Showing posts with label WEDDING. Show all posts
Showing posts with label WEDDING. Show all posts

Tuesday, August 19, 2014

Le Trip to Kuantan for Fatin Suhana Wedding



Bila jadi semakin dewasa, tanggungjawab makin banyak...bila dah sedar tanggungjawab makin banyak mulalah pula terasa life ni boring. Apalah yang funnya jadi dewasa ni..banyak pula bill datang tuntut kot..hehe tapi part yang best jadi dewasa ialah bila parents kita dah bagi permission untuk kita pergi jejalan jauh-jauh... dah bagi kepercayaan untuk pergi bercuti dengan kawan-kawan gegurls yg ohsem. Dahtu kita boleh beli and shopping ikot kesukaan hati..miahahaha pastu xde orang nak larang kau bercinta sakan..kakaka part ni memang ramai suka. Tapi kite bab2 cintan cintun ni belum masa lagilah kott..tunggulah prince charming jatuh dibumi datang meminang..kekeke...but naseb baik kawan kita paten a.k.a Fatin Suhana prince charming dia dah muncul seawal umo 15 tahun lagi tau. Tengok-tengok dah kawen dah die last week..walawei best giler wedding die tau!.

Sebab tu kita yang baru balik dari Kuantan ni pun dah rindu-rinduan moment di sana..ciss apesalah masa ni cepat sangat berjalan..tak boleh ke berjjalan slow-slow macam siput ke kura-kura ke..oklah enough the merepek part. Mesti korang tak sabaarrrr nak tengok wedding kawan kita paten kan,kan,kan?? 



Ni khemah masa majlis malam sebelum bersanding hari jumaat masa ni tau, tapi hari jumaat tu paten nikah petang jumaatla sebenarnya. Part nikah sorryla ek takde gambar, sebab twins and the geng masa tu baru je berjaya menjejakkan kaki ke kuantan. So memang miss out part nikahla....tapiii majlis malam tu pun best kot!. Khemah kemahen lawaaaa yg amatlah. Ada lampu yang cecomel pastu kaler tema die..omjayyy my favaourite colourlah..pastellll...haish pastel is always my peberet tau :)

Malam tu kita sempat jumpa cik epal yang lawa sokmo ni!..haish die ni memang lawaaa je everytime jumpa!. Tengok die.. "eh awak rasa macam baru je jadi bridesmaid awak tauuu" haish rindula pula nak jadi bridesmaid lagi. Hehehe :p



lepas balik wedding fatin malam tu kitaorng pergi lepak minum-minum pula..hehe kita terasa nak minum chocolate blended..tp bila dapat...alaaa rasa kopi pula. Terus tuka air dengan Iena...sieennn die tak pasal - pasal kena minum air kita... 


ni pulak gambar candid paten dengan muez masa reception esok harinya..sorry paten gambar ni blurr...excited sangat tengok korang so nak jugak tangkap gambar. Ish mmang jenis tak nyabar kita ni..pengantin tengah jalan pun nak juga di snapnya -_____-'


masa pengantin tengah makan beradab..apa lagiii...ktorng berselfielah! hihi ni kita bergambar dengan amoi cantek..nama die Shing..taaaapi dah berpunya..hihi :p


ni pulak kawan pillow talk sesama..kawan gosip, kawan merengek minta tolong pegang kita bila jatuh masa pakai heels..dah tu kawan yang baik hati sanggup gilir-gilir drive ke kuantan. Ish sayang korang bebanyak tau!



lawanya lahai baju Fatin..secantik orangnya :) 


Twins di pelamin pengantin...sempat juga berselfie :)


                                                   us with our cutie pie Nawal Nazihah  :)

twins with sweetest girl Nyuu...yes we call her Nyuu because panggil Nyuu tu bnyinya macam cecomel macam orangnya je... hehehe


twins with si chantek Nawal Nazihah..sekian lama tak berjumpa, akhirnya berjumpa kekita ke trip kuantan..hee..

gambar-gambar kat bawah ni pulak gambar masa first day sampai ke Kuantan, sempat singgah Teluk Cempedak jap ;)




ni gambar bersama dengan pelakon #rinduawak200percent sempat selfie dengan dia kat rumah fatin before balik ke Kl :)


Kesimpulannya KUANTAN bestlah , terima kasih Kuantan atas memori-memori yang indah bersama-bersama dengan teman yang positif...dengan wedding yang penuh kasih sayang.. arghh semuanya beshlah..

