Monday, September 16, 2013

What I love about her, What I love about Us


Thank You Allah...

Kalau nak difikir-fikirkan bukan semua manusia dikurniakan tuah dilahirkan sebagai kembar kan? tapi syukur alhamdullillah kepada ALLAH s.w.t yang memberi rezeki itu pada Ida dan Iena. Adat bila menjadi twins ramai yang tanya apa yang best bila jadi twins?. Huhu susah nak jawab sebenarnya soalan tu, sebab bagi kita ia mengandungi 1001 rasa dalam menjadi twins tau.....eceh..dah boleh bukak cerita macam hikayat 1001 malam pula. Hahahahaha..agak-agak ada tak yang sanggup nak dengar story twins dalam hikayat 1001 malam? hikhik :p

Berbalik pada hikayat 1001 malam tadi..mesti ramai yang tanya..cehhh...boleh sampai ada 1001 rasa ke jadi twins ni? okey..jawapannya ye tau!...sebab? sebab ida ni seorang yang over sensitif terhadap sesuatu perkara.Ya kita memang over tauuu....sebab kita ni memang cepat tersentuh kalau bab2 twins kita. Salah satu contohnya, kalau kita tengah makan makanan yang sedap-sedap macam kek pavlova ke atau makanan yang super-duper ohsem with price yang gedabak mahal dengan restoran yang super ohsem...tapiii kalau TAKDE iena kann....hemmm..... kita boleh tetiber jadi emosi kat situ jugak tau!. Silap2 time tengah makan tu dah boleh keluar rintik2 air mata dari mata kite yang sepet ni tau!. Sebabnya kita memang tak boleh nak enjoy sorang-sorang, kalau kita tau yang si kembar kita Iena Mansor ni SUKA SANGAT dessert dan makanan yang sedap2 tau! . Kita boleh tetiber jadi emo kat situ, sebab sibok teringat flashback macam dalam movie hollywood selalu buat. Selalunya terkeluarlah flashback macam moment Ida and Iena tengah makan sama-sama and macam2 lagila.. alah kirenya macam 1001 flashback akan keluar juga time tu. =.=' . Ceh..tah hapa2 je kan? ..ya la ya la.. kita tau kita ni memang over sensitif tak memasal disitu =.='


lagi satu..bukan sebab kita suka-suka nak rasa emo je tau, tapi entah kenapa dengan kita ni. Kalau makan makanan yang best2 kat tempat yang best2 je..mesti tetiber timbul rasa guilty sebab x dapat kongsi benda yang ohsem2 tu dengan Iena atau family kita. Sebab kita tau how much my family love GOOD FOOD! hehe especially western food! :) 

lain pula dengan Iena...dia jenis COOL je. Ish x suka! sebab dia suka sangat tunjuk COOL. Dia sikit pun tak tunjuk perasaan die kat sapa-sapa tau. Kat kita pun kan, bila dia ada mood je dia tunjuk  perasaan dia tu tau =.='. Plus dia bukan jenis cepat tersentuh macam kita. Bagi dia GOOD FOOD is a good food la..no need to feel anything what?. Ceh heartless betul kembar kita ni. Dia cuma akan ejoy je makanan yang sedap2 tu tanpa fikir apa2. But meee? akan fikir macam2. Selalu je keluar ayat cenggini kat fikiran kita tau " kan best kalau Iena ada, dia suka pavlova ni. Pastu  teringat yang kitaorng suka berebut-rebut nak curi strawberry!" . dah tu keluar pula ayat ni kalau makanan sizzling lamb ke.."ish mak suka lamb ni, kalau mak dapat makan lamb ni kan. Mesti mak senyuum je" ..pastu bila tengok sayur..keluar pula ayat ni " ha..kalau ada abah kan, mesti die order sayur. Pastu suka suruh kita makan sayur dan bebel2" 



ha..tengok..sebab selalu sangat terfikir ayat2 cenggitulah kita jadi emo kalau terjumpa makanan yang sedap2 =.=' ceh teringin nak jadi Iena yang boleh act COOL sentiasa. Jelez tengok dia camtu tau!

