Friday, November 8, 2013

Only For You Pandora


Korang tau tak bila kt first time dapat email invitation from Pandora kt rasa teruja gila! Yelah nak dapat invitation dari badan korporat yang besar mcm ni susahlah kan!. Nak2 lagi bila die ade bgtau dpt goodie bag for media!  Memang buat kt lagi super excited lah! Hari2 dok tgk calendar kat hp ni, bebel sorang2 cakap "bilelah nak 8 nov ni, x sabar gile nak pegi!!"

At last semalam 8nov ktorang pun pegi lah dgn hati yg dum dum cak x sabar2 nak sampai. Haih nampak benarlah jakun sgt dengan event2 cenggini. ..almaklumlah blogger picisan mcm ni mmg kurang dpt invitation yg besh2 ni. Dh tau ktorng ni sapa. Maria elena pun bukan, fatin liana pun bukan...yuyu si kupu2 kecik pun bukan. Hehe ktorng adalah mansor twins! Eceh....poyo pulak ayat tu...hahahaha :p





Gambar di atas adalah gambar masa ktorng pergi press conference Pandora. Sbb ktorng dpt invitation under media. So knela pergi press conference ni dulu. Sbnrnya event Pandora kali ni adalah utk Christmas launching punya Collections dan utk celebrate 3rd year anniversary Pandora. Tahniah Pandora! Twins doakan Pandora cawangan Malaysia terus sukses selalu!.

Lepas dh habis press conference ni, barulah media di escort utk pergi majlis dorang pulak. Hehe sblm masuk majlis ktorng sibuk bergambar je dulu...kekeke dh aktiviti wajib ktorng kalau g event kne berselca!  Hihi :p 



Pastu ktorng pun masuk lah dlm majlis die. Bila masuk terus wahhhh..sbb decoration die mmg lawa gilaaaaaa! Dgn acoustic performance mmg superb gilalah! Die punya host pun best!











Gambar2 kat atas ni pula masa ktorng kat dalam event :) series twina rasa bwst sgt g event kali ni. Walaupun nama pandora dh besar,  tp layanan tip top. Xde orang sombong2 kat situ, tu yg buat twins rasa happy semalam tau :')

Oh pastu nak dijadikan cte? Hbs je event pandora ni ktorng singgah dulu kat pavilion dek gara2 kaki x tahan sakit =.=' yela sbb g event tu pakai heels. Ya allah sakitnya laki Allah je tau kot! Pttla ada pepatah oorng kata beauty is pain. Memang btl pun=.=' tabik ah dgn perempuan yg blh jalan pakai heels lama2..ktorng pakai yg 2, 3,4 jam pn x larat! Dh sikit2 cmtu fikir makan je..tu yg singgah pavi utk makan n rest jap tu :) 

Pengajaran pasni, kalau g event jgn pakai heels! Pakai wedges je! X bpe cantik pn xpe, janji selesa kan...tu yg penting betul x? :p tp sakit2 kaki pun dah tak terasa dh bila tengok gift yg ktorng dpr dr pandora. Nak tengok takkkkkkkk? Hehe scroll bawah cpt utk tgk apa ktorng dpt..hihi :p





Tadaaa...ktorng dpt purse pandora!  Act tu bukan fully purse,  die purse yg blh simpan bracelet and charm sume. Tp boleh juga simpan duit dlm tu utk jadikan purse. Mmg cantikla...twins suke. Tqvm pandora, lain kali jemputlah lg ye..hehe twins pasti pergi punyalah!  :p  hope pasni dptlah lg invitation yg besh2 mcm ni. Suka bila dpt pergi event cmni dgn dpt gift yg ohsem camni. Bila dpt pergi event cmni rasa bersyukur pula sbb jd blogger. Semoga kt and semua pembaca blogger akan dpt rezeki pergi events cenggini. Mana tau blh Terjumpa korang ke kat mana2 event kan? Bolehlah berselca sampai lebam! Hiks...okla sampai sini je entry kali ni. Nk siap2 pergi kerja balik...haih now im back to reality balik dah :( 

K la wish u girls and huys hv a fabulous weekend with ur love one. Bye semua! Salam sayang dr kt : Ida Mansor & Mansor's Twins ♡♥♡♥♡♥






Saturday, October 26, 2013

Perlu Ke Melepaskan?


Dalam Hidup kita selalu berdepan dengan keadaan yang memerlukan kita untuk melepaskan sesuatu kan?. Tak kiralah dalam life seorang student, makwe, pakwe, tunang, pak cik, mak cik, ibu-ibu ataupun yang masih single meng yingle ni..hurm memang kita takkan pernah terlepas dari keadaan macam ni kan?

nah..habis tu macamana? perlu kita menangis hentak kaki macam budak-budak yang kehilangan gula-gulanya? 

tak nak? 

malu?

geram?

atau pasrah?

ah bila kita berbicara tentang melepaskan 'sesuatu' perkara, mesti masa macam ni otak kita akan tetiber memproses kembali kenangan-kenangan yang kita 'tak suke' ataupun yang kita rasakan macam menyakitkan kan?

dah tu..nak buat macamana? dah dalam kehidupan, kita memang tak boleh lari dari perkara-perkara macam ni kan? betul tak? 

tapi kadang-kadang kita perlu terima dan faham bahawa..


dan penyelesaian yang terbaik ialah kita perlu REDHA!

yes..that's the only solution that i found it really works :)

REDHA!

Kenapa Ida cakap macam ni? ceh..mesti masa ni ade orang yang ingat "eh Ida ni putus cinta ke?' dok tulis entry karangan bagai cenggini...aiyoyoyo...mesti korang cakap cenggitu dalam hati kan,kan,kan?

tapi sebenarnya TAK!

entahlah..tetiber bila Ida tengok facebook, tengok kawan-kawan modelling Ida..teringat pula zaman photoshoot Ida dekat Karangkraft, Fashion Runaway bagai...tapi bila dah kerja ni..urm Ida tak boleh dah amik job cenggitu. Sebab job2 cenggitu memerlukan masa weekdays untuk buat! 

waktu awal-awal rasa macam sukar sikit nak adapt dengan life baru, ceh pendek kata masa tu kita TAK RETI BERSYUKURlah katakan!. Orang lain susah nak dapat kerja, kita pula boleh dok fikir macamana nak stugle nak adapt kan diri dengan life kerja =.='

padahal bila Ida dah start terima perasaan REDHA,TAWAKAL and PASRAH. Baru Ida nampak besar-besar gedabak bahawa banyakkkkkkkkkkkkkkkkk hikmah sebenarnya bila Ida dah kerja ni. Uh well walaupun ada sesetengah perkara yang Ida kena korbankan..tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii....

Bila kerja ni, Ida belajar banyakkkkkkkkkkkkkkkkk benda baru. Dapat kawan-kawan kerja yang sporting giler, dok nyanyi-nyanyi sambil geleng-geleng kepala macam cte hindustan..haha.bila dorang buat cenggitukan memang buat suasana kerja jadi fun gilelah kan!. 

dan yang PALING UTAMA bagi Ida sejak dah kerja ni kan, Ida dapat beri something kat parents :') that's the most important part, why i love my job now :) Salah satu impian Ida, adalah membahagian my parents. Cewahhh! i wanna make them proud to have a daughter like me!.

Coz deep down i know, im not good like my eldest sister yang selalu gila score straigh A's. Selalu dapat nombor 1. Belajar tinggi-tinggi. Pandai bercakap omputih sampai orang selalu impress dengan dia..yeah i knw im not like that. So i have to struggle and work harder, to make my parents proud having a daughter like me yang tah hape-hape neh :p

*kyaa...gambar takde motip..tapi nak letak juga boleh? kuikui :p *

and bila Ida dah start boleh memberi, buat Ida lagi bersemangat nak naikkan taraf hidup Ida!. Hehe sebab tu sekarang Ida dah start belajar memandu dah. Dok berangan nak bawa family keluar makan-makan sambil kita yang drive kete. Cehh...tapi parents kita cakap cenggini pulak ...

