Kalau kita sebut tentang kawan mesti ada pelbagai emosi dan paparan memori suka duka yang tetiba terjah kepala otak kita betul tak?. Bila difikir-fikir kawan ni sebenarnya banyak memberi kesan sedikit sebanyak dalam kehidupan kita. Ada yang menjadikan kita seorang yang lebih baik dan ada juga yang menjadikan kita sebaliknya.
Kata orang tua-tua kawan kita ni sebenarnyakan banyak menggambarkan personaliti diri kita sendiri, dengan siapa kita berkawan dan bersosial kita dah boleh lihat sedikit sebanyak personaliti seseorang tu kan?. Kalau Ida, Ida suka je berkawan tak kira siapa...cuma serasi atau tidak tu yang akan membezakan tahap layanan kita dalam berkawan. Ada je kawan jenis 'hi hi bye bye' yang ni maksudnya whatsapp pun jarang tahap 2,3x kali setahun pastu jumpa pun seketul dua je dalam setahun. Ada juga kawan yang 'bff' yang selalu whatsapp kita dan ambil tahu tentang kehidupan dan masalah kita.
So korang banyak kawan yang macamana? 'Hi hi bye bye' or 'bff'...rasanya kualiti lebih penting dari kuantiti dalam berkawan kan? ;)
Tapi tak bermaksud kawan yang kategori 'Hi Hi Bye Bye' ni tak baik atau tak elok..cuma mungkin kurangggggg serasi dengan kita ataupun cara kita bawa diri mungkin? atau kehidupan dorang tu busy memanjang sampai tak tertengok kawan sekeliling dorang.
Selalunya kawan camni banyak yang dah kahwin, tu yang jadi kategori 'hi hi bye bye'...tapi Ida tak pernah salahkan dorangpun!. Biasalah bila dah kahwin memang banyak tanggungjawab yang dorang kena pikul..so kita yang single ni kenalah biasakan diri dengan jarang jumpa,jarang text ataupun jarang semualah dengan kawan kita yang dah kahwin. Takyah cepat terasa hati ataupun buruk sangka dengan dorang. Just go with the flow je..kalau dorang nak kawan dengan kita, dorang sendiri akan cari kita :)
Kalau masih ada yang masih terasa sebab kawan 'bff' korang dah jadi 'hi hi bye bye' nasihat Ida lupakan jelah rasa 'terasa' tu. Sebab sebenarnya akan sampai satu tahap yang mana nanti semua orang akan jaga perihal masinng-masing bila dah ada tanggungjawab sendiri...
Tapi sebenarnya bagi Ida lah istilah kawan tu bukan untuk orang yang tak sedarah sedaging dengan kita je pastu jadi rapat. Bagi Ida adik beradik ataupun kembar sendiri pun kita boleh angggap kawan ataupun BFF kita kot!.
Cuba fikirkan siapa lagi yang sanggup tahan dengan sikap kita yang kadang-kadang emo tak tentu hala ataupun hyper tetiber kalau bukan adik beradik kandung kita sendiri? dahtu suka pula tu curi-curi makanan kita? kadang-kadang sibuk pakai shawl dia ataupun dia pakai baju kita..haha bukan dengan semua orang kita boleh buat camtu kan?
Walau jauh ataupun dekat kawan-kawan dihati kita, ayuh kita sama-sama hargai dan bersyukur dengan apa yang ada sekarang. Usah dilayan hati yang 'mengada-ngada' nak terasa tu..lebih baik baik kita syukur dengan apa yang ada. Kalau yang jauh nak dekat dihati tu kita sambut je dengan tangan terbuka, bersikap positif dan fikir yang baik-baik insyallah yang baik-baik dan bahagia pasti akan datang. To all my friends i just wanna tell you guys /girls i LOVEEEEEEEEE all of you so much. Thank you so much for the time and effort you spend with me..i'll remember you all. Insyallah Ida akan sayang dan hargai korang selagi masih ada ;)
Nak kenal kawan kita? meh scroll gambar dorang meh.. ^_^
Ni kawan kita dari kita 19 tahun, Tan nama dia single available lagi :)
Ni pula kawan kita dari Form 1 lagi , first pic Wani dah kahwin and ada anak 1 dah, second gambar Puteri nama dia..hehe dah berpunya juga ;)
Ha yang ni pula kawan yang kita kenal dari kita start aktif kat Facebook sampai sekarang, tak sangka jadi kawan rapat. Mula-mula suka tengok dorang kat fesbuk je :')
Me with my baby girl Nawal :)
Kesayangan kita Nyuu single available lagi..hehe ;)
This one lain sikit..pernah jumpa sekali je kat Jb nama dia Cynn tapi kitaorang selalu sangattttt tanya khabar diri memasing and die antara kawan yang Ida boleh cakap apa-apa pun dengan dia :)
Ni pula kawan kenal dari Blog...start kenal dari contest yang Ida buat kat blog dulu..then kawan sampai sekarang :)
kitaorang selalu celebrate birthday sesama.. rindu dorang!
and last sekali kawan yang siang malam selalu dengan kita..hehe siapa lagi haruslah twin sendiri :p
Kawan gaduh yang tahap annoying 100juta kali tapi sayang dia tahap sayang diri sendiri gitew..ecewahh :p ok overrr tipuuu..sebenarnya sayang diri kita lebih sikit baru dia..kihkih :p
Terima Kasih sudi baca, sayang semua :)
2 comments:
I love youu Twin ^^
kawan tu menyeri hidup kita selepas family kan
Post a Comment