Disini twins nak ucapkan THANK YOU beribu ribu lemom to nyuu & nawal, korang memang ohsem sepanjang trip ke kuantan. Hopefully kita ada next trip together lagi ok? serious memang best gila-gila pergi trip dengan korang. Teringat moment kita berpillow talk malam-malam buta, macamana kelam kabut nak mekapnya..macamna Nawal terjerit tengok cte hantu..hihi semua tu memang buat kita bikin rinduuuuuuuu... 



nyuuu i can't thank you enoughlah..i know u are tired driving...but still gigihkan semangat drive ke kuantan. Maceh beribu ribu lemon tau :) 

to our beloved Pengantin FATIN SUHANA & MUEZ 

Twins nak ucapkan thank you bebanyak atas jemputan ke hari bahagia korang. kita yakin korang akan bahagia bersama hingga ke syurga insyallah. I can see how muez treat u well sepanjang trip kita Langkawi dulu. Muez sanggup drive ulang alik. pegang all ur belonging yang berat..die taknak paten bawa barang berat2. Macamna he care for you sepanjang kat sana..yes boleh nampak. So yeah twins sure sangat korang akan jadi pelengkap masing-masing. To muez, awak juga beruntung dapat Fatin tauu..Fatin sweet sangat..jiwa pun lemah lembut je orangnya. Pandai masak, pandai ceriakan hari orang...seorang yang penyayang and paling best die pandai menghargai orang. Insyallah korang akan berbahagia selalulah..sebab tu korang selalu dokelilingi dengan orang-orang yang positif. Twins ucapkan korang selamat menjalani ibadah rumah tangga dengan pnuh keberkatan dan semoga bisnes korang terus maju jaya.

Amin ya rabbal alamin :)




Wednesday, June 4, 2014

Wedding Cik Epal

Kata orang cinta ini punyai banyak maksud, banyak cara dan banyak juga definisi, biar apa orang kata

Asalkan kita tahu beza batas diri antara cinta dan kententuan ilahi. 


Waktu cik epal whassap twin kita ida mansor nak alamat, kita tak agak pun dapat setiap sorang kad, mean sorang dapat satu, kitaorang baca, kitaorang selak…ketawa bersama, sebab cik epal ni siap tulis Iena Mansor & Partner, Ida mansor & Partner, terus tergelak pandang satu – sama lain, rasa lucu je sebab masing-masing faham sangat fikiran satu sama lain, siapa lagi teman paling sejiwa kalau kitaorang as kembar yer tak?


Pastu mula lah kitaorang fikir nak pakai baju apa, kasut apa nanti sebab sure wedding cik epal banyak jelitawan nanti..tapi tak sangka pula bila dapat whassap cik epal undang jd bridesmaid dia..happy sangat campur segan, sebab tak kenal kawan-kawan cik epal, siap dia mintak ukuran badan setiap dari kitaorang semua (thebridesmaid) untuk jahit baju kitaorang semua, paling best siap dapat shawl lip lap gitu…serius tak sangka cik epal bersungguh dan serius nak kitaorang jd bridesmaid dia.

Waktu kitaorang semua berkumpul dan berkampung tidur kat hotel blue wave shah alam, malam tuh lah kitaorang bersesi suai kenal…ceh suai kenal sangatlah..macam orentasi pula..mula lah Tanya usia memasing, dan borak-borak itu ini…tak sangka pula diaorang ni jenis sesuai kita nak bercakap dan borak, dorang semua sempoi je..so hilanglah rasa segan-segan bacang tuh…

Pagi esok iena dan kembar terus bersiap..iena siap bangun pukul  5 pagi lagi, sebab nak kene mekap kan adiela bridesmaid cik epal juga dan dua adik cik epal yang sempoi jer tuh..ida pun mekap kan adik cik epal juga..so proses mekap tuh cepat je siap. btw make up by me :)


Dah bersiap, rasa diri ni dah cantik ofcourse lah wajib berselfie..sebernanya banyak gambar selfie kat bilik kitaorang ni….hahaha semua suka selfie ni. Kitaorang berempat sebilik, tapi adiela tidur dekat bilik sebelah bersama dua adik cik epal :)


Lepas semua dah bersiap, kitaorang pun berkumpul, masing-masing dah sedia tahu apa nak buat…tapi serius kitaorang semua tak sangka dulang hantaran tuh berat sangat sebernaya..ada yang agak ringan, paling kesian yang kene angkat kek atas dulang pegapit..baru tahu kek yang deco-deco cantik kemain berat semuanya, tapi sebab cik epal punya big day semua sanggup, demi kawan semua tak kisah sangat pun..masing tergelak sebab tak jangka dulang berat. Lol


Waktu ni Jofliam tengah muka nervous..ketara kot!! Kita dengan fatin senyum je tengok dia Nampak macam muka nervous dia, tapi kagum sikit ngan cik epal, tenang dan tak nangis pun waktu akad nikah, kalau kita mungkin dah nangis laju-laju sebab sedih berpisah dengan kembar..ceh sedih sebab kembar sebernya bukan sebab terharu..lol :P

 
Sah sudah akad nikah ijab Kabul, senyum lebar je dedua ni.

