Tuesday, February 4, 2014

My Daily Routine Hair care

Siapa setuju dengan ayat di atas?  bagi iena kecantikan itu subjektif, dan ya, setiap perempuan pasti
mempunyai kecantikan yang tersendiri, dan memang bukan semua orang dapat melihat kecantikan pada diri seseorang itu, terpulang pada mata yang melihat, dan terpulang pada pemikiran yang mentafsir.

Selalunya bila perempuan cakap pasal kecantikan, memang ramai perempuan mudah teruja.

Tipulah kalo perempuan tak suka kecantikan? Alangkah pengkid pn berusaha nak kelihatan handsome dan menarik, apatah lagi perempuan sejati kan?

Tiap perempuan mesti ada cara dia tersendiri jaga kecantikan masing - masing.

untuk kali ni, iena nak share pasal rambut.

kalo dulu, Iena memang malu sangat kalo orang terlihat rambut Iena, even perempuan je yang boleh melihat?

kenapa ya? sebab dulu rambut Iena sangat kasar dan kering. Dulu selalu terfikir kenapa rambut kita kering,
kenapa dia kasar sangat, dah pakai macam - macam shampoo pun still kering.

Alhamdullilah bila Iena jadi student beautician, Iena dapat Treatment free untuk rambut, full package, kalo 
orang luar nak amik dekat salon, treatment full package, kata kawan Iena around 500 paling murah
untuk yang bagus punya rawatan.

sejak itu Iena mula jaga rambut Iena.
No more pakai sebarangan shampo murah, di nasihatkan sangat-sangat, sebab tak berkualiti pun.

dulu Iena pakai Safi j, rambut Iena dan kering, tapi jadi makin kering, rambut still kusut..kalo sikat rambut mesti ada yang gugur juga sebab rambut kusut sangat T.T' Tskk tapi maybe sebab safi tak sesuai untuk Iena, tapi untuk orang lain maybe ok.

Sekarang sejak iena jaga rambut Alhamdullilah getting better.

What prododut i use?

1.Serum Rambut Rm25 Only tahan utk sebulan lebih (Iena pakai dalam 4/5 kali seminggu)
2. Hair Mask (Olive organik product) kalo korang nak boleh pm iena tau.
Series best mask ni, sebab dia boleh jadi conditioners rambut sekali tau
Iena pakai dalam 3/2 kali seminggu
3. Shampo lengkap dengan pelembap sekali, jangan kedekut untuk pakai pelembap rambut banyak2
Brand - Shishedo Tsubaki

Dulu rambut iena kering macam dalam gambar sebelah lah..now alha,dulilah tapi better dari dululah :D

bagus sebernya buat treatmeant rambut, lagi - lagi yang rambut kering.
untuk hijabista yang pakai tudung, korang elakkan lah pakai tudung dengan rambut basah, ia akan
buat rambut korang lagi mudah rosak.



yang inilah mask yang iena katakan, kalo korang beli ni dari iena, akan dapat free shower cap, so tak perlu risau nk kene cari shower cap pula lah kan ^.^


isi dia warna putih, bau pun wangi :)

Bila di rumah jangan sesekali ikat rambut korang, lepaskan je lah..kasi rambut korang bernafas sikit.
Kerapkanlah sikat rambut. Ni Iena memang suka buat..rasa kepala lebih ringan, tak tahulah untuk orang lain macam mana kan.

Sebernanya bagus kalo korang potong hujung rambut bawah korang sebulan or dua bulan sekali,. untuk elakkan rambut bercabang, tak semestinya kene pergi salon untuk potong hujung bawah rambut, macam iena selalu je buat sendiri, sebab nak potong hujung dia jer..sikit je..kadang-kadang baru pergi salun tau.

bila potong hujungg rambut korang, sekaligus rambut akan lg mudah dijaga, sebab dia mencegah dari rambut jadi mencabang, bila hujung bawah dah mencabang, maka dia akan merebak ke atas dan sekaligus rambut akan jadi mengerbang, sebab dah rosak. 

Iena suka sangat letak conditioner banyak - banyak sikit dekat hujung rambut, sebab part tuh lah paling rambut mudah kering.

Dulu main beli jer shamppo apa - apa, sebab nak murah punya pasal, tapi sejak iena buat free treatmeant dengan kawan Iena dulu, dan dapat macam - macam nasihat, sejak tuh baru ambil berat sikit pasal penjagaan rambut, Iena bukanlah nak cakap rambut iena dah cantik ker apa, tapi is getting better dari dulu. 
dia siap pesan, kalo iena nak tahu treatment kt buat ni full package punya tau, kalo dekat luar Rm500 tau untuk yg bagus punya lengkap yg full package, lepas ni jaga betul-betul rambut ni tau, kalo tak rugi jer buat treatment =.='

Sekarang baru Iena tahu, kenapa rambut artis kemain lawa!! Sebab dorang pergi buat treatmeant yang memamg mahal, tapi mahal - mahal pun kualiti sangat bagus, korang akan puas hati punya. Rasa macam nak buat treatmeant lg je nanti, tapi nanti dululah, bila rasa duit lapang sikit..Tehee..:D

btw sini iena sertakan cara pakai : 

Cara pakai pun mudah jer, kalo korang nak pakai as conditoner pun boleh tau (pakai selepas pakai shampoo) selapas tuh urut2 sikit di kepala, dan basuh. 

Cara Kedua : kalo nak pasak sebagai mask, korang pakai selepas mandi, sapukan mask ni di seluruh rambut, dan pakai shower cap, tunggu selama 15-20 minit dan kemudian boleh basuh.

