berkemampuan ke atau tidak untuk membeli seketul kereta ke...Cuma yang menjadi masalah rakyat golongan belia macam kita ni...banyakkk bendalah yang golongan macam kita-kita ni kurang berkemampuan lagi nak beli. Kalau nak diikutkan, berapa keratlah sangat rakyat belia macam kita ni yang dah mampu beli rumah?. Harga rumah pun dah mahal kan sekarang?. Beras pun naik juga sekarang tau *sambil cekak pinggang* , siapa kata orang bujang tak merasa kenaikan harga?. Bujang lagi terasaaaa ooooo....sebab takde encik husband yang nak tolong support dari segi financially..kekekeke :p

So siapa disini yang berada dalam situasi yang sama macam rakyat marhaen macam kita-kita ni?, angkat tangan cepat! Kita geng *sambil menepuk bahu korang, tanda memahami* 



 Yang penting JANGAN GIVE UP!, kalau give tak dapat apalah..dapat angin je..hehe :p tapi dalam terselit usaha kita untuk menggapai impian, mesti ade juga terselit waktu yang kita termenung memikirkan usaha yang kadangkala tak berhasil kan?. Kalau ikut Ida, bila Ida rasa nak give up, ida akan whatsapp INA :) yes ida akan whatsapp INA everytime ida rasa ‘down tau’...bila kita bercakap dan meluahkan perasaan dengan seseorang kita akan rasa lebih TENANG. Yes tenang!, lepas kita tenang kita akan peroleh kembali tenaga untuk kita usaha lagi and lagi!. Tips ni selalu menjadi tau :), kalau korang yang dah kahwin tu pula...urm korang bolehlah buat pillow talk dengan suami...atupun duduk berdua dengan boipren sambil makan ice cream meluahkan apa yg terbuku di hati kee..... Lagi-lagi kalau dapat boipren yang pandai mendengar, memanglah buat korang lagi bersemangat kan,kan,kan?


Kalau nak hilangkan stress, boleh juga suapkan ice cream dekat si tersayang. Untung-untung die boleh tersenyum dengan layanan kita..hehe pastu bolehlah ajak die belanja tgk movie, tanda upah kita dah menjadi pendengar setia..kehkehkeh :p

Kalau nak tips selain dari tu untuk hilangkan stress, korang boleh try cuba satu tips ni. Peluk IBU BAPA korang...insyallah korang akan rasa tenang dan bersemangat lagi untuk USAHA!. Yang ada anak, boleh peluk dan cium anak-anak korang. Sure korang akan rasa berbaloi-baloi lalui pancaroba kehidupan ni demi insan-insan tersayang..cewahhh..ayat nak macam novel sangat kan :p 


The best medicine of all.... *pelukan dari seorang ibu :’)  Ida jarang peluk ibu Ida, segan sebenanrnya...tapi Ida suka sebenarnya bila dipeluk cenggini oleh mak Ida. Idk why...tetiber rasa macam safe and calm gituu bila dipeluk cenggini. Siapa rasa ceggini?*


Try peluk ayah korang pula, lelaki nampak  je tegas di luar....tapi selalunya dengan kata-kata yang tegas dan cuma renungan dari seorang ayah. Dah mampu dah untuk buat korang memahami sedikit sebanyak dalam mengharungi kehidupan seharian korang . One day u gonna be a father to kan? :’) 


 *pelukan dari anak-anak. Orang kata pelukan ni sumber kekuatan ibu-ibu dan bapak-bapak di luar sana. Dorang  nampak je marah anak dorang bagaikan raksasa...tapiiii sebenarnya dalam hati...kalau nyamuk nak gigit anak dorang pun, dorang tak sanggup tau!”


Setakat ni, tu jelah tips yang kita rasa berguna kot untuk kongsi. And mungkin dah ada some of you yang praktikkan, cuma yang Ida nak beritahu. Korang tak sendirian dalam harungi masalah ekonomi masa kini. Banyakkkkk lagi orang yang kurang dari kita pun ada tau sayang-sayangku...and most important is...please please jangan sesekali rasa rendah diri dengan siapa kita yang sekarang. Kita takkan tahu siapa kita akan jadi di masa depan kan?. Jika kita rasa kita tak punyai apa-apa, ketahuilah korang mungkin dah menjadi hero pada sesetengah orang. Korang mungkin rasa korang bukan siapa-siapa, tapi mungkin di rumah ada yang merasakan korang adalah ‘hero’ dalam hidup seseorang. Salah satu contohnya ialah, Ida selalu anggap my dad is my hero...and my mom is my saviour. Kalau tak kerana dorang, Ida takkan belajar menjadi Ida yang sekarang. Parents kita dah melalui macam-macam untuk membesarkan kita, terasa begitu besarrrr jasa mereka dekat kita kan? . Terasa begitu bersyukur ada ibu yang besarkan Ida dengan penuh tegas....kalau tak kerana tegas itu mungkin Ida pun tergelincir dengan nafsu dunia..nauzibillah...*minta dijauhkan!!* 


Apa-apa pun kita bersyukurlah dengan siapa kita sekarang, sekurangnya kita masih lagi cukup makan dan minum. Masih lagi punyai ibu bapa untuk berbicara..dan punya kesempatan lagi untuk menabur bakti pada orang tersayang. Ayuh kita kayuh pelan-pelan untuk mencapai impian kita. Semoga kita sama-sama dapat menggapai impian dan membalas jasa pada insan tersayang. Allahuakbar! Ayuh kita berusaha!





Written by : Idaman
Terima Kasih sudi baca :’)

6 comments:

radin fadli said...

Samalah, kita rakyat marhaen. Angkat 2 tangan, pinjam 2 lagi dari adik. YAng mana boleh jimat , kita jimat, kadang bawa bila ada kereta , komitmen tinggi, sebab kereta bukan bayar monthly saja, servis, minyak, tol, rosak sana, rosak sini... bukan kita minta tapi sifat benda pasti akan rosak... Jadi tak perlu fikir sangat apa yang orang fikirkan, sebab nanti kita tak ada masa untuk fikirkan apa yang patut kita fikirkan...

Liyliz said...

sama la liz nk beli kreta pun rs sesak nafas gaji mcm tu mg blm tentu lagi

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

Radin Fadli - yup2..betul..xperlah buat dan usaha setakat yang termampu sudah :)

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

Liyliz - kan2..tahu xper..realitinya mmg mcm tuh byk yg alami ni skrg :(

yutaka said...

satu entri yang begitu dewasa isi kandungannya. tahniah.

sesungguhnya target memang perlu dirancang dan dilaksanakan. Paling penting adalah pandai merebut peluang yang baik di samping mendapat restu daripada ibubapa.

sebagai seorang rakyat, kita tidaklah sekaya pemimpin negara. Namun kita boleh mengambil peluang yang Kerajaan sediakan untuk meningkatkan ekonomi keluarga.

jangan lupa bersedekah dan berzakat. Jangan lupa minta restu ibu bapa kerana sesungguhnya keberkatan hidup kita ada di dalam doa ibu bapa.

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

yutaka - yup betul.. terima kasih atas pandangan anda :)