Monday, June 17, 2013

Alahai comelnya dia...

Dalam banyak-banyak lelaki dialah lelaki yang Ida rasakan paling kacak bergaya. Walaupun selalu je pakai tak ikut trend and pakai baju Tuck In..heemm..*memang macam pak cik- pak cik la pula pakai tuck in bagai kn?* tapi dia tetap hensemlah bagi Ida.

Tapi kan perangai dia lain macam sikit..Ida rasa dia seorang yang kelakar tau. Haha sebabnya dia tak boleh tahan dengan suasana diam. Kat dalam kereta kalau duduk sebelah dia, dia akan pot pet pot pet 24 jam!. Kalah orang perempuan okai!!...dah tu suka pulak bukak cerita pasal politik. Boring betul =.=' lagi-lagi time nak dekat pilihan raya hari tu..adoiii dah macam orang apa je siang malam cakap politik tau. Kalah pengulas politik abad ini..hahahahahaha...sampaikan bila dia nak buka mulut cerita pasal politik je kitaorng dah awal-awal surrender cakap ' alaaa..tuka topiklah..asyik politik je siang malam!'. Tabiat dia giler politik bukan takat  cakap pasal politik je tau dia addict baca berita politik baik kat internet ataupun newspaper. So korang boleh imaginedlah dia tahap obses pada politik macamana..hehe..dia suka buat gaya macam ni bila baca surat khabar 


sambil berkerut-kerut baca berita..everytime dia akan buat muka macam ni..haish concentrate betul! 

lagi satu tabiat dia yang buat Ida tak suka, dia suka salah jalan!. Ni semua gara-gara terlalu beriya cerita macam-macam masa tengah jalan. Lagi-lagi bila time excited nak cerita topik..lagilah salah jalan. Boleh jadi tengah on the way nak pergi kelas aleh-aleh dia patah balik pergi rumah =.=' ye-ye je cakap dah sampai. Padahal dia pergi kat rumah balik. Ish memandu tanpa sedar namanya tu. Tapi salah jalan pun dia cekap pandu tau..cakaplah kitaorng nak pergi mana. Selalunya dialah jadi hero akan hantar twin pergi mana-mana. Tapi suka minta pengeras...cisss...ada ubi di sebalik mee rupanya..haha.. :p tapi kitaorng tak kisahlah sangatpun sebab taklah susah gila pengeras dia selalu mintak. Huhuhu...

tapi dalam terror-terror dia pandu kereta, dia cukup TAK SUKA tanya jalan =.=' 


dia rela mandu lama-lama sampai jumpa jalan. Tapi kebanyakan lelaki memang macam ni kan? setuju tak? *angguk laju2 cepat!* 

lepas tu dah jadi tabiat dia..dia suka bragging..hahaha lepas dah berjaya cari jalan dia akan kata macam ni ' haaa..betul tak tempat ni! kan dah cakap dah tempat dia kat sini..' ha lebih kurang macam tulah ayat dia. Dah tu kalau dia berjaya dapat job best-best dia akan cerita ulang kali tentang job dia tu..uish..nak suruh orang pujilah tu. Dah puji sekali dia cerita lagi and lagi!!! adoiii..last-last kita senyum dan angguk jela. Apa nak buat..dia tengah excited memang cenggitu. Kita layannnnn jela..hahahahaha.. :p untung-untung time tu kita boleh cucuk jarum bodek nak minta belanja makan besh-besh. And selalunya menjadilah! hikhiks :p 

tapikan walau macamana pun tabiat dia yang bez and tak bez, kita banyak gila terpengaruh dengan dia. Tabiat dia yang dok tersengeh-sengeh bila dapat job bez, ataupun tabiat yang suka cerita ulang kali, and kadang-kadang kelam kabut sikit..ish memang banyakkkkkk persamaan dengan kita!. Kita sebijik macam tu. Copy paste dari dialah kot =.=' 

bab perangai dia yang pandai cari duit, usaha keras and tak putus asa tu..macam susah pulak nak ikut. Huhu sebab susah kot sebenarnya nak jadi macam tu kan? 