Selepas tuh rambut akan rasa lebih segar, lembut dan wangi 

sedikit info megenai rambut :

RAMBUT NIPIS LEBIH MUDAH ROSAK
penggunaan sikat yang tidak sesuai atau terlalu kasar ketika menyikat rambut  boleh menyebabkan rambut bercabang dan mengalami kerosakkan.menyikat cara yang salah terutama pada bahagian rambut yang tipis akan menyebabkan rambut lebih mudah rosak.tetapi jika anda menyikat rambut mengikut cara yang lembut ,maka rambut tidak mudah rosak.
[patutlah rambut iena lagi mudah rosak, sebab rambut nipis rupanya] =.='

Terlalu Kerap mencuci rambut atau terlalu kurang mencuci rambut jika terlalu kerap mencuci rambut hinga setiap kali anda mandi perlu mencuci rambut ini akan menyebabkan kehilangan lembapan rambut dan rambut menjadi kering. Namun begitu jika anda sangat kurang mencuci rambut juga akan membawa kepada rambut rosak. Jika rambut jarang di cuci, rambut akan menjadi berminyak menyebabkan rambut senang gugur, selain itu kelumumur juga akan muncul menyebabkan gatal kulit kepala dan membawa kesan yang lebih teruk.

Tidak Perlu Cuci rambut setiap hari


Anda tidak perlulah mencuci rambut setiap hari. pastikan anda syampoo rambut anda sekurang-kurangnya selang sehari. kadang-kadang bila korang cuci rambut waktu pagi, tak sempat nak kering, then korang dah ikat rambut dan pakai tudung. rambut korang boleh jadi berbau dan rosak. even korang pakai hair dryer sekalipun, rambut belum tentu kering secara menyeluruh. tetapi.... ada tetapi ni...
Sekiranya korang jenis yang berpeluh, korang perlu syampoo setiap hari.
kang datang kerja, bau pelik pulak kan, bagi yang perlu syampoo setiap hari, hujung rambut anda mungkin akan menjadi sedikit kering. sekiranya anda mempunya rambut yang lebih dari paras bahu, pastikan anda menggunakan conditioner (pada rambut, bukan pada kulit kepala), dan letakkan sedikit serum sesudah mandi. pastikan nak cuci rambut tu, selepas balik kerja la kan.

Untuk mengelakkan rambut gugur, gunakan sikat yang bergerigi jarang.

Mewarnakan buat rambut mudah bercabang
Rambut bercabang disebabkan kebiasaan merawat rambut dengan cara yang kurang tepat. Selain itu kurangnya penjagaan yang sesuai dan tepat menyebabkan rambut mudah rosak. Salah satu tanda rambut rosak adalah bercabang pada hujungnya.
Meskipun sudah banyak produk perawatan rambut bercabang diperkenal di pasaran, namun tidak semestinya ia benar-benar berkesan dan sesuai untuk rambut seseorang.
Justeru, bagi yang mengelakkannya, cara yang paling efektif adalah dengan memotong atau merapikan bahagian rambut yang bercabang.

CARA MENGATASI RAMBUT ROSAK

* Cucilah rambut sekurangnya 2 hari sekali. Gunakan syampu yang sesuai dengan masalah rambut anda.
* Gunakan perapi yang mengandungi protein dan humectants untuk rambut berminyak sebaiknya elakkan perapi megena kulit kepala.
* Amalkan perawatan khusus seperti memakai hair mask sekurang-kurangnya dua minggu sekali untuk memperbaiki kadaan rambut.
* Meniniskan serum silikon khusus untuk melembutkan kutikel di samping menjadikan rambut bercahaya.




gambar ni keesokan harinya lepas dah pakai mask :)
rasa lega je sebab rambut dah lembut sikit ^.^

Info credit dari google. 

In sha allah, next time iena akan share pasal skincare routine pula tau, sebab 
bila jumpa keluar dengan kawan-kawan, ada jer yang tanya, iena pakai apa atau makan apa,
sampikan my eldest sys pun tanya, apa yang iena makan dan apa yang iena pakai.

p/s bagi sesiapa yg nak tanya pasal hair mask ni or nak beli boleh pm iena dekat sini : 

https://www.facebook.com/ChoicebyTWINS?ref=hl

untuk baca review blogger lain pasal this hair mask, boleh klik dekat SINI

Sekian, Terima Kasih kerana baca blog Iena :)





8 comments:

Anonymous said...

I was excited to uncover this page. I wanted to thank you for ones time for
this fantastic read!! I definitely savored every part of it and i also have you saved as a favorite to check out new
stuff on your web site.

Here is my website ... sikis

radinfadli said...

rambut saya pun mudah gugur. Susah rupanya nak jaga rambut bila makin panjang, mungkin kena cari hair conditioner yang sesuai.

Anonymous said...

Helpful information. Lucky me I found your site unintentionally, and I'm stunned why this
accident didn't took place earlier! I bookmarked it.


Also visit my web-site - The latest on simple Systems of casino news

Anonymous said...

Assalam..hair serum tu brand pe ye n brapa harga hair mask tu?

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

radin fadli - ingatkan radin x baca...lol..pergilah cr shampoo yg sesuai dgn radin..in sha allah jumpa :)

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

salam anonymous - serum rm25, utk hair mask rm40 700grm, freepostage dear :) to order can email me at : ienamansor@hotmail.com / or whassap me at 012 - 286 7694

Anonymous said...

Salam..serum ni brapa ml ye?

Anonymous said...

kaum adam pon boleh jugak ke pakai produk camni ?