Friday, January 3, 2014

A day with love

orang selalu kata, kalo kita sayangkan seseorang kita sanggup buat apa sahaja.

kata orang, cinta itu buta? benarkah? terpulang pada pandangan dan persepsi orang tersendiri dari sudut menilai cinta.

bagi Iena, kalo iena dah sayangkan seseorang, kita akan suka mengembirakan orang yang kita sayang, tanpa mengharapkan balasan.


Terdetik kat dalam hati Iena, nak berbuat sesuatu untuk ida. Kenapa?

sebab iena kesian tengok dia, lepas balik kerja selalu mengadu penat, kadang - kadang selalu juga dia membebel itu - ini, selain tak boleh buat apa, jadi pendengar sahajalah dia bebel.

ida suka mintak iena picit dia kadang - kadang, tapi kadangkala rasa macam ida ni terlau manja pula! asal housemata tiada rumah, suka pujuk datang teman dia, duduk rumah sewa!!! haha...

kenapa macam tuh ya? tentulah sebab badan dah letih sangat!

sebabkan terlalu sayang, dan juga rindu nak keluar berdua, Iena pun ajaklah ida pergi Aisha Radiah Spa

Ida apa lagi, teruja amat!!! Time tuh muka dia pucat sangat sebab penat dan letih, so dia sangat happy sebab dapat relaxkan badan!

Mula - mula ida ingat dapat buat Facial muka jer tau! tapi rupanya bukan.

Excited dia lepas dapat tahu, dapat buat rawatan yang lebih dari sekadar facial ^.^

me (sedang meneliti nak buat spa apa, rambang mata tengok, ada macam - macam servis dorang tawarkan)

ida - tengok, terkaku dia jap, pening nak fikir rawatan apa nak! hehehe.

waktu kitaorang mula - mula masuk, memang terpegun sikit temgok sekitar sapa, cantik sangat! sesuana pun amat mendamaikan. 
dengan bunyi air terjun, memang kene sangat mood  nak buat spa tuh.

kali terakhir twin pergi spa, ialah waktu pergi indonesia, itu pun juat terima rawatan urut seluruh badan jer, lain semua tak buat ^.^ 

so twin decided nak try something different pula.

Air terjun.
cantikan hiasan dia? simple jer, just nice :)

so lepas twin dah puas, tengok - tengok suasana spa tuh, terus beautician tuh jemput kitaorang masuk untuk menerima rawatan spa.

mula - mula dorang berikan kain batik dan pakaian untuk basahan yang boleh dibuang selepas menerima rawatan dorang.

untuk girls yang tak pernah pergi spa, akan rasa malu nak berkemban jer, so don't worry, dorang ada bilik persendirian, yang mana hanya korang dan beautician jer ada.


tapi untuk iena dan ida, kitaorang nak amik sebilik, so katil kitaorang sebelah - menyebelah je ^.^

time ni bila iena dan ida dah ready, selepas salin kain batik, kita orang pun masuk sauna.

sedikit info untuk korang, semakin banyak peluh korang keluar, semakin banyak toksin dalam badan pun akan keluar tau, selain itu kebaikan sauna ni ada banyak! samgat bagus untuk dalaman wanita juga.

bagi yang ada asma, sauna masih boleh, tapi bukan buat masa yang lama, takut lelah pula kan! sebab ada some people ada yang tak tahan lama - lama, tapi ada juga suka lama - lama ^^

iena dan ida dalam  sempat lagi borak - borak dan goisp - gosip, siap baca majalah lagi, tengok cover depan gambar Che tah! siap gosip pasal Che Tah lagi tau..hihi..best pula kalo kuar dari spa. sekali tiba - tiba muka cantik macam Che Tah...hihi berangan jer pula :P

to me is a very good time to share, sebab kita orang dah lama sangat tak dapat borak- borak macam ni, dan menikmati masa bersama.

sambil dapat tenangkan fikiran serta relax kan badan, memang enjoy sangat berborak dengan ida time tuh, walaupaun rasa dah berpeluh!


selepas tuh, twin di mintak baring di katil, rasa lega yang amat, sebab bilik tuh sejuk jer, ada aircond, so lepas baring tuh, terus mata rasa mengatuk, lagi - lagi bila dia dah diaoarang dah start mengurut kita.

