Wednesday, November 30, 2016

The Best Day Ever

Ceh tajuk kita tulis kali ni bahasa omputih tapi content dalam bahasa melayu pula. Hahahah yela kang kalau tulis dalam bahasa melayu camni ' Hari yang paling membahagiakan/ hari paling bahagia" macam skema pula bunyi :p atau nanti ada pula salah interpret ingat 'hari paling bahagia' tu nak tunang lah ...haaa tak mo, tak mo korang pikir cenggitu. Sebab hari paling bahagia tak semestinya hari-hari macam tu kan,kan,kan? 


Kali ni Ida just nak share pengalaman ahad lepas twin pergi Sunway Piramid dengan kawan kitaorang untuk main ice skating. Hehe sebab kenapa tetiber teringin nak main ice skating walaupun umur dah meningkat naik ni, ha sebabnya masa kecik-kecik twin selalu pergi Sunway nak main ice skating kat sana. Tapi ada one time tu masa kitaorng kecik-kecik, kitaorang suka sangat main sampai tak nak balik, huhu sejak tu mak kitaorang dah tak bawa pergi main ice skating dah. Actually sejak dari situ dah tak pergi dah sunway kot..kalau pergi pun sekali je kot. Tu pun tak main ice skating :( 

So since kitaorang pun dah boleh pergi sendiri, tu yang decide nak main ice skating kat sana dengan kawan kitaorang. Dorang pun first time main ice skating ni, hehe yela kalau dah umur makin meningkat naik kita akan rasa masa cepat je berlalu. Dulu selalu rasa macam nak tangguh-tangguh nanti la..later la pergi main. Tapi tup tup dah nak masuk 27 lagi beberapa hari :( . Kalau tak buat sekarang, kita tak tau bila lagi ada masa nak buat :)


So main ice skating ni antara salah satu wish Ida nak tunaikan sementara masih hidup ni, hehe ada je lagi wish lain. Harapnya lepas ni tercapailah nanti.

Sebelum kitaorang start main ice skating, twin and kawan kitaorang decide nak makan dulu. Kitaorang makan kat restoran Ten Years. Restoran ni berdekatan dengan Kenny Roger, okaylah not bad juga rasanya, y\tapi dessert die best! 


masa ni makanan suma orang dah sampai, cuma makanan kita and Nawal je (yang bertudung grey)tak sampai lagi. Tu yang muka macam tak bape nak senyum tu. Lapar sebenarnya hahaha.


Ni lah dessert kita makan, Ida share dengan Nawal. Nama dessert ni Apam sweet apa tah..haha dah tak ingat dah. Ingat rasa je, keke rasa die macam apam(memamg apam pun) tapi sedap ah sebab ada chocolate and peanut butter. Cuma kalau chocolate sauce tu banyak lagi mesti lagi sedap.

Lepas makan kitaorang tengok cte Moana pula :)


Ticket movie murah RM10 je sebab guna maybank card. Thx to Nyuu kawan kitaorang yang tolong belikan :)

Cte Moana ni best gila! Ida bagi 4.5 bintang! Tapi Ina pula rasa biasa-biasa je. Haha sebab kita rasa die jenis bukan emotional sangat kot. Cte Moana ni banyak menyentuh rasa hati. Sesuailah untuk orang macam kita yang jenis banyak emosi ni. Memula ingatkan cte ni tak best tau, tapi rupanya best gila!. Takmo cerita lebih-lebih nanti jadi spoiler pula :p

Habis je tengok cerita ni, kitaorang pergi main ice skating pula. Kalau nak tau harga untuk ice skating korang boleh tengok kat website dorang kat SINI.

Kat bawah ni pula gambar-masa kitaorang masa kat dalam tempat ice skating tu, cuma sedeh sikit sebab time skating tu tak boleh ambik gambar. Payah pun kalau nk amik gambar, sebab nak skate pun terkial-kial nak berdiri ambik gambar cana..hahahahah ..






Ni kat betul-betul kat tempat ice skating pintu masak, tengok nak amik gambar pun sume kena pegang pintu. Sebab susah nak berdiri betul =.='

Tapi alhamdullilah lah pengalaman ice skating best gilaaaaa, korang kena try sendiri untuk rasa macamana best tu. Main ni start rasa best bila korang dah mula boleh skate sendiri tanpa orang pegang atau pegang tiang kat tepi-tepi tu. Hehe rasa macam nak main lagi je lagi.


Ni pula gambar kita dengan Nyuu, muka memasing lapar je lepas dah habis main ice skating 


Muka tengah tunggu makanan


Okaylah sampai sini je kot cerita kali ni, terima kasih sudi baca. Jumpa korang di entry yang akan datang :)


No comments: