Saturday, October 26, 2013

Perlu Ke Melepaskan?


Dalam Hidup kita selalu berdepan dengan keadaan yang memerlukan kita untuk melepaskan sesuatu kan?. Tak kiralah dalam life seorang student, makwe, pakwe, tunang, pak cik, mak cik, ibu-ibu ataupun yang masih single meng yingle ni..hurm memang kita takkan pernah terlepas dari keadaan macam ni kan?

nah..habis tu macamana? perlu kita menangis hentak kaki macam budak-budak yang kehilangan gula-gulanya? 

tak nak? 

malu?

geram?

atau pasrah?

ah bila kita berbicara tentang melepaskan 'sesuatu' perkara, mesti masa macam ni otak kita akan tetiber memproses kembali kenangan-kenangan yang kita 'tak suke' ataupun yang kita rasakan macam menyakitkan kan?

dah tu..nak buat macamana? dah dalam kehidupan, kita memang tak boleh lari dari perkara-perkara macam ni kan? betul tak? 

tapi kadang-kadang kita perlu terima dan faham bahawa..


dan penyelesaian yang terbaik ialah kita perlu REDHA!

yes..that's the only solution that i found it really works :)

REDHA!

Kenapa Ida cakap macam ni? ceh..mesti masa ni ade orang yang ingat "eh Ida ni putus cinta ke?' dok tulis entry karangan bagai cenggini...aiyoyoyo...mesti korang cakap cenggitu dalam hati kan,kan,kan?

tapi sebenarnya TAK!

entahlah..tetiber bila Ida tengok facebook, tengok kawan-kawan modelling Ida..teringat pula zaman photoshoot Ida dekat Karangkraft, Fashion Runaway bagai...tapi bila dah kerja ni..urm Ida tak boleh dah amik job cenggitu. Sebab job2 cenggitu memerlukan masa weekdays untuk buat! 

waktu awal-awal rasa macam sukar sikit nak adapt dengan life baru, ceh pendek kata masa tu kita TAK RETI BERSYUKURlah katakan!. Orang lain susah nak dapat kerja, kita pula boleh dok fikir macamana nak stugle nak adapt kan diri dengan life kerja =.='

padahal bila Ida dah start terima perasaan REDHA,TAWAKAL and PASRAH. Baru Ida nampak besar-besar gedabak bahawa banyakkkkkkkkkkkkkkkkk hikmah sebenarnya bila Ida dah kerja ni. Uh well walaupun ada sesetengah perkara yang Ida kena korbankan..tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii....

Bila kerja ni, Ida belajar banyakkkkkkkkkkkkkkkkk benda baru. Dapat kawan-kawan kerja yang sporting giler, dok nyanyi-nyanyi sambil geleng-geleng kepala macam cte hindustan..haha.bila dorang buat cenggitukan memang buat suasana kerja jadi fun gilelah kan!. 

dan yang PALING UTAMA bagi Ida sejak dah kerja ni kan, Ida dapat beri something kat parents :') that's the most important part, why i love my job now :) Salah satu impian Ida, adalah membahagian my parents. Cewahhh! i wanna make them proud to have a daughter like me!.

Coz deep down i know, im not good like my eldest sister yang selalu gila score straigh A's. Selalu dapat nombor 1. Belajar tinggi-tinggi. Pandai bercakap omputih sampai orang selalu impress dengan dia..yeah i knw im not like that. So i have to struggle and work harder, to make my parents proud having a daughter like me yang tah hape-hape neh :p

*kyaa...gambar takde motip..tapi nak letak juga boleh? kuikui :p *

and bila Ida dah start boleh memberi, buat Ida lagi bersemangat nak naikkan taraf hidup Ida!. Hehe sebab tu sekarang Ida dah start belajar memandu dah. Dok berangan nak bawa family keluar makan-makan sambil kita yang drive kete. Cehh...tapi parents kita cakap cenggini pulak ...

 'boleh ke Ida bawa kereta?, jalan pun tak tau!. Eh mak tak confident la Ida boleh bawa kereta!'

seee my mom boleh pulak cakap cenggitu =.=' tapi tu yang buat kita lagi bersemangatttttttttttttttttt nak belajar kereta!. Nak buktikan dekat mak kita yang kita pun boleh buat!. Tak sabar nak cakap macam ni :

 "see mom, im not a kid anymore, im not like Ida yang dulu tak reti apa-apa tau. Ida dah boleh bawa kereta tau!' *pastu nyanyi lagu Tegar...aku yang dulu bukanlah yang sekarang* kakakakaka...masa kita tengah dok menaip ni pun kan, dah boleh sibok imagined kita cakap cenggitu kat mak kita,,,ceh Ida tak habis-habis berangan lagi =.='

oklah sebenarnya motif entry kali ni nak cakap tentang 'letting go' tapi dah jadi macam sesi meluahkan perasaan pulak. Jangan boring baca sude :p 

oklah kesimpulan dari entry ni ialah, kadang-kadang kita perlu belajar melepaskan suatau perkara untuk mendapatkan suatu perkara yang lain. Kerana dah lumrah hidup, kita tak boleh dapat semua yang kita nak :) *melainkan korang super women yang rasa boleh buat semua benda, then go for it la..kejar impian masing-masing* sebab masa memang takkan menunggu kita, kita yang perlu kejar cita-cita seiring dengan masa :)

buat sesetangah korang yang tengah hadapi dilema 'letting go' ni, Ida harap korang tabah, dan try apply tips REDHA,PASRAH dan TAWAKAL ok?. Insyallah korang boleh laluinya. U can do it bebeh! *sambil buat aksi chaiyok-chaiyok macam dalam korean movie :p * 

oklah dah terbebel pulak malam-malam neh..sorry kalau rasa terboring ok?, if korang ade pengalaman nak kongsi or pendapat ke. Jangan malu-malu tinggalkan jejak komen kat ruangan komen kita ok? :) kita lagi suka korang tinggalkan jejak tau ecececey... :p

oklah sampai sini je entry kita. Jumpa kat next entry lagi ok..meh cium pipi sikit..muah kiri muah kanan *for GILRS ONLY TAU!...hehe laki tak boleh. Sorry ye :p * 

oklah bye! happy weekend u'olls ^_^





WRITTEN BY : IDA MANSOR *sambil buat peace yaw* (mata dah ngantok ni, tapi tangan degil sebenarnya still aktif lagi nak menulissebenarnya. Takpelah save it for my next entrylah hehe :) 




19 comments:

Anis Athia said...

Betul tu ida, walaupun perit nak terima, kita kena redha. Pasti ada hikmah kan :)

Munirah Rafiuddin said...

kt kena pcaya setiap apa yg terjadi ada balasannya...benda baik yg kt wat maka baik lah balasannya...tak perlu takut.. (^_^)
"hadapi dgn senyuman...apa yg terjadi, biar terjadi..."

~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

shazreen maznin said...

u can do it girl...hehe...good luck, ida cantek ~.~

shazreen maznin said...

u can do it girl...good luck, ida cantel ~.~

shazreen maznin said...
This comment has been removed by the author.
yutaka said...

sebenarnya mak kita hampir sama caring nya.

bila ida hendak bawak kereta, tapi ibu ida merasa kurang yakin terhadap kemampuan ida. sebenarnya bukan kurang yakin tetapi lebih kepada caring. takut2 jika terjadi apa-apa pada anaknya.

sama seperti saya. bila dulu saya hendak membawa kereta, ibu akan lebih selesa jika arwah ayah yang menghantar saya.

sebab apa ibu berkata demikian? sebab kita ni tetap seperti bayi di mata ibu walaupun usia kita sudah dewasa. ini kerana ibu sangat sayang anak-anaknya sampai ke hujung hayatnya ..

sob sob sob .. sedih pula ..

http://yutaka2109.blogspot.com/

nabila said...

Chaiyok! :D

Siti Hawa Abdul Rahman said...

btol2.. walau ape pon kita kena sentiasa berusaha kan cs..biar la orang nk kte ape pon huhu~ yeaa!!!

Aee Noyou said...

Assalammualaikum Ida..
Salam Perkenalan.
Melepaskan tak semestinya terlepas..banyak lagi kebaikan yang Allah swt nak bagi. Bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang, semua tak dapat dibeli dengan wang ringgit. Itulah anugerah yang terlalu berharga dan istimewa dari Allah Yang Maha Esa. Good Luck Ida.

dari Ida Hariyanti

http://aenoyou.blogspot.com

Addin Aisyah said...

salam , hi ! twins.. saya baru first time jumpa awak kt Moslema In Style semalam , saya yg ja registration korang masa tu.. :) happy to see both of you in real life.. ^^ hehe. seriously korang nampak comel and sweet je masa tu. :D

back to the entry.. sy memang sokong dengan cara awk.. yeah . thats right. kadang2 benda yang dah ada dengan kita pun, kita terpaksa let go. tambah2 dengan benda yg belum jadi milik kita, lagi tinggi possibiliti nya.. apapun.. masa buat keputusan, memang kita kena yakin dan percaya dengan Allah, after that baru kita boleh jadi lebih tabah untuk melepaskan.. :) insyaAllah..

La yukallifullahu nafsan illa wus'aha.. (Allah tak kan bebankan seseorang dengan apa yang dia tak mampu)

*sekadar berkongsi*

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

Addin Aisyah : thx Aisyahhhhh :)

tak sangka u boleh terjumpa blog ktorng ni :') terima kasih atas pandangan Aisyah..benda yg baik mmg patut dikongsi. Semoga Aisyah sukses selalu dan bahagia selalu <3

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

Anis : btl3

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

Munirah Rafiuddin : suka ayat last tu.."hadapi dgn senyuman...apa yg terjadi, biar terjadi..."

tq munirah :)

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

tqvm shazreen!

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

yutaka : x blh dinafikan tu..mmg btl..kt dh besar mcmane pn di mata ibu kt mmg mcm baby lg bg dorang kan =.='

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

nabila : thx!

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

Siti Hawa Abdul Rahman : btl!! berusaha jom! aja2 fighting!

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

Aee Noyou : thx dear..btl apa u kata tu..good luck to u too dear :)

Khalid Kyle said...

Nice entry :) hmmm am i the only guy commenting at his blog haha *sesat

Jom Terjah : Bunuh Filem Melayu!