 'boleh ke Ida bawa kereta?, jalan pun tak tau!. Eh mak tak confident la Ida boleh bawa kereta!'

seee my mom boleh pulak cakap cenggitu =.=' tapi tu yang buat kita lagi bersemangatttttttttttttttttt nak belajar kereta!. Nak buktikan dekat mak kita yang kita pun boleh buat!. Tak sabar nak cakap macam ni :

 "see mom, im not a kid anymore, im not like Ida yang dulu tak reti apa-apa tau. Ida dah boleh bawa kereta tau!' *pastu nyanyi lagu Tegar...aku yang dulu bukanlah yang sekarang* kakakakaka...masa kita tengah dok menaip ni pun kan, dah boleh sibok imagined kita cakap cenggitu kat mak kita,,,ceh Ida tak habis-habis berangan lagi =.='

oklah sebenarnya motif entry kali ni nak cakap tentang 'letting go' tapi dah jadi macam sesi meluahkan perasaan pulak. Jangan boring baca sude :p 

oklah kesimpulan dari entry ni ialah, kadang-kadang kita perlu belajar melepaskan suatau perkara untuk mendapatkan suatu perkara yang lain. Kerana dah lumrah hidup, kita tak boleh dapat semua yang kita nak :) *melainkan korang super women yang rasa boleh buat semua benda, then go for it la..kejar impian masing-masing* sebab masa memang takkan menunggu kita, kita yang perlu kejar cita-cita seiring dengan masa :)

buat sesetangah korang yang tengah hadapi dilema 'letting go' ni, Ida harap korang tabah, dan try apply tips REDHA,PASRAH dan TAWAKAL ok?. Insyallah korang boleh laluinya. U can do it bebeh! *sambil buat aksi chaiyok-chaiyok macam dalam korean movie :p * 

oklah dah terbebel pulak malam-malam neh..sorry kalau rasa terboring ok?, if korang ade pengalaman nak kongsi or pendapat ke. Jangan malu-malu tinggalkan jejak komen kat ruangan komen kita ok? :) kita lagi suka korang tinggalkan jejak tau ecececey... :p

oklah sampai sini je entry kita. Jumpa kat next entry lagi ok..meh cium pipi sikit..muah kiri muah kanan *for GILRS ONLY TAU!...hehe laki tak boleh. Sorry ye :p * 

oklah bye! happy weekend u'olls ^_^





WRITTEN BY : IDA MANSOR *sambil buat peace yaw* (mata dah ngantok ni, tapi tangan degil sebenarnya still aktif lagi nak menulissebenarnya. Takpelah save it for my next entrylah hehe :) 




Friday, October 11, 2013

In love with you...

Assalamualaikum  girls and guys!

hihi today kita nak cerita tentang cintalah..boleh x? ececey....soalan pertama kita nak tanya koranglah kan... pernah tak korang jatuh cinta? ceiitt mesti pernahlan kan,kan,kan? confirm punyalah! sapa cakap tak pernah tu memang tipu! bahahahaha memang kita tak caya ah kalau korang kata x pernah. Paling cikai in love pun, mesti korang ade ter minat kat mamat-mamat zaman sekolah dulu ke, ataupun kat retis-retis yang hot-hot yang semestinya takkan pandang kita even sebelah mata je pun kan?! macam kita, memanglah selalu je ter in love dengan channing tatum ke, taylor lutner ke..edward cullen ke..ehhh...hahaha nk crush pun yang hot-hot yer dak? hikhik :p

tapi sebenarnya yang paling kita jatuh cintalah kan...dengann....jeng jeng jeng *drum roll* hehe dengan Dian Pixy Floral Mask lah! kekekeke mesti korang dah excited nak tau dengan sapa kita jatuh cinta kan? ceiit kita sekarang x mainlah cintan cintun dengan mana-mana mamat sekarang. Suka jatuh cinta dengan beauty products je sekarang!

hehe sebabnya umur dah makin meningkat, so kenalah jaga apa yang patut sekarang...keke :p

meh kita kenalkan lover kita Dian Pixy Floral Mask ni, suke mask ni sebabnya die kaler ungu. Omey sangat tau :p plus die memang best, sebab everytime ada jerawat atau blackhead memang dielah jadi teman sejati kita di malam hari...eceh :p

naahhhh bukti untuk korang, kalau incase korang tak caya kita pakai produk ni :)


masa ni jerawat tengah besar gila menternak kat pipi kite tu, tu yang apply mask ni kat bahagian jerawat je. huhuhu :)


muka kuyu, sebab terlalu suke dengan mask ni..abaikan jela eyebag gemok tu :p


colet sana, colet sini..amacam cantik x? kekekekekeke :p


haaa ni lah rupa lover kita yang kita dok pong pang kat atas tu. Nama dia Dian Pixy Floral mask..eceh..kerlas kau..Floral Mask sangat tau. Naseb kesannya die bagus, so kita bagi die double kelaslah boleh? :p 


oh by the way, buat korang yang tertanya-tanya apa fungsi menda alah ni, nah baca kat bawah ni : 