Ida ingat lagi naik motor dengan dia pergi mana-mana. Lepas motor kereta pula..pendek kata dari sekecik-kecik manusia sampai kitaorng menjadi orang sekarang ni atas jasa dialah. Kalau tak kerana dia tak berhenti usaha bagi makan yang cukup untuk kita..huhu tak rasalah kitaorng jadi manusia begini, 

Ish apasal pula rasa macam emo tetiber bila cakap pasal ni? ish kena siap-siap bawa tisu takut meleleh air mata tiber-tiber >.<" oh bab ni kita tak sama macam lelaki yang kita cakap ni. Lelaki yang kita cakap ni susah nak bagitahu perasaan dia, kalau  bagitahu pun mungkin kat sms jela..tapi tupun selalunya bukan untuk kita :(  

dah tu dia susah nak senyum..senyum bila happy je..aish mana boleh macam tu. Senyum tu kansedekah, jadi kene banyak2 senyumlahh..kan,kan,kan? tapi dia sama macam kita 1 perkara..suka gelak dengan benda - benda lucu. Kitaorng akan gelak over sikit dari orang lain..gelak gila2..hohoho..memang spesies copy paste la kitaorang. Ada one time tengah movie dengan dia..kitaoranglah yang akan gelak gila-gila and over excited tentang apa  yang berlaku kat  dalam movie tu. Macam adegan kejar mengejar ke..kitaoranglah yang suka mengulas apa yang jadi kat movie tu. Huhu memang meriahlah kalau kitaorng ada masa tengah tengok movie. Kalau x sunyi je kalau kitaorng takde tau ..hihi.

kalau korang nak tau sapa lelaki yang Ida cakap tu..nilah diaaa! hensem kannnnn? hehe..

i lebiulah abah..walaupun tak selalu cakap *tak cakap pun sebenarnya* tapi Ida sayang giler kat abah sebenarnya. Hoho cuma malu je nak bagitau depan..taktau kenapa. Dah dengan abah pun malu taktaulah apa nasib bakal husband kite nanti..hihi :p 



thx abah sebab selalu jadi hero kitaorang masa kitaorang perlukan bantuan atau apa2. And thank you juga sebab selalu bebel masa kitaorng kecik and sampai sekolah menengah. Kitaorng tau kitaorng nakal  gila masa sekolah menengah kan, malas nak belajar sampai abah asyik tension-tension..aiash maaf ler time tu kitaorang masih tak matang lagi *aik dah matang ke sekarang?* mesti abah baca ni abah cakap macam tu kan? tau mak  n abah tak pernah rasa kitaorng matang..kekekeke..apa orang kata anak ibu dan ayah selamanya akan jadi anak mak n abah..besar macamanapun tetap dipandang kecik lagi oleh ibu bapa kan??/ 

apa-apa pun kesempatan ni nak cakap kitaorng SAYANG abah! hehehe..

LUV U!

p/s : jangan mak jelez sudahlah sebab entry ni untuk abah..hihi :p 

16 comments:

zeera lily said...

kite pun malu nk cakap i lebiu & thank ngn ayah kite.. tp sebenarnya syg diorg sgt..

korg kna install apps waze.. nk g mana2 guna je waze tu (mcm gps tp lg best).. in shaa allah x sesat, tak payah tnye org pun x pe..hee

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

zeera : heee samalah kita! kita takut dia terkejut je baca entry ni :p

oh waze? tau! tapi ingat nk bagi gps untuk b'day abah nanti ^_^

Ana Farhana said...

kita bpun sama! segan nk cakap ngn abah hihi

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

Fadhila - kannnnnnnnnnnnn! nk kiss pipi pun macam segan2..apa da >.<'

NinaAz said...

Hihi... I love my abah toooo ♥

Asyik Izas said...

comel jer abah dia kan..mcm dia juga..hehe..kalau malu nak ckp syg depan2 hntr msg pun ok juga..hehe..:)

Sabar said...

bestnye baca entri pasal abah ni..loving sangat..

panglima harapan said...

hehe..betul tu. sy pon malu nak ckp " sy syg abah". sy ngan abah sniri pon nak malu. hehe...malu x brtempat org kata. n betul. byk laki bila drive, mmg x suka nak tnya2 org kalu x tau. depa rela berpusing2 kat jalan. haha.. xpaham2.

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

NinaAZ : aww..sweet <3

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

Asyik Izas : hihi comel ke? maceh..hikhiks..tula tp kadang2 kat msg pn segan..hoho :p

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

Sabar : thx dear ^_~

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

Teterbang : kannnnnnnnnnnn! selalunya lelaki memang macam tu kot..ada ego nak tanya jalan? hihi..

Rei said...

tribute sempena hari bapa la ni ye? bagus-bagus

haz said...

hensem abah. hihi. haz dgn mak pn maluj nk ckp. sbb tak biase. xD ayah lak xde dr kecik. divorced. sobs. hee

naim said...

so sweet your family

syamimihaziqah said...

Patut la korang cantik ;)