Monday, September 30, 2013

Ida VS Iena Style with Love, Bonito

Selalunya orang cakap kalau kembar, mesti citarasa semua nak sama kan,kan,kan? Mesti korang ingat kitaorang ni macam tu yer tak?

Uh Well...kalau nak diikutkan memanglah citarasa kitaorng sama, tapi tu dululah! Kalau waktu kecik-kecik sampailah sekolah menengah, memang kebanyakannya baju kitaorng semuanya sama tau!. Tapi bila masing-masing dah besar ni. Kitaorng dah ada style sendiri yang kitaorang suka dan rasa selesa bila pakaiJ

Yelah... bila dah besar ni, masing-masing dah ade kepala sendiri dan cara fikir yang berlainan. Tu yang membentuk citarasa dan style kitaorng sendiri. Hehe macam Iena, die memang suka gila style feminine and gaya kemas-kemas macam tu. Kontra gila kot dengan kita!

Kalau macam Ida, Ida memang suka gila dengan gaya STREET STYLE! So bila kitaorng ade peluang nak shopping on9 sama-sama, memang kitaorang akan pilih pakaian ikot citarasa kitaorng sendirilah! . Mesti korang pelik kan, kenapa kitaorang pilih nak shopping online kat Love, Bonito yer tak?

Sebabnya dorang tengah adakan promosi FREE SHIPPING! Siapa yang tak nak kan???!! So apa lagi terus kitaorng serang  laju-laju website Love, Bonito tau :p


Macam kitaorng, kitaorng memang suka gila beli barang dari on9 tau. Selesa kot, sebab senang and praktikal bagi kitaorang. Sebab masing-masing dah kerja, so peluang nk shopping tu macam....hurm..macam takde je sekarangL sebab masing-masing dah busy dah tau L sob..sobb..sob..tu yang last-last shopping on9 je senang :’)

Pastu  tu, tu yang  kitaorang decide nak explore Love, Bonito. Yela dah alang-alang dapat free shipping. Apa lagi serang terus jela website dorang! Hiks :p

Korang nak tengok tak baju apa yang kitaorng pakai hasil dari Love, Bonito?

Ha scroll bawah cepat kalau nak tengok...hehe ;P
  

Ni gambar masa 1 family hantar Ida balik ke Shah Alam. Malam-malam camtu, memang kita (Ida) cepat rasa sejuk. Sebab tengah tak berapa sihat pun time tu. Tu yang pilih pakai baju sweater dari Love, Bonito. Iena macam biasa yang suke style femini mestilah pakai top blouse and long skirts dari Love, Bonito juga. Hehe saja kali ni pakai baju yang sama kaler J

Kat bawah ni pula gambar-gambar Iena dan Ida pakai baju Love, Bonito J


IENA STYLE WITH LOVE, BONITO OUTFIT


Gambar yang iena pakai baju ni time baru balik dari berjalan pergi macam-macam tempat dengan ida....masa pilih untuk pakai baju orange ni, fikir punya fikir tak tau nak pakai dengan apa..yelar takkan nak pakai dengan seluar jeans jer lagi kan? balik-balik jeans..so boring!. Tu yang kali ni nak tukar selera, iena pun gabungkan dengan seluar slack blue color..seluar ni pun sangat selesa dan memang match pakai dengan baju kait ni tau! Tak panas pun pakai..selesa lagi adalah ^^



Ni pula gambar Iena masa nak keluar jalan-jalan dengan Ida. Sementara tunggu abah ktorng, Iena sempat posing kat tangga dulu. Iena kata dia suka baju ni, sebab baju ni macam baju kurung kot. Sebab boleh pakai dengan 2 gaya, 1 dengan kain macam baju kurung, lagi satu boleh pakai dengan seluar untuk gaya santai J


Untuk gaya ni, sebenarnya Iena memang plan nak pakai dengan mermaid skirt. Tapi bila tengok Ida asyik bergaya rockish, terpengaruh sikit pula nak pakai macam die. Tu yang try pakai sweater top ni dengan kasut baru Ida. Amacam? Nampak kewl x? Keke ;p







IDA STYLE WITH LOVE, BONITO OUTFIT



Macam Ida pula, memang sengaja pilih baju yang style ala-ala rockish sikit..sebab tuh memang gaya  yang kita suka J Saje je kita matching kan handbag dengan baju. Hehe baru Nampak style sikit :p masa ni kita tengah ada mood melawa. Tu yang pakai cantik-cantik tu. Tapi memang serieslah, baju ni bukan je lawa plus selesa sangat kot!, dalam banyak2 baju Love, Bonito, baju nilah yang jadi baju fav kita tau. Hehe J




Gaya ni pula, memang gaya yang paling Ida suka. Simple, Cuma simple white top wif printed pants yang super ohsem dah boleh buat  outfit korang Nampak stunning gila!. Sebab tu Ida pilih nak gayakan pants Love, Bonito ni dengan top yang simple camni. Yelar sebab pants die pun dah corak, takkan atas pun nak corak2 kan? J



Ni pula tema Black White, dah lama rasanya tak pakai warna hitam sebenarnya. Tapi bila Nampak je seluar ni dari Love, Bonito, memang kat kepala terus terfikir nak pakai top hitam dengan black boot!. Haaa memang rockish la kan? Cuma takde stud je..kalau ade hiasan stud –stud ke rasa macam lagi kewl la pula..ceh..over lebih je kita ni, nak stud2 bagai :p


Last sekali gambar for everyday outfit, memang suka bergaya santai dengan sneaker dan beg sandang camtu. Tambah pula dengan lovely skirt ni yang tengah IN gila sekarang. So memang terus jela sarung skirt ni dengan top emerald green camtu, yela taknak Nampak boring tu yang pakai top berkaler tu. Nak Nampak sopan, Ida gayakan pula dengan cardigan. Tahdaa....nilah gaya santai hari2 Ida Mansor...hewhew :p

So tu jela gaya Iena Mansor VS Ida Mansor dengan outfit dari Love, Bonito. Korang pula suka bergaya macamana? Kalau rasa-rasa macam nak beli juga outfit macam kitaorng dari Love, Bonito, cepat ye krn skang ade promosi free delivery ke Malaysia, guna code FREESHIPMSIA utk dapatkan promosi tu! korang boleh cuci-cuci mata kat :



oklah sampai sini sahaja entry kali ini..isyallah kitaorng akan cuba lebih update blog ya. Bye
sayang korang semua! Meh nak kish sikit..opsss pompuan je, laki x boleh yer..hihi :p


Written By :

Iena Mansor& Ida Mansor

11 comments:

Atikah Isa said...

Sys idaaaa .. ienaa .. skirt biru tu lawaaaaa !

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

hee thx atikah!

yutaka said...

sebenarnya saya suka tengok fesyen wanita walaupun saya seorang lelaki. Bagi saya wanita ada kelebihan dari segi fesyen kerana fesyen wanita lagi pelbagai berbanding dengan lelaki.

tetapi wanita kena berhati-hati di dalam memilih fesyen kerana takut tidak berlandaskan syariat Islam. Fesyen merupakan cabaran wanita Islam sekarang ini.

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

yutaka - betul...fesyen mmg cabaran terbesar wanita abad ni :)

Asyik Izas said...

dua2 cantik dan bergaya..:)

Dya Al-Aien said...

dua dua pun cantekkk.. cantek sgt.. suka tgk both of u.. :)

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

Asyik Izas : thx dear :)

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

Dya Al - Aien : thx dear :)

Unknown said...

Salam perkenalan. Fiza pun suke jugak bli online, xde mase nak jln2 cri baju.
Done follow. Klu sudi follow back. Tq :)

nora razalli said...

iena pakai bju color oren tu cantik!
napak kewl ...pheeeewit! hehe :)

haz said...

comellah twins ni. sorg feminine sorg rockish. msg2 ade identity tersendrikn. hihi ^^