Ida sempat lagi tertidur waktu tukang beautician itu urut dia! (dia memang senang tdo kalo orang urut dia =.=')

after dah terima rawatan urut, badan kitaorang di sental pakai scrub, time tuh memeng rasa badan bersih sangat lepas pakai scrub badan..scrub dia jenis sejuk..so rasa nyaman jer.

lepas pakai scrub dorang pakaikan mask badan pula..amboi! dah rasa macam princess sangat.

time tuh memang rasa diri ni eklusif sangat, sebab terima rawatan macam ni.

hehehe


lepas badan kitaorang dah dipakai scrub dan mask, kitaorang diminta bawa diri ke bathub untuk mandi berendam.

yang bestnya suasana dia pun dah mendamaikan, cantik pula hiasan dia!

airnya panas. so rasa selesaaaanya duduk dalam air panas...siap ada majalah lagi!

paling best, dorang sediakan teh o panas dan roti bakar!

yeayy, sambil berendam dapat minum teh o panas!

rasa princess sangat. ida pun dah tergelak - gelak, tengok ' wahh..ada roti bakar lagi' tak rugi ko bawa aku'! 'Thx sayang'

siap senyum melebar lagi! suka lah tuh!

sambil tuh, kitaorang borak - borak lagi, sampailah rasa dah puas berendam. kitaorang pun membersihkan diri.

paling best after dah mandi n all. 

badan rasa bersih dan kulit rasa lebih lembut after dah di sental dengan scrub badan dan dipakai mask.

badan rasa lebih bertenaga selepas menerima urutan yang sangat best!

kesuluruhan twin sangat happy dapat luangkan masa di spa, sebab servis rawatan dorang sangat bagus ^^.

beautician pun very humble tau.

oh, yah, bagi yang segan untuk mandi bath tub dengan orang, dia ada sediakan untuk persendirian juga, korang tak payah segan sebernanya..sebab dia ada langsir..so no need, risau - risau orang sebelah  jeling - jeling! haha..


Aisha Radiah Spa, ni memang khusus untuk wanita muslimah, so korang jangan risau kalo tempat dia terdedahkan apa. sebab spa ni memang khusus untuk wanita muslimah.

kalo spa dekat hotel - hotel mewah, ada some tempat memang sangat open tau! jangan terkejut ada yang bath tub (jakuzi besar) mandi beramai - ramai, tanpa pakai apa - apa pun, kalo ada yang pakai pun dorang pakai pakaian bawah jer =.=' , jangan korang ingat kat jepun dan korea jer ada..kat malaysia pun ada sebernanya.

cuma tak ramai yang tahu jer.

so spa ni ada best pilihan untuk wanita yang pentingkan aurat, sambil tuh nak menjaga kecantikan.

untuk maklumat lanjut, nak buat temu janji or nak tengok - tengok servis dorang, korang boleh lihat di sini :

address : 31-D jalan Tengku Ampuan, Zabedah F 9/F Seksyen 9 S.Alam

tengok ida, punyalah dia happy, seiap buat peace lagi!

dia puas hati tuh sebernya :)

gambar kita takda, sebab kita jadi tukang amik gambar. ^^

Written by : Iena Mansor









8 comments:

Unknown said...

seronok nye twin pergi spa.. bella pun lame tak pergi .. hehe . good rest for both of u . kesian iena kerja kuat =)

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

bella - bukan iena lah..tp ida..kt dah berhenti keje..jaga biz online fulltime, ida yg kerja dgn org :)

shazreen maznin said...

Best nyerr~.~

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

shazreen - alhamdulilah..rezeki :)

radin fadli said...

iena tak nak belanja radin ke? =p

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

radin - lol..ni spa perempuan! hahaha

haz said...

cmbest jee kt situ. haz x pernh lg rase g spa. hihi

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

Haz - lepas ni try lah pergi...walaupun sekali, atleast ada
moment ^^