Time ni waktu pagi, diaorang nikah..tak ramai orang sangat pun sebab orang terdekat je banyak datang, yang ramai meletup gitu ramai orang waktu dioarang sanding majlis tengahari itu :)


Time ni semua nak bergambar selepas majlis nikah selesai, lega tengok semua happy, majlis pun lancar je, majlis sempurna, tenang je dan cantik tengok dekorasi tempah nikah diaorang.serius memang cantik tau.


Three both of us, time ni tengah lapar sebab tak makan lagi, tapi sebab suka selfie punya pasal, so selfie pun di dahulukan.

Lepas makan, kitaorang pun bergambar dengan tetamu yang hadir waktu cik epal punya majlis sanding J
Siapa kenal diaorang ni mesti tahu siapa jejaka-jejaka di atas, sangat femes dan sangat Berjaya tau!
Annas dengan adiknya ashrry.


Kami bergambar dengan photo incik baha dan zainatun adilah :)


Three both of us bergambar dengan fana dan model letup cik ara lee.


Gambar ni waktu nikah…semua happy sebab sekejap je majlis nikah selesai dan lancar je semua :)


Tak sah kalau takde gambar pegantin..cik epal cantik sangat dengan baju dan veil dia pakai, Nampak lawa sangat, berseri – seri :)


Ida bersama name roslan blogger cantik gila ni.







Moreee selfie pic

Twin khusyuk berdoa..hehehe
Btw mekap by me (ienamansor) ida punya dia mekap sendiri gak, tapi kening shading kita buatkan ^^

The bride with the bridesmaids

Sempat lagi kitaorang amik pick at picca both..sangat best tau..siap bergambar dengan blogger syafiqah hashim lagi


Bersama yna sakinah, ida mansor, fatin suhana, nisa kay, pengasas radiusite ika radiuste,
Dan teman-teman pn ika radiusite.


Twin bersama dengan cik adiela comel ni..dia pun kita yang mekapkan 
Kita mekapkan dia nipis je..sebab dia tersedia cantik gila okeh ^^


Ida bersama syafiqah hashim. Dia ada lagi banyak sebab camera phone dia cantik….camera kita x cantik pn..sbb pakai phone biasa :’)


Kami bertiga bersama yna sakinah, dia ada butik sendiri D’qoya namanya


Ida bersama Puan Epal


Kita bersama Puan Epal juga..cantik sangat lah P.Epal ni..dahlah slim melim gitu.
Rajin dia jaga makan dan badan. 


Keseluruhanya, majlis P.Epal dan suami memang superb sangat, twin enjoy sangat-sangat sepanjang majlis itu.
Makanan sedap, dekorasi cantik gila, semua bridesmaid sempoi gila, baju dan shawl pn cantik pemberian P.Epal untuk baju bridesmaid ni.
Semua bestlah..thank sebab sudi jemput dtg majlis dan sudi ajak kitaorang jd bridesmaind cik epal tau…enjoy sangat dapat jumpa semua blogger-blogger dan kawan yang lama gila tak terjumpa. Kalo bukan kerana wedding cik epal, tak terjumpa lah kita semua ni..ni lengkap semua blogger ada, siap pen merah ada,syafiqah, namee, nisa kay dan lain – lain.
Walaupun tak sempat bergambar mana yang kenal atau terlepas pandang, tapi wedding cik epal memang terbaik, sangat best dan sangat cantik!!!
Geram sangat tengok cantik gila hiasan pelamin, bunga-bunga dan semualah.


 


Yang ini teaser video kitaoarang dapat dari cik epal, sebernya iena ada bg ucapan dia pelangiputih dah cut dalam ni dah..so kita punya ucapan takder, ida punya pun sikit jer….tapi tak tahulah kalau dekat full video yang dah siap nanti ada ker tak full ucapan punya..hehehe J


Btw thank you fatin sebab sudi hantar kitaorang sampai rumah, tahu fatin penat, tapi fatin hantar juga :’) thank you sangat..love u lah..hehehe :D nanti wedding fatin confirm kitaorang datang ^^

Akhir sekali buat P.Epal dan suami
Iena serta kembar doakan yang baik-baik untuk kalian berdua.
Seronok tengok korang berdua, saling tersenyum suka waktu wedding korang, Nampak cute sangat dah macam merpati dua sejoli.

moga berbahagia buat kalian berdua yah.



Puisi :

Penyatuan dua hati

kasih bersemi bertamu di hati

biar ikatan ini

kekal sampai mati,

moga bertemu di syurga nanti

agar ikatan ni sentiasa bersemi dihati.

Moga puan epal dan suami

Berjaya berjuang sampai ke titik akhir nanti.


Selamat pegantin baru J
 Dari Iena dan kembar.

Written by : Iena Mansor.