- lindungi kulit dari pencemaran
- melembutkan kulit tanpa menipiskaanya ( ni i loike!)
- saaaaaangatlah efektif untuk tanggalkan blackhead yang degil nak mampus :p
- mengawal masalah kulit berminyak
- menyaktoksik pada wajah yang jadi punca jerawat
- sangat digalakkan untuk kulit yang sensitif dan berjerawat

Bahan dalam ni apa pulak? 
ha dia ada moisture complex, vit A, B3, C dan E + Hyaluronic Asid dan semua bahan yang bagus untuk muka :)

last sekali just wanna inform u girls and guys, Fatin Liyana. Fatin Suhana pun pakai mask ni tau..x caya? g ah stalk belog dorang...huhu sebab tu agaknye kita pun dah terpengaruh nak cuba mask ni mungkin? :p

oklah for those yang nak tau, kita dapatkan benda ni kat mana. Korang bolehlah pergi kat Dian Pixy ni okey, selamat menjadi cantik semua...bye. Sayang korang! Happy Weekend peeps !



written by Ida Mansor comel :p 




Monday, September 30, 2013

Ida VS Iena Style with Love, Bonito

Selalunya orang cakap kalau kembar, mesti citarasa semua nak sama kan,kan,kan? Mesti korang ingat kitaorang ni macam tu yer tak?

Uh Well...kalau nak diikutkan memanglah citarasa kitaorng sama, tapi tu dululah! Kalau waktu kecik-kecik sampailah sekolah menengah, memang kebanyakannya baju kitaorng semuanya sama tau!. Tapi bila masing-masing dah besar ni. Kitaorng dah ada style sendiri yang kitaorang suka dan rasa selesa bila pakaiJ

Yelah... bila dah besar ni, masing-masing dah ade kepala sendiri dan cara fikir yang berlainan. Tu yang membentuk citarasa dan style kitaorng sendiri. Hehe macam Iena, die memang suka gila style feminine and gaya kemas-kemas macam tu. Kontra gila kot dengan kita!

Kalau macam Ida, Ida memang suka gila dengan gaya STREET STYLE! So bila kitaorng ade peluang nak shopping on9 sama-sama, memang kitaorang akan pilih pakaian ikot citarasa kitaorng sendirilah! . Mesti korang pelik kan, kenapa kitaorang pilih nak shopping online kat Love, Bonito yer tak?

Sebabnya dorang tengah adakan promosi FREE SHIPPING! Siapa yang tak nak kan???!! So apa lagi terus kitaorng serang  laju-laju website Love, Bonito tau :p


Macam kitaorng, kitaorng memang suka gila beli barang dari on9 tau. Selesa kot, sebab senang and praktikal bagi kitaorang. Sebab masing-masing dah kerja, so peluang nk shopping tu macam....hurm..macam takde je sekarangL sebab masing-masing dah busy dah tau L sob..sobb..sob..tu yang last-last shopping on9 je senang :’)

Pastu  tu, tu yang  kitaorang decide nak explore Love, Bonito. Yela dah alang-alang dapat free shipping. Apa lagi serang terus jela website dorang! Hiks :p

Korang nak tengok tak baju apa yang kitaorng pakai hasil dari Love, Bonito?

