Tuesday, May 28, 2013

Makanan Tambahan, Apa itu?

Hye Semua,



kali ni iena nak ceritakan pasal makanan tambahan..korang aspek apa agaknya eh? hihi..

makanan tambahan yang iena maksudkan bukan junk food,bukan juga makanan berat, dan buka juga dessert yer kawan-kawan..tapi makanan tambahan supplement untuk kesihatan badan dan kecantikan diri..

dulu iena memang sangat malas ya amat untuk makan supplement seperti pill untuk ditelan, cakaplah bagus macam mana pun iena mesti malas nak makan..sebab apa? sebab kene telan pil, iena dahlah jenis takleh telan pil, kalo nak telan pil pun mesti kene pecah-pecahkan..sadis tak bunyinya? mesti pahit kan ble korang tau iena telan ubat pil yang dipecah-pecahkan..nak taknak terpaksa gak..itu pun kalo sakit..

tapi macam mana kalo tak? badan tetap perlukan vitamin dan kalsium tambahan,lagi-lagi untuk orang macam iena, yang selalu tidur lewat sebab tak cukup masa, yang aktif kesana-sini every weekend, dan aktif buat macam-macam benda, dengan kurang tidur,kerja lebih, badan memang lesu yang amattt..tak payah cakap..

dulu iena selalu pening dan rasa macam nak pitam kalo lambat makan, kadang pening melampau-lampau kalo lambat makan, sebab iena ada kurang darah, so sebab itu jadi macam itu, iena kalo sibuk sangat selalu lupa nak makan tepat pada waktunya..kebiasaanya iena memang makan lewat, tapi itulah badan pun mudah sakit ble dah buat tabiat suka makan lewat tapi kerja lebih masa, so iena pula fikir, iena memang perlukan vitamin tambahan untuk baiki kesihatan diri.



so here iena sertakan fungsi-fungsi berguna bagi supplement yang iena makan ^-^

- Sangat efektif bagi mengatasi masaalah penuaan (kedutan halus & pigmentasi)
- membantu mengatasi masaalah tona kulit tak sekata.
- perubahan pada kulit wajah akan jadi lebih anjal dah cerah sedikit.
- dari segi kesihatan ia juga menbantu bagi siapa-siapa yang mengalaimi sakit sendi dan osreoporosis jika di   ambil secara berterusan yer..
- Nueglow ini juga membantu proses penyingkiran bahan kumuh serta kimia yang tak dipelukan dari badan korang yer, juga mebantu meningkatkan imunisasi badan serta menstabilkan hormon.


Oh yah pil yang iena makan ni juga mengandungi Astaxanthin, apa kelebihan Astaxanthin eh? :


  1. 6000 kali lebih kuat dari Vitamin C
  2. 500 kali lebih kuat berbanding Vitamin E
  3. 800 kali lebih kuat dari Co Q10
  4. 550 kali lebih kuat dari EGCG Green Tea
  5. 75 kali lebih kuat dari Alpha Lipoic Acid (ALA)
  6. 40 kali lebih kuat daripada Beta-Karoten
  7. 17 kali lebih baik daripada ekstrak Grape Seed
  8. Mempunyai aktiviti antiperoxidative membran yang kuat
  9. Mengelak kerosakan DNA
  10. Mengurangkan kesan penuaan
  11. Menghindar dari penyakit kronik seperti kanser, diabetes, sakit jantung dan lain-lain
  12. Agent semula jadi pencerah dan pemutihan kulit
  13. meningkatkan kekuatan dan kesuburan sperma
  14. Membantu mengurangkan gejala Arthritis dan mencegah katarak
  15. Mengurangkan tekanan darah tinggi dan kencing manis



selepas iena makan pil ni, setakat ni ok jer, badan pun tak lah rasa lesu sangat-sangat, sebelum ni iena memang mudah sangat sakit kalo badan terlalu letih, iena juga kerap pening kepala kalo lambat atau skip makan, now dah kurang,plus iena senang nak makan pil ni, just perlu kunyah-kunyah satu biji setiap pagi, rasanya pun sedap sangat, tak pahit sangat dan taklah terlalu manis, just nice, rasa macam vitamin jer juga :D so korang tak perlua bimbang jika rasa pahit atau ada apa-apa bau yang tak enak, dia takder bau herba pun korang boleh makan dengan selesnya tau,Btw kalo makan pil ni juga membantu mengecilkan liang pori kat muka korang, so lagi kecil, lagi smooth muka korang nampak, tapi hasil cuma nampak kalo korang kosinten makan yer..

selepas iena makan ni, iena ada pergi kenduri without pakai foundation pn, just pakai lipstick dan sublock jer.

bawah ini pula satu minggu kemudian time photoshoot, iena mekap gak, but so far ok, kulit iena tak mengelupas atau buat hal walaupun dah bersihkan mekap, dan paling penting product ni halal dan buatan malaysia, so tak perlu was-was kalo makan, good kan :D



untuk tahu maklumat lebih lanjut sila klik di SINI

btw maaf kepada pembaca-pembaca blog iena, sebab iena lambat update  entry, iena bz dengan kerja,biz online iena dan lain-lain, kadang tidur pun sampai 3 pagi, tapi naseb baik pil ni ada, so sangat membantu ok, bagi sesiapa yang hyperaktif, iena sarankan makan supplement untuk tingkatkan kesihatan badan..



