Pernah tak korang tertarik dengan satu gambar yang ada dekat magazine di luar sana, sekaligus teringin nak ada satu one of they collection? kita tengok model pakai kemain lawa, kita pun rasa teringin nak satu? tapi tak beli pun sebab tak tak tahu nak dapatknya macam mana? just suka tengok tapi simpan dalam hati just teringin nak pakai je jadikan koleksi dalam almari? pernah tak?
Pernah suatu ketika dulu, Twin selalu
selak-selak majalah dan surat khabar tengok gambar-gambar tudung, dalam hati
memang dah terdetik, cantiknya! Teringin nak pakai one day from one of they
collection.
Iena pasti
mesti ada kalangan korang ada wish list or anganan yang korang teringin nak
beli dan nak pakai kan? Lagi-lagi insan nama perempuan ni, nafsu cantik memang
tak dapat di elakkan kan betul tak?
Waktu
mula-mula twin dapat invitation dari Ariani, rasa macam melompat, sebab suka
gila dengan they collection , tambah-tambah rasa teruja nak melaram sakan dan
tengok fashion show! . Siapa tak suka kan kalau dapat pergi event dekat
Oriental Hotel, tambah best dapat jumpa rakan-rakan seperjuangan dunia blogger
ni.
Well korang
mesti ada tertanya-tanya kan apa kitaorang buat kalau pergi event? Selfie is
a must, first kalau jumpa, adatlah tu kiss pipi kiri-kanan kan J lepas tu sure takkan lupa nak take
selfie together, kalau dah melaram haruslah amik selfie kan. Haha
Oklah ni twin
tunjuk our first selfie waktu baru tiba kan event.
Selepas
dekat 30 min macam tu baru event start, twin apa lagi terus amik phone nak amik
gambar model tengah peraga kan Ariani Collections.
Tetapi sebelum Event dimulakan, ada ucapan dari Ceo Ariani dan dirasmikan oleh isteri Agung untuk Majlis ini.
yang ini pula gambar sekitar fashion show berlangsung.
Serious
koleksi raya dorang sangat cantik, tambah lagi dipadankan dengan pakaian raya
Ariani punya collections juga. Memang sangat-sangat catch the eyes lah koleksi
dorang, rasa macam nak bawa balik je semua koleksi dorang jadikan koleksi
sendiri, boleh melaram hari-hari dengan koleksi diaorang.
Kalau korang nak tahu Ariani ada juga menjual secara online (Ariani) (tekan Ariani untuk lihat)
dan dorang bukan sahaja ada membuat koleksi tudung sahaja tau, untuk pengetahuan korang, Ariani juga ada mengeluarkan koleksi 'Ready to Wear' yang sangat cantik, dalam gambar tak nampak details sangat pakaiannya, tapai kalau tengok real life gerenti korang suka, sebab memang seriously cantik! korang kalau malas sangat nak pergi thru website dorang, boleh juga try tengok (facebook Ariani ) - ( tekan Facebook Ariani untuk lihat)
dan paling twin suka siap ada penyanyi Humood Alkhudher, dia siap nyanyi lagu kun Anta lagi tau, alah yang femes tu lagunya, sampaikan Wardina pun siap buat post status suka maksud lagu tu.
Ni pula
lepas kitaorang dah selesai abes event, berborak macam tak ingat dunia
kitaorang tau, macam tak nak balik dan nak sambung borak dekat café!
dua dalam gambar group ni ada (Yuyu Zulaikha, Sabby Prue, Fatin Suhana, kak Izzati, Ida Mansor and me,
Rnr Sabrina, Shea Rasol, Namee Roslan, Shazwani Hamid, dan last sekali Thepinkstiletto.
Ni twin
with Shea Rasol, siapa tak kenal fashion ikon muslimah yang Berjaya ni kan? She
so humble tau..borak pun rancak je bercakap itu ini, pernah jumpa shea ni dua
tiga kali dekat event, Cuma baru kali ni berkesempatan berborak panjang dengan ikon fashionista ni tau J
ida with blogger shazwani Hamid
Sabby and me!
twin with lovely fatin suhana
Ni pic
sepanjang event tu, asyik bergambar je kan, gambar dengan Duta Ariani mesti
kena amik juga! Wajib bagi twin, sebab? Twin suka gila cara bella daly bawa
Ariani punya tudung dengan style yang tersendiri, she look so elegant dan
softikated dengan koleksi Ariani.
me with beatiful Bella Dally
Ida with Bella Dally
Memang dah lama follow bella daly ni dekat instagram, rasanya Ariani memang amik pilihan
yang tepat dia sebagai duta. Trust me tengok video-video Bella pakai Ariani kita
pun rasa macam nak pakai je! Sebab cantik sangat tengok Bella pakai, Nampak
kemas dengan gaya yang minimalist dan santai, dalam masa yang sama tidak Nampak
sarat sekaligus kelihatan sangat cantik dengan gaya yang tersendiri.
Ni pula pic
twin bergambar dengan artis sekitar sana. Oh ya iena ada masuk upload video di
instagram bersebelahan dengan mia ahmad, dia pun so friendly dan humble adalah
berborak-borak dengan dia. She look
really amazing beautifully tau.
me with Hanez Suraya, yeah dia memang tinggi macam model mat saleh tu, kita pakai heels tinggi gila pun
tak boleh kalah tinggi dia. haha...
ida with Hanez Suraya
gambar Mia Ahmad takde, tapi ada video dengan dia, tapi dalam IG Iena lah yer.
oklah sampai sini sahaja, In sha Allah Iena akan jika ada event lagi twin pergi, kitaorang cerita kat blog lagi okeh :)
btw Salam Ramadhan semua, puasa jangan ponteng! ^.^
Written by Iena Mansor
IG : Iena Mansor
Email : ienamansor1@gmail.com / ienamansor@hotmail.com
2 comments:
Tudung Ariani best.
hai twin...done to follow . sudilah kiranya follow back. tq :)
www.yayacendana.com
Post a Comment