Ha scroll bawah cepat kalau nak tengok...hehe ;P
  

Ni gambar masa 1 family hantar Ida balik ke Shah Alam. Malam-malam camtu, memang kita (Ida) cepat rasa sejuk. Sebab tengah tak berapa sihat pun time tu. Tu yang pilih pakai baju sweater dari Love, Bonito. Iena macam biasa yang suke style femini mestilah pakai top blouse and long skirts dari Love, Bonito juga. Hehe saja kali ni pakai baju yang sama kaler J

Kat bawah ni pula gambar-gambar Iena dan Ida pakai baju Love, Bonito J


IENA STYLE WITH LOVE, BONITO OUTFIT


Gambar yang iena pakai baju ni time baru balik dari berjalan pergi macam-macam tempat dengan ida....masa pilih untuk pakai baju orange ni, fikir punya fikir tak tau nak pakai dengan apa..yelar takkan nak pakai dengan seluar jeans jer lagi kan? balik-balik jeans..so boring!. Tu yang kali ni nak tukar selera, iena pun gabungkan dengan seluar slack blue color..seluar ni pun sangat selesa dan memang match pakai dengan baju kait ni tau! Tak panas pun pakai..selesa lagi adalah ^^



Ni pula gambar Iena masa nak keluar jalan-jalan dengan Ida. Sementara tunggu abah ktorng, Iena sempat posing kat tangga dulu. Iena kata dia suka baju ni, sebab baju ni macam baju kurung kot. Sebab boleh pakai dengan 2 gaya, 1 dengan kain macam baju kurung, lagi satu boleh pakai dengan seluar untuk gaya santai J


Untuk gaya ni, sebenarnya Iena memang plan nak pakai dengan mermaid skirt. Tapi bila tengok Ida asyik bergaya rockish, terpengaruh sikit pula nak pakai macam die. Tu yang try pakai sweater top ni dengan kasut baru Ida. Amacam? Nampak kewl x? Keke ;p







IDA STYLE WITH LOVE, BONITO OUTFIT



Macam Ida pula, memang sengaja pilih baju yang style ala-ala rockish sikit..sebab tuh memang gaya  yang kita suka J Saje je kita matching kan handbag dengan baju. Hehe baru Nampak style sikit :p masa ni kita tengah ada mood melawa. Tu yang pakai cantik-cantik tu. Tapi memang serieslah, baju ni bukan je lawa plus selesa sangat kot!, dalam banyak2 baju Love, Bonito, baju nilah yang jadi baju fav kita tau. Hehe J




Gaya ni pula, memang gaya yang paling Ida suka. Simple, Cuma simple white top wif printed pants yang super ohsem dah boleh buat  outfit korang Nampak stunning gila!. Sebab tu Ida pilih nak gayakan pants Love, Bonito ni dengan top yang simple camni. Yelar sebab pants die pun dah corak, takkan atas pun nak corak2 kan? J



Ni pula tema Black White, dah lama rasanya tak pakai warna hitam sebenarnya. Tapi bila Nampak je seluar ni dari Love, Bonito, memang kat kepala terus terfikir nak pakai top hitam dengan black boot!. Haaa memang rockish la kan? Cuma takde stud je..kalau ade hiasan stud –stud ke rasa macam lagi kewl la pula..ceh..over lebih je kita ni, nak stud2 bagai :p


Last sekali gambar for everyday outfit, memang suka bergaya santai dengan sneaker dan beg sandang camtu. Tambah pula dengan lovely skirt ni yang tengah IN gila sekarang. So memang terus jela sarung skirt ni dengan top emerald green camtu, yela taknak Nampak boring tu yang pakai top berkaler tu. Nak Nampak sopan, Ida gayakan pula dengan cardigan. Tahdaa....nilah gaya santai hari2 Ida Mansor...hewhew :p

So tu jela gaya Iena Mansor VS Ida Mansor dengan outfit dari Love, Bonito. Korang pula suka bergaya macamana? Kalau rasa-rasa macam nak beli juga outfit macam kitaorng dari Love, Bonito, cepat ye krn skang ade promosi free delivery ke Malaysia, guna code FREESHIPMSIA utk dapatkan promosi tu! korang boleh cuci-cuci mata kat :



oklah sampai sini sahaja entry kali ini..isyallah kitaorng akan cuba lebih update blog ya. Bye
sayang korang semua! Meh nak kish sikit..opsss pompuan je, laki x boleh yer..hihi :p


Written By :

Iena Mansor& Ida Mansor

Monday, September 16, 2013

What I love about her, What I love about Us


Thank You Allah...

Kalau nak difikir-fikirkan bukan semua manusia dikurniakan tuah dilahirkan sebagai kembar kan? tapi syukur alhamdullillah kepada ALLAH s.w.t yang memberi rezeki itu pada Ida dan Iena. Adat bila menjadi twins ramai yang tanya apa yang best bila jadi twins?. Huhu susah nak jawab sebenarnya soalan tu, sebab bagi kita ia mengandungi 1001 rasa dalam menjadi twins tau.....eceh..dah boleh bukak cerita macam hikayat 1001 malam pula. Hahahahaha..agak-agak ada tak yang sanggup nak dengar story twins dalam hikayat 1001 malam? hikhik :p

Berbalik pada hikayat 1001 malam tadi..mesti ramai yang tanya..cehhh...boleh sampai ada 1001 rasa ke jadi twins ni? okey..jawapannya ye tau!...sebab? sebab ida ni seorang yang over sensitif terhadap sesuatu perkara.Ya kita memang over tauuu....sebab kita ni memang cepat tersentuh kalau bab2 twins kita. Salah satu contohnya, kalau kita tengah makan makanan yang sedap-sedap macam kek pavlova ke atau makanan yang super-duper ohsem with price yang gedabak mahal dengan restoran yang super ohsem...tapiii kalau TAKDE iena kann....hemmm..... kita boleh tetiber jadi emosi kat situ jugak tau!. Silap2 time tengah makan tu dah boleh keluar rintik2 air mata dari mata kite yang sepet ni tau!. Sebabnya kita memang tak boleh nak enjoy sorang-sorang, kalau kita tau yang si kembar kita Iena Mansor ni SUKA SANGAT dessert dan makanan yang sedap2 tau! . Kita boleh tetiber jadi emo kat situ, sebab sibok teringat flashback macam dalam movie hollywood selalu buat. Selalunya terkeluarlah flashback macam moment Ida and Iena tengah makan sama-sama and macam2 lagila.. alah kirenya macam 1001 flashback akan keluar juga time tu. =.=' . Ceh..tah hapa2 je kan? ..ya la ya la.. kita tau kita ni memang over sensitif tak memasal disitu =.='


lagi satu..bukan sebab kita suka-suka nak rasa emo je tau, tapi entah kenapa dengan kita ni. Kalau makan makanan yang best2 kat tempat yang best2 je..mesti tetiber timbul rasa guilty sebab x dapat kongsi benda yang ohsem2 tu dengan Iena atau family kita. Sebab kita tau how much my family love GOOD FOOD! hehe especially western food! :) 

lain pula dengan Iena...dia jenis COOL je. Ish x suka! sebab dia suka sangat tunjuk COOL. Dia sikit pun tak tunjuk perasaan die kat sapa-sapa tau. Kat kita pun kan, bila dia ada mood je dia tunjuk  perasaan dia tu tau =.='. Plus dia bukan jenis cepat tersentuh macam kita. Bagi dia GOOD FOOD is a good food la..no need to feel anything what?. Ceh heartless betul kembar kita ni. Dia cuma akan ejoy je makanan yang sedap2 tu tanpa fikir apa2. But meee? akan fikir macam2. Selalu je keluar ayat cenggini kat fikiran kita tau " kan best kalau Iena ada, dia suka pavlova ni. Pastu  teringat yang kitaorng suka berebut-rebut nak curi strawberry!" . dah tu keluar pula ayat ni kalau makanan sizzling lamb ke.."ish mak suka lamb ni, kalau mak dapat makan lamb ni kan. Mesti mak senyuum je" ..pastu bila tengok sayur..keluar pula ayat ni " ha..kalau ada abah kan, mesti die order sayur. Pastu suka suruh kita makan sayur dan bebel2" 



ha..tengok..sebab selalu sangat terfikir ayat2 cenggitulah kita jadi emo kalau terjumpa makanan yang sedap2 =.=' ceh teringin nak jadi Iena yang boleh act COOL sentiasa. Jelez tengok dia camtu tau!

Tapi dalam pada Iena ni tunjuk COOL sebenarnya dia sangat CARING tau!. Sebabnya Ida teringat masa Ida kecik-kecik dulu, dia cukup pantang kalau ada orang cuba buli adik die ni tau. Teringat zaman sekolah rendah dulu-dulu, yang kita kena buli dengan  seorang budak laki ni. Apa lagi...iena terus je laju-laju kumpul kawan power rangers die and terus serang budak laki tu!. Hehe sampai akhirnya budak laki tu tak berani dah kacau Ida :)

Ada lagi satu, masa sekolah menengah....biasalah zaman sekolak menengah mesti zaman penuh drama. Gaduh antara kawan-kawanla. Adalah satu girl  yang Ida tak berapa nak ngam. Nak cerita details macam tak manis pula. Sebab tak elok kita ungkit benda yang dah lepas kan,kan,kan? tapi disebabkan girl tu jugakla Ida nangis. Iena memang pantang kalau tengok kite cenggitu, terus dia pi marah girls tu juga. Tu yang buat Ida sayang Iena..sentiasa jaga kita :')

Kat sini juga Ida nak share dengan korang antara happy moments twins sepanjang hidup ni, and sedikit gambar2 lama kitaorang eh. Hehe scroll kalau nak tengok :p

Gambar 2010



ni sebenarnya x sure..2010 ke 2009, ni gambar masa pertama kali shoot..kaku naa =.=' 
tapi happyla sebab pertama kali merasa di photoshoot oleh pro photographer :) 


2011


2012


shoot for getgo, time ni pun kitaorng happy. Sbb dilantik jadi duta barangan GetGo tau!, tapi pastu dia dah x keluarkan lagi dah produk tu :( 



gambar ni pula twins keluar kat surat khabar kat utusan malaysia. Ida ingat sangat masa tu...Ida & Iena happy sangat2 sebab first time kot muka keluar paper! dah lah 1 page tu khas untuk kitaorng!!. Itu antara salah 1 happy moment twins tau. Hehe paper ni kitaorng siap laminate lagi. hewhew :")


2013


Tercapai juga akhirnya impian untuk shoot bersama-sama untuk Hijabista! alhamdullilah :) 


 ni pula gambar paling latest..masa raya hari tu :)
ni twins masa kat Jogja hari tu, ni juga antara salah 1 happy moments twins. First time jejakkan kaki di tanah asing selain dari Malaysia! :) 

last sekali..antara moment bersejarah twins pula..hehe cuba teka apa dia? ok bukan moment kawen2 atau tunang2 ye. Haha tau sangat korang sume suke sangat kalau tahu kitaorng ni dah nak kawen atau apa2. Huhu sebab tu memang soalan wajib semua orang setiap kali jumpa twins. 'Bila nak kawen?' hohoho..xpelah twins muda lagi. Tak nak main kawen2 dulu boleh? nak main kerja2 dulu..keke :p 



so far sepanjang Ida hidup ni..itulah antara moment manis twins :) 

selain dari sambut birthday sama2 yang wajib every year twins sambut....hurm..memang itulah antara moment manis kitaorang sepanjang hidup ni :) Apa yang boleh Ida cakapkan, memang Ida rasa bersyukur sangat sebab ada twins. Sebab die memang sangat2 memahami Ida. Mana taknya, dari kecik makan sama-sama, pergi sekolah sama-sama, sampailahhhhhhhhhhhhhhh sekarang! Memang teman sekatil yang selalu giler bergaduh tak tentu masa, pastu boleh pulak berbaik balik siap kiss2 pipi macam tak pernah gaduh =.=' (mak kitaorng selalu cakap kitaorang drama je lebih kalau gaduh. Sebab tahu kitaorng akan baik balik. hiks :p) 

alhamdullilah walau apa pun Ida bersyukur sangat ada dia!, rasanya kalau takde die. Memang bosanlah kot hidup =.=' can't imagine la kalau kena buat semua benda seoarang diri!. Tapi disebabkan umur kitaorng pun dah nak bertukar jadi angka 24 tahun ni, kitaorng sekarang kerja pun dah asing2. Tak sama lagi dah :( 

