Wednesday, October 17, 2018

Apa Yang Menarik di sarawak?

hye korang,

baru hari ni terasa nak menulis balik, dah lama gila pula tak update dan tiba-tiba rasa rindu nak menulis balik ni. Rindu nak curahkan apa-apa je kat blog ni.

kali ni Iena nak kongsikan korang apa yang menarik kat sarawak ni, iena ada pergi event kat JW Marriot Hotel ni, event tu berkenaan Visit Sarawak dan dorang tunjukan kan apa yang memang menarik betul mengenai sarawak, tiba-tiba kita pun rasa nak pergi juga sarawak ni tau, siapa yang belum pernah pergi lagi, haaa jangan lupa baca blog kita ni, boleh ada sedikit info mengenai sarawak, iena nak kongsikan dengan korang ni tau.




Kempen ni dilancarkan oleh Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, Sarawak Minister of Tourism, Arts, Culture, Youth & Sport, di JW Marriot, Kuala Lumpur. Untuk Tahun Melawat Sarawak 2019 kali ni, banyak ditekankan aktiviti-aktiviti, tempat-tempat di Sarawak.

selepas selesai je ucapan, makan dihidangkan, dan dimulakan dengan persembahan tarian sarawak yang sangat menarik untuk ditonton. Rasa seronok makan makanan sarawak yang sangat sedap dan menikmati tarian tradisional sarawak. 


atas die ada satay sebernanya, tapi maaf iena dah makan, maka takdelah satay dalam tray tu..haha, ada scone, sandwish dan tart, sangat sedap sebagai pemulaan alas perut.

MAKANAN SARAWAK (SARAWAK FOOD)


UMAI IKAN & UMAI UDANG

yang ini pula umai, sama jenis hidangan je sebernanya, tapi bezanya satu lkan, satu lagi udang, nampak color die mcm soft je kan? tapi sangatttt sedapp rasanya oke, licin iena makan, korang kalau pergi sarawak waib rasa ni oke, rasa die macam kerabu je, tapi versi lagi sedap! both memang abes iena makan. :)


AYAM PANSUH (AYAM DALAM BULUH)

yang iena pula ayam pansuh, first time iena makan, rasanya macam makan ayam bakar je, tapi sedap sebab sos die pun sedap mcm rendang pun ada tapi lagi light rasanya. 


LAKSA SARAWAK

last sekali laksa sarawak, sangatt sedap, cukup pekat dan padat tau, memang umphh rasa die, ni pn makanan must try kalau pergi sarawak!.


dan last sekali sebagai pencuci mulut iena makan mango jelly, rasa die sangat lembut dan sedap sangat, cair bila masuk mulut, rasanya kalau dihidangkan lebih lagi memang nak makan je lagi rasanya.

ok lah asyik sebut pasal makanan je, lapar pula korang nanti kan tengok gambar makanan.


nyanyian Dayang memang sangatlah poweerr, dia nyanyi live memang terbaik, rasa syok sangat sambil makan sambil dengar nyanyian dayang.

CULTURE 


TARIAN TRADISIONAL SARAWAK

Tarian Ngajat sangat popular dalam kalangan Orang Ulu di Sarawak. Ngajat bagi orang-orang Iban adalah tarian yang melatih orang-orang Iban berperang. Penari-penari akan memakai kain merah yang yang diikat pada bahagian pinggang hingga ke paras lutut. Penari juga memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. Di tubuhnya dipakaikan sejenis baju yang dibuat dari bulu-bulu burung tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya. 

NATURE 


KUBAH NATIONAL PARK

korang boleh naik boat untuk keliling laut kat situ, sambil tu menikmati keindahan alam sekitar yang sememangnya cantik view dekat situ, boleh nampak hidupan liar, kalau bernasib baik korang akan terserempah dengan kawanan dolphin oke. So untuk pencinta  alam memang waib pergi  dekat sini.




BATANG AI NATIONAL PARK

Disini korang boleh explore hidupan hijau yang liar dan semulajadi, view yang sangat cantik dan udara yang segar, paling best korang boleh tengok bunga rafflesia iaitu bunga yang terbesar di dunia, banyak foreigner sanggup datang dari jauh untuk tengok bunga ni je tau.


KUBAH NATIONAL PARK

Bagi si pencinta alam, memang sangat seronok dapat tengok tumbuhan yang unik, udara yang segar dan best sekali dapat tengok air terjun dan view yang sangat indah, sangat best kalau sampai je waterfall boleh duduk sambail makan dekat bekalan yang dibawa, memang sangat nikmat makan sambil tengok view yang cantik, oh ya jika bawa makanan, pastikan korang bersihkan ya, mesti cintakan alam kita tau, sayang view yang cantik dikotorkan sampah-sarap kan?

Cantik kan? Jatuh hati sangat tengok gambar ni.

MATANG WILDLIFE CENTRE

Matang Wildlife Centre adalah tanah perlindungan dibawah kerajaan tau, disini korang boleh lihat alam semulajadi dan boleh tengok orang utan, Matang wildlife centre ni juga melindungi habitat orang utan yang yatim dan terbiar dan diselamatkan serta menjaga mereka. Comel je tau tengok baby orang utan ni. Mereka ni spesis terancam so sebab tu wujud lah Matang wildlife centre bertujuan untuk menjaga habitat mereka.




  selesa je orang utan ni santai lepas dah makan buah kelapa.

ok lah now iena nak tunjukkan korang tempat yang wajib singgah, dan try kalau pergi sarawak.

ADVENTURE

BERKAYAK DI SUNGAI SUMANDANG


Korang boleh sertai aktiviti berkayak  di kawasan sugai sumandang. Aktiviti ni sangat sesuai untuk mengeratkan hubungan korang antara family atau pun rakan-rakan.

CAVING


Caving adalah aktiviti menjelajah dan terokai gua. Gambar niadalah gua bukit Niah Sarawak. Untuk sertai aktiviti ni korang perlukan penunjuk arah untuk jelajahsekitar gua tersebut. Bagi pencinta alam aktiviti ni wajib korang sertai.

FESTIVAL

GAWAI DAYAH FESTIVAL


Persediaan untuk menyambut Gawai Dayak bermula bila tibanya bulan Mei dengan penapaian "tuak" iaitu sejenis minuman tradisi komuniti Dayak. Penapaian tuak mengambil masa selama kira-kira sebulan.
 Tuak dihasilkan daripada penapaian nasi pulut yang telah dimasak dan dicampur ragi sebelum disimpan dalam tempayan. Bila sudah ada sedikit air tuak tulen pada nasi pulut yang ditapai itu, air yang telah dimasak dan dicampur gula akan ditambahkan secukupnya mengikut banyaknya nasi pulut tersebut.
 Pada akhir bulan Mei, air tuak itu boleh ditapis dan diminum. Meminum tuak melambangkan kekuatan tenaga dan keberanian hati tanpa berbelah-bahagi.
Setelah siap membuat tuak iaitu selepas pertengahan bulan Mei, kaum wanita akan membuat kuih-muih tradisi orang Dayak yang dipanggil "sarang semut", "acuan" dan "kuih sepit". Kuih-muih ini diperbuat daripada tepung beras yang dicampur air, telur and gula lalu digoreng sehingga keras dan kering dalam minyak masak. Kuih-muih yang telah siap akan disimpan dalam tempayan atau tin supaya tahan untuk beberapa minggu tanpa basi sementara menunggu tibanya hari gawai.
Selepas itu, acara pembersihan kubur selalunya diadakan setiap tahun sebagai tanda penghormatan bagi orang-orang yang telah meninggal seperti nenak-moyang, ahli-ahli keluarga, sahabat handai and masyarakat setempat.
Pada zaman moden sekarang, acara sukaneka pada siang harinya, permainan sukaria, karaoke, bejoget dan disco boleh diselitkan untuk memeriahkan suasana gawai.
FOOD 


KEK LAPIS DAYANG SALHA

kedai ni sangatlah famous kat sarawak, banyak orang dari jauh sanggup singgah sini dan beli kek lapis dari kedai ni.



SUNNY HILL ICE CREAM

kedai die sangat famous tau, dah lebih 15 tahun die dah bertapak, lama kan? wajib singgah jika pergi sarawak.



cubalah tak rugi kalau korang rasa, sebab rata-rata yang datang banyak bagi feedback yang positif.

 yang ini pula kedai yang menjual ice cream gula apong. Sangat ramai oke yang beratur, ice cream ni memang banyak peminat, selalu nampak orang di instagram update gambar ice cream gula apong.


nampak macam mengancam je kan?


FUJIYAMA ICE CREAM, WAYANG STREET



Bagi anda yang gemarkan Green Tea, anda boleh pergi ke Fujiyama Ice Cream yang terletak di Wayang Street, Kuching.

Selain dari perisa Green Tea, mereka juga mempunyai perisa Black Sesame. Anda boleh juga mencampurkan 2 perisa ini dalam satu mangkuk yang sama


Tempat makanan yang best di sarawak :

MEE KOLOK HAJI SALLEH


Mee kolok ni sesuai untuk korang nak makan breakfast untuk cuba rasa makanan baru.


ROJAK KUCEI


kedai dia selalu ramai je orang suka singgah, jika datang sarawak boleh ler singgah kedai dorang ya.



ALL JOY ROTI TAPAU

korang yang dh biasa suka makan roti canai boleh cuba yang ini.

oklah sampai sini saje iena kongsikan sebernanya ada lagi tempat menarik di sarawak yang boleh korang singgah dan lawati tapi setakat ni jela iena kongsikan ya. 




me with other blogger. Nama die pun sama dengan kita tau.








oklah sampai sini je oke, banyak lagi nak tambah tapi nanti takut korang bosan je sebab panjang sangat post kita ni. hahaha.

Bagi yang nak iena buat review untuk any event/food/tempat di blog iena boleh lah email iena di bawah ni ya. 
ienamansor1@gmail.com

Next time iena akan postkan pula event fashion show yang iena akan pergi next week. so jumpa korang di next entry. Ciao, love korang semua, thank you sudi baca.










3 comments:

Sunshine Kelly said...

Oh wow! meriah nyer event ini and omg... i nak cuba Ayam Pansuh.

Nila Anggraini said...

lama nak cuba mie kolok tu, macam sedap je..hehehe

Unknown said...

NILA : wajib cuba sedappp...hehe :D