21 comments:

nia_cheroniah said...

ada 3 benda nk comment:
1)waahh! blog baru yg cantik sgt2!suka3x :)
2)Yg bab telan pil tu, sama la kita.I pun kena pecah2kan ubat tu dulu b4 telan.pastu cepat2 minum air.rasa nk muntah je :(
3)Baju yg Choice by Twins tu cantik lah.berkenan tau! ok,tu je ;)

Asyik Izas said...

blog nampak lebih kemas dan ringan..:)

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

nia_cheroniah :

1) yayy masehh! hehe
2) oh samalah kt!! yayy blh geng!
3) Thx dear!

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

Asyik Izas : thx! :)

TeTerBanG said...

wahh! a new header blog . nice! :D

baru frst time dengar n tahu pasai produk neuglow. byk mnfaat. n skrang ni, mmg ada byk supplement di pasaran. smpai x tau nak mkan yg mna. hihi...tp, lg byk choice, lg best. sbb kita bley pilih yg trbaik n ssuai ngan bdan kita :D

myraVea said...

Huwaaa. Bab pecah-pecahkan pil before telan tu sebijik mcm myra la yunk.

Siap kne perli ngan adik sbb penyakit takut@susah nak telan ubat. Sobssobs.

Munirah Rafiuddin said...

mmg ada makan suppliment tapi bukan jenis pil...jenis minum...sy xsuka sgt2 mkn ubat a.k.a pil2...minum air banyak mn pun, ubat ni xnak hanyut skali...dok terlekat kat tekak...xbest!!! huhuhu

~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

Sabar said...

Iena,wow header baru..cantik n soft!
supplement yg pernah ambil shaklee..mmg besar pil dia.huhu

yutaka said...

As Salam.

sebenarnya supplement tu memang penting diambil. Tetapi pengambilan pil yang banyak boleh menyebabkan buah pinggang rosak.

jadi bagaimana hendak mendapatkan supplement tambahan? carilah makanan tambahan daripada makanan yang berbentuk air.

saya tidak mahu promote mana-mana produk tetapi saya ingin berkongsi mengenai bahaya memakan pil. share is caring.

zeera lily said...

ida & ina.. header da tukar baru..
i suke yg sblm ni pny.. la cantik..

Ana Farhana said...

mcm best je iena..kita pun ada sakit2 mcm iena tu T_T

Ana Farhana said...

mcm best je iena..kita pun ada sakit2 mcm iena tu T_T

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

yutaka - kalo betul semua supplement pil x elok dimakan, kenapa masih diluluskan pihak jakim dan lain2? btw ini bukan yg ditelan, tap pil yang boleh dikunyah...btw yes ada some ppl alah x blh makan pil, tapi tak blh nak salahlan org tubuh manusia unik,berza-beza ada yg alah ternusu, ada juga yg alah seafood, ada juga yg alah macam2 jenis, tp itu cuma segelintir jer..banyaknya xde yg alah pada pil tambahan seperti ini, kalo tak macam blh wujudnya begitu banyak pil pilihan yg kt blh dpt pada farmasi dan lain..janganlah hanya sbb some brand yg x elok atau some ppl yg alah kt nk condem semua pil tak boleh dimakan..ini just my pendapat jer..

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

fadhilla - samalah kt..jd geng ni...

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

zeera - thx syg..:)

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

sabar - wah blh telan pil besar eh..hebatnya..kt pnx dpt telan..selalu rasa diri ni mcm bdk x blh telan..tp dah pernah cuba telan, tp asyik tercekik jer pula jdnya..adei..>.<'

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

myravera - kan2..sgt leveh..lg2 kalo xder gula2 manis utk ilangkan pahit ubat..yuks..mmg x depat..sgt pahit :'(

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

asyik izas - tq :)

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

thx zeera..:)

yutaka said...

ok. pandangan diterima. :D

nurul said...

kalau ambil mana2 suppliment kena minum banyak air sebab darah jadi pekat. jadi jgn malas minum air putih la jgn pulak minum coke 8 botol =P

ala kalau tak ambil suppliment tapi malas minum air still boleh dpt kidney problem kan. jadi minum la ikut kadar badan kita. nak tau byk mana badan kita perlu air klik SINI http://nutrition.about.com/library/blwatercalculator.htm