Tapi dalam pada Iena ni tunjuk COOL sebenarnya dia sangat CARING tau!. Sebabnya Ida teringat masa Ida kecik-kecik dulu, dia cukup pantang kalau ada orang cuba buli adik die ni tau. Teringat zaman sekolah rendah dulu-dulu, yang kita kena buli dengan  seorang budak laki ni. Apa lagi...iena terus je laju-laju kumpul kawan power rangers die and terus serang budak laki tu!. Hehe sampai akhirnya budak laki tu tak berani dah kacau Ida :)

Ada lagi satu, masa sekolah menengah....biasalah zaman sekolak menengah mesti zaman penuh drama. Gaduh antara kawan-kawanla. Adalah satu girl  yang Ida tak berapa nak ngam. Nak cerita details macam tak manis pula. Sebab tak elok kita ungkit benda yang dah lepas kan,kan,kan? tapi disebabkan girl tu jugakla Ida nangis. Iena memang pantang kalau tengok kite cenggitu, terus dia pi marah girls tu juga. Tu yang buat Ida sayang Iena..sentiasa jaga kita :')

Kat sini juga Ida nak share dengan korang antara happy moments twins sepanjang hidup ni, and sedikit gambar2 lama kitaorang eh. Hehe scroll kalau nak tengok :p

Gambar 2010



ni sebenarnya x sure..2010 ke 2009, ni gambar masa pertama kali shoot..kaku naa =.=' 
tapi happyla sebab pertama kali merasa di photoshoot oleh pro photographer :) 


2011


2012


shoot for getgo, time ni pun kitaorng happy. Sbb dilantik jadi duta barangan GetGo tau!, tapi pastu dia dah x keluarkan lagi dah produk tu :( 



gambar ni pula twins keluar kat surat khabar kat utusan malaysia. Ida ingat sangat masa tu...Ida & Iena happy sangat2 sebab first time kot muka keluar paper! dah lah 1 page tu khas untuk kitaorng!!. Itu antara salah 1 happy moment twins tau. Hehe paper ni kitaorng siap laminate lagi. hewhew :")


2013


Tercapai juga akhirnya impian untuk shoot bersama-sama untuk Hijabista! alhamdullilah :) 


 ni pula gambar paling latest..masa raya hari tu :)
ni twins masa kat Jogja hari tu, ni juga antara salah 1 happy moments twins. First time jejakkan kaki di tanah asing selain dari Malaysia! :) 

last sekali..antara moment bersejarah twins pula..hehe cuba teka apa dia? ok bukan moment kawen2 atau tunang2 ye. Haha tau sangat korang sume suke sangat kalau tahu kitaorng ni dah nak kawen atau apa2. Huhu sebab tu memang soalan wajib semua orang setiap kali jumpa twins. 'Bila nak kawen?' hohoho..xpelah twins muda lagi. Tak nak main kawen2 dulu boleh? nak main kerja2 dulu..keke :p 



so far sepanjang Ida hidup ni..itulah antara moment manis twins :) 

selain dari sambut birthday sama2 yang wajib every year twins sambut....hurm..memang itulah antara moment manis kitaorang sepanjang hidup ni :) Apa yang boleh Ida cakapkan, memang Ida rasa bersyukur sangat sebab ada twins. Sebab die memang sangat2 memahami Ida. Mana taknya, dari kecik makan sama-sama, pergi sekolah sama-sama, sampailahhhhhhhhhhhhhhh sekarang! Memang teman sekatil yang selalu giler bergaduh tak tentu masa, pastu boleh pulak berbaik balik siap kiss2 pipi macam tak pernah gaduh =.=' (mak kitaorng selalu cakap kitaorang drama je lebih kalau gaduh. Sebab tahu kitaorng akan baik balik. hiks :p) 

alhamdullilah walau apa pun Ida bersyukur sangat ada dia!, rasanya kalau takde die. Memang bosanlah kot hidup =.=' can't imagine la kalau kena buat semua benda seoarang diri!. Tapi disebabkan umur kitaorng pun dah nak bertukar jadi angka 24 tahun ni, kitaorng sekarang kerja pun dah asing2. Tak sama lagi dah :( 

so nightmare yang kitaorang palin takut dah datang!, nightmare yang kitaorng kena buat kerja semua sendiri2. Haih itu baru sekarang..kalau dah kawen tak taula camne =.=' agaknya Ida dah menangis hentak kaki macam budak kecik sibok nak balik umah!. Sekarang asyik sakit2..agaknya sebab homesick kot? ataupun sebab daya tahan badan tak kuat =.=' (ciss boleh pulak salahkan homesick..tapi x tipu! memang kita jenis suka balik umah!. Kalau cuti tu just nak duduk uma dengan Iena je. Tak nak keluar pergi mana2 kalau boleh :p ) 

okeylah...xnklah bebel panjang2, takut korang boring kalau baca  kan? anyway sorrylah kat semua pembaca belog kita. Sebab kita dah berzaman tak update belog. Ni semua sebab kita selalu sangat sakit, batuk2 and muntah2 semua. Balik kerja terus mandi2 and terus landing kat katil je. Hehe memang malas dah nak type2 entry bagai. K la sampai sini je..baibai..

bai..


bai..



bai..



bai..


bai!! ciss berapa kali nak bai dah..hahahahaha...*otak tengah senget masa update belog ni, sebab tu cenggitu. Ni semua sebab teringat kat iena la ni..hoho salahkan orang jauh pula :p* okla bai..*kali ni betul2 last..bye!* sambil lambai tangan mcm miss universe *ceh..over x? :p)  


p/s : korang rindu x nak baca entry kita?, kalau korang cakap rindukannnn....hehe baru kita nak selalu update. Hiks  *mood - mengada :p* 





written by : Ida Mansor










20 comments:

shafa ismail said...

salam dear... tu la,, mmg mcm tu la kalau ada anak kembar.. anak akak yang si kakak tu xpenah nak ucap sayang ke apa ka, tapi berlainan plak ngan si adik.. sat2 dok cakap sayang.. hehe... wpn dok dlm satu rahim, tapi perangai n sifat mmg berbeza....

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

heee samalahhhh mcm kitaorng! ktorng pn suke ckp sayang2! hikhik :p

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...
This comment has been removed by the author.
Nur Kamsinah said...

ibarat nyawa hilang sebelah bila pasangan kita tiada... sweet sangat twins ni :)

Sue Sopian said...

salam ziarah..

seronoknya ade teman sepanjang perjalanan hidup.. tak sunyi dari kecik lg.. kalo bkn twins kena tggu ade adik dulu ntah brapa tahun.. kikiki.. ^__^

anyway, love to read all ur twins story.. so sweet!

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

Nur Kamsinah - betulll..tht's hw we feel!! :')

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

Sue Sopian -

w'salam, heee maceh...we glad tht u are enjoying our twins entry..hee :D

Atikah Isa said...

Muka sys sama ... susah nak beza.tula kwn tika pun ada kembar,dia ckp sense twins ni kuat

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

atikah - yup mmg betul!!

yutaka said...

as salam ..

saya suka baca mengenai artikel ini. kerana ibu dan ibu saudara adalah kembar juga.

apa yang menarik tentang ibu dan ibu saudara saya adalah saya sering salah panggil ketika kecil. ibu saudara saya panggil mak.

suatu hari nanti ida dan ina akan merasai detik di mana anak-anak u all confuse mana mak mereka :D

yutaka
http://yutaka2109.blogspot.com/

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

yutaka :


w'salam.... aww..comel je tersilap panggil masa kecik2 ea...hehe agaknye kalau ktorng dh kahwin pun nanti jadi mcm tu kot :p

Miz Dayah said...

Both of you sangat comel! :-)

JarN Eha said...

comel la korang berdua..:) means grade pun course yg sama ke??

tenku butang said...

waaahhh.. terujanya jumpa blog ni.. blog twinn.. wahh.. err.. kalau dah twin, share2 blog ke apa yea?

done follow sini no. 1158
sudilah kiranya follow me back yea..
he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)

http://tengkubutang@gmail.com/

dan my 2nd blog
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

Azwar Syuhada said...

Assalamualaikum, twin!!

Ini kali pertama azwa jejak blog ini,hehe..Azwa ada sedara kembar juga tapi masih kecik lagi. Suka tengok, mana-mana pegi pun sesama je. Betullah tu, apa yang kembar kita rasa mesti kembar lagi satu pun rasa juga.Kadang2 tersilap panggil nama pun ada, bila muka dah sama..hehehe :) Btw, salam perkenalan.. :)

Busyra Bt Takiyudin said...

singgah sini. dua2 comel. :d

haz said...

ofkos rinddduuuuu! hihi yg tak tahan gambr first tuu. xnk tempting lakkn pavlova tuu. yummieyh!

bila bce pasl korg ni jeles plak. haz pn nk twins gak kalau mcm tu. hehe tp tu la.. benda yg korg bakal hadapi nanti. hidup berasingan. bila kerja ni kiranya mcm preparation n first step untk membiasakn dri jauh dri twins. sabar yee.. ^^

ayuazami said...

cepat-cepat lah update blog lagi kak. tak sabar nak baca lagi. hikhok :D hahahaha

nia_cheroniah said...

Best je baca story pasal twinnie Ida Iena ni. Tengok gmbr2 korang pun best, tak jemu. Semoga Ida Iena terus berjaya dlm hidup. One day each of you will have your own life. Semoga korang jadi the best twins sampai bila2 ye :)

masiha said...

Sy pun ada kembar...dr kecik sampai besar bersama...tp kami grad tak sama tahun..my twin 2010 n sy 2011..sbb kami amik kos lain2...hehe.sekarang lak kami berjauhan sbb masing2 dah keja..dia dh kawen pun...