so nightmare yang kitaorang palin takut dah datang!, nightmare yang kitaorng kena buat kerja semua sendiri2. Haih itu baru sekarang..kalau dah kawen tak taula camne =.=' agaknya Ida dah menangis hentak kaki macam budak kecik sibok nak balik umah!. Sekarang asyik sakit2..agaknya sebab homesick kot? ataupun sebab daya tahan badan tak kuat =.=' (ciss boleh pulak salahkan homesick..tapi x tipu! memang kita jenis suka balik umah!. Kalau cuti tu just nak duduk uma dengan Iena je. Tak nak keluar pergi mana2 kalau boleh :p ) 

okeylah...xnklah bebel panjang2, takut korang boring kalau baca  kan? anyway sorrylah kat semua pembaca belog kita. Sebab kita dah berzaman tak update belog. Ni semua sebab kita selalu sangat sakit, batuk2 and muntah2 semua. Balik kerja terus mandi2 and terus landing kat katil je. Hehe memang malas dah nak type2 entry bagai. K la sampai sini je..baibai..

bai..


bai..



bai..



bai..


bai!! ciss berapa kali nak bai dah..hahahahaha...*otak tengah senget masa update belog ni, sebab tu cenggitu. Ni semua sebab teringat kat iena la ni..hoho salahkan orang jauh pula :p* okla bai..*kali ni betul2 last..bye!* sambil lambai tangan mcm miss universe *ceh..over x? :p)  


p/s : korang rindu x nak baca entry kita?, kalau korang cakap rindukannnn....hehe baru kita nak selalu update. Hiks  *mood - mengada :p* 





written by : Ida Mansor










Thursday, September 12, 2013

Bila Berkata Tentang Sahabat

Hye semua..kali ni iena nak ceritakan pasal sahabat..iena pasti korang semua pun ada sahabat masing-masing?


Bagi Iena erti sahabat itu luas sebernanya..yang pasti sahabat mesti ada dengan kita masa senang dan susah, gembira dan sedih, serta sentiasa menyokong dan memberi semangat pada sahabat kita…itu bagi iena pergertian dan nilai persahabatan..

Bagi iena, iena memang dah punyai sahabat yang paling akrab,rapat dan segalanya bagi iena..

so iena tekad nak buat sati video khas untuk sahabat iena bila iena lihat website Sahabat :

http://www.astrogempak.com.my/sahabat/index.aspx?pg=mv-dedikasi

Korang mesti tertanya-tanya siapa sahabat Iena kan? So let’s see the video yang iena dedicated kan untuk Sahabat Iena!


Bila korang dan tengok video mesti, korang dah tahu kan siapa sahabat Iena? Hhehehe…kalo korang nak tahu Iena buat video ini tentang sahabat…sebab apa? Astro ada buat cerita tentang sahabat tau, so apa lagi yang terhebat dan ter sweet tentang sahabat korang kenelah tengok cerita ni…


Tengok tau..jangan tak tengok kan best bila melihat cerita mengenai persahabatan..drama-drama dekat tv asyik cerita pasal kisah cinta..why not kali ni korang ubah selera pula!

Cerita Sahabat akan bermula dari 16Sept 5.30Pm on Astro Ria! Tak sabar nak tengok dan tengok komen korang semua pasal cerita Sahabat ni dekat Astro Ria tau!

Dan di sini iena ada sertakan sedikit gambaran video yang iena buat khas untuk artis sahabat Liyana Jasmay tau..so korang boleh agak dah tahu macam mana nak buat video seperti ini ok ^^

Link Video : http://astrosahabat.com.my/app/?vid=recipient-355_SgxWqMbEON
So disini iena juga ada sertakan gambar-gambar pelakon sahabat, teringin dan tak sabar-sabar pula nak tengok cerita ni bila tengok happening nya gambar diaorang ^^






Btw kalo korang ingin video seperti yang iena buat, jangan lupa untuk pergi ker website diaorang untuk buat video khas untuk sahabat baik korang, inilah masanya korang berbuat sesuatu untuk menghargai persabahatan korang..senang jer tau nak buat..!

Link Website : http://www.astrogempak.com.my/sahabat/index.aspx?pg=mv-dedikasi

Untuk pengetahuan korang, korang boleh share video ni dengan sahabat korang dari facebook dan twitter so..sangat senang untuk dorang lihat video yang korang hantarkan khas untuk sahabat korang ^^

To my dearest Ida :


I love u Idamansor


Written By Iena Mansor