Saturday, October 12, 2019

Berbaloi ke beli barang shopee dari china?

Hi semua,


Lama kan iena dah tak update video, sebab iena kering idea tak tahu nak update apa, next time iena akan rajin kan diri update je apa-apa yang iena rasa menarik nak share dengan korang.

kali ni iena update iena beli barang shopping dari china, iena ada update video unboxing shopping haul dekat iena punya youtube channel.

tapi dalam blog ni iena ceritakan secara details gambar closed up dan link shop dari mana yang iena beli.

koarng juga boleh tengok video iena buat unboxing dekat my youtube channel yang iena dah upload dekat sana.

Parcel 1&2





untuk baju pink ni, iena pilih size M, dia fit ngam ngam muat dekat badan iena, iena memang size s kalau beli baju dari Malaysia, tapi sebab seller ni shop shopee dari China, iena kena pilih satu or dua kali size lagi besar dari size Malaysia, sebaB China punya size badan dorang halus-halus je dan kurus betul size badan dorang. 

kalau seluar lagilah iena akan Pilih size XL dan XXL sebab China punya seluar selalu takkan muat bahagian punggung, so memang kena beli size besar dekat shop seller dari China punya.

Untuk shop ni iena beli dua baju iaitu pink dan brown. yang pink size M dan yang brown size L.





PINK RM28,00

BROWN RM30.00





Parcel 3

Untuk parcel ketiga iena beli kasut, size 39 iena pakai size 7 tau, tapi kasut ni ngam muat cuma kurang selesa depan dia sebab agak ketat bagi iena, but still ok nak pakai jalan-jalan sebab dia just ngam ngam muat kasut ni, iena biasa beli size 40 untuk selesa sebab besar sikit depan dia selesa jalan dan boleh lasak-lasak lagi kan bila nak berjalan. 

Tapi disebabkan shop ni dah takde size 40 jadi iena amik je size 39 sebab nak tau and nak try ok ke tak bila pakai dekat kaki.

but lagi best if dapat size 40 but nak buat macam mana dah takde rezeki size 40 dah takde.

so here bawah ni iena bagi link shop kat mana iena beli, seller ni dari pinang je, dia punya service bagus gila sebab laju dan cepat buat kerja,

KASUT BROWN RM25.90




Parcel 4

Untuk parcel keempat ni shop dia sama dengan shop yang first sekali kat bahagian atas mula-mula iena letak gambar tu.

iena suka beli beg ni sebab sampai siap balut dengan kotak plastick bagai semua, memang dia balut kemas-kemas semua, so bila sampai takder calar semua tau.

sebab tu puas hati, iena memang dah lama cari beg macam ni tapi dekat zalora, pomelo dan lain-lain mahal lah pula so tak beli, sekali jumpa murah kat shop ni, terus iena grab satu.

puas hati sebab hajat yang lama tersimpan tercapai juga, just nak bagitahu korang iena memang tak dapat any sponsor pun beli semua ni, iena guna my own pocket money beli semua ni, so dalam video dan blog iena semuanya review jujur ok.

takde tipu-tipu iena memang tak suka fake review so setakat ni memang iena cuba sampaikan dari hati je apa yang iena tulis ni.

untuk beg ni ada sling beg so senang nk bawa jalan-jalan. Iena memang takde beg color brown sebab tu iena pilih color ni :)



                                                              BROWN SLING BAG RM34.00



Parcel 5

Last parcel ni iena beli blazer, setakat ni iena cuma ada dua je blazer iaitu hitam dan wine red yang iena beli ni.

hope sangat lepas ni jumpa lagi blazer yang murah-murah sebab iena macam dah jatuh hati dengan blazer style pakai dengan jeans sebab nampak casual dan santai sesuai dengan umur iena ni.

Lepas ni memang berangan nak kumpul blazer banyak-banyak so boleh la gayakan dengan macam-macam style.

hehehe kemain berangan tu kan, tapi memang selesa blazer iena beli dari shop ni sebab material dia tak tebal sangat dan tak nipis sangat just nice je bagi iena, oklah dengan price dia, susah nak dapat blazer orang jual dengan harga murah macam ni, sebab try cari juga tempat lain tapi tak jumpa.

korang if ada jumpa blazer orang jual lagi murah bagitahu kita oke.

blazer ni iena amik size XL sebab memang nak loose, plus nampak just fit dan nice je dengan iena, sebab size china memang orangnya halus je badan so size s china budak-budak malaysia je mampu pakai, yang dewasa macam iena tak boleh amik size s china.




BLAZER RM35.95


OK lah sampai sini sahaja iena menulis, terima kasih sangat pada yang sudi baca memang, iena appreciate siapa-siapa yang baca blog iena. 

pada siapa yang nak tengok video iena unboxing boleh tengok je kat dekat video ni :D



dan jangan lupa untuk follow dan like iena di social media iena :

email : ienamansor1@gmail.com / ienamansor89@yahoo.com

Terima kasih dan jumpa lagi untuk next entry. 

Lots of love
Written by Iena Mansor

No comments: